Lampiran A

 

Rancangan Seni Bina

Pusat Pengajian PBP, USM

 

Minit Mesyuarat 1

Selasa 20 Februari 2001, jam 15:00-17:00, Bilik Persidangan PBP

 

 

Hadir: Wan Burhanuddin (Pengerusi), PM A.Hadi, Dr. A.Malik, Dr. A.Sanusi, Dr. Julaihi, Dr. Ku Azhar, Dr. Sharifah Fairuz, Wan Mariah, Dr. Zin Kandar, Dr. Zulkifli.

Tidak Hadir: A. Zakiulfuad, Dr A.Majid, Azmi Luddin, Yeoh Oon Soon, Razali Mahyuddin, Dr. Muna (Cuti Sabbatical)

 

 

 

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Model Transformasi:  Satu model yang diperlukan untuk memahami tugasan yang diberikan dan untuk menghasilkan pelan tindakan. Model penghasilan mengandungi enam komponen utama: Niat, Aktor Laku, Aturan, Tapak, Hasil,. Butirannya boleh didapati di http://www.hbp.usm.my/wburhan/archiprogram/tansmodel20201_files/frame.htm.

UNTUK MAKLUMAN.

 

1.2 Daripada model ini dapat dicarta semua yang perlu dilaksanakan sesuai dengan maksud transformasi yang diajukan dalam Perutusan Perdana Naib Canselor 2001 (lihat http://www.usm.my/misc/Perutusan_NC2001.htm) dan tugasan yang diberikan oleh Bahagian Pembangunan Korporat (BPK) universiti (lihat http://www.hbp.usm.my/strategi/Pelanstrategi_ptj_hbp_files/frame.htm)

UNTUK MAKLUMAN.

 

2. Perkara Keseluruhan Rancangan Seni Bina

2.1 Laporan Bidang-Bidang Utama (BU) Perancangan Strategi

Laporan yang sudah diterima adalah daripada. Dr. Zin, Dr. A Majid dan Dr. Sanusi. Didapati banyak pertindihan dalam cadangan; usaha untuk meyelaraskan perlu.

BU1. Pembangunan Sumber Daya Manusia: Dr A Majid dan PM A Hadi

PM A Hadi akan memberikan input beliau segera.

 

BU2 Pengajaran / Pembelajaran Berkualiti: Wan Burhanuddin, Dr. Julaihi.

Input akan diberikan segera.

 

BU3. Penyelidikan Berkualiti: Dr. Sanusi dan Dr. Sharifah

Input Dr. Sanusi akan dikembangkan.

 

BU4. Pengantarabangsaan: Dr A.Malik dan Yeoh Oon Soon,

Perbincangan Pengerusi dengan Dr. Malik sebelum ini perlu dikonkritkan dlm bentuk laporan.

 

BU 5. Pengurusan Berkualiti: Azmi Ludin dan Dr. Zulkifli.

Dasar pengurusan perlu dijelaskan - penggunaan model Jepun, Amerika atau lain-lain budaya. Apakah model pengurusan setempat, universal? Laporan diperlukan.

 

BU6 . Kewangan Berkualiti: Razali Mahyuddin dan Wan Mariah

Perlunya sumber yang transparan. Contoh sumber telah diberikan, iaitu penajaan internet café pelajar oleh Nestle, Coca Cola juga menawarkan geran yang boleh dimanfaatkan.  Elakkan meminta-minta. Wan Mariah telah memberikan pengisian komponen ini.

 

BU7. Infrastruktur: Dr. Zin Kandar dan Dr. Muna (Cuti Sabbatical)

Laporan telah diterima. Terdapat pertindihan dengan bidang-bidang utama lain.

 

BU8 Perkongsian

Dr Malik telah berbincang dengan Pengerusi tentang  perkara ini, khususnya tentang hubungan dengan Sumatera Utara. Disaran supaya kawasan diperluaskan.

UNTUK TINDAKAN AJK

 

2.2 Memahami impak transformasi kepada program sedia ada

Transformasi yang telah dikenalpasti oleh YB Naib Canselor akan memberikan impak besar kepada Rancangan dari segi penjelasan semula niat, mengubah kaedah. Kakitangan semuanya bersedia dengan perubahan yang akan berlaku. UNTUK MAKLUMAN.

 

2.3 Perlunya forté, fokus, halatuju

Untuk bertahan di tengah arus globalisasi, kita perlukan satu kawasan yang kita kuasai seperti seni bina tropika, tenaga, mungkin juga seni bina mesra-alam.  AJK Rancangan diminta memberikan cadangan supaya Pelan Tindakan dapat disusun.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

2.4 Pelan Tindakan

Pelan Tindakan diperlukan sbg hasil daripada Perancangan Strategik PBP amnya dan Rancangan khususnya; AJK diminta mengisi borang seperti yang dicontohkan di laman web ARKISTRAT, http://www.hbp.usm.my/wburhan/senibina/.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

3. Perkara Dalaman Rancangan Seni Bina

 

3.1 Bangunan Tambahan, PBP/Pendidikan

Pn Wan Mariah menyatakan bahawa bangunan akan siap pada bulan Jun 2001.

