Menjelang
Bengkel Urban Ubiquity di Universiti Malaya
11-14 April 2003
Oleh
Wan
Burhanuddin
April
2002. Di
hujung Bengkel SeniBina Ke15, Convergence MAB2002 di USM, Urban
Ubiquity telah diumumkan sebagai tema Bengkel Seni Bina Ke16 yang
akan diadakan di Universitiy Malaya pada tahun 2003 (lihat http://www.urbanubiquity.com/).
Di sinilah semua IPTA berancangan seni bina lazimnya meletupkan idea
masing-masing, menjana kaedah-kaedah alternatif untuk penghasilan arkitektur
dalam konteks yang disediakan oleh tuan rumah.
April
2003.
Waktunya sudah sampai bagi USM mengutarakan ideanya. Masalah berkaitan dengan
menghadiri acara ini nampaknya berulang lagi tahun ini, setelah berulang setiap
tahun selama satu dekad. Walaupun perkara ini tiap tahun ditimbulkan,
dibincangkan dan dicari jalan keluarnya, nampaknya perubahan amat sukar sekali
dilaksanakan. Masalah sama berulang dan menciptakan suasana tegang di antara
berbagai pihak pentadbiran, pelajar, pensyarah.
Sebenarnya
hanya tiga komponen yang perlu diperhatikan seperti di bawah – aktor,
alat dan niat.

1
Aktor:
Siapa yang mewakili universiti? Kalau selama ini pelajarlah yang membuat
keputusan tentang perkara ini, kini perubahan dalam struktur pendidikan seni
bina di Pusat Pengajian (dari 4-1 ke 3-2) sudah dapat dirasakan. USM kini
diwakili oleh pelajar yang baru diperkenalkan kepada arkitektur (kalau dulu
pelajar sebagai anggota Kelab Seni Bina diketuai oleh mereka di tahun 4, kini
Kelab Seni Bina dipimpin oleh pelajar tahun 3 yang mula memegang pimpinan di
akhir tahun 2 di mana pendedahan kepada arkitektur merupakan hanya pendedahan
asas). Adalah
dipercayai bahawa angkatan muda secara amnya masih belum boleh membawa
arkitektur kepada tahap yang dapat dieksplorasi. Ini dapat dilihat dari
akitiviti Sehari-Semalam yang diadakan kebelakangan ini merupakan acara kemuncak
Kelab Seni Bina sedangkan dulu Arkiday-Arkinite diadakan beberapa kali setahun.
Seandainya angkatan muda terus mewakili USM dalam Bengkel Seni Bina tahunan,
hasil dari penglibatan mereka tidak dapat menmanfaatkan komuniti arkitektur USM
sepenuhnya.
Apakah pula
peranan pensyarah yang melepaskan perkara ini ditangani oleh perwakilan pelajar,
sedangkan mesyuarat yang dianjurkan oleh PAM pada tiap-tiap bengkel seni bina
dihadiri oleh pensyarah yang mewakili IPTA masing-masing? Adakah pensyarah USM
dapat menghayati perubahan dari 4-1 ke 3-2 ini, mungkin mengambil berat lagi
tentang acara tahunan ini ?
Pelajar dan
bekas pelajar kini sedar, dan perubahan ini dapat dilihat dari minda maya mereka
di www.hbp.usm.my/archiclub yang sedang menyiapkan
blueprint untuk menangani Bengkel Seni Bina ini secara rutin dan tidak
secara ad hoc lagi seperti yang berlaku tiap tahun. Malangnya
penglibatan pensyarah dari Rancangan Seni Bina Pusat Pengajian adalah minimal
sekali berbanding dengan pensyarah dari rancangan lain. Adakah ini semboyan
peralihan sempadan arkitektur seperti yang diimbaskan pada tahun 1993 dulu (lihat…)?
Atau adakah pensyarah seni bina masih belum dapat membebaskan diri dari ikatan uni-functionality
modernisme (contohnya, tandas digunakan untuk buang air besar) yang tergugat
dengan toilet graffiti, yang sebenarnya ubiquitous.

