KAEDAH pERSAMPELAN



Selepas kumpulan kami menjalankan soal selidik ataupun bancian, data-data primer yang dapat dikumpulkan akan diproseskan dan seterusnya dianalisis.  Pendek kata, analisis data dilakukan selepas pengumpulan data. Tujuan kumpulan kami menjalankan analisis data adalah untuk menjelaskan data-data yang dikumpul kepada bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh masyarakat umum.  Kumpulan kami telah menggunakan program excel untuk mengumpul data yang didapatkan.  Selepas itu,  graf dibentuk supaya setiap data yang dikumpul lebih mudah difahami dalam bentuk graf. 

PERSAMPELAN

Dalam projek ini, kumpulan kami menggunakan teknik persampelan adalah untuk menganalis data yang dikumpul.  Kumpulan kami menggunakan teknik persampelan sebab kaedah tersebut dapat mewakili sesuatu populasi kajian.  Sampel dalam kaedah persampelan ini merupakan satu subset populasi dan sample ini berupaya mewakili keseluruhan populasi.  Populasi di lebuh Macallum adalah 38 782 orang.    Sebelum menjalankan soal selidik, kumpulan kami telah menetapkan saiz sampel kepada 300 orang iaitu kira-kira 1 peratus daripada keseluruh populasi di Lebuh Macallum.  Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Rangka sampel kajian ini adalah penghuni-penghuni dari tiga blok pangsapuri di Lebuh Macallum iaitu pangsapuri pelangi, pangsapuri 358 dan pangsapuri 360.

Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian dan persampelan tidak berkebarangkalian.  Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik,  sampel berstrata dan sampel berkelompok.  Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola salji" dan sampel pertimbangan.  Teknik persampelan yang digunakan oleh kumpulan kami ialah persampelan berkelompok.  Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi.  Selepas beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak untuk membentuk sampel berkelompok.  Dalam kajian kami,  populasi dibahagikan mengikut pangsapuri sebab setiap pangsapuri adalah sama .  Terdapat 21 blok pangsapuri di Lebuh Macallum dan kami telah memilih secara rawak 3 blok pangsapuri untuk soal selidik. Daripada 3 blok ini pula kami telah memilih 300 sampel sebagai sampel kelompok kami.

 

MENGAPA 300 SAMPEL ?

Tujuan kumpulan kami menggunakan teknik persampelan berkelompok ini adalah sebab kawasan kajian kami  yang kedudukan geografinya jauh antara satu sama lain.  Pangsapuri di Lebuh Macallum terletak jauh antara satu sama lain.  Kami hanya memilih 3 blok daripada 21 blok.  Dalam kajian ini kami telah membuat soal selidik terhadap wakil penghuni-penghuni dari setiap rumah dari pangsapuri yang terpilih sahaja dan membahagikan mereka mengikut pangsapuri pelangi, pangsapuri 358 dan pangsapuri 360. 

Selain itu, kami juga membuat bancian  terhadap penjaja di lebuh Macallum dengan memilih 22 orang daripada 32 orang. Bagi soal selidik ini,  kami telah menggunakan persampelan berstrata sebab kami telah membahagikan penjaja mengikut jenis barang jualan.

exit