1.0 PENGENALAN
Keputusan boleh ditakrifkan sebagai satu komitmen bagi sumber-sumber yang akan mengubah beberapa aspek persekitaran membuat keputusan seperti aspek kewangan, kemanusiaan dan fizikal.

Menurut Richard L. Daft, proses membuat keputusan pula boleh ditakrifkan sebagai proses mengenalpasti masalah-masalah atau peluang-peluang yang ada dan kemudiannya mencari tindakan untuk menyelesaikan masalah itu. Untuk memahami proses membuat keputusan dengan lebih lanjut lagi, diberikan satu contoh kes masalah dan proses menyelesaikannya seperti yang ditunjuk di bawah.
 

1.1 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN
Sistem pengangkutan awam merupakan salah satu aspek yang penting dalam Perancangan Bandar & Wilayah. Justeru itu, saya akan memberikan satu contoh kes di mana saya pernah melaluinya untuk menentukan mod sistem pengangkutan awam.

Andaikanlah saya selaku seorang perancang di sebuah Syarikat Bas Metro Sdn. Bhd. yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam kepada penduduk di Seberang Perai. Walau bagaimanapun, syarikat bas pada masa kini telah menghadapi masalah pengurangan bilangan penumpang bas secara mendadak. Justeru itu, beberapa proses membuat keputusan telah dilalui oleh saya untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.

Jadual 1 di bawah menunjukkan proses-proses yang dilalui oleh pihak saya untuk membuat keputusan tentang jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.

Jadual 1 : Proses Membuat Keputusan Dan Teknik-teknik Yang Digunakan
No Proses Membuat Keputusan Teknik Penyelesaian Masalah
1
Mengenalpasti Apa Masalah Teknik Kepner-Tregoe
2
Mencari Punca-punca Masalah & Membentuk Hipotesis Temubual Peribadi (Interview)
3
Mengumpul & Menganalisa Data Kajiselidik Sosio-ekonomi, Pengangkutan & Penjanaan Perjalanan
4
Menjana Alternatif Teknik Kumpulan Nominal 

( Nominal Group Technique)

5
Menilai & Memilih Alternatif i. Nilai Kini Bersih & 

ii. Matriks Pencapaian Matlamat (GAM)

6
Pelaksanaan & Penilaian Kajiselidik Pengguna Bas

1.2 MENGENALPASTI APA MASALAH
Langkah pertama yang perlu saya buat ialah mengenalpasti apakah masalah yang betul-betul timbul? Langkah ini adalah penting sekali kerana masalah yang dikenalpasti itu seterusnya akan mempengaruhi jenis tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikannya.

Namun, adalah sukar sekali untuk mengenalpasti masalah yang betul-betul dihadapi (potential problems) memandangkan skop masalah yang timbul mungkin luas. Justeru itu, teknik yang sesuai diperlukan untuk mengenalpasti masalah itu.

Dalam kes ini, Teknik Kepner-Tregoe atau nama lazim "Symptom Identification Technique" digunakan untuk mengenalpasti masalah yang betul-betul dihadapi oleh syarikat bas berkenaan.

1.2.1 Teknik Kepner-Tregoe

Menurut Charles Kepner dan Benjamin Tregoe yang mengusahakan teknik ini, cara yang lebih baik untuk mengenalpasti masalah ialah dengan :
Menghuraikan sifat-sifat semulajadi simptom-simptom sejelas mungkin.
Menghuraikan tempat di mana simptom ini berlaku.
Menghuraikan masa bila simptom itu berlaku
Menghuraikan tahap simptom itu.
Menghuraikan sebarang perubahan-perubahan yang berlaku.
Adakah perubahan ini menjelaskan simptom-simptom itu?
Jika tidak, cuba memeriksa atau mencari perubahan lan yang boleh menjelaskan simptom-simptom itu.
Dalam kes itu, saya selaku pihak syarikat bas akan mencatatkan semua tanda atau simptom bagi suatu masalah yang mungkin timbul ke dalam satu Senarai Simptom seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah. Senarai Simptom ini mengandungi semua manifestasi, akibat dan kesan yang boleh dirasai dan diamati oleh majikan itu sendiri atau pekerjanya. Misalnya, simptom-simptom dalam kes ini ialah :
 

Jadual 2 : Senarai Simptom
Senarai Simptom
Kritikal
Tidak Kritikal
  1. Akauntan syarikat bas ini mendapati 

  2. kadar keuntungan syarikat bas telah 
    berkurang sebanyak 65% sejak 3 bulan 
    yang lalu. 
  3. Pemandu bas sering mengadu bahawa 

  4. basnya selalu hampir kosong. 
    Hanya purata 30% tempat duduk sahaja 
    dipenuhi penumpang bagi setiap 
    perjalanan.
  5. Terdapat syarikat baru lain yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan di kawasan itu. 
  6. Rekod menunjukkan bahawa jualan tiket telah berkurang daripada 78% kepada 46%.
Ya 
 
 
 

Ya
 
 
 

