RPK 233 - KAEDAH ANALISIS PERANCANGAN
|
Soal selidik dan kajian lapangan | |
|
Pengenalan
kepada penyelidikan | |
|
Proses
–proses dalam menjalankan penyelidikan |
NOTA
PENYELIDIKAN
(RESEARCH)
Mengapa
kita perlu membuat penyelidikan?
Kes
Contoh 1:
Persatuan
mahasiswa USM mahu pihak HEP membenarkan pelajar membawa motosikal dan
memansuhkan penggunaan bas didalam kampus. Ini adalah kerana persatuan mahasiswa
USM berpendapat bahawa penggunaan bas membawa kesulitan kepada pelajar-pelajar.
Untuk membuktikan kesnya, pihak mahasiswa USM menjalankan kajian soal selidik.
Kes
Contoh 2:
Persatuan Ibubapa dan guru-guru (PIBG) mahukan pihak pentadbiran Tadika Minden menyediakan sarapan pagi kepada murid-muridnya. Ini kerana guru-guru tadika di sekolah tersebut berpendapat bahawa ramai murid-murid datang ke tadika tanpa mengambil sarapan pagi. Akibatnya, murid kelihatan lesu dan prestasi pembelajaran terbantut. Sesetengah ibubapa berpendapat bahawa masaalah ini adalah masaalah ibubapa dari golongan berpendapatan rendah. Sesetengah ibubapa pula berpendapat bahawa ini adalah masaalah disiplin kanak-kanak dari golongan berpendapatan tinggi.
Antara
tujuan-tujuan utama penyelidikan ialah untuk:
·
Mengenal
pasti sesuatu masaalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka;
·
Memahami
sesuatu fenomena dengan lebih jelas;
·
Menggumpul
pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun produk;
PROSES-PROSES
DALAM MENJALANKAN PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN KAEDAH SOAL SELIDIK (SURVEY)
1.
Mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya.
2.
Mengumpul data
·
Memilih
teknik penyelidikan yang bersesuaian.
·
Mendefinisikan
soalan-soalan (varaibles).
·
Menentukan
sampel.
·
Menjalankan
soal selidik.
3.
Menganalisa data
·
Mengumpul
dan mengemaskinikan data soal selidik
·
Menganalisa
pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable)
·
Menganalsia
kaitan antara soalan-soalan (variables).
·
Mentafsirkan
analisis yang telah dijalankan.
1.
MENGENAL
PASTI MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI DAN SUMBERNYA.
·
Tujuan
soal selidik - Mengenal pasti isu yang hendak di selidiki.
·
Jenis
maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya.
·
Liputan
soal selidik – contohnya: samada beberapa negeri atau seluruh Malaysia
·
Mengenal
pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu tersebut
2.
MENGUMPUL
DATA
Terdapat
dua kategori data:
Data
primer
- data/maklumat yang diperolehi secara terus dari sumber yang asal samada secara
temubual atau pemerhatian.
Data sekunder – data yang telah sedia ada. Ia telah di kumpul oleh pihak lain dan data ini boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan (contohnya: statistik/perangkaan banci, statistik kemalangan jalanraya dsb).
TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA
Soal-seldik
(Self-Surveys) –
Ia
dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dihantar samada melalui
pos, dikepilkan bersama surat khabar atau majalah.
Temubual
(Interviews) -
Ia
dijalankan secara berhadapan (face-to-face) atau melalui telefon.
Pemerhatian
(Observation) -
·
Kaedah
ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah kenderaan
yang melalui sesebuah jalaraya.
·
Teknik
ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia.
Pemerhatian
melalui penglibatan (Participant-observation)
·
Kaedah
ini berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat).
·
Penyelidik
biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami
dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.
REKABENTUK SOAL SELIDIK
Rekabentuk
soal selidik biasanya akan mempunyai sekurang-kurangnya dua bahagian
1.
Bahagian data demografi (umur, jantina dsb)
2.
Bahagian topik yang dikaji.
