PENGHARGAAN

Dalam usaha menyediakan projek penyelidikan ini, pengarang ingin berterima kasih kepada Profesor Madya Dr. Lee Lik Meng sebagai penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan idea kepada pengarang terutamanya dalam bidang penggunaan IT dalam perancangan. Budaya kerja melalui IT yang disarankan beliau adalah amat dihargai. Tidak lupa juga En. Nor A’zam Shuib sebagai pembaca kedua projek penyelidikan ini.

Pengarang juga ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang sama-sama mengusahakan projek penyelidikan khususnya Jennifer Tiong Mang Ping (kajian pembentukan warisan) dan Wadembere Ismail Mugumbu (kajian demografi GIS).

 Tidak lupa juga kepada penduduk di bandar lama George Town, yang telah memberi kerjasama kepada pengarang semasa kerja lapangan dan soal selidik dijalankan. Sememangnya idea mereka adalah paling asli.

Akhir sekali, pengarang ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu (Cheah Yoke Chan), Bapa (Chong Ah Yee), dan adik (Ching Yeng) yang dikasihi.