Walau pun bangunan baru akan membantu aktiviti rancangan, aktiviti sedia ada akan tetap berjalan terus. UNTUK MAKLUMAN.

 

3.2 Laman Web hbp.usm.my/architecture

AJK Rancangan diberitahu tentang wujudnya laman web khusus Rancangan di http://www.hbp.usm.my/architecture dan diminta merespons kepada lelaman tersebut.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

3.3 Intake

3.3.1 Studio200

Rancangan akan mengambil 50 daripada 84 calon daripada Studio 100.

UNTUK TINDAKAN Penyelaras Studio 200, Sesi 2001/2002.

 

3.3.2 Sarjana Muda Seni Bina

walau pun ada pelajar yang bertanya tentang kaedah pemilihan calon, pihak Rancangan masih belum menerima ada apa-apa berita lagi dari Pendaftar. 

UNTUK TINDAKAN Pengerusi.

 

3.4 Studio500 Final Review

Krit Teknikal, 2 Mar 2001. Krit Akhir 23-24 Mar. Pemeriksa Luar 25/26 Mar tergantung kepada pilihan pemeriksa,

UNTUK MAKLUMAN.

 

3.5 External Examiner (Pemeriksa Luar).

2001 ialah tahun ahkir Dr Ken Yeang memeriksa Rancangan. Pemeriksa tahun yang akan datang perlu dipilih lain. AJK Rancangan diminta menyarankan nama calon Pemeriksa Luar untuk sesi 2001/2002.

UNTUK TINDAKAN AJK

 

3.6 Kursus Semester 1 2001/2002

Diminta AJK semak senarai Kursus (Lampiran A) mempastikan ketepatannya.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

3.7 Studio 2001/2001

 

3.7.1 Tema. Perlunya satu tema untuk menyelaraskan penghasilan keseluruhannya; pun bagaimana, tergantung kepada teras Rancangan seperti dlm perkara 2.3 di atas. AJK diminta mencadangkan tema ini .

UNTUK TINDAKAN AJK

 

3.7.2 Pertandingan. Penyelaras Studio diminta membawa studio masing-masing menyertai pertandingan. 

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

3.7.3 Checklist kriteria. Untuk penialaian, daftar kriteria perlu jelas. AJK diminta memikirkan tentang perkara ini.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

3.8 Penyelidikan.

 

3.81 Daftar Tajuk-Tajuk; pada saat ini hanya daftar tajuk perlu didokumentasikan.

UNTUK Tindakan AJK.

 

3.82 Yang lain-lain akan dikendalikan oleh JKK Penyelidikan di bawah Dr Sanusi.

UNTUK TINDAKAN Dr Sanusi.

 

3.9 Penerbitan

Dr Zul diminta untuk menerajui bahagian ini.

UNTUK TINDAKAN Dr Zulkifli.

 

3.10 Sabbatical.

3.10.1 Dr Julaihi akan bercuti bermula Sep; Dr Sharifah bermula Okt 2001.

 

3.10.2 Sabbatical ini perlu disusun dengan jelas dikomunikasikan kepada semua AJK.

UNTUK TINDAKAN Pengerusi.

 

3.11 Kalendar 2001/2002

3.11.1 Pameran

AJK bersetuju dihidupkan semua bentuk pameran yang pernah dijalankan.

UNTUK TINDAKAN BU2 Pengajaran-Pembelajaran.

 

3.11.2 Lecture Series

AJK bersetuju siri ini dihidupkan semula.

UNTUK TINDAKAN BU2 Pengajaran-Pembelajaran.

 

3.11.3 Persidangan

AJK besetuju Persidangan Nasional dibuat waktu Bengkel Seni Bina yang akan diadakan di USM di penghujung tahun ini atau awal tahun 2002.

UNTUK TINDAKAN BU2 Pengajaran-Pembelajaran.

3.11.4 Penasihatan Kelab Seni Bina

Kelab perlu dinasihatkan oleh salah seorang AJK untuk merangka aktiviti yang perlu dimasukkan ke dalam kalendar.

UNTUK TINDAKAN Pengerusi.

3.11.5 Kedai Internet.

Sbg satu yang pernah ditimbulkan dulu, Pengerusi telah memfoward Pn Wan Mariah surat Nestle yang mahukan cadangan kita untuk dianjur oleh pihak mereka.

UNTUK TINDAKAN BU6 Kewangan.

3.11.6 Architecture Workshop ke18, 2002.

AJK bersetuju bahawa persiapan dibuat dari sekarang. Semua BU diminta turun tangan.

UNTUK TINDAKAN AJK (Petanggungjawab BU1-8)

 

4. Perkara Luaran Rancangan Seni Bina

 

4. 1 Kementerian Pendidikan, Halatuju Seni Bina.

