INDUSTRI BINAAN MALAYSIA: SATU TINJAUAN

 

oleh

 

Abu Hassan Abu Bakar

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Universiti Sains Malaysia

 

 

PENGENALAN

 

Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.  Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta meliputi pelbagai bidang.

 

Aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sektor (iaitu: kediaman, industrial, komersial, pasarana, dll) yang bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan.

 

Walau bagaimanapun tidak banyak perhatian yang diberikan secara menyeluruh kepada industri binaan serta kepentingannya.  Tidak ada usaha yang bersepadu selama ini yang telah dibuat untuk merancang dan menyelaras perkembangan industri binaan.

 

Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menunjukkan kepentingan peranan industri binaan dalam ekonomi serta juga bertujuan untuk menarik perhatian semua pihak yang terlibat (secara langsung dan tidak langsung) dengan industri binaan supaya merenung kembali peranan mereka serta menilai sama ada sumbangan mereka selama ini betul-betul bermakna dan berkesan terhadap pembangunan industri binaan.  Pada hakikatnya kertaskerja ini bukanlah satu analisis yang mendalam.  Penulis hanya cuba memberi gambaran kasar tentang industri binaan dan skongan data-data sekunder yang diperolehi dalam masa yang suntuk.  Walau bagaimanapun diharap kertas ini dapat mencuit pemikiran para-para penyumbang supaya dapat membuat sesuatu untuk kepentingan industri binaan.

 

TAKRIFAN

 

Penjenisan Perusahaan Taraf Antarabangsa (1968) mentakrifkan pembinaan seperti berikut:

 

"Termasuk binaan yang baru, penukaran, pembaikan dan perobohan.  Pemasangan bagi mana-mana jentera atau alat-alat yang dibuat pada masa binaan asal adalah termasuk, serta pemasangan bagi jentera atau alat-alat selepas binaan asal tapi memerlukan penukaran struktur bagi memasangnya.  (Tidak termasuk mana-mana jenis binaan yang dijalankan sebagai kegiatan tambahan oleh kakitangan atau untuk kegunaaan, sesebuah pertubuhan yang menjalankan kerja dalam mana-mana lain bahagian bagi penjenisan ini.  Kerja-kerja menggali, mengubah beban berat, "Shaft sinking", dan kerja mengorek yang dijalankan berhubung dengan kerja perlombongan, adalah diklaskan dalam Bahagian 2 - Perlombongan dan Penggalian)"

 

Bagaimanapun kertas ini  serta mana-mana perbincangan tentang industri binaan perlu mencakupi skop yang lebih luas daripada takrifan tersebut di atas.  Skop ini termasuklah aktiviti sebelum fasa pembinaan serta ahli-ahli profesional yang sentiasa memainkan peranan penting dalam sesebuah projek, input-input binaan (Bahan1, Gunatenaga & Teknologi) dan seterusnya aktiviti-aktiviti senggaraan bangunan dan keluaran-keluaran binaan yang lain.

 

INDUSTRI BINAAN DALAM EKONOMI

 

Industri binaan ialah salah sebuah industri yang menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.  Ia memainkan peranan yang penting dalam semua sektor perindustrian utama sesebuah negara dalam bentuk penyediaan modal tetap, perkhidmatan, kediaman dan lain-lain.  Dari segi fizikal, output industri  binaan adalah besar, berat dan mahal serta tidak boleh dipindah ataupun bergerak.  Ia tetap di satu-satu lokasi.  Ia melibatkan penggunaan pelbagai bahan dan komponen binaan yang dikeluarkan oleh industri-industri perkilangan yang lain.2  Output binaan terdiri dari pelbagai jenis bangunan, kerja-kerja kejuruteraan sivil hinggalahkepada kerja-kerja infrastruktur.

 

Kerja-kerja kejuruteraan sivil biasanya projek-projek yang besar yang memakan perbelanjaan yang tinggi, termasuklah kerja-kerja infrastruktur asas sesebuah negara.  Permintaan terhadap kerja-kerja jenis ini kebanyakannya datang dari sektor awam. Bangunan pula merupakan sebuah industri yang melibatkan pelbagai profesional, kontraktor dan subkontraktor serta projek-projek yang pelbagai jenis dan saiz.

