KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

 

Kuliah 5

Konkrit

Bahan-bahan kandungannya: simen, pasir, batu baur halus dan kasar.

 

Simen:

·       Simen bertindakbalas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen konkrit.

·       Terdapat pelbagai jenis simen seperti:

§       Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan                      kejuruteraan;

§       Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)

§       Simen bewarna;

§       Simen cepat mengeras.

 

Batu-baur

·       Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan konkrit. Ia biasanya dibahgikan kepada dua kumpulan:

1.  Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.

2.  Batu baur kasar: Saiznya antara 5 – 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.

·       Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

 

AIR:

Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:

1.  Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.

2.  Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.

3.  Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit.  

 

SIFAT-SIFAT KONKRIT

·     Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

·     Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai   atau serangga lain.

·     Konkrit boleh di bancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.

·     Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

 

KUALITI CAMPURAN KONKRIT BERGANTUNG KEPADA:

·       Kualiti bahan-bahan bancuhannya.

·       Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.

·       Cara mencampur dan mengangkut.

·       Kualiti acuan yang digunakannya.

·       Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.

·       Pengawetan yang digunakan.

 

JENIS JENIS KONKRIT

  Konkrit biasa:

·       Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.

·      Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat  tegasan tekanan    (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).

·       Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas tanah.

 

Konkrit bertetulang:

·       Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.

·       Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

   

Konkrit tuang dahulu:

·       Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan di bina di dalam bengkel atau tapak pembinaan dengan kuantiti yang banyak .

·       Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

 

Konkrit tegas-dahulu

·       Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.

·       Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi.

·       Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,

·       Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:

1.  Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.

2.  Tegas kemudian (post- tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.

·       Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

 

Konkrit ringan

·       Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara (spt CO2) supaya hasilnya lebih ringan.

·       Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak memegang beban.

  back

back to menu