|
|
|
|
3.0 Isu Kesesakan Yang Timbul3.1 PengenalanIsu kesesakan lalulintas merupakan isu yang sering diperkatakan masyarakat di seluruh dunia sama ada di negara membangun mahupun di negara maju. Tidak kurang juga dengan keadaannya di Malaysia di mana sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang begitu baik untuk menyelesaikannya. Keadaan ini berlaku di Jalan Jelutong, Pulau Pinang di mana kesesakan lalulintas amat serius sehingga menimbulkan beberapa kesan diantaranya mengganggu kelancaran sistem lalulintas dan pencemaran udara. Apakah definisi kesesakan lalulintas? Apakah ciri-cirinya? Aktiviti-aktiviti di bandar mengakibatkan lalulintas dan pergerakan diperlukan untuk menyokongnya. Lokasi aktiviti menjadi pusat "Pengeluran dan Tarikan Trip". Komposisi lalulintas lalulintas bandar terdiri daripada pergerakan manusia - dengan pelbagai mode pengangkutan dan tujuan perjalanan yang berbeza seperti ke tempat kerja, sekolah, membeli-belah, perniaaan dan lain-lain. Terdapat pula ciri-ciri yang berbeza bagi Trip. Dalam bahagian ini, ia lebih tertumpu kepada isipadu, muatan dan darjah kesesakan. Pemahaman ciri-ciri dan corak lalulintas adalah penting untuk kajian ini kerana dengan analisisnya, kami dapat tahu teknik atau cadangan penyelesaian yang sesuai. GAMBAR 3.1 - Menunjukkan kesesakan berlaku pada waktu pagi di mana masyarakat bergegas ke pejabat.
GAMBAR 3.2 - Kegagalan lampu isyarat berfungsi dengan baik turut menjadi punca kesesakan lalulintas di Jalan Jelutong. Keadaan ini menyukarkan kenderaan yang keluar dari simpang. Back to Top
3.2. Isipadu
RAJAH 3 di bawah menunjukkan perbandingan isipadu lalulintas di George Town 1985 dan 1996.
dari jadual di atas menunjukkan semua jalan mengalami kenaikan isipadu dalam tempoh 10 tahun tetapi Jalan Macalister mengalami penurunan isipadu sebanyak 2400 buah kenderaan sehari. pada tahun 1985, isipadu lalulintas di Jalan Jelutong ialah 49800 buah kenderaan sehari. keadaan ini meningkat sebanyak 49700 buah kenderaan sehari kepada 99500 kenderaan. pada tahun 1997 isipadu di Jalan Jelutong menurun kepada 97,447 buah kenderaan sehari iaitu menurun sebanyak 2053 buah kenderaan sehari. Walaupun begitu, isipadu di Jalan Jelutong masih ditahap yang tinggi. Carta bar di bawah menunjukkan perbandingan isipadu pada tahun 1985, 1996 dan 1097.
Isipadu pengukur asas terhadap lalulintas disesuatu jalan. Isiapadu lebih dikaitkan dengan pengaliran kenderaan dan ditafsirkan dalam bentuk 'kenderaan sejam' atau 'kenderaan sehari'. Apabila sesuatu lalulintas mengandungi pelbagai jenis kenderaan, angka harus ditukar kepada penyeimbang dengan unit-unit penumpang kereta (passenger car unit) dan apabila ini terlaksana pengaliran atau isipadu barulah ditafsirkan dalam bentuk pcu seperti yang ditunjuk dalam rajah 1 dibawah :-
Dalam kajian isipadu ini juga kita dapat menentukan:-
ISIPADU A ( pcu / jam ) 15 / 11 / 99 Isnin. RAJAH 7.
ISIPADU B ( pcu / jam ) 15 / 11 / 99. Isnin RAJAH 8.
