Mengikut
Brundtland Report 1987 :
Pembangunan
mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa
menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.
Pembangunan
bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya;
pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang
dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)
Pembangunan
bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia
asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah
satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan
ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan
perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta
perdagangan skala kecil(petty commodity
sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995)
Mampan

1.
Pemuliharaan Sumber
Memastikan
penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui
penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui,
pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.
-
Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber,
perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
2.
Pembangunan Fizikal
Memastikan
pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan
mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan.
-
membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang
terdapat di kawasan tersebut.
-
meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang
akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami
tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami
kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
3.
Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan
pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang
akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.
-
mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau
perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.
4.
Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan
pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta
menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.
-
mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan
sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
5.
Penyertaan Politik
Menggalakkan
penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
Rajah
4.2
Objektif-objektif Pembangunan Mampan
Ekonomi
-
pertumbuhan
,
kesaksamaan
Pembangunan Mampan
Sosial-
kuasa -
penyertaan
-
identiti
kebudayaan - pembangunan institusi
|
Ekologi-
keupayaan
menampung - kepelbagaian
|
Sumber
: David Drakakis-Smith, 1995
Rajah 4.3
Komponen-komponen dalam Pembangunan Bandar Mampan
Rekabentuk
Bandar (urban design) adalah subsektor
perancangan yang meneliti perhubungan visual dan functional yang wujud di antara manusia dengan alam persekitaran
fizikalnya. Premis amalan rekabentuk bandar menyatakan bahawa persekitaran
fizikal manusia boleh direkabentuk menerusi pelbagai kaedah rekabentuk bagi
menghasilkan rupabentuk bandar yang dihasratkan dalam iklim kekangan politik,
ekonomi dan sosial ( Kriken, 1979).
Bandar
yang wujud dewasa ini terbentuk melalui rekabentuk dan perancangan untuk tujuan
tertentu. Bentuknya tidak terbentuk secara rawak tetapi disengajakan. Ia adalah
hasilan daripada keputusan yang dibuat untuk tujuan tertentu dan keputusan ini
dipanggil rekabentuk bandar. Bandar tidak direka untuk satu gambaran 20 tahun
dari sekarang, tetapi ia satu proses membuat keputusan dari hari ke hari.
Mengikut
Mugavin (1992) pula, rekabentuk bandar adalah sintesis bentuk fizikal bandar
untuk mencapai gol yang berkenaan dengan keperluan manusia, biasanya rujuk
kepada aktiviti dan meaning. Ini
bermaksud rekabentuk bandar adalah berkaitan dengan bentuk fizikal, bangunan,
jalan, taman dan sebagainya serta perhubungan di antaranya dalam mencapai gol
dari segi fungsi, psikologi, sosial dan alam sekitar.
Kawasan
perbandaran pulau berkembang secara berjajar sepanjang jalan-jalan utama dan
sehingga kawasan Jelutong, Bagan Jermal dan Jalan Scotland pada tahun 1950.
Kebakaran besar George Town pada tahun 1813 telah meninggalkan kesan yang kuat
di Georgetown. Celah lima puluh kaki setiap 200 kaki bangunan berderet
disediakan dan pemakaian bumbung genting terra
cotta telah bermula pada tahun 1826.
Bandar
Air Hitam merupakan bandar pasaran pertanian pada zaman penjajahan. Apabila
sistem pengangkutan dimajukan, ia telah menggalakkan pertumbuhan bandar secara
berjajar dari George Town ke bandar Air Hitam. Pada lewat 70an hingga awal
1990an, perkembangan perbandaran berjajar dari George Town ke bandar Air Hitam.
Pada lewat 70an hingga awal 1990an, perkembangan perbandaran berjajar telah
bergerak dari George Town ke pekan-pekan sekunder berhampiran ( Tanjong Tokong,
Air Hitam, Jelutong), sehingga bandar Bayan Baru yang dirancang sebagai bandar
baru dan Pusat Wilayah pada awal 70an.