 

Pentingnya industri binaan dalam sesebuah ekonomi boleh dilihat dari pelbagai aspek.  Salah satu daripadanya ialah saiz output ataupun nilai kerja-kerja binaan yang telah dikeluarkan.  Jadual 1 menunjukkan dalam tahun 1983, sebanyak Juta RM2,867 telahpun dibelanjakan dan ini ialah 5.4% daripada jumlah KDNK 1983 iaitu Juta RM53,582 dan peratus ini menunjukkan tidak kurang pentingnya sumbangan industri binaan berbanding dengan industri-industri lain, seperti Pertanian (21%), Perlombongan (10%) dan Perkilangan (20%)3 dalam tahun yang sama.  Tahun 1983 ialah tahun sumbangan tertinggi industri binaan kepada KDNK.

 

Nilai output binaan meningkat 8 kali ganda antara tahun 1965 - 1988, iaitu dari juta RM269 dalam tahun 1965 ke juta RM2,098 dalam tahun 1988 berbanding dengan nilai KNDK, 1965 sebanyak Juta $6,552 dan Juta RM65,338 dalam tahun 1988 ialah 10 kali ganda.4

 

Purata industri binaan menyumbang antara 3 - 5.5% daripada keluaran dalam negara kasar.5  Bagi sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, peratus sedemikian boleh dianggap biasa berbanding dengan negara-negara perindustrian seperti Singapura (6-8%)6 serta negara-negara maju, seperti United Kingdom (10-11%).7  Malaysia dijangka akan memasuki golongan negara-negara perindustrian batu tidak lama lagi.  Kepesatan aktiviti-aktiviti binaan dan yang berkaitan juga dijangka akan bertambah dan ini akan meningkatkan lagi kepentingan sumbangan industri binaan dalam ekonomi.

 

Jadual 1 : Keluaran Dalam Negara Kasar - Mengikut 4 Industri Utama

Perbandingan Sejak Tahun 1965 - 1988 (JUTA)

 

Peratus

 

Tahun

Pertanian

Lombong

Kilang

Binaan

KDNK

Pertanian

Lombong

Kilang

Binaan

65

2066

587

682

269

6552

31.53

8.96

10.41

4.11

66

2220

609

750

274

6943

31.97

8.77

10.80

3.95

Pada harga

67

2269

627

861

289

7245

31.32

8.65

11.88

3.99

tetap 1965

68

2481

645

946

308

7697

32.23

8.38

12.29

4.00

69

2704

623

1007

318

8081

33.46

7.71

12.46

3.94

70

2877

619

1094

329

8569

33.57

7.22

12.77

3.84

71

3612

663

1436

544

11592

31.16

5.72

12.39

4.69

Pada harga

72

3720

701

1610

569

12349

30.12

5.68

13.04

4.61

tetap 1970

73

4241

666

1904

631

13867

30.58

4.80

13.73

4.55

74

4518

619

2175

677

14797

30.53

4.18

14.70

4.58

75

4518

638

2197

711

15315

29.50

4.17

14.35

4.64

76

5392

955

377

713

19373

27.83

4.93

17.43

3.68

77

5519

967

3735

800

20875

26.44

4.63

17.89

3.83

78

5610

1054

4081

919

22264

25,.20

4.73

18.33

4.13

79

6068

1197

4470

1027

24324

24.95

4.92

18.38

4.22

80

6255

1171

4874

1209

26228

23.85

4.46

18.58

4.61

81

10684

4289

9155

2367

47602

22.44

9.01

19.23

4.97

82

11375

4617

9668

2598

50430

22.56

9.16

19.17

5.15

83

11302

5342

10429

2867

53582

21.09

9.97

19.46

5.35

Pada harga

84

11623

6073

11711

2988

57741

20.13

10.52

20.28

5.17

tetap 1978

85

11914

5985

11263

2738

57150

20.85

10.47

19.71

4.79

86

12389

6433

12111

2355

57859

21.41

11.12

20.93

4.07

87

13311

6442

13663

2077

60846

21.88

10.59

22.46

3.41

88

14003

6869

16151

2133

66258

21.13

10.37

24.38

3.22

89

14736

7385

18089

2380

72134

20.43

10.24

25.08

3.30

90

14821

1749

21323

2844

79155

18.72

9.79

26.94

3.59

91

14818

7936

24307

3250

86302

17.17

9.20

28.17

3.77

Purata

25.09

6.84

18.65

4.27

Sumber: Kementerian Kewangan: Laporan Ekonomi 69/70 - 88/89

 

