Bab 6 

Cadangan

 

Pengenalan

        Dalam bahagian ini, akan dikemukakan cadangan-cadangan yang dapat membanteras masalah kesesakan lalulintas di Jalan Jelutong samada dalam jangka masa pendek atapun panjang.  Cadangan-cadangan ini dibuat berdasarkan punca-punca yang menyebabkan kesesakan di Jalan Jelutong dan juga mengikut keadaan semasa.  Antara cadangan-cadangan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut :

6.1.0    Pembinaan Jalan Baru Berkapasiti Tinggi di Luar CBD

        Biasanya, pusat bandar akan menjadi tumpuan orang oleh kerana fungsinya sebagai pusat pengumpulan maklumat, pusat pentadbiran, pusat perkhidmatan dan sebagainya.  Keadaan ini adalah benar berlaku di pusat bandar George Town, Pulau Pinang.  Apabila ini berlaku, kesesakan lalulintas pada pusat bandar terutamanya pusat bandar yang tanpa sistem lalulintas yang sistematik akan terjadi. George Town, boleh dikatakan sebagai pusat bandar yang sistem lalulintasnya memang teruk memandangkan cabangan laluan yang banyak dan tidak diatur dengan baik.

        Oleh yang demikian, pembinaan jalan baru berkapasiti tinggi di luar CBD adalah penting bagi mengurangkan tumpuan kereta yang banyak.  Terdapat dua jalan berkapasiti tinggi di luar CBD telah dicadangkan di pinggir George Town, iaitu Jelutong Expressway dan Penang Outer Road.  Pembinaan jalan yang berkapasiti tinggi ini dapat mengagihkan kereta yang banyak di pusat bandar ke bahagian luar pusat bandar.  Secara langsungnya, bagi Jalan Jelutong yang merupakan laluan utama pada masa sekarang akan mendapat manfaat daripadanya, iaitu isipadu lalulintas Jalan Jelutong akan berkurang. Sejauh mana pengurangan ini telah ditunjukkan dalam bahagian lain laporan ini.  Walaubagaimanapun, dipercayai projek sedemikian hanya dapat berkesan dalam jangka masa pendek sahaja, iaitu tidak melebihi 5 tahun.

 

6.1.1    Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam        

        Cadangan kedua ialah mempromosikan perkhidmatan pengangkutan awam dengan meningkatkan mutu perkhidmatan. Salah satu kaedah ialah mengembangkan kapasiti laluan pengangkutan awam yang sediada. Cuba berfikir, sebuah bas dapat membawa 24 atau 36 orang penumpang, tetapi sebuah kereta persendirian hanya dapat muat 5 orang sahaja, lebih-lebih lagi kebanyakan kereta persendirian adalah membawa tidak lebih daripada 3 orang, adakah penting aspek perkhidmatan pengangkutan awam dalam mengurangkan kesesakan ?  Sudah tentu jawapannya adalah  ya.

        Dengan demikian, sekiranya, perkhidmatan pengangkutan awam yang ditawarkan di pusat bandar adalah baik dan selesa digunakan, tiada alasan bagi seseorang itu membawa kereta sendiri dan sesak 1 atau 2 jam di pusat bandar.  Pembinaan laluan khas untuk kenderaan awam terutamanya bas adalah penting di pusat bandar. Jika langkah ini tidak berkesan, kenapa terdapat banyak negara melaksanakan langkah ini dalam mengurangkan kesesakan di pusat bandar ?

        Bagi George Town yang berhampiran dengan terminal feri 24 jam, satu langkah berkesan lain adalah mengembangkan juga mutu perkhidmatannya. Hal ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke pusat bandar George Town melalui Jambatan Pulau Pinang. Sekira ini berlaku, bilangan kenderaan yang melalui Jalan Jelutong akan berkurang kerana ia merupakan laluan utama bagi mereka yang turun dari Jambatan Pulau Pinang dan ingin menuju ke pusat bandar.

 

6.1.2    Pengurusan Lalulintas

        Langkah ini merupakan perlaksanaan teknik-tekni pengurusan lalulintas seperti pengenalan pengaliran satu/dua hala, kawalan pusingan ke kanan, kawalan kemasukan kenderaan persendirian ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan isipadu lalulintas pada Jalan Jelutong sekiranya ia dilaksanakan pada kawasan sepanjang Jalan Jelutong.

        Walaubagaimanapun, langkah ini agak terhad keberkesanannya kerana ia bukan menyelesaikan masalah lalulintas pada sesuatu kawasan, tetapi hanya memindahkan masalah kesesakan tersebut ke kawasan lain dan ia juga merupakan lanhkah pada jangka masa pendek sahaja.

 

6.1.3    Pemajuan Jalan

        Telah diterangkan pada bab-bab sebelum ini, Jalan Jelutong mempunyai beberapa seksyen kritikal dan permukaan jalan yang kurang memuaskan.  Oleh yang demikian, adalah penting untuk melaksanakan langkah pemajuan jalan.

