Sektor Pelancongan
Aspek
Ekonomi : Pelancongan
Objektif
:
i.
Mengkaji Impak pelancongan kepada kawasan sekitar
dan komuniti setempat
ii.
Memelihara dan memulihara bangunan yang mempunyai nilai sejarah
iii.
Menggiatkan perniagaan komuniti pedagang tempatan
Skop
Kajian :
i.
Mengenalpasti tujuan kedatangan pelancong ke
kawasan tersebut
ii.
Kenal pasti perkhidmatan dan kemudahan pelancongan di kawasan kajian
iii.
Kenal
pasti jenis kedai, lokasi, jenis pengangkutan yang digunakan dan
jumlah guna tenaga yang terlibat
iv.
Kenal pasti tarikan utama dan imej destinasi (semulajadi, alam bina,
kebudayaan dan sosial)
v. Kemudahsampaian
pengangkutan yang digunakan oleh pelancong ke kawasan tersebut (beca, teksi,
dan lain-lain) serta masa yang digunakan
vi. Mengenalpasti isu dan
masalah dalam sektor pelancongan
4.1 Pengenalan
4.1.1 Pelancongan Mampan
Pendekatan pembangunan mampan membawa maksud bahawa sumber-sumber pelancongan semulajadi, kebudayaan, dan lain-lainakan dipulihara untuk penggunaan yang berterusan dalam masa-masa akan dating dan pada masa yang sama masih membawa manfaat kepada masyarakat hari ini.
Pelancongan mampan merupakan jenis pelancongan yang memadankan kawasan sekitar, kebudayaan dan struktur sosial dalam kawasan tersebut.
Pelancongan merupakan satu aktiviti ekonomi di mana ia mampu membawa rezeki dan kebaikan kepada komuniti.
Pelancong mempunyai motif melancong yang berlainan. Dalam kes tertentu, kemudahan membeli-belah telah dibangunkan sebagai satu motif utama melancong. Oleh itu, pembangunan dari segi tarikan kemudahan membeli-belah telah menjadi satu alat yang penting untuk mempromosikan pelancongan.
Satu kawasan membeli-belah yang menarik termasuk :
Terdapat teori yang mengatakan sector informal akan hilang apabila sesebuah negara mencapai pembangunan dan teori tersebut telah dibangkang di mana informal sector dikatakan tidak akan hilang sebegitu sahaja dalam proses urbanisasi dan modernisasi. Dalam pelancongan, sector informal merupakan satu sektor yang amat kuat dan usaha harus diambil untuk mencapai pemahaman yang lebih baik dan penyertaan dalam sektor ini serta hubungannya dengan formal sektor. Sebagai satu industri, pelancongan mempunyai potensi untuk mencetuskan lebih banyak peluang pekerjaan kepada sektor informal dan sektor formal.
Mengikut Murphy, 1985
Pembangunan pelancongan harus menemui keseimbangan keperluan antara residen (individu dan peniaga) dan pelancong.
Keperluan
![]()
Industri pelancongan merupakan sumber pendapatan yang penting bagi negeri Pulau Pinang memandangkan ia menyumbangkan lebih kurang 34.5% daripada KDNK di negeri Pulau Pinang. Sumbangan daripada industri pelancongan memberi kesan pendaraban kepada industri-industri lain dan sekali gus meletakkan industri pelancongan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri-industri sokongan yang berkaitan.
Kini, kawasan-kawasan pelancongan yang terdapat di Pulau Pinang adalah membanggakan, unik dan menarik. Produk utama yang dipromosikan di kawasan Bandar George Town ialah warisan sejarah, kebudayaan dan senibina yang terpelihara memandangan George Town merupakan satu-satunya bandar yang mempunyai kawasan pemuliharan yang terbesar di Malaysia sebanyak enam zon.
4.1.3 Justifikasi Pemilihan Lokasi Kaji Soal Selidik
Tiga lokasi telah dipilih sebagai kawasan untuk menjalankan kajian soal selidik terhadap pelancong dan pengguna di kawasan Zon 6.