Ya

Ya

 
Berdasarkan simptom-simptom di atas; maka, saya dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh syarikat bas iaitu syarikat bas itu sekarang mengalami masalah pengurangan penumpang yang mendadak. Pengurangan penumpang ini boleh dilihat daripada simptom-simptom yang telah disenaraikan di atas seperti pendapatan syarikat bas berkurang walaupun kos modal tidak berubah, tempat duduk bas tidak penuh dan jualan tiket berkurang. Tetapi, apakah pula punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku? Keterangan lanjut tentang punca-punca ini akan dijelaskan dalam proses membuat keputusan yang ke-2 nanti.
1.2.2 Ciri-ciri Teknik Kepner-Tregoe
Secara umumnya, teknik ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

i. Bersifat kualitatif & kuantitatif

Ia bersifat kualitatif kerana masalah dikenalpasti berasaskan pengamatan yang boleh dirasai, diamati dan diketahui. Ia juga bersifat kuantitatif kerana ia melibatkan penggunaan angka-angka dan pengiraan matematik. Misalnya, dalam simptom 1, akauntannya telah mengira imbangan akaun syarikat bas dan mendapati kadar keuntungan menurun sebanyak 65%. Angka 65% ini merupakan satu kiraan yang menggunakan formula matematik.
ii. Bersifat lojik & Rasional
Masalah yang dikenalpasti itu adalah berasaskan lojik sebenar dan rasional.
iii. Masalah Melibatkan Kemanusiaan & Pengurusan
Masalah yang dihadapi biasanya melibatkan manusia iaitu dalam kes ini seperti penumpang, pemandu bas dan konduktor bas. Masalah pengurusan pula adalah seperti penjadualan bas, operasi bas dan sebagainya.
iv. Ia melibatkan Masalah Jangka Panjang
Dalam kes ini, masalah pengurangan penumpang merupakan satu masalah jangka panjang. Sekiranya tiada tindakan diambil segera, ia akan berlanjutan.
                    Berdasarkan ciri-ciri di atas, dikatakan ciri (i) di atas menunjukkan sifat-sifat
                    keras dan lembut, ciri-ciri (ii) pula bersifat keras, ciri-ciri (iii) dan (iv) pula
                    bersifat lembut.Dengan itu, boleh dirumuskan bahawa Teknik Kepner-Tregoe
                    ini merupakan teknik yang terletak di antara teknik keras dan teknik lembut. 1.2.3 Komen Teknkik Kepner-Tregoe
Secara amnya, saya berasa puas hati dengan teknik yang digunakan. Hal ini kerana masalah yang dikenalpasti itu adalah berdasarkan simptom-simptom sebenar yang boleh diketahui melalui pengamatan seseorang itu.
1.3 Mencari Punca-punca Masalah
Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi, proses dignosis perlu dilakukan pula untuk mencari punca-punca masalah itu. Untuk tujuan itu, teknik temubual (Face-to-face Interview) telah digunakan.

1.3.1 Teknik Temubual

Ia adalah satu teknik tipikal yang selalu digunakan untuk mencari punca-punca masalah. Dalam kes ini, soalan-soalan yang relevan akan disediakan. Solan-soalan itu haruslah ringkas, mudah difahami dan boleh membantu penganalisa mencari punca-punca masalah itu nanti. Lazimnya, temubual akan dijalankan di setiap terminal bas dan stesen bas yang ada. Seterusnya, penemuduga akan bertanggungjawab menemuduga pengguna-pengguna pengangkutan bas awam dengan mengemukakan soalan-soalan seperti yang ditunjukkan dalam Borang Temubual di muka surat berikutnya.
BORANG TEMUBUAL BAGI PENGGUNA BAS AWAM
Nama Penemuduga : ____________ No Siri : _________

Tarikh : ____________ Masa : _________

Nama Stesen Bas : ____________

Soalan-soalan :

    1. Apakah syarikat bas yang anda selalu guna dalam urusan harian ? __________________
    2. Apakah masalah yang sering anda hadapi dalam sistem pengangkutan bas awam ini?

    3. ___________________________
    4. Apakah pandangan anda tentang perkhidmatan bas Syarikat Metro?

    5. ____________________________
    6. Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmtan bas yang disediakan oleh Syarikat Metro Sdn Bhd.?

    7. Ya : ___
      Tidak : ___
    8. Jika tidak, apakah sebabnya?
________________________________________ 
Katakanlah, jawapan-jawapan daripada teknik temubual ini telah
diproses. Pihak syarikat bas telah dapat menentukan beberapa
punca yang mungkin menyebabkan masalah pengurangan
penumpang dalam syarikat basnya. Punca-punca ini ialah:
      1. Bas telah usang dan selalu rosak.
      2. Bas kurang selesa.
Walau bagaimanapun, pihak syarikat bas tidak boleh memutuskan dengan 100% yakin bahawa masalahnya disebabkan oleh punca -punca di atas. Ini kerana teknik temubual di atas hanya mengambilkira faktor-faktor dalaman yang menyebabkan masalah ini berlaku sedangkan masalah ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor luaran lain yang tidak ditanya dalam temubual tadi.

Antara faktor-faktor luaran ini ialah seperti perubahan sosioekonomi yang menyebabkan lebih ramai orang menggunakan kenderaan sendiri, perubahan jumlah penduduk, perubahan ciri-ciri perjalanan seseorang dan sebagainya. Justeru itu, pihak saya akan membentuk beberapa hipotesis yang akan dibuktikan kebenarannya dalam kerja pemgumpulan data dan analisis nanti. Hipotesis-hipotesis itu ialah :

Hipotesis 1: Bas yang usang dan selalu rosak telah
menyebabkan penumpang bas berkurang.

Hipotesis 2 : Bas yang kurang selesa telah menyebabkan
penumpang bas berkurang.

Hipotesis 3 : Faktor luaran lain telah menyebabkan penumpang
berkurang.