        Antaranya ialah pelebaran jalan di seksyen kritikal bagi memudahkan pengguna lalulintas,mengurangkan kemalangan jalan raya yang berlaku dan juga melancarkan aliran kenderaan.  Pengembangan jaringan jalan yang lebih sistematik adalah penting kerana sistem jaringan di Jalan Jelutong agak teruk. Ini disebabkan terlalu banyak persimpangan atau cabangan jalan dibina tanpa mengkaji fungsi jalan tersebut. Selain itu, penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi di sepanjang Jalan Jelutong adalah perlu kerana didapati wujudnya masalah kekurangan tempat letak kereta. Sebagai akibatnya, pengguna jalan raya terpaksa meletak kenderaan mereka di tepi jalan. Hal ini dapat mengganggu aliran lalulintas, lebih-lebih lagi bagi Jalan Jelutong yang keleberan berturap hanya 30 kaki sahaja.

  

6.1.4    Pemajuan Persimpangan

        Persimpangan-persimpangan yang wujud di Jalan Jelutong adalah banyak dan sesetengah direkabentuk dengan tidak sempurna. Misalnya, di setesen minyak mobil, persimpangan yang wujud sebenarnya adalah simpang empat, tetapi keadaan sebenarnya adalah simpang empat yang tidak lurus, iaitu tidak bersudut tepat. Maka, ia akan mengurangkan kelancaran memusing dan seterusnya mengakibatkan kesesakan berlaku. Jadi, pembaikan persimpangan memang penting dalam kes mengurangkan kesesakan Jalan Jelutong.

        Pengenalan skema koordinasi isyarat pengangkutan juga penting kerana sesetengah jalan akan mempunyai isipadu lalulintas yang lebih tinggi dan masa untuk 'berjalan' seharusnya lebih lama bagi mengurangkan kesesakan berlaku.  Di samping itu, juga didapati lampu isyarat di beberapa persimpangan utama Jalan Jelutong kadangkala tidak berfungsi, pihak yang berkenaan seharusnya memastikan keberkesanan lampu isyarat terutamanya pada masa sibuk.

 

6.1.5   Pemajuan Pedestrian dan Penggalakkan Berjalan

         Melalui pemerhatian di tapak dan gambar yang telah diambil, didapati keadaan pedestrian sediada adalah kurang memuaskan. Permukaan yang tidak rata, berlekuk dan juga kelebaran yang kecil akan mengurangkan minat para pengguna menggunakannya.  Di samping itu, juga didapati terdapat kekurangan pedestrian di sepanjang Jalan Jelutong, ini telah membatasi para pengguna lalulintas yang ingin menggunakan pedestrian demi perjalanan yang dekat.

        Sekiranya anda semua pernah memandu di Jalan Jelutong, pasti anda akan memperlihatkan ramai pejalan kaki berjalan di tepi Jalan Jelutong.  Keadaan ini bukan sahaja menambahkan klesesakan lalulintas, bahkan juga berpotensi tinggi untuk sesuatu kemalangan itu berlaku. Oleh yang demikian, pembaikan dan pelebaran  pedestrian sediada, adalah penting bagi mewujudkan suatu pedestrian yang selesa dan selamat digunakan.  Lebih-lebih lagi melalui pempromosian berjalan yang menggalakkan rakyat berjalan, tanpa suatu pedestrian yang sempurna, pempromosian ini tidak akan berjaya.

 

6.1.6    Penggalakkan Menunggang Basikal

        Langkah ini lebih kurang sama dengan pemajuan pedestrian dan pempromosian berjalan.  Lorong basikal perlu disediakan secara asing daripada sesuatu jalan.  Hal ini kerana kebanyakan projek jalan raya mengabaikan penunggang basikal dan tidak menyediakan lorong khas untuk mereka.  Maka, Bagi mereka yang menunggang basikal, amat bahaya sekiranya menunggang bersama-sama dengan pengguna jalan raya yang lain.

        Di Jalan Jelutong, juga banyak penunggang basikal yang menunggang basikal mereka seolah-olah pengguna jalan raya yang lain.  Keadaan ini memang menimbulkan kesusahan kepada pemandu kereta dan motosikal dan pada akhirnya akan menyebabkan kesesakan lalulintas yang berlaku.  Lebih-lebih lagi pada ketika berlakunya kemalangan.

        Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan seperti di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa ia merupakan cadangan yang bersifat 'menampung', iaitu menampung kenderaan berdaftar ataupun  menampung isipadu lalulintas yang kian meningkat. Walaubagaimanapun, pada tahap kesesakan Jalan Jelutong masa ini, cadangan-cadangan yang bersifat 'menampung ' adalah tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah kesesakan tersebut.  Oleh yang demikian, di bawah ini akan dikemukakan beberapa cadangan yang bersifat 'mengawal' yang dapat dijalankan untuk menyelesaikan masalah kesesakan dengan lebih efektif.