Rekabentuk soalan yang baik haruslah:
·
mudah difahami,
·
tepat,
·
tidak mengandungi dua
soalan yang digabungkan
·
jika boleh, dapat
dijawab dalam jangka masa yang singkat,
·
menerangkan definisi
atau takrifan teknikal, contohnya “isi rumah”,
·
menggunakan masa yang
optima untuk menjawabnya,
KATEGORI SOALAN TERBUKA ATAU TERTUTUP
Soalan terbuka
·
Merupakan soalan dimana
pilihan jawapannya tidak diberikan terlebih dahulu.
·
Biasanya melibatkan
soalan berbentuk pendapat.
Contohnya:
Apakah pendapat anda tentang USM?
…………………………………………………………..
Soalan tertutup
·
Pilihan jawapannya
diberi. Contohnya:
Berapakah
umur anda?
Kurang
dari 5 tahun
6
hingga 20 tahun
21
hingga 67 tahun
68
keatas
Soalan
tertutup adalah mudah untuk dianalisa menggunakan komputer (SPSS dsb) manakala
jawapan soalan terbuka perlu di kategorikan sebelum ianya boleh dianalisa.
MENDEFINASIKAN SOALAN-SOALAN (VARIABLES)
· Setiap soalan yang ditanya adalah satu petunjuk tentang variasi di dalam populasi yang di kaji.
· Variable-variable ini boleh dibahagikan kepada tiga skala utama:
Skala
nominal
Ia
merupakan variable yang mana kategorinya tidak mengikut ranking.
Contoh:
|
Jenis
variable |
Kategori |
|
Warna |
biru,
merah, hijau |
|
Negara |
Malaysia,
Indonesia, Singapura |
|
Jantina |
lelaki,
perempuan |
Variable
yang mempunyai dua kategori (dichotomous) adalah nominal:
Skala
ordinal
·
Varaible
yang boleh disusun mengikut ranking adalah termasuk dalam kategori ini.
·
Perbezaan
antara kategori tidak boleh diukur secara matematik.
Contoh:
|
Jenis
variable |
Kategori |
|
Jenis
perumahan |
kos
tinggi, kos sederhana, kos rendah |
|
Kelas
pengijazahan |
kelas
pertama, kedua tinggi, kedua rendah, ketiga |
|
Pendapat
(opinion) |
sangat
setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju |
Skala
interval
Varaible
yang boleh disusun mengikut ranking dan perbezaan antara setiap kategori
tersebut adalah sama dan boleh diukur secara matematik.
Contoh:
|
Jenis
variable |
Kategori |
|
Pendapatan |
1
ribu, 2 ribu, 3 ribu, dsb |
|
Umur |
1
tahun, 2 tahun, 3 tahun, dsb |
|
Markah
peperiksaan |
36,
44, 57, 69, dsb |
Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada:
·
Persampelan
berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu:
·
Sampel
rawak mudah
·
Sampel
sistematik
·
Sampel
berstrata
·
Sampel
berkelompok
·
Persampelan
tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu:
·
Sampel
kuota
·
Sampel
“bola salji”
·
Sampel
pertimbangan
Pensampelan
rawak mudah (Simple Random Sampling)
·
Ia
merupakan teknik pensampelan yang asas.
·
Ia
memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan di pilih.
·
Setiap
individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih berbanding calon
lain.
· Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai pencalonan.
·
Masaalah
dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau tidak
lengkap
Contohnya:
Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut:
2
3 1
7 6
9 45
32
4 56 22 89
(kebarangkalian
bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)
Pensampelan
sistematik (Systematic sampling)
·
Sistem
ini juga memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan untuk dipilih.
·
Pemilihan
calon adalah dibuat dengan memilih setiap k
sampel dari senarai tersebut (dimana k
adalah: senarai calon ¸
sampel yang diperlukan).
Contoh
cara pengiraan:
Senarai
calon = 100 orang
Untuk
mencari calon pertama, pilih satu nombor secara rawak dari 1 hingga 5.
Contohnya,
jika nombor 3 dipilih, maka nombor seterusnya adalah 3+5 = 8 (dan nombor
seterusnya adalah 8+5, 13 +5, dsb).
Masaalah teknik ini akan timbul apabila:
·
tiada
senarai calon yang lengkap,
·
terdapat
trend pada senarai yang boleh menyebabkan bias,
Pensampelan
berstrata (Stratified Samping)
·
Teknik
ini membahagikan sampel mengikut kumpulan terlebih dahulu sebelum pemilihan
sampel dibuat.