Secara umumnya, hipotesis yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri seperti bersifat khusus, terang, logik, tidak mengandungi pertimbangan nilai dan berupaya diuji. Untuk menguji hipotesis di atas, data yang konkrit diperlukan. Ini jelas terbukti bahawa hipotesis akan menentukan jenis-jenis data atau maklumat yang perlu dikumpul untuk dianalisis. Keterangan lanjut tentang proses ini akan dijelaskan di Bahagian 1.4 nanti.

1.3.2 Ciri-ciri Teknik Temubual
Secara umumnya, teknik temubual bersemuka ini mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Bersifat Subjektif

Teknik dalam kes ini melibatkan perbualan antara penemuduga dan pengguna bas. Biasanya, setiap orang mempunyai pemikiran, pandangan dan perasaan yang berbeza. Maka, jawapan yang diberikan itu juga berbeza kerana jawapan itu adalah lahir daripada naluri seseorang itu.
ii. Berunsurkan Pertimbangan Nilai
Teknik temubual mempunyai unsur pertimbangan nilai (value judgement) . Misalnya, dalam suatu temubual, selalu adanya pertanyaan yang berbunyi seperti " Apakah pendapat anda ……?, Apakah kepuasan anda ………? Apakah perasaan anda….?" Tembual sebegini akan mendorong kepada orang yang ditemuduga itu membuat pertimbangan nilai terhadap suatu isu yang ditanya itu.
iii. Masalah Berunsurkan Manusia & Pengurusan
Teknik ini digunakan untuk mencari masalah yang timbul pada manusia itu sendiri. Contoh-contoh masalah manusia ialah seperti penumpang mengadu bahawa bas kurang selesa, bas selalu lewat dan sebagainya

Berdasarkan ciri-ciri di atas, boleh dirumuskan bahawa teknik Temubual ini adalah Kaedah Lembut.
 

1.3.3 Komen Teknik Temubual
Secara umumnya, saya berpuas hati dengan teknik temubual itu walaupun kesahihan maklumat yang diperolehi melalui teknik itu tidak 100% tepat. Ini adalah kerana teknik ini sekurang-kurangnya membolehkan seseorang penemuduga berinteraksi sosial dengan pihak-pihak yang terlibat di samping membolehkan penemuduga mendalami minda dan buah fikiran seseorang itu.
1.4 Mengumpul Dan Menganalisa Data
Seperti yang disebut di Bahagian 1.3 tadi, hipotesis yang dibentuk perlulah dibuktikan kesahihannya dengan data-data konkrit yang telah dianalisis. Secara umumnya, data-data konkrit yang perlu boleh dibahagi kepada 3 kategori yang utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di muka surat berikutnya:
 
Jadual 3 : Kategori-kategori Data Yang Perlu Dikumpul
Data Sosioekonomi
Data Berkaitan Jaringan Pengangkutan
Data Berkaitan Dengan Bentuk Perjalanan
Jumlah penduduk & orang yang bekerja.
Pendapatan Isirumah
Pekerjaan
Penduduk yang menaiki bas awam.
Penduduk yang memiliki kenderaan sendiri.
  • Kos perjalanan syarikat bas
  • Tempoh yang diambil untuk bas sampai ke satu destinasi.
  • Syarikat bas lain yang bersaing
  • Pandangan penduduk tentang aspek-aspek fizikal, operasi dan pengurusan bas. 
  • Bilangan perjalanan per hari per orang.
  • Tujuan perjalanan di asalan dan destinasi
  • Mod pengangkutan yang digunakan oleh isirumah
  •  
    Justifikasi-justifikasi bagi keperluan ketiga-tiga data ini adalah seperti berikut:
    i. Data Sosioekonomi
    Data ini diperlukan untuk melihat sejauh manakah perubahan sosioekonomi mempengaruhi pengurangan penumpang bagi bas Syarikat Metro. Misalnya, mungkin apabila lebih ramai orang memiliki kenderaan sendiri ekoran pertambahan pendapatan; maka, bilangan orang yang menaiki bas mungkin akan berkurang.
    ii. Data Jaringan Pengangkutan
    Ia lebih kepada melihat sejauh manakah faktor-faktor jaringan pengangkutan di sesebuah kawasan mempengaruhi bilangan penumpang bas itu.
    iii. Data Perjalanan
    Untuk melihat sejauh manakah faktor perjalanan mempengaruhi bilangan orang yang menggunakan bas. Sebagai contoh, bilangan perjalanan per pengguna bas per sehari berkurang dan seterusnya menyebabkan bilangan penumpang bas berkurang.

    Justeru itu, untuk menentukan kesahihan hipotesis di Bahagian 1.3 tadi, data-data di atas perlu dikumpulkan dan dianalisis. Teknik yang digunakan ialah kajiselidik (survey).
     

    1.4.1 Teknik Kajiselidik (Survey)
    Sebelum memulakan kajiselidik, kawasan kajian dan populasi akan ditentukan. Selepas itu, persampelan akan dibuat untuk mengira bilanagan sampel sasaran yang perlu dikajiselidik. Persampelan akan menjimatkan masa, wang dan sumber tenaga. Tambahan lagi, sampel boleh memberi keputusan yang lebih tepat kerana sampel yang kecil membolehkan penyeliaan yang lebih rapi. Secara umumnya, terdapat beberapa jenis persampelan iaitu:
        1. Persampelan Rawak Mudah
        2. Persampelan Rawak Berlapis
        3. Persampelan Berkelompok
        4. Persampelan Sistematik
    Selepas itu, penyediaan Borang Soalselidik yang mengandungi soalan-soalan kajiselidik akan dibuat. Soalan-soalan yang direkabentuk itu akan berdasarkan jenis-jenis data yang ingin dikumpul dan dianalisis. Untuk menguji keberkesanan soalan-soalan dan mengenalpasti halangan yang akan dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan, tinjauan awalan (pilot study) biasanya akan dilakukan. Sejurus selepas itu, kajiselidik akan dilaksanakan di mana pengkajiselidik akan mendapatkan maklumat daripada responden sendiri. Ini bererti wujudnya saling interaksi antara pengkajiselidik dan responden.