Lokasi pertama dipilih memandangkan ia berdekatan dengan Penang Bazaar dan Chowrasta iaitu dua pusat perniagaan yang menjadi kawasan kajian utama dalam kajian kami. Di samping itu, lokasi ini juga terletak di jalan utama iaitu Jalan Penang. Diandaikan bahawa orang akan melalui kawasan tersebut untuk pergi ke Komtar atau ke kedai-kedai yang terletak di Lebuh Campbell, Lebuh Chulia dan lebuh-lebuh lain.
Persimpangan Chulia dan Lebuh Carnarvon pula dipilih sebagai lokasi kedua memandangkan lebuh Chulia merupakan sempadan kawasan kajian.
Lokasi ketiga dipilih dengan berdasarkan justifikasi bahawa ia terletak di tengah-tengah kawasan kajian. Oleh itu, soal selidik akan dijalankan di kawasan tersebut supaya liputan kajian soal selidik akan lebih sempurna.
Peta 4.1 Lokasi Kajian Soal Selidik Pengunjung Di Kawasan Kajian

4.1.4 Persampelan
Persampelan sistematik digunakan untuk menjalankan kajian soal selidik pengguna dan pelancong. Dua set soalan yang berlainan akan ditujukan kepada pelancong dan orang tempatan secara berasingan. Sampel akan diambil secara sistematik iaitu setiap 5 orang akan diambil satu sample tidak kira orang tersebut orang tempatan atau pelancong asing. Dua hari initu hari Selasa dan hari Sabtu dipilih untuk menjalankan kajian soal selidik tersebut. Masa yang ditetapkan adalah dari pukul 10.00 pagi sampai 1.00 petang, 1.00 petang hingga 4.00 petang, 4.00 petang hingga 7.00 petang dan 7.00 petang hingga 10.00 malam. Setiap lokasi akan mengambil sampel 6 orang untuk setiap selang masa yang ditetapkan.
Jadual 4.1: Sampel Yang Diambil Untuk Setiap Jangka Masa
|
Masa / Hari |
Selasa |
Sabtu |
Jumlah |
|
10.00 a.m 1.00 p.m |
6 x 3 = 18 orang |
6 x 3 = 18 orang |
36 orang |
|
1.00 p.m 4.00 p.m |
6 x 3 = 18 orang |
6 x 3 = 18 orang |
36 orang |
|
4.00 p.m 7.00 p.m |
6 x 3 = 18 orang |
6 x 3 = 18 orang |
36 orang |
|
7.00 p.m 10.00 p.m |
6 x 3 = 18 orang |
6 x 3 = 18 orang |
36 orang |
|
Jumlah |
72 orang |
72 orang |
144 orang |
Jadual 4.2 : Jenis Pelancong Yang Datang Secara Kumpulan Atau Bersendirian
|
Jenis |
Bilangan |
Peratusan |
Bilangan Orang |
Peratusan |
|
Kumpulan |
40 |
66.7% |
140 |
87.5% |
|
Bersendirian |
20 |
33.3% |
20 |
12.5% |
|
Jumlah |
60 |
100% |
160 |
100% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Kebanyakan pelancong yang melawat ke kawasan kajian adalah secara kumpulan iaitu 66.7% berbanding dengan 33.3% yang datang secara bersendirian.
Jadual 4.3 : Kumpulan Umur Pelancong
|
Kumpulan Umur |
Peratusan (%) |
|
20 29 |
18.3% |
|
30 39 |
36.7% |
|
40 49 |
21.7% |
|
50 59 |
16.7% |
|
> 60 |
6.7% |
|
Jumlah |
100% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Kebanyakan pelancong yang melawat ke kawasan kajian adalah berumur dari 30 ke atas. Mereka yang berumur kurang dari 30 adalah sedikit iait hanya 18.3%.