·
Kaedah
ini digunakan bagi memastikan sampel yang dipilih diwakili secukupnya oleh
sesebuah golongan spesifik atau golongan minoriti yang dikehendaki.
Contoh
1,
Pecahan
kaum bagi 10,000 penduduk adalah 80% melayu, 18% cina dan 2% india.
Pemilihan
100 sampel menggunakan “kaedah rawak mudah” mungkin tidak akan mendapat
calon yang mewakili kaum india.
Penyelesainnya:
Pecahkan
senarai penduduk mengikut kaum dan pilih 100 calon berdasarkan pecahan tersebut.
Pilih
80 orang melayu dari 8,000 penduduk,
Pilih
18 orang cina dari 1800 penduduk,
Pilih
2 orang india dari 200 penduduk.
Contoh 2
Sebuah
penyelidik ingin mengkaji pendapat pengguna tentang aspek perancangan
keselamatan. Objektif utama adalah untuk mengkaji perbezaan antara jantina.
Dengan itu, kajian boleh dijalankan dengan mengambil pendapat 2 kumpulan
pengguna iaitu lelaki dan perempuan.
·
Pensampelan
berkelompok (cluster sampling)
·
Kaedah
ini hampir serupa dengan “Pensampelan berstrata”.
· Ia dapat menjimatkan wang dan masa bagi kawasan kajian yang kedudukan geografinya jauh antara satu sama lain
· SYARAT PERSAMPELAN BERKELOMPOK: Tiada perbezaan antara kumpulan-kumpulan tersebut
Contohnya:
§ Mengambil 3 blok perumahan daripada 12 blok yang mana populasi penduduknya sama.
§ Mengambil sampel 2 ibu negeri dari 13 negeri.
Sampel tak berkebarangkalian
Sampel
kuota
·
Jumlah
yang dikehendaki ditentukan terlebih dahulu
·
Pemilihan
sampel bergantung kepada kehendak penyelidik tanpa mempertimbangkan ahli sampel
Contohnya:
Kajian mengambil 50 lelaki dan 50 perempuan untuk menguji syampoo keluaran baru.
Sampel
“Bola Salji”
·
Sampel
ini bermula daripada rakan sekumpulan orang.
Rakan berkenaan akan mendapat rakan mereka yang lain.
Penyelidik
ingin mengetahui perasaan mereka yang suka menunggang motor “Harley
Davidson”.
Sampel
pertimbangan
·
Penyelidik
memilih unit sampel dengan sifat tertentu
·
Cara
ini murah dan unit sampel mudah diperolehi kerana sampel hanya meliputi mereka
yang mahir dalam satu topil tertentu.
PENENTUAN
SAIZ SAMPEL
· Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang mewakili penduduk berkenaan.
· Semakin besar saiz sampel semakin tepat data yang diperolehi dengan syarat tiada bias didalam pemilihan sampel.
· Saiz sampel yang besar pula memerlukan kos yang tinggi.
Antara
faktor-faktor penting yang perlu diambil kira:
·
Kos
·
Masa
·
Tenaga
kerja
·
Kemudahan
·
Ketepatan
yang dikehendaki atau objektif penyelidikan
Sebelum
sesebuah kajian soal selidik dijalankan, adalah amat penting untuk membuat survey rintis / pilot test.
Survey rintis merupakan satu survey kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan dan mengatasi masaalah perancangan soal selidik.
Fungsi
pilot test:
·
Menguji
kelengkapan rangka sampel.
·
Memastikan
semua soalan dapat difahami dengan tepat dan tiada kekeliruaan.
·
Memastikan
susunan layout soal selidik yang baik.
·
Menguji
kod-kod jawapan yang di berikan, iaitu lengkap dan saling ekslusif.
·
Memastikan
masa yang diambil oleh responden untuk menjawab borang soal selidik adalah
seperti yang dijangkakan.
·
Mengangarkan
kos yang terlibat.
Data
yang dikumpul (raw data) boleh dianalisa secara:
·
Manual
(jika ianya tidak begitu kompleks)
·
Menggunakan program-program khusus seperti SpSS, SAS dsb.