B.Sc (HBP)
B. Architecture
MSc. Planning
MSc. Project Management
MSc. Building Technology
MSc. Landscape Architecture
MSc. Housing
M.Sc. & Ph.D by Research

Staff in Alphabetical List

Academic Staff

Planning

Architecture

Interior Design

Building Technology

Construction Management

Quantity Surveying

Support Staff

 

 

Penulisan Laporan

Pada semester ini Studio Perancangan 200 juga menekankan kemahiran penganalisaan dan penulisan laporan di samping kemahiran perancangan fizikal.

Laporan yang dimaksudkan dalam konteks kami adalah satu kerja ilmiah yang memuatkan pernyataan dan penemuan atau teori berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Iaitu ianya berhubung langsung dengan kajian dan penelitian.

Dengan itu, kajian harus dikenal pasti bidang, tempat, tujuan, jenis dan metodnya. Adalah penting untuk memahami unsur-unsur penting sebelum menulis, di antaranya konsep, teori, asumsi dasar, hipotesis dan lain-lain.

Konsep Awal : Fakta yang diserap oleh pancaindera dan dirakam oleh otak untuk diungkapkan kembali.

Asumsi (Anggapan Dasar) : Sesuatu kebenaran yang sudah diterima umum sehingga tidak perlu diuji.

Kerangka Teori : Cantuman beberapa teori yang berkaitan dan wajar digunakan untuk kajian tersebut.

Hipotesis : Tanggapan yang perlu dibuat dengan alasan yang kukuh

Penulisan Skripsi (bahagian rumusan) : Penulisan untuk membuktikan benar atau tidaknya hipotesis yang dikemukakan.

Secara umumnya, langkah-langkah penulisan laporan termasuklah :-

1. Pengenalan/Latar Belakang

sebab-sebab pemilihan permasalan untuk penelitian
mencakupi peranan tajuk yang dibicarakan
pengembangan bidang tajuk dan kewajaran kajian

2. Pertimbangan dalamPemilihan Masalah

Apakah kajian itu akan memberikan manfaat kepada masyarakat atau bidang ilmu?
Apakah kajian itu dapat dilaksanakan?

3. Tujuan dan Kepentingan Kajian

tujuan kajian harus selaras dengan perumusan masalah sama ada tujuan umum atau khusus
kumukakan usaha dan hasil yang telah dicapai secara kasar
tujuan umum berkaitan dengan hipotesis kajian dan penilaian kajian
tujuan khusus mengemukakan pertimbangan yang mendukung penilaian itu
kepentingan kajian harus disebut untuk siapa serta menjadi petunjuk kepada pengkaji kemudian

4. Batasan dan Skop Kajian

batasan mengenai permasalahan atau pokok persoalan perlu supaya kajian lebih terarah
batasan berhubung dengan kawasan kajian juga perlu supaya kajian tidak terlalu luas dan banyak masalah

5. Tulisan yang Lepas

permasalahan yang dikaji biasanya bukanlah benar-benar baru - iaitu tidak pernah dibuat
tulisan lepas diteliti untuk perlihatkan kekuatan dan kelemahannya
ianya juga membolehkan penambahan pengetahuan tentang permasalahan yang hendak dikaji  dan mengelakkan perulangan kajian/penulisan yang sama

6. Kerangka Teoretis

penting untuk membantu menetukan tujuan dan arah kajian penulisan, serta memilih konsep-konsep yang tepat untuk pembentukan hipotesis-hipotesis
teori-teori itu bukan pengetahuan yang sudah pasti tetapi sebagai petunjuk hipotesis

7. Pembentukan Konsep

konsep adalah sekelompok fakta yang berkaitan dengan permasalahan kajian
ia menjadi unsur pokok dari satu penelitian
konsep juga adalah makna perkataan atau rangkai kata yangboleh membawa erti lain
penjelasan konsep hendak dibuat dan dipegang teguh konsep tersebut

8. Rumusan Hipotesis/Agakan

hipotesis dibentuk berdasarkan pengalaman, pengamatan dan dugaan; hasil kajian lepas dan teori-teori yang sudah terbentuk
perumusan hipotesis adalah penting untuk:- memfokuskan masalah; menentukan data-data yang wajar dikumpul; menunjukkan corak kajian termasuk teknik analisis yang akan diguna; mendapatkan kerangka penyimpulan serta merangsang lajian lebih lanjut
hipotesis perlu dikaji sama ada melalui eksperimen, soal selidik atau secara kuantitatif
agakan tidak perlu diuji

9. Metodologi/ Pendekatan Kajian

metod mempunyai langkah-langkah sistematis
penggunaan metod mempunyai kaitan dengan konsep-konsep, kerangka teoritis dan hipotesis terpilih

10. Organisasi Laporan

bab-bab dan pecahannya perlu ada dlam laporan
bermula dengan pengenalan, diikuti dengan isi kajian dan berakhir dengan penutup
nota kaki dan bibliografi dibuat bagi rujukan

 

Rujukan daripada "Penulisan Tesis" oleh Dr Harun Daud

Disediakan oleh :-

Tan June See

Back to Top

Copyright Wan Burhanuddin, Webteam HBP, USM, 2000. Updated 19 Feb 2004