4.2.1.1 Tujuan Kedatangan Pelancong Ke Pulau Pinang
Jadual 4.4 : Tujuan Kedatangan Pelancong Ke Pulau Pinang
|
Tujuan |
Bilangan Pelancong (orang) |
Peratusan (%) |
|
Bercuti |
36 |
60.0% |
|
Melawat Kawan |
1 |
1.7% |
|
Berniaga |
9 |
15.0% |
|
Melawat Kawasan dan Bangunan Bersejarah |
3 |
5.0% |
|
Membeli-belah |
11 |
18.3% |
|
Jumlah |
60 |
100% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Rajah 4.1: Tujuan Kedatangan Pelancong Ke Pulau Pinang

Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
4.2.1.2 Tujuan Pelancong Melawat Ke Kawasan Zon 6 ( Kawasan Kajian)
Jadual 4.5 : Tujuan Kedatangan Pelancong Ke Kawasan Kajian
|
Tujuan |
Bilangan Pelancongan |
Peratusan (%) |
|
Membeli-belah |
14 |
23.3% |
|
Berjalan-jalan |
43 |
71.7% |
|
Melawat Kawasan dan Bangunan Bersejarah |
3 |
5.0% |
|
Jumlah |
60 |
100% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Rajah 4.2 : Tujuan Kedatangan Pelancong Ke Kawasan Kajian

Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Daripada kajian yang telah dijalankan di kawasan kajian, didapati bahawa pelancong yang melancong ke Pulau Pinang dengan tujuan bercuti merangkumi 60% daripada jumlah pelancong yang disoal selidik. 18.3 % daripadanya mengatakan tujuan mereka adalah untuk membeli-belah diikuti oleh 15% yang bertujuan berniaga di Pulau Pinang dan 5% pula bertujuan melawat kawasan dan bangunan bersejarah yang terdapat di situ.
Berbanding dengan tujuan kedatangan pelancong ke Zon 6, 71.1% mengatakan mereka hanya berjalan-jalan di situ. 23.3% pula bertujuan membeli-belah dan 5% bertujuan melawat kawasan dan bangunan bersejarah.
Berdasarkan fokus kawasan kajian adalah berpandukan kepada sektor peruncitan yang terdapat di situ, maka peratusan pelancong yang bermotif untuk membeli-belah dianggap amat sedikit iaitu hanya 23.3% di kawasan kajian.
Rajah 4.3 : Tempat Yang Pernah Dilawati Oleh Pelancong

Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Jadual 4.6 : Tempat Yang Pernah Dilawati Oleh Pelancong
|
Tempat Kunjungan |
Peratusan (%) |
|
Kedai-kedai |
1.7% |
|
Chowrasta dan Kedai-kedai |
28.3% |
|
Penang Bazaar dan Kedai-kedai |
13.3% |
|
Ketiga-tiga Tempat |
56.7% |
|
Jumlah |
100.0% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Memandangkan kawasan kajian terdiri daripada kawasan perniagaan yang terdiri daripada 584 buah kedai dan dua bazaar utama yang menjual pelbagai barang, maka kehadiran pelancong amat digalakkan sebagai satu sumbangan pertukaran wang asing.
Berpan dukan kepada rajah dan jadual yang telah ditunjukkan di atas, didapati bahawa 57% pelancong yang terdapat di Zon 6 pernah melawat ketiga-tiga tempat kaji selidik kita iaitu kedai-kedai, Chowrasta dan Penang Bazaar. Manakala 28.3% tidak pernah melawati Penang Bazaar, 13.3% tidak pernah melawati Chowrasta dan 1.7% langsung tidak melawati Chowrasta dan Penang Bazaar.