    Maklumat-maklumat yang diperolehi akan disusun, dikodkan dan diproses dengan menggunakan komputer. Perisian yang selalu digunakan untuk tujuan analisis data ialah SPSS. Andaikanlah hasil analisis ini menunjukkan bahawa Hipotesis 1 dan Hipotesis 2 yang dibentuk sebelum ini adalah sahih dan Hipotesis 3 adalah tidak sahih.

    Ini jelas membuktikkan bahawa masalah pengurangan penumpang bas Syarikat Metro Sdn Bhd ini disahkan adalah berpunca daripada keadaan bas yang usang, selalu rosak dan kurang selesa dan bukannya faktor-faktor luaran yang lain. Dengan itu, pihak syarikat bas akan mencari jalan penyelesaian alternatif bagi mengatasi masalah berkenaan. Keterangan lanjut tentang penjanaan alternatif penyelesaian akan dibincangkan dalam Bahagian 1.5 nanti.
     

    1.4.2 Ciri-ciri Teknik Kajiselidik
    Secara umumnya, teknik kajiselidik ini mempunyai ciri-ciri berikut:

    i. Bersifat Kualitatif

    Teknik ini melibatkan interaksi sosial antara pengkajiselidik dengan responden. Biasanya, setiap responden akan mengemukakan pendapat, buah fikiran, pandangan, perasaan atau budibicara mereka tentang suatu soalan yang ditanya.


    ii. Bersifat Kuantitatif
    Teknik ini juga bersifat kuantitatif kerana ia melibatkan soalan-soalan yang mempunyai angka-angka seperti umur, pendapatan, bilangan perjalanan per orang per hari, bilangan buah kenderaan yang dimiliki dan sebagainya.


    iii. Bersifat Objektif & Juga Subjektif
    Teknik ini bersifat objektif kerana sesetengah soalan yang ditanya boleh dilihat, jelas dan sudah mempunyai jawapan di dalam minda seseorang responden. Misalnya, umur, pendapatan, bilangan kereta dan sebagainya. Mereka tidak perlu teragak-agak untuk menjawabnya. Tetapi, teknik ini juga bersifat subjektif kerana sesetengah soalan yang ditanya tidak mempunyai jawapan yang khusus, ia lebih kepada budi bicara atau pandangan seseorang responden itu. Oleh itu, pandangan seseorang itu tidak boleh dikatakan betul atau salah.


    iv. Masalah Jenis Fizikal, Manusia & Pengurusan
    Dalam kajiselidik ini, soalan-soalan yang ditanya membabitkan aspek fizikal, aspek manusia dan pengurusan. Aspek fizikal ini termasuklah tempat tinggal, keadaan fizikal bas, jenis kenderaan dan sebagainya. Aspek manusia dan pengurusan pula adalah seperti kelewatan, keselesaan bas, penjadualan bas, operasi bas dan sebagainya.

    Berdasarkan ciri-ciri di atas, boleh dikatakan teknik kajiselidik itu ialah Kaedah Di Antara Keras Dan Lembut.
     

    1.4.3 Komen Teknik Kajiselidik
    Secara keseluruhannya, saya berasa amat puas hati dengan teknik kajiselidik yang digunakan itu. Hal ini kerana sebab-sebab berikut:

        1. Teknik ini mudah disesuaikan dengan keadaan. Pengkajiselidik berpeluang untuk menerangkan maksug kajiselidik ini, menerangkan soalan yang susah dan menukar cara menyoal mengikut reaksi responden.
        2. Maklumat yang terkumpul dengan teknik ini boleh dipercayai. Pengkajiselidik boleh mengesahkan kebenaran suatu jawapan dengan menggunakan hasil analisis atau melalui pengamatan sendiri seperti keadaan rumah, bilangan kenderaan dan sebagainya.
        3. Kawalan yang lebih rapi boleh dibuat ke atas sampel yang ditinjau. Hampir kesemua unsur dalam sampel boleh ditemui dan bilangan mereka yang enggan menjawab juga adalah kecil. Kalau responden tidak dapat ditemui pada kali pertama, pengkajiselidik boleh pergi sekali lagi pada hari kedua, ketiga atau seterusnya. Ini bererti masanya adalah fleksibel.
    1.5 Menjana Alternatif
    Setelah saya berjaya mengenalpasti punca-punca sebenar masalah yang dihadapi; maka tindakan penyelesaian boleh saya ambil. Walau bagaimanapun, sebelum menjana sesuatu alternatif tindakan penyelesaian, adalah menjadai amalan untuk syarikat bas menetapkan matlamat dan objektif syarikat bas itu dahulu seperti di bawah:

    Matlamat :
    Meningkatkan imej syarikat bas di samping menarik lebih ramai orang menggunakan bas Syarikat Metro Sdn Bhd.
    Untuk mencapai matlamat itu, beberapa objektif telah ditetapkan. Objektif-objektif yang dimaksudkan itu ialah :

    1. Meningkatkan dan memperbaiki keadaan fizikal bas supaya tidak

    2. selalu rosak.
    3. Meningkatkan mutu perkhidmatan bas.
    4. Menyediakan suasana dalaman bas yang selesa.

