Teacher Student Ideator Architect Ganoman Friend Family Member Father Someone

Page One

 

W A N B I S M

Satu Komentar

WANBISM? Hish! Memacam aja bebudak HBP ni? Siapa kata depa ni tak kreatif? Terkezut jugak saya apabila mengakses sesawang ni untuk menilai hasilkerja Farhan Syairazi bin Mohd Jafri untuk kursus Sejarah & Teori Seni Bina 2009. Walau pun isi blog beliau ni perlu memenuhi kehendak tugasan kursus, kulit blognya (khusus tajuk) memberi gambaran bahawa isme wanb ini wujud, sedangkan wanb sendiri tak mungkin nampak, apa lagi ingin bersekongkol untuk mewujudkannya.

Memang bijak minijinggo memberikan pula, secara sedar atau tidak, satu tugasan kepada wanb. Walau pun wanb tak dapat markah, tugasan ini akan tetap dilaksanakan setakat mana yang mampu dalam usaha menggalakkan diskusi untuk membenteras disinformasi dengan mengajukan kebenaran.

Sebagai permulaan, kalaulah minijinggo faham wanb, beliau akan faham bahawa wanb akan senantiasa mengajukan "isme Rabb" seperti terkandung di dalam perintah pertama yang diterima oleh Muhammad SAW, "Bacalah dengan isme Rabb yang menciptakan"  (Al-Alaq 96:1), yang wanb faham dan yakin sebagai perintah untuk mengnyah semua isme dengan cara menginstall isme Rabb yang menciptakan.

Pengnyahan ini adalah pembuangan total, tanpa kecuali, termasuklah pemadaman isme wanb itu sendiri. Sememangnya mudah untuk mendelete blog, hanya dengan dua klik aja, selesai. Dan enjin perangkak masih lagi belum mendaftarkan istilah ini, alhamdulillah. Yang lebih susah daripada menghapuskan perkataan yang tedapat di alam maya ini ialah mengnyah apa yang telah menggerakkan minijinggo untuk mengukir istilah tersebut (iaitu niatnya). Sebenarnya tak jugak susah kalau kita ikut isme Rabb yang yang menuntut, "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu ikuti pemimpin-pemimpin selainNya...:" (Al-A'raf 7:3). Jadi yang harus kita sama-sama pegang ialah Rabbisme dan bukan isme-isme selain itu, termasuklah wanbisme.

Kalau kita mula membuang semua isme-isme dengan menginstall isme Rabb yang ori (lihat 40:2, 46:2) dan bukan second dan/atau third party punya, kita akan lihat kenyataan isme Rabb selanjutnya, "Yang menciptakan manusia dari alaq" (96:2). Dari satu gumpalan yang tiada duanya, tiap individu, pemikirannya, penghasilannya (tulisan, lukisan, design, model, presentation, dll) adalah juga unik, tiada duplikasinya di alam ini. Cuma kita harus faham bahawa keunikan ini kerap disalahterjemahkan.

Terhadap sub-tajuk "I want to believe" ialah saranan "please do" kerana to believe itu mempercayai, meyakini, mengimani, bukan wanbism, tapi isme Rabb yang menciptakan. Dan seperti dalam proses kejadian manusia itu sendiri, jalannya harus dilalui oleh sesiapa juga, langkah-demi-langkah, tanpa jalan pintas (no shortcut; cuba ajalah shortcut kejadian manusia, mungkin yang keluar nanti tu entah apa...).

Selanjutnya, 96:3-5 mungkin dapat kita fahamkan sendiri? Yang perlu ditekankan ialah, yang mengajar seseorang individu di dalam proses membuang semua isme-isme itu ialah "yours truly", Sang Pengatur sendiri. "Apakah mampu Sang Pengatur mengajar?" tanya kita yang tak percaya ini. Cek ajalah 16 & 17 ni.

Cukup kot setakat ini assignment ni. Kesimpulannya belum ada lagi, baca ajalah dulu... Khusus untuk Farhan, tahniah kerana usaha anda untuk merangkul sesuatu yang elusif, mungkin ilusori. Untuk mengelakkan kita dari tergapai-gapai dengan ilusi ini, adalah lebih baik kita berpegang aja kepada yang nyata. :) Senang.

 

Sesawang WANBISM Oleh Minijinggo


Istilah Yang Belum Dijumpai Oleh Perangkak


Perangkak dah menjumpai (angkara saya sendiri...).


Hit Counter


     

Intellectual Explorations of Wan Burhanuddin, 1995-2009 USM. Updated 29 Aug 2002