Jadual 4.7 : Hubungan Tujuan Kedatangan Pelancong Dengan Pernahkah Mereka Melawat Tempat Tertentu Di Kawasan Kajian

Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, didapati bahawa 100% pelancong yang tidak pernah melawat Chowrasta dan Penang Bazaar tetapi hanya pernah melawat kedai-kedai adalah bertujuan berjalan-jalan. Untuk mereka yang pernah melawat Chowrasta dan kedai-kedai sahaja, 12.5% adalah bertujuan membeli-belah dan 88.2% adalah bertujuan berjalan-jalan sahaja. Kedaan yang agak sama untuk mereka yang pernah melawat Penang Bazaar dan kedai-kedai, hanya 12.5% adalah bertujuan membeli-belah. Peratusan mereka yang bertujuan membeli-belah meningkat dari kategori pelancong yang pernah melawat ketiga-tiga kawasan tersebut sehingga 32.4%. Untuk mereka yang bertujuan melawat bangunan bersejarah, 12.5% daripada kategori mereka yang hanya pernah melawat Penang Bazaar dan kedai-kedai serta 5.9% daripada kategori mereka yang pernah melawat ketiga-tiga kawasan tersebut adalah bermotif melawat bangunan bersejarah.

Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Daripada rajah 4.4 yang ditunjukkan di atas, didapati bahawa bilangan pelancong yang ada membelanja di kedai-kedai, Chowrasta dan Penang Bazaar adalah sangat sedikit. Lebih daripada 70% pelancong tidak membelanja di ketiga-tiga tempat tersebut. Peratusan penyuntikan perbelanjaan terbanyak adalah kepada kedai-kedai iaitu 30% pelancong ada membelanja di kedai-kedai dan 26.7% pelancong membeli barang di Chowrasta manakala di Penang Bazaar hanya 8.3% pelancong yang membelanja wang mereka di situ. Ini adalah benar di mana daripada kajian peruncitan yang telah diadakan di ketiga-tiga kawasan di sini, 79.22% peniaga mengatakan bahawa pelanggan utama mereka merupakan orang tempatan.
Jadual 4.8 (i) : Hubungan Faktor Harga Dalam Menentu Pelancong Untuk Membeli Barangan Di Sesuatu Lokasi

Jadual 4.8 (ii) : Hubungan Faktor Harga Dalam Menentu Pelancong Untuk Membeli Barangan Di Sesuatu Lokasi

Jadual 4.8 (iii) : Hubungan Faktor Harga Dalam Menentu Pelancong Untuk Membeli Barangan Di Sesuatu Lokasi

Kajian statistik yang telah dijalankan di atas menunjukkan bahawa keinginan pelancong membeli barangan di kawasan tidak dipengaruhi kuat oleh harga barangan iaitu sama ada mahal atau murah. Kedua-dua nilai meannya adalah sangat dekat iaitu hampir semua adalah 2. ( skala 1 = sangat mahal, skala 5 = sangat murah). Oleh itu, di sini boleh disimpulkan bahawa harga barangan bukan faktor utama mempengaruhi pelancong melawat kawasan kajian untuk membeli-belah. Kesimpulan boleh dibuat bahawa membeli-belah bukan tarikan utama pelancong melawat ke kawasan kajia
Di samping itu, merujuk kepada jadual 4.8(iii), terdapat hubungan songsang di mana, jika harga makin tinggi maka niat untuk membeli akan menjadi kurang.

Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Jadual 4. 9 : Pandangan Pelancong Terhadap Tarikan Di Kawasan Kajian
|
|
Kemudahsampaian |
Kepelbagaian barangan |
Barangan Murah |
Bangunan |
Kepelbagaian Budaya Tempatan |
|
sangat setuju |
6.7% |
5.0% |
8.3% |
18.3% |
18.3% |
|
Setuju |
31.7% |
56.7% |
33.3% |
40.0% |
46.7% |
|
sederhana setuju |
53.3% |
38.3% |
33.3% |
38.3% |
23.3% |
|
kurang setuju |
8.3% |
0.0% |
23.4% |
3.3% |
11.7% |
|
tidak bersetuju |
0.0% |
0.0% |
1.7% |
0.0% |
0.0% |
|
Jumlah |
100% |
100% |
100% |
100% |
100% |
Jika lihat jadual 4.9 iaitu pandangan pelancong terhadap tarikan di kawasan kajian, didapati bahawa memang bangunan dan kepelbagaian budaya tempatan yang pelbagai di kawasan kajian merupakan satu tarikan utama kepada pelancong asing iaitu selari dengan jumlah mata yang dipeolehi daripada kajian pelancong tentang jenis tarikan pelancongan. Bangunan memungut 224 mata daripada jumlah 300 mata dan diikuti oleh kepelbagaian budaya tempatan dengan jumlah mata sebanyak 223 mata. Kedua-dua tarikan pelancongan ini masing-masing merangkumi 18.3% pelancong yang berpendapat mereka sangat setuju ia merupakan satu tarikan utama di kawasan tersebut. Ini adalah selaras dengan produk yang dipromosikan dalam Laporan Penyemakan Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP, 1990 2010 yang menyatakan bandar George Town adalah merupakan kawasan bersejarah dengan warisan sejarah dan senibina yang terpelihara. Di samping juga, kawasan bandar juga menawarkan peluang kepada para pelancong untuk menyaksi kebudayaan pelbagai kaum merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa tarikan pelancongan yang terdapat di kawasan kajian adalah disebabkan oleh bangunan lama yang bersejarah yang terdapat di situKepelbagaian barangan menduduki tempat ketiga dan diikuti oleh kemudahsampaian. Barangan murah yang terdapat di situ bukan merupakan tarikan utama pelancongan.
Jadual 4.10 : Pemilihan Penginapan Mengikut Lokasi Oleh Pelancong
|
Jenis Hotel |
Peratusan (%) |
|
Hotel Dalam Bandar |
65% |
|
Hotel Di Kawasan Tepi Pantai |
35% |
|
Jumlah |
100% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Rajah 4.6 : Jenis Mod Pengangkutan
Yang Digunakan Oleh Pelancong Dalam Kawasan Kajian
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
48.3% pelancong yang melawat ke kawasan kajian adalah berjalan kaki memandangkan 65% pelancong adalah menginap di dalam Bandar. 26.7% pelancong datang ke kawasan kajian dengan menggunakan taxi manakala 13.3% adalah menggunakan bas. Pelancong yang menyewa kereta sewa hanya 5% dan yang menggunakan beca hanya 6.7%.
4.2.6 : Pandangan Pelancong Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam
Jadual 4.11 : Pandangan Pelancong Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam
|
Jenis Pengangkutan Awam |
Bas |
Taxi |
Beca |
|
Sangat Baik |
1.7% |
3.3% |
3.3% |
|
Baik |
13.3% |
18.3% |
11.7% |
|
Sederhana |
36.7% |
33.3% |
35.0% |
|
Buruk |
31.7% |
35.0% |
20.0% |
|
Sangat Buruk |
3.3% |
6.7% |
3.3% |
|
Tidak Berkaitan |
13.3% |
3.3% |
26.7% |
|
Jumlah |
100% |
100% |
100% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Secara keseluruhan, perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat di Bandar George Town harus dipertingkatkan lagi memandangkan paras perkhidmatan pengangkutan awam yang buruk dalam pandangan pelancong telah mencapai 35% , 41.7% dan 23.3% untuk perkhidmatan bas, taxi dan beca.
Daripada kaji soal selidik yang dijalankan juga, didapati bahawa taxi merupakan jenis pengangkutan awam yang paling banyak digunakan oleh pelancong asing memandangkan hanya 3.3% pelancong yang disoal selidik tidak menggunakan taxi. Mereka yang tidak pernah menggunakan bas dan beca masing-masing ialah 13.3% dan 26.7%. Tetapi keadaan bahawa perkhidmatan yang paling teruk adalah taxi juga.
4.2.7 : Pandangan Pelancong Tentang Keadaan Di Bandar
Jadual 4.12 : Pandangan Pelancong Tentang Keadaan Di Bandar
|
|
Penginapan |
Makanan |
Tempat Berjalan Kaki |
Membeli-belah |
Hiburan Malam |
Kebersihan Bandar |
|
Sangat Baik |
15.0% |
11.7% |
0.0% |
1.7% |
0.0% |
1.7% |
|
Baik |
33.3% |
46.7% |
3.3% |
45.0% |
23.3% |
8.3% |
|
Sederhana |
45.0% |
40.0% |
50.0% |
53.3% |
65.0% |
41.7% |
|
Buruk |
6.7% |
1.7% |
40.0% |
0.0% |
10.0% |
36.7% |
|
Sangat Buruk |
0.0% |
0.0% |
6.7% |
0.0% |
1.7% |
11.7% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Kebanyakan hotel yang terdapat di kawasan kajian merupakan hotel yang bertaraf jenis 4 dan 5 iaitu mempunyai bilik 10 19 dan 20 49 sahaja. Walau bagaimanapun, lebih daripada 90% pelancong berpuas hati dengan penginapan mereka dan hanya 6.7% yang mengatakan keadaan buruk untuk penginapan.
Makanan, tempat membeli-belah dan hiburan malam yang ditawarkan di bandar juga dapat memenuhi permintaan pelancong. Tetapi tempat berjalan kaki dan kebersihan Bandar dianggap buruk dan harus diperbaiki. Ini disebabkan 46.7% pelancong menganggap tempat berjalan kaki adalah di bawah paras keadaan buruk manakala 48.4% pelancong menganggap Bandar George Town adalah kotor.
4.2.8 : Pandangan Pelancong Tentang Kemudahan Dan Infrastruktur Awam
Di Bandar
Jadual 4.13 : Pandangan Pelancong Tentang Kemudahan Dan Infrastruktur Awam
|
|
Tandas Awam |
telefon Awam |
Alat Perkakas Jalan |
Petunjuk Jalan |
landmark |
|
Sangat Baik |
0.0% |
3.3% |
0.0% |
1.7% |
0.0% |
|
Baik |
0.0% |
1.7% |
5.0% |
6.7% |
36.7% |
|
Sederhana |
3.3% |
28.3% |
60.0% |
38.3% |
51.7% |
|
Buruk |
56.7% |
56.7% |
30.0% |
51.7% |
10.0% |
|
Sangat Buruk |
40.0% |
10.0% |
5.0% |
1.7% |
1.7% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Secara keseluruhannya, kemudahan dan infrastruktur awam yang terdapat di kawasan kajian adalah dianggap buruk berpandukan kepada kajian soal selidik pelancong. Tiada kemudahan tandas awam yang disediakan, telefon awam tidak berfungsi dan sebagainya. Petunjuk jalan dianggap tidak jelas dan ketidakcukupan alat perkakas jalan. Hanya mercu tanda adalah jelas di kawasan kajian iaitu Komtar yang terletak di selatan.