 

INDUSTRI BINAAN: PERKEMBANGAN SEJAK TAHUN 1965-88

 

Jika dilihat dari sudut perkembangan industri binaan sejak tahun 1965 sehingga setahun 1988 (sekarang),  industri binaan telah menempuhi beberapa peristiwa menarik, lebih-lebih lagi jika kita bandingkan dengan perkembangan jumlah KDNK.  Rajah 1 menggambarkan nilai sebenar keluaran binaan sejak tahun 1965 hingga tahun 1988.  Keluaran Industri binaan meningkat pada kadar yang berbeza-beza dalam tempoh 19 tahun tersebut.

 

Rajah 1 : Industri Binaan (Keluaran)

1965-1988 (Pd. harga tetap 78)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 2 : Peratus Pertumbuhan (Tahunan)

Tahun 1966-1988

 

Berpandukan Rajah 1 dan Rajah 2 (% pertumbuhan industri binaan dan KDNK), antara tahun 1965 ke 1971 pertumbuhan dalam industri binaan berlaku pada kadar yang rendah (slow growth).  Keadaan ini disebabkan oleh penurunan pelaburan dalam RMI serta kebanyakan projek di sektor awam, seperti program jalan dan sekolah telah ditunda.8

 

Sebahagian besar daripada kerja-kerja binaan dalam jangka masa ini ditumpukan kepada sektor kediaman (lihat Jadual 2) dengan tumpuan sektor Awam kepada penyediaan rumah kepada golongan-golongan berpendapatan rendah.

 

Jadual 2 : Nilai Keluaran Binaan Mengikut Sektor Binaan, 1964-1986 (JUTA)

 

Tahun

Kediaman

Bukan

Kediaman

Sivil

Pertukangan

Khas

Jumlah

Peratus

1

2

3

4

5

1

2

3

4

64

118

94

79

74

365

32.31

25.76

21.65

20.28

65

119

108

113

70

410

29.02

26.34

27.56

17.07

66

130

103

137

79

449

28.95

22.94

30.51

17.59

67

159

100

123

1102

484

32.85

20.66

25.41

21.07

68

168

96

131

101

496

33.87

19.35

26.41

20.36

69

171

101

97

81

450

38.00

22.44

21.56

18.00

70

150

154

88

96

488

30.74

31.56

18.03

19.67

71

147

212

96

110

565

26.02

37.52

16.99

19.47

72

235

231

129

115

710

33.10

32.54

18.17

16.20

73

313

282

166

166

927

33.76

30.42

17.91

17.91

74

401

416

238

247

1302

30.80

31.95

18.28

18.97

75

948

655

703

276

2582

36.72

25.37

27.23

10.69

76

586

505

639

253

1983

29.55

25.47

32.22

12.76

77

803

670

780

632

2885

27.83

23.22

27.04

21.91

78

808

694

939

689

3130

25.81

22.17

30.00

22.01

79

828

598

783

433

2642

31.34

22.63

29.64

16.39

81

1799

1237

2396

654

6086

29.56

20.33

39.37

10.75

82

2153

1503

3417

1038

8111

26.54

18.53

42.13

12.80

83

2088

2372

3394

1255

9109

22.92

26.33

37.26

13.78

84

2304

1972

3729

1697

9702

23.75

20.33

38.44

17.49

85

2082

2133

3635

1799

9649

21.58

22.11

37.67

18.64

86

1740

1786

3041

1459

8026

21.68

22.25

37.89

18.18

18250

16022

24853

11426

70551

Purata

29

25

28

17

Sumber: Jabatan Perangkaan, Penyiasatan Perusahaan Binaan

 

Nilai kerja yang dibuat oleh sektor swasta pula hampir 2 kali ganda berbanding dengan sektor awam.  Tetapi tumpuan sektor swasta pula ialah kepada penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

 

Di samping itu, dalam jangkamasa ini, sektor awam juga memainkan peranan penting dalam kerja-kerja kejuruteraan sivil dan sektor swasta dalam kerja-kerja bukan kediaman.