    5.  

       

      Setelah menetapkan matlamat dan objektif, penjanaan alternatif tindakan penyelesaian boleh dilakukan. Teknik yang digunakan untuk tujuan itu ialah Teknik Kumpulan Nominal (NGT).

      1.5.1 Teknik Kumpulan Nominal

      Teknik ini merupakan satu teknik yang telah diubahsuai dan dikembangkan oleh Andre L. Delbecq dan Andrew H. Van de Ven pada tahun 1968 setelah mendapati Teknik Kumpulan Interaktif mempunyai banyak kelemahan. Memandangkan Teknik Kumpulan Nominal ini lebih berkesan; maka, pihak syarikat bas akan melantik 5 ahli panel untuk mencari jalan penyelesaian masalah dengan menggunakan Teknik NGT ini. Beberapa langkah dalam teknik ini ialah:

      1. Setiap ahli panel akan masing-masing memperkembangkan

      2. idea-idea mereka tentang cara-cara penyelesaian masalah
        secara berasingan. Idea-idea ini boleh diperolehi sama ada
        melalui pembacaan, rujukan majalah, ilham, pengalaman atau
        sebagainya. Tiada interaksi antara ahli-ahli dalam langkah ini.
      3. Selepas itu, perjumpaan akan diadakan supaya setiap individu boleh mengemukakan idea mereka melalui proses

      4. "round robin" . Seorang ketua pula akan bertanggungjawab untuk
        mencatatkan semua isi-isi penting setiap orang itu di papan
        hitam.
      5. Kemudian, perbincangan, penjelasan dan penukaran pendapat akan dijalankan sesama ahli panel. Kebaikan dan keburukan setiap idea akan dihuraikan dengan sejelas-jelasnya.
      6. Walau bagaimanapun, idea yang banyak akan mengelirukan dan menyukarkan suatu keputusan diambil. Justeru itu, setiap ahli panel akan mengundi untuk memilih 2 tindakan alternatif mengikut kepentingan alternatif itu atau dengan cara skala pemarkahan.
    Katakanlah selepas mempraktiskan Teknik Kumpulan Nominal, 2 tindakan alternatif telah berjaya dipilih seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah:

    Jadual 4 : Tindakan-tindakan Alternatif

    Tindakan Alternatif
    Kebaikan
    Keburukan
    Alternatif 1 : Membeli bas panjang yang baru.
    Membawa lebih ramai penumpang; maka, keuntungan bertambah.
    Tidak selalu rosak kerana baru.
    Bas baru lebih selesa.
  • Harga lebih tinggi
  • Kos penyelenggaraan lebih tinggi.
  • Susah dikawal kerana bas panjang.

  •  
     

    Alternatif 2 : Membeli bas mini yang baru.

    Harga bas lebih rendah.
    Senang dikawal kerana bas pendek
    Tidak selalu rosak & selesa
  • Perlu menambahkan kekerapan perkhidmtan bas kerana kapasiti bas rendah
  • Untung lebih rendah kerana tempat duduk sedikit.
  • 1.5.2 Ciri-ciri Teknik NGT
    Teknik NGT ini mempunyai ciri-ciri berikut:

    i. Bersifat Kualitatif

    Teknik ini tidak melibatkan penggunaan formula matematik atau angka-angka. Sebaliknya, ia lebih kepada pertimbangan nilai, pertukaran pendapat, percambahan minda dan idea seseorang itu.
    ii. Pendekatan Subjektif & Intuitif
    Ia dikatakan pendekatan subjektif kerana idea-idea yang diterbitkan oleh seseorang itu adalah berasaskan pandangan, pengalaman atau perasaan seseorang itu. Justeru itu, ia tidak boleh dikatakan betul atau salah kerana pihak yang menjana idea itu mempunyai justifikasinya sendiri untuk menerangkan kenapa dia menjana idea itu.
    iii. Masalah Manusia & Pengurusan
    Teknik ini mencari tindakan alternatif untuk menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan dan pengurusan. Dalam kes ini, masalah kemanusiaan adalah berkaitan dengan penumpang bas yang berkurang. Masalah pengurusan pula merujuk kepada ketidaksempurnaan sistem pengurusan syarikat bas sehingga menyebabkan bas-bas tidak terurus.
    iv. Jangkamasa Panjang
    Teknik ini biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah jangkamasa panjang. Sebagai contoh, masalah pengurangan penumpang bas akan berlanjutan sekiranya langkah tertentu tidak diambil. Selain itu, masalah ini juga akan menimbulkan kesan-kesan sampingan yang lain dalam jangkamasa panjang seperti pemecatan kakitangan syarikat bas atau lebih teruk lagi syarikat bas itu mungkin akan muflis.
    1.5.3 Komen Teknik NGT
    Secara umumnya, saya berasa amat puas hati dengan Teknik NGT ini kerana sebab-sebab berikut:
        1. Teknik ini mampu menghasilkan idea-idea yang asli dan tulen (original ideas) memandangkan setiap orang mempunyai bakat dan kreativiti yang tersendiri. Dengan itu, mereka bebas mengemukakan idea mereka tanpa disekat.
        2. Teknik ini juga dapat mengelakkan masalah konflik sesama ahli kerana masing-masing mencari idea secara berasingan. Dengan itu, tiada perselisihan sesama ahli panel berlaku.
        3. Tidak wujud unsur-unsur dominan iaitu setiap orang mempunyai peluang untuk memberi idea-idea mereka. Dengan itu, suasana perbincangan itu tidak akan dimonopoli atau dikawal oleh orang yang pandai bercakap sahaja.
    1.6 Penilaian Dan Pemilihan Alternatif
    Setelah berjaya menjana 2 tindakan alternatif bagi menyelesaikan masalah, saya selaku pihak syarikat bas pula akan menghadapi dilema sama ada memilih Alternatif 1 atau Alternatif 2. Lazimnya, kriteria pemilihan yang akan diambil oleh syarikat bas ialah kebolehuntungan suatu alternatif. Justeru itu, teknik yang digunakan ialah Kaedah Nilai Kini Bersih.