Kawasan-kawasan
di barat dan barat daya kurang mendapat pengaruh perkembangan perbandaran kerana
halangan fizikal. Terdapat kawasan tanah tinggi di tengah pulau, iaitu kawasan
Paya Terubung dan Bukit Bendera. Perkembangan di pantai utara pula berlaku
secara berjajar sepanjang Jalan Bangan Jermal – Batu Feringgi. Perkembangan
secara berjajar ini juga diakibatkan oleh halangan fizikal kawasan bukit dan
perkembangan industri pelancongan di situ.
Rekabentuk
bandar meliputi
| Sejarah perkembangan bandar dan pengaruhnya ke
atas bandar | |
| Ciri fizikal bandar | |
| Ruang dan aktiviti bandar | |
| Elemen rekabentuk bandar | |
| Imej bandar | |
| Pemuliharaan |
5.0
FUNGSI, BENTUK DAN KANDUNGAN KAJIAN
5.1
Fungsi-fungsi Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang
Fungsi-fungsi
Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang adalah seperti berikut :
1.
Merumuskan dasar, strategi dan matlamat pembangunan
rekabentuk bandar kawasan George Town
-
Membekalkan satu garis
panduan pembangunan rekabentuk bandar yang lebih menyeluruh, bersepadu dan
berkesan serta menuju ke arah pembangunan mampan.
2.
Panduan kepada Pentadbiran Bandar
-
Untuk dijadikan panduan
bagi pentadbiran bandar dengan menyediakan rancangan tahunan atau rancangan
pembangunan 10 tahun di samping boleh dijadikan garis panduan bagi mengawas
Rancangan Pembangunan kawasan berkaitan di peringkat bandar.
3.
Mengenalpasti cadangan-cadangan dan keutamaan
-
Mengenalpasti cadangan
ekonomi mahupun sosial dan fizikal dengan program-program perlaksanaan mengikut
keutamaan cadangan.
5.2
Bentuk Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang
Kajian
ini akan dijalankan secara mendalam dan akan menilai kesemua strategi-strategi
alternatif untuk pembangunan rekabentuk bandar dan membuat saranan-saranan dalam
bentuk cadangan dasar-dasar strategik, lakaran-lakaran serta projek-projek
pembangunan berkenaan selaras dengan pembangunan rekabentuk bandar menuju ke
arah pembangunan mampan. Kajian ini
akan mengambil kira polisi-polisi semasa yang berkenaan dengan rekabentuk bandar
kawasan kajian. Dasar-dasar,
program-program dan projek-projek yang dijalankan akan megandungi aspek-aspek
yang berkaitan dengan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional dan dasar negeri.
5.3
Kandungan Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang
Kajian
ini akan mengambil kira 3 aspek penting iaitu :
1.
spek ekonomi yang meliputi aktiviti-aktiviti
ekonomi di kawasan kajian, iaitu perniagaan dan pelancongan.
2.
Aspek sosial yang meliputi sektor perumahan dan
komuniti di kawasan kajian.
3.
Aspek fizikal dan ekologi yang meliputi sektor
pengangkutan, lanskap, bangunan dan pemuliharaan.
Kajian
ini akan mengandungi perkara-perkara berikut:
1.
Rumusan dasar dan strategi pembangunan tanah di
kawasan kajian dan cadangan am kegunaan tanah, terutama cara-cara untuk
mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, infrastruktur dan kemudahan masyarakat.
2.
Mengambil kira sumber-sumber yang sedia ada untuk
melaksanakan cadangan-cadangan yang terkandung dalam kajian rekabentuk bandar
selaras dengan kehendak Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
3.
Peta, pelan, rajah dan ilustrasi bagi menjelaskan
cadangan-cadangan yang terkandung di dalam kajian rekabentuk bandar.
4.
Kesemua perkara yang terkandung dalam objektif
kajian.