 

Dalam jangkamasa 1971-73, industri binaan mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 16.1% (purata setahun).  Keadaan ini disebabkan oleh kegiatan perumahan yang tinggi (boom), peningkatan perbelanjaan pembangunan sektot awam, pelaboran sektor swasta   dalam sektor perindustrian, komersial dan kediaman terus meningkat.9  Peningkatan permintaan yang mendadak dalam jangkamasa ini telah menimbulkan pelbagai konstrain dan masalah tertentu yang disebabkan oleh keupayaan sektor pembekalan kurang bersedia.

 

Peningkatan kos yang tinggi disebabkan oleh permintaan meningkat secara mendadak, bekalan yang tidak mencukupi  dan juga inflasi.  Keadaan ini berlaku ke atas bahan-bahan dan buruh-buruh binaan.  Kenaikan harga juga disebabkan oleh faktor-faktor luar seperti inflasi dunia, kekurangan bekalan luar, kenaikan harga import yang mendadak, lebih-lebih lagi peningkatan harga minyak lima kali  ganda.  Keadaan ini telah menyukarkan dan menimbul pelbagai masalah dalam industri binaan dan seterusnya telelah menyebabkan kelewatan dalam implementasi projek-projek binaan.  Sebab itulah dalam tahun-tahun berikutnya (1974-76) industri binaan mengalami penurunan kadar pertumbuhan yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembinaan kurang aktif.

 

Berikutan daripada itu, sektor pembekalan berusaha meningkatkan lagi keupayaan pengeluaran.  Buruh  binaan terus mengalami kekurangan buruh mahir walaupun usaha-usaha telah ditingkatkan untuk mengeluarkan lebih banyak pekerja-pekerja mahir dalam industri binaan dan ini telah mendorong industri binaan menggunakan buruh yang separuh mahir secara berleluasa.

 

Sektor awam telah memainkan peranan yang penting dalam kedua-dua peristiwa tersebut.  Dalam jangkamasa 1971-73, (RM2) pelaboran sektor awam ialah sebanyak 70% daripada jumlah pertumbuhan iaitu melebihi sasaran sebanyak 55%.10  Projek-projek awam yang terlibat ialah dalam skim pertanian, pembinaan parit dan saliran, jalan dan jambatan dan penggalakan perniagaan dan industri seperti pembinaan jalan dan pengangkutan, pengkalan, lapangan terbang, kolej dan sekolah, klinik, hospital dan lain-lain lagi.

 

Dalam jangkamasa penurunan aktiviti pembinaan, (1974-76), kerajaan telah menyukarkan sedikit aktiviti pinjaman berikutan dengan peristiwa dalam jangkamasa 1971-73 dan ini telah mengurangkan permintaan lebih-lebih lagi di sektor swasta.  Ini dilakukan untuk menurun harga input dan output binaan.  Di samping itu kerajaan juga membekukan pembelian tanah dalam kawasan-kawasan tertentu.

 

Jangkamasa 1976 hingga 84, melibatkan 2 rancangan Malaysia, iaitu RM3 (1976-80)11 dan RM4 (1981-85).12.  Dalam tempoh 8 tahun ini, industri binaan mengalami keadaan yang aktif (construction boom).  Nilai tambahan meningkat pada kadar purata 12.6% setahun dalam tempoh RM3.

 

Peningkatan ini disebabkan permintaan untuk perumahan meningkat dengan cepat oleh kerana keadaan yang lebih baik dalam pasaran harta tanah dan pinjaman dan juga pembangunan sosial dan ekonomi yang cepat.  Tempoh ini menyaksikan peningkatan perbelanjaan untuk pembangunan dalam projek-projek infrastruktur dan implementasi sekim perumahan kos rendah.  Peningkatan permintaan terhadap kerja-kerja kediaman juga turut menyebabkan harga rumah meningkat dalam tempoh tersebut.

