|
Kami pelajar-pelajar seni
bina seMalaysia sebagai warga komuniti arkitektur dunia,
penuh hemah dan kesadaran, dengan ini menyatakan:
-
bahawa arkitektur adalah
milik manusia dan kami mencipta untuk kesejahteraan
mereka seluruhnya;
-
bahawa bumi adalah tapak
yang diamanahkan kepada kami menempatkan hasil kami
untuk diwarisi generasi akan datang;
-
bahawa alam adalah sumber
peraturan yang sentiasa kami halusi untuk mencapai
kesinambungan dan keseimbangan ciptaan kami;
-
bahawa ilmu adalah alat
utama dalam segala bentuk penghasilan ini;
-
demi Pengatur Sekelian
Alam, ciptaan kami hanyalah untukNya.
-
Dirgahayu Arkitektur.
Tertandatangan
Abd Rahim Munajat,
Pengarah MAB
dan Wakil-Wakil dari
9 Institusi Pendidikan Seni Bina Di Malaysia.
|