    1.6.1 Nilai Kini Bersih

    Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB) ini melibatkan kadar pulangan sasar yang diharap oleh pelabur supaya pelaburannya boleh mendatangkan keuntungan. Lazimnya, alternatif yang boleh menghasilkan nilai NKB positif yang paling tinggi akan dipilih untuk pelaksanaannya.

    Justeru itu, langkah pertama yang perlu saya buat ialah mencatatkan semua perbelanjaan dan hasil jangkaan setiap tahun untuk tempoh katakanlah selama 10 tahun. Kemudian, semua perbelanjaan dan hasil jangkaan didiskaunkan pada kadar diskaun tertentu. Perbezaan antara kedua-duanya itu akan dijumlahkan untuk mendapat Nilai Kini Bersih.

    Contohnya, katakanlah modal projek ialah K dan kos tahunan bagi N tahun ialah C1, C2, C3,……,CN manakala hasil projek bagi N tahun pula ialah B1, B2, B3,……,BN. Kemudian tolak kos setiap tahun daripada faedahnya:

    -K, B1-C1, B2-C2,……..,BN-CN.

    Tiap-tiap unsur dalam siri di atas dinamakan aliran tunai bersih. Item (-K) ini ialah perbelanjaan modal tetap dan tidak ada sebarang pulangan diterima pada ketika perbelanjaan modal dibuat.

    Secara formula, NKB = ? [ ( BI - CI ) ÷ ( 1+r )I ] - K

    Dengan itu, keuntungan suatu projek dapat ditentukan. Jadual 5 dan Jadual 6 di muka surat berikutnya menunjukkan pengiraan Nilai Kini Bersih bagi Alternatif 1 dan Alternatif 2. Hasil pengiraan ini jelas menunjukkan bahawa Alternatif 2 akan dipilih kerana NKB-nya ialah positif iaitu sebanyak + 410, 401. Nilai NKB positif ini juga mencerminkan bahawa kadar pulangan pelaburan ke atas bas mini baru melebihi kadar sasaran yang ditetapkan. Bagi Alternatif 1 pula, nilai NKB negatif iaitu sebanyak - 135,037.7 menunjukkan kadar pulangan pelaburan ke atas bas panjang adalah kurang daripada kadar sasaran yang diinginkan. Maka, Alternatif 1 ini ditolak.

    Jadual 5 : Pengiraan Nilai Kini Bersih Bagi Alternatif 1
    Alternatif 1 : Membeli Bas Panjang Yang Baru
    Kadar Pulangan Sasaran @ 7.5% 
    Tahun Kos 
    Jumlah
    Hasil
    Hasil Lain
    Jumlah
    AT Faktor NK  Nilai Kini 
    Tahunan
    Kos
    Tahunan
    Hasil
    T'diskaun
    7.50%
    Bersih
    0
    250,000
    250,000
    -250,000
    1
    -250000
    I
    145,000
    145,000
    140,000
    140,000
    -5,000
    0.9302
    -4651.16
    2
    145,000
    145,000
    150,000
    150,000
    5,000
    0.8653
    4326.66
    3
    145,000
    145,000
    180,000
    180,000
    35,000
    0.805
    28173.62
    4
    145,000
    145,000
    185,000
    185,000
    35,000
    0.7488
    26208.02
    5
    145,000
    145,000
    110,000
    110,000
    -35,000
    0.6966
    -24379.6
    6
    145,000
    145,000
    135,000
    135,000
    -10,000
    0.648
    -6479.62
    7
    145,000
    145,000
    170,000
    170,000
    25,000
    0.6028
    15068.87
    8
    145,000
    145,000
    180,000
    180,000
    35,000
    0.5607
    19624.58
    9
    145,000
    145,000
    185,000
    185,000
    35,000
    0.5216
    18255.42
    10
    145,000
    145,000
    175,000
    80,000
    225,000
    80,000
    0.4852
    38815.51
    NKB
    -135038

     
     
    Jadual 6 : Pengiraan Nilai Kini Bersih Bagi Alternatif 2
    Alternatif 2 : Membeli Bas Mini Yang Baru
    Kadar Pulangan Sasaran @ 7.5% 
    Tahun
    Modal
    Kos 
    Jumlah
    Hasil
    Hasil Lain
    Jumlah
    AT Faktor NK  Nilai Kini 
    Tahunan
    Kos
    Tahunan
    Hasil
    T'diskaun
    7.50%
    Bersih
    0
    150,000
    150,000
    -150,000
    1
    -150,000
    I
    100,000
    100,000
    190,000
    190,000
    90,000
    0.9302
    83,718
    2
    100,000
    100,000
    190,000
    190,000
    90,000
    0.8653
    77,877
    3
    100,000
    100,000
    180,000
    180,000
    80,000
    0.805
    64,400
    4
    100,000
    100,000
    185,000
    185,000
    85,000
    0.7488
    63,648
    5
    100,000
    100,000
    170,000
    170,000
    70,000
    0.6966
    48,762
    6
    100,000
    100,000
    135,000
    135,000
    35,000
    0.648
    22,680
    7
    100,000
    100,000
    170,000
    170,000
    70,000
    0.6028
    42,196
    8
    100,000
    100,000
    180,000
    180,000
    80,000
    0.5607
    44,856
    9
    100,000
    100,000
    185,000
    185,000
    85,000
    0.5216
    44,336
    10
    100,000
    100,000
    175,000
    65,000
    240,000
    140,000
    0.4852
    67,928
    NKB
    410,401
    1.6.2 Ciri-ciri Teknik NKB
    Secara umumnya, Kaedah NKB ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