2
Alat: Alat
yang menjadi masalah utama tiap tahun ialah wang. Kini lebih meruncing (masalah
PTPTN dan seumpamanya), untuk tempat tinggal (penentuan Desasiswa) seterusnya
pendaftaran, pertandingan dan amnya untuk penyediaan prop termasuk banner,
poster dan objek yang dapat menonjolkan idea urban ubiquity mereka. Sementara
itu bahan untuk dokumentasi, filem, pita, CD juga diperlukan untuk memastikan
kaedah kerja diturunkan kepada generasi seterusnya. Kalau dulu prop dapat
dihasilkan dari bahan buangan. Ini walau bagaimana pun memerlukan perancangan
awal (pelaburan waktu dan keringat) dan kerja-kerja saat akhir, akibat perubahan
aktor di atas, tidak mempu menjana hasil kitarsemula.
Jelas
bahawa pensyarah secara individu dan Pusat Pengajian tidak mampu berbuat ini,
makanya pelajar telah membuka jalur lain, mendapatkan Persatuan Alumni PBP untuk
menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan arkitek lepasan PBP seperti Ooi Kooi
Keat, Moi Boon Leng dan rakan-rakan Class of 94 yang juga teringat waktu mereka
di PBP, kini menderma kepada Tabung MAB2002-2003.
Untuk Urban
Ubiquity masalah kewangan ini diatasi tetapi kaedah kais pagi ini mungkin
tidak boleh dipertahankan lagi. Universiti Malaya sendiri pada Bengkel SeniBina
ke13 telah mendapat RM1.5 juta dari penaja dan sudah pastilah Naib Canselor UM
menunjukkan pengaruh Le Corbusier khususnya dalam rekbentuk Dewan Tunku Canselor
(sebelum ianya dibakar). Bezakan keadaan kita dengan pihak Hal Ehwal Pelajar USM
yang berdengus apabila belanjawan yang diajukan untuk MAB2002 mencecah
RM200,000. Mungkin keadaan ini akan berubah di masa-masa akan datang apabila
aktor-aktor di USM mempunyai kemahuan untuk penghasilan arkitektur mengikut apa
yang dideklarasikan oleh pelajar-pelajar seni bina Malaysia dalam Deklarasi
Pulau Pinang: Arkitektur Untuk Alaf Ke3, 1997.
3
Niat: Niat
tidak dapat dibentuk tanpa ilmu dan menghadapi Urban Ubiquity adalah satu
yang sukar buat pelajar apabila ideasi tidak dipraktikkan di studio yang
menekankan fungsi, kebolehbinaan (buildability), undang-undang kecil dan harga
sesuatu rekabentuk bangunan. Pelajar pada mula-mulanya hanya dapat megkaitkan ubiquity
ini kepada bunyi ubi sebagai katakuncinya. Kekuatan amali bahasa Melayu
yang wujud pada pelajar inilah yang digunakan untuk menajamkan minda
masing-masing dalam ruang lain dari bahasa ke industri,
ekonomi, peperangan, sastera dan magik sehinggalah ubikayu dapat
dijadikan ikonografi dalam membentuk niat ke Bengkel Seni Bina ke16 ini (lihat
kertas dasar bertajuk The Ubiquitous Ubikayu oleh Wan Burhanuddin di http://www.hbp.usm.my/wburhan/ubiquity/indexubi.htm).
Pada
dasarnya, kita menyedari bahawa ubikayu bukanlah pokok seperti yang disebutkan
oleh Sang Pengatur dalam surah Ibrahim, 14:24-26. Ini memberikan kita ruang
kritikan sambil membentuk posisi USM dalam menghadapi keadaan tanpa Campurtangan
Yang Qudus (Divine Intevention). USM juga mengajak semua mengubah fokus ke bumi
yang telah diperkosa, dirosakkan ludes, demi kepentingan peribadi manusia.
Ini diringkaskan dalam imej Di Bawah Garisan Merah seperti di
bawah:

Berbekalkan
ubikayu inilah pelajar kita telah bertungkus lumus siang dan malam menyediakan
satu produksi untuk di kongsi bersama di Universiti Malaya pada 11-14 April 2003
ini.
Hasil:
Sama-samalah kita lihat nanti. Layar http://www.hbp.usm.my/archiclub/
untuk mengetahui perkembangan semasa, wassalam. |