4.2.9 : Anggaran Perbelanjaan Harian Pelancong
Jadual 4.14 : Anggaran Perbelanjaan Harian Pelancong Mengikut Kategori
|
Jenis Perbelanjaan / Peratusan (%) |
Kraftangan Dan Barang Kenangan |
Membeli-belah |
Hiburan Malam |
Pengangkutan |
Makanan dan Minuman |
Penginapan |
|
RM0 |
56.7% |
3.3% |
28.3% |
0.0% |
0.0% |
0.0% |
|
< RM 50 |
28.3% |
20.0% |
40.0% |
66.7% |
40.0% |
18.3% |
|
Rm 50 - RM 100 |
8.3% |
38.3% |
30.0% |
31.6% |
56.7% |
38.3% |
|
RM 101 - RM 150 |
1.7% |
15.0% |
0.0% |
0.0% |
1.7% |
31.7% |
|
RM 151 - RM 200 |
3.3% |
8.3% |
0.0% |
1.7% |
0.0% |
10.0% |
|
RM 201 - RM 250 |
0.0% |
13.3% |
0.0% |
0.0% |
0.0% |
0.0% |
|
> RM 250 |
1.7% |
1.7% |
1.7% |
0.0% |
1.7% |
1.7% |
|
Jumlah |
100.0% |
100.0% |
100.0% |
100.0% |
100.0% |
100.0% |
Sumber : Kajian Lapangan Studio Perancangan 500, November 1999
Perbelanjaan harian pelancong di kawasan kajian adalah cenderung kepada penginapan dan membeli-belah seperti ditunjukkan dalam jadual di atas. Kebanyakan daripada mereka membelanja kurang daripada RM 100 untuk kraftangan dan barangan kenangan, makanan, hiburan malam dan pengangkutan .
Merujuk jadual 4.8(i) dan (ii) iaitu Ujian-T, harga barangan bukan menjadi faktor utama pelancong melawat di kawasan kajian memandangkan tarikan utama kepada pelancong adalah bangunan , kepelbagaian barangan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di situ. Tetapi terdapat hubungan songsang di mana jika harga makin mahal, niat untuk membeli adalah kurang (rujuk jadual 4.8 (iii) ).
Merujuk kepada rajah 4.5 bangunan di kawasan kajian merupakan tarikan utama kepada pelancong dan harus dikekalkan. Kehadiran pelancong di kawasan kajian tidak menjadi gangguan kepada bangunan tersebut memandangkan motif mereka hanya berjalan-jalan sahaja dan tidak singgah di sesuatu lokasi secara lama.
Pada pandangan pelancong kemudahan awam dan infrastruktur di bandar George Town adalah tidak memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.13. Ketiadaan tandas awam dan petunjuk jalan yang jelas merupakan kekurangan dalam rekabentuk bandar.
Merujuk kepada jadual 4.11, pengangkutan awam masih di bawah paras kualiti baik iaitu perkhidmatan bas sebanyak 35%, taxi sebanyak 41.7% dan beca sebanyak 23.3% di bawah paras kualiti baik.
4.3.5 Kebersihan Bandar Dianggap Buruk
Hanya 10% pelancong yang beranggapan kawasan kajian mempunyai tahap kebersihan yang baik. Kebanyakan pelancong beranggapan kawasan kajian adalah kotor tanpa penjagaan alam sekitar yang baik.
4.4 Cadangan Am
Walaupun harga bukan penentu utama tarikan pelancongan di kawasan kajian tetapi terdapat hubungan songsang di mana apabila harga tinggi, niat pelancong untuk membeli barangan akan menjadi kurang. Oleh itu, harga tetap dicadangkan untuk menarik pasaran pelancong.
Memandangkan bangunan di kawasan kajian merupakan tarikan utama untuk pelancong melawat kawasan kajian, maka ia harus dipulihara dengan baik tanpa hilang keaslian dan warisan senibinanya yang tersendiri.
Cadangan pembinaan tandas awam pada tempat yang sesuai untuk memberi kemudahan kepada pengunjung yang melawat ke kawasan kajian. Selain itu, petunjuk jalan yang jelas dan memadai harus diletakkan di kawasan yang sesuai untuk memudahkan orang menuju ke tempat tujuan mereka.
Perkhidmatan pengangkutan awam harus ditingkatkan. Beca merupakan salah satu alat pengangkutan yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar. Promosi penggunaan beca di kawasan bandar digalakkan memandangkan ia merupakan salah satu tarikan yang unik dalam bandar.
Kebersihan bandar harus ditingkatkan dengan membersihkan longkang, lorong belakang dan menyediakan kawasan pejalan kaki yang lebih selesa. Integrasi dengan rekabentuk bandar seperti nodus dan laluan harus dipentingkan dalam cadangan ini.