    i. Bersifat Kuantitatif

    Kaedah NKB ini melibatkan pengiraan angka-angka melalui penggunaan formula matematik. Misalnya, pengiraan jumlah kos, jumlah hasil, aliran tunai terdiskaun, faktor NK dan NKB. Semua pengiraan ini melibatkan operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya.
    ii. Pendekatan Objektif
    Ia dikatakan objektif kerana keputusan yang diambil untuk memilih Alternatif 2 ini adalah berasaskan fakta-fakta yang diperolehi iaitu daripada pengiraan NKB dan keputusan ini tidak dikuasi atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.
    iii. Logik, Formal & Rasional
    Suatu keputusan yang diambil dikatakan logik kerana ia berasaskan jawapan yang diperolehi melalui pengiraan NKB dengan pendekatan formal. Ia juga dikatakan rasional kerana keputusan diambil bukanlah secara terburu-buru atau mengikut perasaan.
    iv. Masalah Fizikal & Isu-isu Teknikal
    Kaedah ini digunakan untuk membantu pihak saya membuat keputusan berkenaan dengan projek manakah yang boleh mendatangkan keuntungan maksimum. Oleh itu, ia melibatkan masalah-masalah seperti kos, hasil, kadar pulangan dan sebagainya yang lebih bersifat fizikal atau teknikal.

    Berdasarkan ciri-ciri di atas; maka, Kaedah Nilai Kini Bersih ini boleh digolong sebagai Kaedah Keras.
     

    1.6.3 Komen
    Secara umumnya, saya tidak berpuas hati dengan Kaedah NKB yang digunakan. Ini adalah kerana 2 projek adalah sukar dibandingkan jika kedua-dua projek mempunyai modal yang tidak sama. Selain itu, terdapat juga kes di mana dua projek A & B di mana A dipilih kerana mempunyai NKB tertinggi. Tetapi, apabila dikira Kadar Pulangan Dalaman nanti, didapati Projek B pula diterima dan A ditolak . Itulah kelemahan yang paling ketara bagi NKB.

    Satu lagi sebab saya tidak berpuas hati dengan NKB ialah kaedah ini menggunakan pendekatan ekonomi yang terlalu mengambilkira keuntungan atau kerugian dalam ukuran wang. Sebaliknya, teknik ini telah mengabaikan impak suatu keputusan yang tidak boleh dinilai dalam bentuk wang. Justeru itu, saya cadangkan supaya menggunakan teknik Matriks Pencapaian Matlamat (Goal Achievement Matrix - GAM) sebagai pelengkap kepada teknik NKB tadi.
     

    1.6.4 Teknik GAM
    Pendekatan ini boleh digunakan sebagai tambahan atau pelengkap kepada pendekatan kos dan faedah terutamanya dalam aspek-aspek yang tidak boleh dipertimbangkan dalam bentuk wang. Contohnya ialah keselamatan dan kestabilan struktur bas, kekuatan pecutan bas, impak persekitaran seperti pelepasan asap-asap oleh bas, fesyen atau rekabentuk bas, kebolehsampaian bas ke kawasan seperti kampung atau pedalaman.

    Aspek-aspek ini akan dijadikan sebagai kriteria penilaian dan ia akan diberi markah pemberat mengikut kepentingan masing-masing.

    Jadual 7 : Matriks Pencapaian Matlamat
    Kriteria Penilaian
    Alternatif 2: Bas Mini
    Alternatif 1 : Bas Panjang
    Keselamatan & Kestabilan Struktur Bas
    2.5
    3.0
    Kekuatan Pecutan Bas
    2.5
    1.5
    Fesyen & Rekabentuk Bas
    2.5
    2.5
    Impak Persekitaran
    2.5
    2.0
    Kebolehsampaian
    3.0
    1.0
    Jumlah Markah
    13.0
    10.0
    Petunjuk:

    3.0 markah - Sangat Baik
    2.5 markah - Baik
    2.0 markah - Sederhana
    1.5 markah - Kurang Baik
    1.0 markah - Tidak Baik

    Selepas setiap kriteria diberi markah, jumlah markah bagi setiap alternatif akan dikira seperti di Jadual 7. Keputusan menunjukkan bahawa Alternatif 2 ini mempunyai jumlajh markah yang tertinggi. Maka, alternatif 2 yang akan dipilih dari segi aspek yang tidak boleh diukur dalam bentuk wang.
     

    1.6.5 Ciri-ciri GAM
    Ciri-ciri GAM adalah seperti berikut:

    i. Bersifat Kualitatif Dan Juga Kuantitatif

    GAM mempunyai gabungan kedua-dua ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif. Ia bersifat kuantitatif kerana ia melibatkan angka-angka atau markah pemberat untuk menilai suatu kriteria. Ia bersifat kualitatif kerana ia memerlukan pendapat, pandangan dan pertimbangan nilai seseorang itu untuk memberi markah kepada suatu kriteria.
    ii. Pendekatan Subjektif & Intuitif
    Markah pemberat yang diberi kepada suatu kriteria itu adalah berasaskan pandangan, perasaan, persepsi dan pertimbangan seseorang itu. Justeru itu, ia adalah sukar untuk dilihat atau ditangkap.
    iii. Melibatkan Pelbagai Masalah
    GAM ini melibatkan masalah-masalah manusia, masalah sosial, masalah-masalah alam sekitar, masalah pengurusan dan sebagainya yang tidak boleh diukur dalam bentuk wang.