Back to Top3.3. MuatanDitafsirkan dengan kadar maksimum / jam di mana kenderaan dijangka secara langsung melalui sesuatu point atau bahagian jalan raya atau lorong di dalam sesuatu masa yang ditetapkan di atas sesuatu jalinan lalulintas dan keadaan yang terkawal. Secara umumnya, bagi mendapatkan kapasiti atau muatan sesuatu jalan ia bergantung kepada keluasan jalan. secara praktikalnya,kapasiti jalan Jelutong ialah 5100 , keadaan ini ditunjukkan seperti rajah di bawah. pengiraan kapasiti jalan adalah berdasarkan beberapa kriteria dan pertimbangan beberapa faktor. Secara praktikal, kapasiti jalan ialah diantara 1000 hingga 1800 pcu / jam dengan setiap 10 kaki lebar jalan. Ini bermakna had minimum yang dibenarkan ialah 1000 pcu / jam dan had maksimum yang dibenarkan 1800 pcu / jam. Kapasiti jalan yang begitu sesak adalah disebabkan terdapat beberapa aktiviti diantaranya aktiviti gerai penjaja, kawasan meletak kenderaan yang kecil, adanya kawasan kormersial dan aktiviti sosial. RAJAH 4
Back to Top
3.4. Darjah KesesakanLebih mudah ditafsirkan apabila isipadu lalulintas melebihi had muatan jalan. Sebagai contoh,sebuah jalan hanya mampu membuat 2200 kenderaan sejam(pcu) dan kemampuan jalan adalah untuk 1800 kenderaan sahaja. Ini beerti, kesesakan berlaku kerana nisbah isipadu / muatan melebihi 1.0. Bagi mengetahui darjah kesesakan,terdapat formula yang boleh digunakan iaitu ;- Darjah Kesesakan = isipadu lalulintas / muatan jalan Kesesakan selalunya berlaku pada sesuatu masa contohnya pada awal pagi, tengah hari dan petang terutamanya di jalan-jalan utama ke arah bandar seperti jalan jelutong yang menghala ke Georgetown. Bagi mendapatkan darjah kesesakan, rumus berikut diperlukan: Darjah Kesesakan = isipadu lalulintas / muatan jalan. 1985 - darjah kesesakan = 2.37 kenderaan/jam. 1996 - darjah kesesakan = 3.30 kenderaan/jam. sepanjang tempoh 10 tahun, darjah kesesakan meningkat sebanyak 0.93 kepada 3.30 pada tahun 1996. Daripada analisis yang di buat, darjah kesesakan dapat dibahagiakan kepada beberapa kelas atau tahap perhidmatan antaranya = (A) < 0.7 - sangat baik. (B) 0.7- < 0.8 - baik (C) 0.8-<0.9 - sederhana baik (D) 0.9-<1 - memuaskan (E) =1 - kurang memuaskan (F) >1 - sesak *taraf perkhidmatan ini bagi unit kenderaan / jam. bagi ukuran darjah kesesakan pcu / jam, > 0.7 adalah sesak.
ISIPADU DAN DARJAH KESESAKAN (pcu /jam)15/11/99- Isnin RAJAH 9.
Berdasarkan jadual 9, pada waktu kajian yang dilakukan didapati darjah kesesakan diklasifikasikan sebagai sesak kerana darjah kesesakan melebihi 0.7 adalah sesak jika ia dukur dalam unit pcu/jam. berdasarkan rajah juga didapati darjah kesesakan yang paling tinggi ialah pada waktu pagi iaitu pada pukul 8 hingga 9 pagi. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan orang ramai berpusu-pusu ke pejabat manakala pada waktu petang di mana orang ramai pulang dari pejabat mencatatkan darjah kesesakan tertinggi pada pukul 6 hingga 7 malam. Berdasarkan kajian yang dilakukan, jelaslah Jalan Jelutong mengalami kesesakan lalulintas yang amat kritikal di mana jumlah kenderaan yang melalui Jalan Jelutong melebihi taraf perhidmatan yang ditetapkan dan tindakan segera perlu diambil mengatasi masalah ini kerana masalah ini mengundang seribu satu masalah kepada beberapa kesan sampingan. Back to Top
WAKTU KEMUNCAK KESESAKAN LALULINTAS RAJAH 5
Berdasarkan rajah A di atas menunjukkan Jln. Jelutong merupakan jalan ke-3 tinggi kesesakan iaitu sebayak 4549 buah kenderaan setiap hari selepas Jln. masjid Negeri dan Jln. Scotland. Diikuti Jln. macalister manakala jalan Free School adalah jalan yang paling rendah kesesakan lalulintasnya. Jalan JElutong di firkan perlu diambil tindakan kerana keutamaan jalan berkenaan yang menghubungkan jambatan Pulau Pinang dan Bayan Lepaske pusat bandar.
WAKTU KESESAKAN. RAJAH 6.
Berdasarkan RAJAH 6 di atas menunjukkan motorsikal menunjukkan peratus komposisi yang tinggi pada kedua-dua waktu , diikuti kereta, van, lori kecil, teksi, bas dan lori besar. motorsikal danlori kecil mengalami penurunan pada waktu petang, bagi kereta, van, lori besar dan bas mengalami kenaikan manakala teksi tidak mengalami perubahan. Segala data boleh dilihat pada rajah diatas
|
|
Copyright © Wan Burhanuddin, Webteam HBP, USM, 2000. Updated 19 Feb 2004 |