 

6.2.0   Kawalan Pembangunan

        Salah satu cadangan yang bersifat 'mengawal' yang boleh dilaksanakan adalah mengawal pembangunan yang terlalu pesat masa ini.  Seperti yang telah dimaklumkan dalam bab-bab yang lepas, terdapat banyak projek pembangunan telah dirancangkan di sekitar kawasan Lebuhraya Jelutong. Pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit di kawasan tersebut akan meningkatkan lagi kepadatan penduduk kawasan tersebut dan pada akhirnya, akan menimbulkan kesan kesesakan yang lebih teruk lagi.

        Langkah ini bukan bermaksud tidak merancang apa-apa projek pembinaan langsung, tetapi kawalan dari segi tingkat bangunan, iaitu mungkin menghadkan apartment atau kondominum tidak boleh melebihi satu tahap. Kawalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kesesakan, malahan dapat mewujudkan suatu keadaan persekitaran yang lebih selesa untuk dihuni.

 

6.2.1    Kawalan Populasi

        Cadangan ini adalah bercanggah dengan hasrat Dato Seri Dr. Mahathir yang ingin mencapai jumlah penduduk 70 juta orang.  Akan tetapi, adakah kerajaan telah bersiap sedia untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi ini pada masa akan datang?  Adakah mereka telah merancang dengan sistematik aspek-aspek yang perlu dikaji?  Sebagai contoh,  berapa jumlah penduduk yang dijangka akan tertumpu di Pulau Pinang ? Seperti yang kita ketahui, luas tanah di Pulau Pinang adalah sangat terhad, dan juga jaringan jalan raya juga adalah kurang memuaska, terutamanya di pusat bandar, sekiranya negara kita mencapai tahap penduduk 70 juta, adakah Pulau Pinang dapat menampung bilangan penduduk yang tertumpu ke kawasanya? Adakah jaringan jalan raya di Pulau Pinang dapat menampung bilangan kenderaan yang tinggi pada masa itu ?

 

6.2.2      Kawalan Kemasukan Pusat Bandar Pada Masa Tertentu

        Langkah ini adalah sesuai dijalankan di pusat bandar George Town. Misalnya, dengan mengawal kenderaan terutamanya kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar dalam tempoh masa tertentu.  Ini dapat mengurangkan penggunaan jalan-jalan utama yang menuju ke pusat bandar.  Kebaikannya bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, tetapi juga dapat menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.  Walaubagaimanapun, untuk melaksanakan langkah ini, perkhidmatan pengangkutan perlu ditingkatkan kualitinya terlebih dahulu.

 

6.2.3     Kawalan Penjajar Tepi Jalan

        Di sepanjang Jalan Jelutong, dapat diperhatikan bahawa bilangan penjajar atau gerai-gerai yang banyak di tepi jalan.  Ini menyebabkan ramai pengguna jalan raya meletak kenderaan mereka di tepi jalan dan menikmati makanan atau minuman yang enak rasanya.  Akan tetapi, ini telah menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain dan akhirnya mengakibatkan kesesakan lalulintas.

        Dengan kawalan ke atas atau pengetatkan kawalan ke atas penjajar tepi jalan ini, dipercayai kesesakan sedikit sebanyak dapat dikurangkan.  Mungkin sesetengah orang akan berfikir tidak membenarkan penjaja berniaga, tetapi makna cadangan ini adalah meletakkan para penjajar pada suatu kawasan yang telah khas disediakan oleh mereka.

Kesimpulan

        Sebenarnya, terdapat banyak lagi cadangan yang boleh dijalankan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Walaubagaimanapun, sesetengahnya adalah kurang sesuai dijalankan dalan kes kajian ini. Misalnya, peningkatan 'car ownership' , langkah ini memang berkesan dijalankan di negara Singapura, tetapi negara kita belum capai lagi tahap ekonomi seperti yang telah dicapai oleh Singapura. Singapura mempunyai taraf kehidupan yang tinggi dan objektif kerajaan bukan lagi untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Manakala di Malaysia, taraf kehidupan yang jauh lebih rendah berbanding Singapura membatas cadangan ini, kerana pada masa sekarang, kerajaan masih lagi menjalankan projek-projek yang bertujuan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Oleh yang demikian, adalah kurang sesuai sekiranya kerajaan Malaysia mengenakan 'car ownership' yang tinggi seperti yang dilakukan di negara Singapura.

        Kumpulan kami ingin membuat keputusan bahawa antara cadangan yang paling berkesan ialah pengembangan kapasiti perkhidmatan awam, peningkatan mutu perkhidmatan awam dan juga penggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutanawam, kerana langkah inilah yang dapat mengyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, terutamanya di Jalan Jelutong. Walaubagaimanapun, rakyat harus melibatkan mereka sendiri iaitu bersikap mementingkan penggunaan pengangkutan awam semasa cadangan ini dilaksanakan.

 

Back To Top