B.Sc (HBP)
B. Architecture
MSc. Planning
MSc. Project Management
MSc. Building Technology
MSc. Landscape Architecture
MSc. Housing
M.Sc. & Ph.D by Research

Staff in Alphabetical List

Academic Staff

Planning

Architecture

Interior Design

Building Technology

Construction Management

Quantity Surveying

Support Staff

 

 

Pendahuluan : [Pengenalan] [Matlamat] [Objektif] [Skop Kajian][Kawasan Kajian]

Masalah Kesesakan Lalulintas di Jalan Jelutong

 

1.0. Pendahuluan

1.1. Pengenalan

        Pembangunan yang begitu pesat di sesuatu kawasan akan menjana aktiviti ekonomi kawasan tersebut. Hal ini akan menarik lebih ramai penduduk terutamanya penduduk luar bertumpu ke kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan timbulnya beberapa masalah seperti setinggan, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Keadaan ini juga tidak kurangnya berlaku di Malaysia.

        Kepesatan pembangunan di Malaysia sememangnya sudah dikenali seantero dunia.Namun di sebalik pembangunan yang begitu rancak secara langsung kita tetap menghadapi masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan, contoh masalah tersebutialah masalah kesesakan lalulintas. Di Pulau Pinang, pembangunan pesat disusuli dengan berbagai masalah terutama sekali masalah lalulintas dan selain itu, banjir, pencemaran sekitar,  percanggahan gunatanah dan lain-lain lagi.

         Masalah kesesakan lalulintas menjadi isu kajian kumpulan kami, di mana lokasi kami lebih tertumpu di Jalan Jelutong. Hal ini kerana Jalan Jelutong merupakan salah satu laluan utama pengguna ke pusat bandar Georgetown* dan juga laluan utama pengguna keluar dari pusat bandar, yang semestinya mengundang kepada kesesakan akibat perkembangan pesat aktiviti di pusat bandar tersebut. Kelewatan seringkali dialami terutamanya waktu sibuk. Di samping itu kami juga merasakan bahawa kesesakan lalulintas ini bukan hanya berlaku di waktu puncak iaitu waktu pejabat atau waktu sekolah, bahkan di setiap masa. Kesannya, ia menggangu kelancaran operasi aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

        Persoalan sekarang adalah sama ada Jelutung Expressway yang bakal disiapkan dan dilancarkan penggunaannya akan dapat menyelesaikan masalah tersebut di atas. Diharap penyelidikan ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai impak dan keadaan sebenar kesesakan di Jalan Jelutung. Amat penting kajian ini dibuat untuk memberi cadangan penyelesaian yang sewajarnya.

        Oleh hal yang demikian, atas kesedaran pentingnya aspek lalulintas dan kesan atau impak kesesakan lalulintas, penyelidik memilih bidang ini untuk dijadikan bahan penyelidikan. Satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca, kesan, ramalan untuk mengenalpasti gambaransebenarnya masalah kesesakan lalulintas di Jalan Jelutung. Dan seterusnya mengemukakan  cadangan bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Back to Top

 

1.2. Matlamat 

1. Mengenalpasti keadaan dan gambaran sebenarnya masalah kesesakan lalulintas yang berlaku di  kawasan kajian. 

2. Mengkaji sejauh mana keberkesanan perancangan lalulintas dan tindakan yang akan diambil  pada masa hadapan bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan kajian.

Back to Top
 

 

1.3. Objektif 

1.Mengenalpasti punca-punca kesesakan lalulintas di kawasan kajian.

2.Meninjau sejauh manakah kesan kesesakan lalulintas di kawasan kajian.

3. Merancang agar  masalah kesesakan lalulintas di kawasan kajian dapat dikurangkan pada masa hadapan.

4.Mengemukakan beberapa cadangan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan kajian. 

Back to Top

 

1.4. Skop kajian

    Kajian ini adalah sebagai memenuhi keperluan akademik sahaja. Ianya kursus RPS 206 Studio Perancangan 2, iaitu sebahagian daripada rancangan sarjana muda sains dalam Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Penyelidikan bertujuan menambahkan pengetahuan proses perancangan, kemahiran dan kaedah menganalisa data yang pelbagai jenis serta kemahiran menulis laporan para pelajar yang mengambil kursus ini.

    Penyelidikan bermula dengan hipotesis "masalah kesesakan lalulintas di Jalan Jelutung tidak akan diselesaikan dengan pembinaan Jelutung Expressway". Skop kajian meliputi aspek-aspek Punca, Kesan, Ramalan dan Cadangan, iaitu tajuk-tajuk ini merupakan beberapa bahagian utama bagi kajian ini. Petunjuk-petunjuk tertentu seperti darjah kesesakan diberi perhatian khusus untuk meningkatkan kefahaman sejagat. 

    Kebanyakan maklumat adalah diperolehi daripada agensi-agensii yang terlibat dalam pengangkutan dan lalulintas. Yakni sumber utama kami ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

    Di samping maklumat sekunder yang disebut di atas, maklumat primer (kuantitatif dan kualitatif) diperolehi daripada kaedah Pengamatan dan Bancian. Kesemua maklumat ini digunakan untuk mengkaji sama ada hipotesis kajian disokong atau tidak. 

 Back to Top

____________________________________________________________________________

*George Town merupakan bandar terbesar di Wilayah Utara dengan kedudukan di peringkat kedua dalam senarai hierarki bandar berfungsi Negara iaitu sebagai Pusat Wilayah Negara. Status Pusat wilayah Negara ini disokong kuat dengan kepadatan kemudahan-kemudahan infrastruktur penting seperti Lapang Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pelabuhan Pulau Pinang disamping menyediakan kemudahan institusi-institusi kewangan dan pendidikan serta kemudahan membeli-belah bertaraf tinggi.

Bandaraya George Town dikenalpasti sebagai Pusat Wilayah Utara Negara kerana kedudukannya yang penting di peringkat nasional. Sehingga kini ia berperanan sebagai Pusat Pentadbiran Negeri, Pusat Perdagangan dan Kemudahan Sosial yang utama bagi Wilayah Utara.

Pendek kata, George Town yang mempunyai anggaran penduduk lebih 100 ribu orang adalah berfungsi sebagai pusat penjana aktiviti ekonomi dan sosial antara Wilayah Utara.

Sumber: Laporan Penyemakan Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP.

Back to Top

Pendahuluan : [Pengenalan] [Matlamat] [Objektif] [Kawasan Kajian]

Copyright Wan Burhanuddin, Webteam HBP, USM, 2000. Updated 19 Feb 2004