    Berdasarkan ciri-ciri di atas; maka, boleh dikategorikan Teknik GAM ini sebagai Kaedah Di Antara Keras & Lembut.
     

    1.6.6 Komen GAM
    Secara umumnya, saya berpuas hati dengan kaedah ini. Pada pandangan saya, dalam penilaian dan pemilihan alternatif, kita tidak boleh semata-mata bergantung pada analisis kewangan seperti kos dan faedah sahaja. Sebaliknya, benda-benda yang tidak boleh diukur dalam bentuk wang juga harus diambilkira.
    1.7 Pelaksanaan & Penilaian
    Selepas pihak saya membuat keputusan untuk mengambil Alternatif 2 iaitu membeli bas mini; maka, keputusan ini akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, penilaian dan pengawasan perlu dibuat ke atas suatu keputusan yang dibuat. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa keputusan yang diambil itu adalah tepat sekali untuk mengatasi masalah yang timbul sejak awal-awal lagi. Untuk tujuan penilaian, teknik Kajiselidik Pengguna Bas dijalankan.

    1.7.1 Teknik Kajiselidik Pengguna Bas

    Seperti kajiselidik-kajiselidik yang dbuat sebelum ini, Kajiselidik Pengguna Bas akan dijalankan di stesen-stesen bas, terminal bas, stesen keretapi, lapangan terbang dan sebagainya. Soalan-soalan yang ditanya berbeza sedikit iaitu corak soalannya lebih kepada darjah kepuasan pengguna terhadap bas mini yang baru ini.
    1.7.2 Ciri-ciri Kajiselidik Pengguna Bas
    Ciri-ciri bagi teknik Kajiselidik Pengguna Bas adalah seperti beikut:

    i. Bersifat Kualitatif

    Teknik ini melibatkan interaksi sosial antara pengkajiselidik dengan responden. Biasanya, setiap responden akan mengemukakan pendapat, buah fikiran, pandangan, perasaan atau budibicara mereka tentang suatu soalan yang ditanya.
    ii. Bersifat Kuantitatif
    Biasanya untuk mengetahui darjah kepuasan seseorang tehadap perkhidmatan bas mini yang baru dibeli itu, darjah kepuasan akan diberi pangkat dengan menggunakan skala Likert. Misalnya, soalan yang berbunyi adakah anda berpuas hati dengan sistem penghawa dingin bas? Jawapannya adalah seperti 1 = Sangat Puas Hati, 2 = Puas Hati, 3 = Tidak Puas Hati. Justeru itu, teknik ini dikatakan mempunyai sifat kuantitatif kerana menggunakan angka-angka untuk mewaklil sesuatu.
    iii. Bersifat Subjektif
    Teknik ini juga bersifat subjektif kerana soalan yang ditanya tidak mempunyai jawapan yang khusus, ia lebih kepada budi bicara atau pandangan seseorang responden itu. Contohnya, sejauh manakah saudara berpuas hati dengan perkhidmatan bas mini ini? Biasanya, jawapan yang diberi adalah berdasarkan pandangan dan penilaiannya sendiri.

    Berdasarkan ciri-ciri di atas, boleh dikatakan Teknik Kajiselidik Pengguna Bas ini tergolong dalam kategori kaedah yang terletak di antara kaedah keras dan kaedah lembut.
     

    1.7.3 Komen Teknik Ini
    Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan teknik ini untuk melihat sejauh manakah matlamat syarikat bas telah tercapai. Tetapi, selain daripada mengetahui kepuasan pengguna bas, saya selaku perancang syarikat bas itu juga perlu membuat pemeriksaan ke atas Kunci Kira-kira Tahunan syarikat bas itu untuk mengetahui sama ada keputusan ini mendatangkan hasil atau tidak. Jika ya, maka keputusan yang diambil itu dikatakan berkesan sekali.
    1.8 Kesimpulan
    Sebagai kesimpulan, proses membuat keputusan yang melibatkan 6 tahap ini sememangnya sangat berguna untuk membantu seseorang membuat keputusan. Suatu keputusan dikatakan berkesan sekiranya tindakan atau keputusan yang diambil itu dapat membendung masalah dengan tepat dan berkesan.

    Sebagai rumusan, teknik-teknik yang telah digunakan di atas boleh dikategorikan berdasarkan ciri-cirinya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8 di bawah:
     

    Jadual 8 : Kategori Kaedah Keras Atau Lembut Bagi Teknik Yang Digunakan.
    Proses Membuat Keputusan
    Kaedah Keras
    Kaedah Antara Keras & Lembut
    Kaedah Lembut
    Mengenalpasti Apa Masalah     Teknik Kepner-Tregoe
    Mencari Punca-punca Masalah & Membentuk Hipotesis     Temubual Peribadi (Interview)
    Mengumpul & Menganalisa Data Kajiselidik (Survey)
    Menjana Alternatif     Teknik Kumpulan Nominal 
    Menilai & Memilih Alternatif Kaedah Nilai Kini Bersih Matriks Pencapaian Matlamat  
    Pelaksanaan & Penilaian   Kajiselidik Pengguna Bas