 

Perbelanjaan sektor awam sahaja dalam pembinaan ialah sebanyak 65% daripada jumlah keseluruhan pelaburan awam.  Sebahagian besar pelaburan tersebut ialah ke atas projek-projek seperti lebuh raya, jalan, klinik, hospital, sekolah dan kampus-kampus universiti dan kebanyakan program perumahan kos rendah dilakukan oleh kerajaan negeri.

 

Kerja-kerja pembinaan dalam sektor swasta juga tertumpu kepada penyediaan kediaman dan juga bangunan-bangunan bukan kediaman (bangunan-bangunan untuk komersial).  Dalam tempoh ini (1976-80) sebahagian besar kerja kediaman tertumpu kepada penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan tinggi dan sederhana.  Kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan komersial dan perindustrian mula menjadi aktif dalam tahun 1978 dan permintaan ini terus meningkat ke tahun 1980.

 

Pada awal RM4, iaitu tahun 1981, sektor kediaman masih lagi aktif disebabkan oleh tumpahan aktiviti tersebut dari tahun 1980 (RM3).  Tetapi disebabkan oleh beberapa perkara seprti kemelesetan ekonomi, kadar pinjaman yang tinggi, peningkatan harga rumah, pinjaman peumahan kakitangan kerajaan diperketatkan, aktiviti pembinaan perumahan telah menurun dengan banyaknya dalam tahun 1982.  Dalam tahun 1983, peristiwa tersebut semakin buruk dengan meningkatnya stok rumah yang tidak dapat dijual.  Lebih-lebih lagi rumah berharga tinggi dan sederhana.  Aktiviti hanya tertumpu kepada penyediaan perumahan kos rendah kerana sebelum ini kebanyakan program-program perumahan hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan tinggi dan sederhana. Keadaan ini telah menekan harga rumah menjadi lebih rendah pada keseluruhannya.  Permintaan untuk rumah berharga tinggi dan sederhana terus jatuh.  Pada keseluruhannya permintaan untuk kediaman terus jatuh pada penghujung RM4.

 

Pembinaan bukan kediaman pula terus menjadi aktif, lebih-lebih lagi dalam 4 tahun pertama RM4 (1981, 82, 83 dan 84).  Tumpuan ialah terhadap pembinaan hotel, bangunan komersial dan infrastruktur awam. Aktiviti-aktiviti pembinaan bukan kediaman menjadi paling aktif dalam tahun 1983 melalui meningkatnya pelaboran swasta dalam projek-projek komersial dan hotel.  Dalam tahun 84 aktiviti bukan kediaman menurun disebabkan penyediaan ruang pejabat yang terlalu banyak dan aktiviti ini trus menurun seterusnya.  Kerja-kerja infrasturktur awam dalam thaun 1981 dan awal 1982, adalah aktif.  Penghujung tahun 1982, kerajaan telah menangguhkan implementasi projek-projek infrastuktur awam dan ini telah memberi kesan terhadap aktiviti tersebut dalam tahun 1983.

 

Dalam tahun 1985, sebahagian besar perbelanjaan sektor awam diperuntukan kepada pembinaan lebuh raya.

Pada penghujung RM4, industri binaan mula mengalami kejatuhan dalam jumlah kerja mengikut nilai sebenar.  (Lihat Rajah 1).  Faktor-faktor utama yang menyebabkan berlakunya perkara ini ialah kemelesetan ekonomi, penawaran tempat kediaman yang kurang menepati permintaan, penawaran ruang pejabat terlalu banyak, pemotongan perbelanjaan kerajaan untuk sektor awam, peratus kekosongan bilik hotel tinggi dan berbagai lagi.

 

Dalam jangkamasa 1986-8813 industri binaan terus mengalami kemerosotan, pertumbuhan negatif, (lihat Rajah 2) akibat daripada stok perumahan dan ruang pejabat yang berlebihan, program perumahan kos rendah berjalan dengan perlahan dan projek kejuruteraan sivil tidak berjalan lancar.  Dalam tahun 1988, keadaan mula berubah aktiviti-aktiviti pembinaan mula meningkat semula melalui peningkatan pembinaan tempat-tempat kediaman, lebih-lebih lagi perumahan kos rendah dan sederhana serta peningkatan semula aktiviti-aktiviti kejuruteraan sivil melalui kerja-kerja jalan, jambatan dan lain-lain.

 

PERTUMBUHANN INDUSTRI BINAAN BERBANDING DENGAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

 

Jika kita  lihat peratus pertumbuhan industri binaan dan ekonomi negara untuk menganalisis prestasi industri binaan kita dapati bahawa industri binaan mempunyai satu pola pergetakan tertentu, yang unik, berbanding dengan pola pergerrakan tertentu, yang unik, berbanding dengan pola pergerakan ekonomi negara.  Ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada industri-industri utama seperti pertanian, perlombongan, perkilangan dan sebagainya.  Jumlah KDNK bergantung kepada nilai keluaran setiap industri tersebut.  Jika nilai keluaran industri-industri tersebut  jatuh maka ekonomi negara pun turut jatuh.  Tetapi berbeza dengan industri binaan yang berfungsi sebagai industri binaan yang berfungsi sebagai industri penyokong ataupun perkhidmatan yang bergantung  kepada pembinanan industri-industri lain.  Jika industri-industri lain memerlukan input industri binaan seperti penyediaan bangunan, infrastruktur serta kerja kejuruteraan sivil yang lain, maka barulah industri binaan bergiat dan berkembang.

 

Jika industri-industri lain merosot maka ekonomi negara pun turut merosot dan permintaan untuk kerja-kerja binaan pun turut merosot.  Begitu juga sebaliknya jika permintaan meningkat.  Rajah 2 menunjukkan pola nilai tambahan untuk industri binaan berbanding dengan ekonomi (KDNK) bagi setiap tahun dari tahun 1966-1988.

 

Rajah 3 menunjukkan pola pertumbuhan (peratus) industri binaan berbanding dengan peratus pertumbuhan ekonomi (KDNK) dengan mengambil purata bergerak lima tahun. Rajah ini menunjukkan dengan jelas betapa prestasi industri binaan terlalu bergantung kepada prestasi ekonomi.   Tetapi apa yang unik di sini ialah jika prestasi keseluruhan ekonomi meningkat, prestasi binaan meningkat dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar peningkatan ekonomi.  Begitu juga jika prestasi ekonomi menurun, prestasi industri binaan turun pada kadar yang lebih daripada kadar penurunan ekonomi.  Dalam erti kata yang lain, industri binaan terlalu sensitif kepada perubahan prestasi ekonomi, sehingga boleh dibuat rumusan bahawa prestasi industri binaan terlalu bergantung kepada prestasi ekonomi.  Apa akan jadi kepada industri binaan jika sekiranya prestasi ekonomi negara terus menurun untuk beberapa tahun?  Apa akan jadi kepada 354,400 gunategana binaan?  Kepada berjuta-juta ringgit peralatan dan loji binaan?  Billion/industi pembuatan bahan-bahan binaan? 5011 kontaktor? dll?

 

RUMUSAN

 

Analisis ringkas terhadap industi binaan Malaysia dari tahun 1965 hingga 1988 telah memberikan satu gambaran kasar tentang perkembangan dan pola pergerakan prestasi industri binaan.  Di sepanjang 23 tahun tersebut 2 peristiwa penting berlaku yang mempunyai kesan penganda kepada aspek-aspek lain.  Kedua-dua peristiwa tersebut ialah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti binaan menjadi terlalu aktif (boom) yang disebabkan oleh peningkatan permintaan terhadap kerja-kerja binaan secara mendadak.

 

Peristiwa-peristiwa ini berlaku kerana keadaan ekonomi negara adalah baik.  Pertumbuhan dalam industri binaan ialah satu petanda yang menunjukkan bahawa industri tersebut mengalami kemajuan lebih-lebih lagi bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.  Tetapi jika pertumbuhan ini berterusan pada kadar yang tinggi ia akan menimbulkan pelbagai masalah.

 

Peristiwa pertama berlaku dalam tahun 71 hingga 73.  Purata kadar pertumbuhan tahunan bagi tempoh ini ialah 10.7%.  Penginaktan permintaan yang mendakak dari sektor swasta dan awam telah menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat dengantinggi dan ini telah menyebabkan keupayaan (capacity) tidak dapat menampung permintaan terhadap industri binaan.  Dalam tempoh trsebut bahan-bahan binaan utama tidak mencukupi dengan begitu ketara.  harga bahan-bahan dan upah buruh binaan telah meingkat dengan tinggi dan begitu juga dengan keluaran-keluaran binaan dan ini telah menyebabkan permintaan mengecut lebih-lebih lagi dalam sektor awam.

 

Peristiwa kedua berlaku dalam tempoh 1976-83, purata pertumbuhan tahunan dalam tempoh tersebut ialah 11.5%.  Tapi kali ini Industri binaan tidak mengalami ketidakcukupan bahan-bahan binaan utama, hanya bahan-bahan binaan tertentu sahaja sebab setelah peristiwa pertama keupayaan industri buatan bahan-bahan binaan telah dipertingkatkan.

 

Dalam tempoh ini industri mengalami pengeluaran yang berlebihan dan pengeluaran yang tidak menepati permintaan iaitu pengeluaran ruang pejabat dan tempat kediaman yang berharga tinggi dan sederhana yang berlebihan.

 

Dari kedua-dua peristiwa tersebut di atas, setiap kali permintaan terhadap industri binaan meningkat dengan tinggi dan mendadak (yang  menyebabkan pertumbuhan pun meningkat), ini akan diikuti oleh kejatuhan dalam permintaan dalam tahun-tahun berikutnya (kadar pertumbuhan turut jatuh).  Kejatuhan ini disebabkan oleh pertamanya harga meningkat terlalu tinggi yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangan bahan, inflasi, faktor luaran dan sebagainya.  Dan kedua ialah kerana kurangnya permintaan dari sektor awam lebih-lebih lagi dalam kerja-kerja ini sebahagian besar bergantung kepada keadaan ekonomi negara.  Jika ekonomi baik permintaan terhadap kerja-kerja binaan akan naik dan begitulan sebaliknya.14  Ini telah membuktikan bahawa prestasi industri binaan bergantung kepada prestasi ekonomi negara.

Keadaan pertumbuhan yang bergantung kepada keadaan ekonomi mempunyai banyak keburukannya terhadap industri binaan.  Mungkin industi binaan perlu mengubah corak "pergantungan kepada ekonomi" kepada industri yang menjadi "penggalak pertumbuhan"15 ataupun campuran kedua-duanya.

 

 

RUJUKAN

 

1.      Industri pembuatan bahan-bahan binaan biasanya tidak termasuk, tetapi pembekal bahan-bahan binaan diambilkira.

 

2.      Hillebrant, P.M.(1984). Analysis of the British Construction Industri, MacMillan Publishers,(m.s. 1).

 

3.      Kementerian Kewangan.(1989)  Laporan Ekonomi 1988/89, Malaysia.

 

4.      Jadual 1 - Pertanian meningkat 7 kali ganda.  (Perlombongan (12) dan Perkilangan (23).  Nilai ini adalah lebih rendah kerana perbezaan pada harga tetap 70 & 78 tidak diambilkira.

 

5.      Jadual 1 - Keluaran Dalam Negara Kasar mengikut 4 industri utama.

 

6.      J.Wells, The Construction Industry in Developing Countries: Alternative Strategies for Development, Croom Helm. (m.s. 27)

 

7.      Hillebrant, P.M.(1984). Analysis of British Construction Industry, Mac Millan Publisher, 1984, (m.s. 4)

 

8.      Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi, 18965/66 - 1970/71, Malaysia.

 

9.      Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi, 1971/72 - 1975/76, Malaysia.

 

10.    Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi, 1971/72 - 1975/76, Malaysia.

 

11.    Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi, 1976/77 - 1980/81, Malaysia.

 

12.    Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi, 1981/82 - 1985/86, Malaysia.

 

13.    Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi 1986/87 - 1985/88, Malaysia.

 

14.    Perlakuan ini, pergantungan kepada keadaan ekonomi, hanyalah dalam kes Malaysia sahaja, tidak ada perbandingan yang telah dibuat secara khusus dengan negara-negara lain.

 

15.    Wells, J. The Construction Industry in Developing Countries: Alternative Strategies  for Development; Croom Helm, (m.s. 33)