RLD503   PEMBINAAN LANDSKAP:

Kuliah 1

KAYU (TIMBER)

Definisi kayu:       Bahagian “xylem” sesebuah pokok, tidak termasuk palma, rumput, buluh dsb; samada bentuk padat (solid) ataupun di cantum (laminated) untuk menjadikannya sesuatu bentuk (e.g. lurus atau melengkuk). 

(Hilmi et al., 1996)

  Kelebihan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan struktur yang lain:

·       Mempunyai ratio kekuatan berbanding berat yang tinggi;

·       Mempunyai nilai estetik yang tinggi;

·       Mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik;

·       Bolek dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi;

·       Mudah di ubah bentuk (modify) semasa ditapak binaan;

·       Mudah di guna semula;

·       Mempunyai insulasi terma dan insulasi bunyi yang baik;

·       Mempunyai ketahanan fizikal yang baik apabila menghadapi kejutan (shock) ssecara tiba-tiba (seperti gempa bumi atau kekuatan angin yang tinggi);

·       Penyelangaraan yang mudah dan murah;

·       Mempunyai harga yang baik apabila menjadi bahan buangan (scrap) ;

·       Boleh menghadapi tekanan penggunaan (wear and tear) dengan baik dan mempunyai jangka hayat yang tinggi jika dirawat dengan bahan pengawet tertentu;

·       Mempunyai pelbagai jenis kekuatan bergantung kepada jenis kayu, sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan;

·       Pengeluaran kayu tidak memerlukan pengunaan tenaga (energy) yang tinggi.

 

Kekurangan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan lain:

·       Ketahanan yang lemah terhadap serangan fungi dan serangga (anai-anai);

·       Ketahanan yang lemah terhadap api;

·       Kemampatan (compression) kayu lemah apabila mengalami tekanan yang bersudut tepat dengan urat kayu

 

Pengkelasan kayu

Terdapat dua jenis pengkelasan kayu yang di gunakan di Malaysia:

1.  Pengkelasan qualiti – Pengkelasan yang berpandukan kepada nilai estetik kayu;

2.  Pengkelasan struktur – Pengkelasan yang berpandukan kepada kebolehan kayu menghadapi tekanan yang disebabkan oleh sesuatu beban 

 

Senarai kayu Malaysia mengikut kekuatan mampatan:

Group A

(kuat)

Group B

Group C

Group D

(lemah)

 

Balau

Kapur

Bitangor

Damar minyak

Balau merah

Keledang

Durian

Geronggang

Bitis

Keruing

Kedondong

Jelutong

Chengal

Kulim

Kungar

Pulau

Giam

Mengkulang

Machang

Sesendok

Kekatong

Merawan

Medang

Terentang

Kempas

Merbau

Melantai

 

Mata ulat

Merapuh

Melunak

 

Mempening

Lilin

Mempisang

 

Mertas

Perupuk

Meranti bakau

 

Nyalas

Punah

Meranti merah tua

 

Penaga

Rengas

Meranti merah muda

 

Tualang

Resak

Meranti putih

 

 

 

Meranti kuning

 

 

 

Mersawa

 

 

 

Panarahan

 

 

 

Ramin

 

 

 

Sepetir

 

 

 

Simpoh

 

 

 

Nyatoh

 

 

 

Terap

 

 

Bahagian bangunan

Kayu yang popular di gunakan

Asas cerucuk

Bakau, Kempas, Keruing

 

Tiang, rasuk, kasau, gelegar, kuda-kuda bumbung

 

Balau, Balau merah, Cengal, Kapur, Kasai, Kalat, Kempas, Keruing, Kulim, Mata ulat, Merawan, Meranti merah tua, Punah, Resak, Simpoh, Tualang, Termbusu

Lantai:

a) Kegunaan biasa

 

Bintagor, Durian, Macang, Mengkulang, Meranti kuning, Meranti merah muda, Meranti merah tua, Meranti putih, Merawan, Nyatoh, Ramin, Sepetir

 

b) Kerja berat

 

Balau, Balau merah, Cengal, Kapur, Kekatong, Keranji, Keruing, Resak

 

c) Parket (parquet)

Balau, Bitis, Kekatong, Kempas, Keranji, Mata ulat, Nyatoh, Tualang

 

Ibu tangga

Kapur, Keledang, Keruing, Simpoh, Ramin

 

Anak tangga

Kapur, Mengkulang, Meranti kuning, Meranti merah muda, Meranti merah tua, Simpoh, Merawan

 

Kerja panel

Bintagor, Damar minyak, Geronggang, Keledang, Keranji, Kungkur, Macang, Medang, Mengkulang, Meranti merah muda, Merbau, Nyatoh, Sepetir, Simpoh, Tualang

 

Pintu

Balau, Balau merah, Bitis, Cengal, Geronggang, Giam, Kapur, Kempas, Keruing, Resak

 

Rangka pintu dan tingkap

Durian, Kapur, Kasai, Kedondong, Keruing, Kulim, Medang, Mengkulang, Meranti kuning/ merah muda/ merah tua/ putih, Merawan, Nyatoh, Punah, Ramin, Simpoh

 

Contoh–contoh saiz kayu yang lazimnya di gunakan berdasarkan kesesuaiannya sebagai bahan binaan:  

Bentuk

Saiz

Pengunaan

Segi empat sama

50 X 50 mm

Bukan struktur

 

75 X 75 mm

Bukan struktur

 

100 X 100 mm

Struktur

 

125 X 125 mm

Struktur

 

150 X 150 mm

Struktur

Segi empat tepat

13 X100 mm

Bukan struktur

 

25 X 100 mm

Bukan struktur

 

50 X 100 mm

Struktur

 

50 X 150 mm

Struktur

 

back

back to menu