4.1.1. Meeting 23-25 Feb di Awana Resort. Akan dihadiri oleh Dr Ku Azhar sbg wakil Rancangan. AJK perlu laporan.

UNTUK TINDAKAN Dr Ku Azhar.

 

4. 2 LAM – Laporan wakil Rancangan

4. 2.1  Perlantikan dua tahun bermula 1 Mac 2001.

4.2.1.1 AJK diberitahu bahawa Dekan telah diminta oleh LAM (Lampiran B) supaya Dr Ku Azhar dilantuk sebagai wakil USM. AJK tidak bersetuju.

UNTUK MAKLUMAN

4.2.1.2 AJK bersetuju bahawa wakil USM ke LAM perlulah Pengerusi Rancangan.

UNTUK TINDAKAN Pengerusi

4. 2.2 Laporan Wakil

AJK minta supaya isi dan hasil mesyuarat dilaporkan kepada Rancangan.

UNTUK TINDAKAN Pengerusi.

 

4. 3 PAM

4. 3.1 PAM-Schools Liason Committee Meeting, 17 Mac2001

AJK diberitahu bahawa Mesyuarat akan diadakan pada 17 Mac (Lampiran C). Pengerusi akan menghadiri mesyuarat ini.

UNTUK TINDAKAN Pengerusi.

 

4. 3 .2 Part 3 Registration.

AJK diminta memberitahu status masing-masing.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

4. 3 .3 Best Student

AJK diberitahu bahawa Pengerusi lama telah memilih Sarly Adre Sarkum sebagai pemenang hadiah ini.

UNTUK MAKLUMAN.

 

4. 3 .4 Travel Scholarship 2000

Dr Zin telah menerangkan pengalaman beliau menerima biasiswa ini; AJK diminta mengenalpasti pelajar untuk direcommend biasiswa ini. Tarikh tuutp 31 Mac 2001.

UNTUK TINDAKAN AJK.

4. 4 Twinning

4. 4 .1  PJCC

AJK diberitahu bahawa negosiasi dengan PJCC telah sampai kepada penandatanganan MoU di antara USM dengan PJCC;  AJK timbulkan persoalan pengurusanannya oleh Dr Ku Azhar hingga kini yang seharusnya dikembalikan kepada JKK asal, iaitu JKK Francais yang diketuai oleh PM Hadi; AJK bersetuju.

UNTUK TINDAKAN PM Hadi.

4. 4 .2 Lain-lain Institusi

Program dengan institusi lain sprt Kolej Ikram masih belum lagi sampai ke tahap di atas; rancanagan masa depan perlu jelas. 

UNTUK TINDAKAN PM Hadi.

 

4. 5 Consultancy (Kerja-kerja Perundingan)

4. 5 .1 Kursus

Sejauh mana hasil kerja perundingan dapat dimasukkan ke dalam kursus, masih perlu dibincangkan.

UNTUK TINDAKAN AJK

 

4.5.2 USM, Rumah Tamu, dll.

4.5.2.1 AJK diberitahu bahawa pengetahuan Rancangan tentang projek tidak sama rata. AJK bersetuju bahawa terdapat beberapa projek yang ditangani oleh Rancangan sepeti Tadika Islam, Bangunan PBP, Masjid , tetapi ditangani oleh tiga kumpulan yang berlainan.

MAKLUMAN

 

4.5.2.2  AJK bersetuju bahawa Rancangan mengajukan hanya SATU team perunding supaya dapat diselaraskan dengan lebih efisien.

UNTUK TINDAKAN AJK

 

4.5.2.3 AJK syorkan supaya team perunding tunggal PBP didaftarkan di Usains Holding.

UNTUK TINDAKAN BU5 Pengurusan (Azmi & Dr Zul)

 

4. 5 .3 Masing-Masing Firma

Belum dibincangkan. 

UNTUK TINDAKAN AJK

 

5. Perkara Berbangkit

5.1 Minit dan Mesyuarat:

5.1.1 Di mana Minit Mesyuarat Lalu?

Dr. Zul menimbulkan soal ketiadaan minit Mesyuarat Rancangan yang lalu? AJK bersetuju bahawa pengesahan minit tersebut akan dibuat dlm Mesyuarat Rancangan 2, 2001 pada 9 Mac.

UNTUK TINDAKAN Pengerusi.

5.1.2 Mesyuarat Rancangan Berkala

AJK bersetuju mesyuarat rancangan diadakan tiap bulan pada hari Jumaat kedua, jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat PBP.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

6. Hal-Hal Lain

6.1 Kod Etika Akademik (KEA); diserahkan kepada tiap seorang AJK.

UNTUK TINDAKAN AJK.

 

Mesyuarat ditamatkan jam 17:00.

 

PENGESAHAN MINIT

Oleh kerana minit Mesyuarat 18.12.2000 tidak disahkan di sini, AJK Seni Bina menetapkan bahawa mesyuarat 1 ini disifatkan sebagai PERBINCANGAN. Lihat Minit 2.2 Mesyuarat Mac bertarikh 9 Mac 2001.

 

 

 

Pengerusi: