KONSEP PEMBAYARAN KERJA KONTRAK KEPADA SUBKONTRAKTOR PROJEK KERAJAAN

 

ABDUL AZIZ HUSSIN AMN

DPA; LL.B(Hons); Dip. M.Mgmt; MSc (Prjt.Mgmt.);

MMIM; Peguambela & Peguamcara; MMAP

abdaziz@usm.my

 

 

 

 

PENDAHULUAN

 

Salah satu perkara utama yang diambil berat oleh semua pihak dalam projek pembinaan ialah mengenai pembayaran. Ini termasuklah pembayaran kepada subkontraktor. Dalam kertas ini akan dibincangkan mengenai aliran pembayaran kepada subkontraktor bagi projek kerajaan (yakni klien projek adalah kerajaan atau badan berkanun kerajaan).

 

KONSEP ASAS ALIRAN PEMBAYARAN DALAM KONTRAK

 

Di bawah peraturan umum yang am dan diluluskan, hanya pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam sesuatu kontrak sahaja mempunyai hak dan dikenakan tanggungjawab kepada pihak yang satu lagi, termasuklah di dalam hal pembayaran.

 

Marsh, P. D. V. (1988)[1] ada mencatatkan bahawa peraturan umumnya ialah bahawa sesuatu kontrak itu hanya mewujudkan hak-hak dan obligasi-obligasi yang boleh dikuatkuasakan oleh pihak-pihak yang berkontrak itu terhadap mana-mana pihak di antara mereka itu sahaja.  Major, W. T. (1978)[2] ada menyebut,

 

“prinsipnya ialah kontrak cuma mewujudkan hak dan obligasi hanya antara pihak-pihak itu sahqja.... Kontrak tidak memberi hak kepada orang luar/asing ”

 

Prinsip yang sama juga ada diputuskan oleh Lord Haldane dalam kes Dunlop Pneumatic Tyre Co. Ltd. lwn. Selfridge & Co. Ltd. (1915)[3].  Contohnya prinsip asas perhubungan ini, terutama dalam konteks dengan pihak ketiga, ada diilustrasikan di dalam kes Scruttons Ltd. lwn. Midland Silicones, Ltd. (1962)[4], yang fakta ringkasnya yang relevan adalah seperti berikut

 

Terdapat satu kontrak di antara X dan Y untuk X membawa suatu kargo barang kepunyaan Y. Terdapat pula satu kontrak lain (sub-kontrak) di antara X dan Z di mana Z yang akan memunggah keluar barang-barang itu dari kapal X.  Barang-barang tersebut rosak akibat kecuaian Z semasa kerja-kerja pemunggahan.   Y menuntut gantirugi dari Z. Z seterusnya membela diri dengan mengemukakan suatu fasal (klausa) pengecualian yang terdapat di dalam hubungan kontrak di antara X dan Y, dan dengan itu Z tidak boleh membela diri dengan menggunakan fasal pengecualian tersebut.  Dengan itu pembelaan Z adalah gagal.

 

Dengan itu, prinsip asas ini juga berlanjutan menjangkau kepada balasan (consideration) kepada kontrak.  Major, W. T. (1978)[5] menyebut bahawa pihak ketiga dalam hal balasan (misalnya pembayaran) dalam sesuatu kontrak tidak boleh mendakwa pihak terbabit, kecualilah wujudnya priviti kontrak (yakni kontrak dengan kuasa).  Prinsip yang serupa turut terpakai kepada perkara-perkara melibatkan pelaksanaan kontrak.  Dalam hal ini Anson, W. (1975)[6], yang turut dipersetujui oleh Major, W. T. (1978)[7] menyatakan bahawa pelaksanaan kontrak pada asasnya tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga, terutamanya dan yang terpenting, ialah yang melibatkan kontrak berbentuk personal, Hal atau situasi asas ini telah lama mendapat keputusan kehakiman, contohnya seperti yang telah diputuskan di dalam kes Robson & Sharpe lwn.  Drummond (1831)[8].  Perlulah pula dinyatakan bahawa perkara-perkara di atas itu adalah prinsip umum dan asas sahaja. la ada kekecualiannya, dan dalam praktis Akta Kontrak 1950 di Malaysia, ia perlu dilihat lanjut (dan dibincangkan selepas ini).

 

Apabila disebutkan kewujudan hak-hak dan obligasi-obligasi yang terus di antara pihak-pihak di dalam sesuatu kontrak, maka amat jelas wujudnya suatu hubungan terus di antara pihak-pihak yang berkontrak.  Oleh kerana masing-masing pihak perlu dan ingin mencapai matlamat atau tujuan kontrak itu diwujudkan maka nampak jelas betapa perlunya pihak-pihak itu saling bantu-membantu, bekerjasama dan berseiringan dalam memenuhi hak-hak dan obligasi-obligasi pihak. Ini amat penting terutama dalam mewujudkan situasi "menang-menang".  Hal-hal yang dinyatakan ini turut dirasai dan melibatkan kontrak-kontrak pembinaan, yang menjadi bidang perbincangan di sini.  Kontraktor dan pemaju perlulah bersedia, saling faham memahami, saling bantu membantu dan saling beranggapan baik di antara kedua-dua pihak.  Dalam konteks ini, Cadmon, D. (1983)[9] menyatakan bahawa kontraktor dan klien adalah sebenarnya di dalam satu pasukan.  Menurut Cadmon, D.  (1983)[10] lagi ,

 

"Saling percaya-mempercayai yang total di antara pemaju (klien) dan semua ahli-ahli di dalam pasukan pemqjuan adalah amat mustahak ".

 

Tentulah di antara ahli-ahli penting pasukan pemajuan itu adalah termasuk kontraktor. Contoh yang Cadmon, D. (1983)[11] berikan untuk menunjukkan betapa pentingnya hubungan ini ialah: Jika berlaku kelewatan projek, maka kontraktor akan menghadapi masalah aliran tunai yang serius.  Di pihak klien pula, pembangunan (kerja) akan terjejas dan kos pembangunan akan meningkat (pada kebiasaannya),

 

Unjuran selanjutnya ialah mengenai prinsip-prinsip asas mengenai bayaran kemajuan kontrak.  Sekali lagi Anson, W. (1975)[12] menegaskan bahawa dua orang (pihak) tidak boleh, melalui mana-mana kontrak yang mereka akan buat, mengenakan liabiliti kepada pihak ketiga.  Contohnya, jika kontraktor membuat perjanjian kontrak dengan subkontraktornya atau pembekalnya atau pekerjanya, dengan menyebut bahawa, bayaran kepada mereka itu akan menjadi tanggungjawab kilen maka ini tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun situasinya menjadi berlainan jika ada akujanji atau sebarang bentuk pengesahan klien itu untuk mengambil tanggungjawab tersebut yang akan dibincangkan selepas ini).

 

Bunni, N. G. (1991)[13] menyatakan bahawa obligasi majikan/klien ialah untuk membayar dan melakukan pembayaran itu secara berperingkat-peringkat mengikut masa yang telah ditetapkan di dalam kontrak.  Bunni, N. G.[14]  membincangkan hal ini dari perspektif format kontrak yang dikeluarkan oleh FIDIC (yang pada asasnya pada pandangan penulis menjadi inti kepada format perjanjian kontrak JKR (JKR 203). Perkara ini juga ditekankan di dalam pengurusan kontrak (melibatkan pembayaran) di Malaysia, di mana Mohamad Gading (1988)[15] semasa membincangkan kontrak JKR, menyebut bahawa syarat-syarat kontrak memperuntukkan kontraktor akan dibayar secara progresif atas kerja-kerja yang dibuat dan bahan-bahan di tapak bina yang diserah, dan,

 

"Bayaran ini adalah perlu untuk memberi kontraktor aliran tunai yang perlu., bagi membiayai operasi kerjanya”.

 

Perbincangan beliau itu nampaknya turut menjuruskan dan terpakai juga kepada prinsip am pembayaran kepada pembekal. Ia juga turut terpakai kepada buruh kontraktor tersebut.  Prinsip asas mengenai tanggungjawab yang serupa terpakai juga sebaliknya, iaitu dari kontraktor kepada kliennya.  Di dalam hal ini, Marsh, P. D. V.[16] menyebut bahawa peraturan umum mengenainya adalah jelas iaitu bahawa kontraktor utama (induk) adalah bertanggunjawab kepada majikan/kliennya bagi bahan-bahan yang dibekalkan dan mutu kerja yang dilaksanakan oleh sesuatu subkontraktor, tanpa mengira sama ada ianya subkontraktor yang dinamakan ataupun tidak, kecualilah tanggungjawab itu dengan nyatanya dihadkan di bawah terma-terma kontrak utama itu sendiri.  Dalam kontek ini, Marsh sebenarnya merujuk keputusan Mahkamah House of Lords dalam kes Gloucester County Council lwn. Richardson (1969)[17], yang telah memutuskan seperti di atas.

 

Perkara-perkara yang dibincangkan di atas adalah sejajar dengan prinsip asas undang-undang kontrak bahawa balasan (yakni bayaran di pihak klien dan kerja (termasuk bahan-bahan) di pihak kontraktor) perlulah bergerak dari penerima janji  (Anson, W. 1975)[18].  Menurut Anson, W.[19] lagi ,

 

"Ini bermaksud bahawa pihak-pihak yang ingin menguatkuasakan  kontrak mestilah berupaya menunjukkan bahawa dirinya sendiri telah memberi balasan (consideration) untuk janjinya kepada pihak satu lagi”.

 

Peraturan asas berkaitan kegagalan dan kesan kegagalan membayar oleh kontraktor kepada subkontraktornya, pembekalnya dan buruh-buruh atau pekerja-pekerjanya juga perlu dilihat.  Pada asasnya, seperti dinyatakan oleh Marsh, P. D. V. (1988)[20], biasanya kontrak adalah di antara majikan atau klien dengan kontraktor utama dan tiada hak dan tanggungjawab kontrak di antara majikan/klien dengan subkontraktor (serta pembekal kontraktor dan buruh kontraktor).  Oleh itu jika barang-barang yang dibekalkan atau kerja yang dijalankan terdapat kecacatan, maka remidi majikan atau klien adalah terhadap kontraktor utama,

 

....dan jika kontraktor utama gagal membayar kepada sub-kontraktornya untuk kerja-kerja yang dilaksanakan atau barang-barang yang dibekalkan, maka subkontraktor itu tiada perlindungan terhadap mqjikan/klien " (Marsh, P. D. V.[21]).

 

Namun begitu perlulah diingat bahawa tuntutan bayaran dari sub-kontraktor boleh menjadi isu yang emosi kepada subkontraktor dan kontraktor (Gray, C. dan Flanagan, R., 1989)[22].  Menurut Gray, C. dan Flanagan, R. seterusnya[23], penalti bagi kegagalan untuk menyetujui dan menyelesaikan sesuatu tuntutan (misalnya tuntutan subkontraktor) biasanya menjadi mahal kerana ia mungkin dirujuk ke mahkamah atau timbangtara (yakni melibatkan kos-kos kepeguaman, mahkamah dan penimbangtaraan yang sepatutnya boleh dielakkan jika isu itu boleh diselesaikan dengan baik di peringkat awal-awal lagi).  Ini berdasarkan hakikat bahawa bentuk kontrak, misalnya projek pembinaan, itu sendiri akan memungkinkan selalu wujud pertikaian antara pihak-pihak (Oberlender, G. D. 1993)[24], misalnya di antara klien dengan kontraktor dan kontraktor dengan sub-kontraktornya, pembekalnya dan buruh-buruhnya.  Oleh itu amat jelas betapa pentingnya pentadbiran aliran kewangan (pembayarannya) dalam kontrak dengan memahami dahulu prinsip-prinsip asasnya.

 

 

KEPERLUAN DAN HAK BAGI PENGKHUSUSAN DAN PENGGABUNGAN KEMAHIRAN DALAM KONTRAK-KONTRAK KERJA

 

Marsh, P. D. V.[25] ada menyebut bahawa aktiviti-aktiviti industri moden (sudah tentunya termasuk industri pembinaan) adalah berlandaskan pengkhususan dan penggabungan kemahiran dan kepakaran untuk mewujudkan integrasi tanggungjawab kontraktor maka bahagian tertentu kerja-kerja itu akan disub-kontrakkan atau mengandungi bahagian-bahagian yang jualbina . Marsh, P. D. V[26] seterusnya menyatakan bahawa di dalam industri binaan, cuma lebih kurang satu pertiga dari seluruh kerja kontrak yang dibuat oleh kontraktor, dan yang lainnya disubkan seperti kerja-kerja memplaster, memasang jubin, pengetaran dan seumpamanya.  Maka dari sinilah lahirnya subkontraktor kontraktor, pembekal bahan kepada kontraktor dan buruh kontraktor, yang menjadi inti disertasi ini.

 

Marsh, P. D. V.[27] menekankan bahwa majikan/klien tiada otoriti untuk halang kontraktor dari subkontrakkan bahagian-bahagian tertentu kerjanya, kecualilah dinyatakan dengan nyata atau tersirat di dalam kontrak bahawa kerja-kerja berkenaan (atau yang tertentu) itu mesti dilaksanakan sendiri oleh kontraktor utama:

 

"Oleh itu untuk maksud praktikal, kontraktor adalah bebas untuk memberi sub-kontrak kerja " (Marsh, P. D. V.)[28] .

 

Dalam pengurusan kontrak kerja Kerajaan di dalam melaksanakan dan menggunakan haknya melantik subkontraktornya sendiri (termasuk mencari pembekal dan buruh-buruhnya), kontraktor diberi kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja yang dia suka, kecuali dia hendaklah juga mematuhi beberapa keperluan minima perundangan (  Mahadevan, A. 1988[29]). Di antara keperluan minima perundangan yang dimaksudkan ialah:

 

i.          Jika kontraktor ingin melantik subkontraktor atau buruh tukang paip, maka tukang paip itu mestilah yang berlesen;

 

ii.         Jika dia ingin melantik subkontraktor atau buruh elektrikal, maka orang itu mestilah memiliki sijil kekompetenan; dan mesti

 

iii.        Buruh-buruhnya didaftarkan di bawah Akta Pekerjaan 1955, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, dan bagi buruh-buruh tertentu, memiliki sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia 1994.

 

Hak kontraktor melantik sub-kontraknya sendiri atau pembekalnya sendiri atau pekerjanya sendiri itu juga tidaklah mutlak kerana di bawah klausa (fasal) 27 Syarat-Syarat Kontrak (Format JKR 203).

 

i.          Sub-kontraktor perlu mendapat persetujuan klien, dan

 

ii.         Semua sub-kontraktor yang hendak diambil kerja itu hendaklah diambil bekerja dari dalam Daerah di mana kerja itu terletak (atau jika tiada, dari Negeri di mana kerja itu terletak).

 

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR MEMBAYAR KEPADA SUBKONTRAKTORNYA DAN PEMECAHAN BAYARAN - PELAKSANAAN MASA KINI

 

Apa yang pasti ialah apabila kontraktor itu melantik subkontraktornya sendiri, pembekalnya sendiri dan pekerjanya sendiri maka kontraktor itu sendiri perlu bertanggungjawab kepada apa-apa perhubungannya dengan mereka dan ini termasuklah pembayaran.  Ini adalah prinsip asasnya sahaja, dan telahpun dinyatakan sebelum ini.

 

Namun begitu, seperti dinyatakan oleh  Mahadevan, A[30].  oleh kerana situasi ekonomi masakini, sebahagian subkontraktor dan pembekal ingin kepada bayaran terus dari kerajaan untuk mempastikan mereka akan memperolehi bayaran atas perkhidmatan yang diberi dan barang-barang/bahan-bahan binaan yang dibekal.  Mereka biasanya ingin suatu Surat Ikatan Serahhak ditandatangani sebelum memberi perkhidmatan atau menyerahkan bahan-bahan binaan.

 

Pada masa kini Kerajaan bersetuju membenarkan serahhak bayaran sedemikian (dengan asas pertimbangan dari kes ke kes) dan kini ada kemungkinan untuk mempunyai beberapa serahhak pelbagai dalam kontrak-kontrak tertentu ( Mahadevan, A.[31]). Ini dapat dilaksanakan dengan terbitnya Pekeliling Perbendaharaan Bil. 17 Tahun 1985 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1989.

 

Persoalannya, adakah pelaksanaan sedemikian adalah suatu "serahhak" mengikut takrif ketatnya, atau ia lebih beranjak kepada arahaliran pelaksanaan beralih (seperti huraian Major, W. T. 1975[32])?

 

Sekali imbas, jika dilihat dari perspektif modus operandinya, perkara-perkara mengenai:

 

i.          Subkontraktor kontraktor;

ii.         Pembekal kontraktor; dan

iii.        Buruh kontrak

 

yang diserahkan kerja atau perkhidmatan kontrak kepada mereka oleh kontraktor (disebut juga kadangkala sebagai kontraktor utama), adalah seperti serahhak kerja atau perkhidmatan .  Namun dari segi kesan undang-undang, sebenarnya ini bukan serahhak, tetapi adalah konsep pelaksanaan beralih. lanya salah suatu cabang kekecualian (exception) kepada larangan serahhak (yang dilarang di bawah undang-undang kontrak, kecuali dipersetujui oleh satu lagi pihak, iaitu klien (Anson, W. 1975[33]).  Prinsip undang-undang yang membenarkan pelaksanaan beralih ialah 'qui facit per alium facit per (yang bermaksud, seseorang dikira melakukan sendiri apa-apa yang dilakukan oleh orang lain).  Prinsip ini telah diperkenalkan di dalam kes British Waggon Company lwn. Lea & Co. (1880)[34] .  Dalam kes ini, fakta yang relevan adalah seperti berikut:

 

Parkgate Waggon Company (iaitu Plaintif Bersama dalam tindakan undang-undang ini) telah bersetuju menyewakan sejumlah wagon keretapi kepunyaannya kepada Defendan dan termasuk membaiki kerosakan-kerosakannya.  Syarikat Parkgate telah digulung dan ia telah menyerahkan hak penyewaan dan pembaikiannya dan liabiliti-liabilitinya itu kepada British Wagon Company.  Defendan menghujjah bahawa kontrak itu tamat apabila plaintif melakukan perbuatan itu dan enggan menerima perkhidmatan British Waggon Company.  Mahkamah memutuskan bahawa kontrak ini adalah berbentuk pelaksanaan beralih, dan ia boleh dilakukan.

 

Perkara mengenai konsep dan kesan pelaksanaan beralih dan termasuk kesan pembayarannya ada dibincangkan olch Anson, W. (1975)[35], yang menyatakan bahawa adalah dibolehkan bagi pihak berkontrak  untuk melaksanakan kontrak di pihaknya secara pelaksanaan beralih, iaitu dengan cara mendapatkan seseorang lain melakukannya dengan memuaskan sepertimana dikehendaki di dalam kontrak.  Anson, W.[36] menyebut,

 

"Kes-kes sedemikian kadang-kala secara longgar dirujuk sebagai suatu serahhak liabilili kontrak, tetapi mereka itu sebenarnya contoh-contoh kontrak pelaksanaan beralih”.

 

Anson, W.[37] seterusnya menekankan bahawa pihak-pihak asal dalam kontrak sahaja masih kekal bertanggungan atas kontrak dan hanya dia sebagai yang berhak untuk mendakwa untuk bayaran.

 

Di bawah Akta Kontrak 1950, peruntukkan yang relevan, termasuk yang membolehkan pelaksanaan beralih, ialah Seksyen 41.  Seksyen 41 memperuntukkan seperti berikut:

 

"Jika ternyata dari keadaan perkara itu bahawa adalah menjadi niat pihak mana~mana kontrak bahawa mana-mana janji yang terkandung di dalamnya itu hendaklah dilaksanakan oleh pembuatjanji sendiri, maka yang sedemikian itu mestilah dilaksanakan oleh pembuat janji itu. Dalam perkara-perkara lain, pembuat janji atau wakil-wakilnya bolehlah menggunakhidmatkan seorang yang cekap untuk  melaksanakannya ".

 

Perkara yang sama dibincangkan oleh Sinnadurai, V. (1980)[38] dan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumi Amnial lwn. Nam Fong Housing Sdn Bhd ((1982)[39] .  Secara mudah, di bawah statut Malaysia, pelaksanaan kontrak misalnya) di bawah konsep pelaksanaan beralih Hakim Lord Greene M.R. dalam kes Davies lwn. Collins (1945)[40]   telah memutuskan:

 

"Dalam banyak kontrak apa yang dinyatakan ialah bahawa kerja hendaklah dilaksanakan dan tangan sebenar yang dikehendaki melakukannya bukan semestinya tangan pihak-pihak berkontrak itu sendiri; pihak yang satu lagi boleh menerima pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak lain.  Pihak berkontrak, tentunya adalah pihak yang masih bertanggungan.  Dia tidak boleh menyerah hak liabilitinya kepada sesuatu subkontraktor, tetapi liabilitinya dalam kes-kes itu ialah mempastikan kerja dilaksanakan, dan jika tidak dilaksanakan dengan betul (proper) maka dia bertanggungjawab.  Adalah suatu kesilapan untuk menganggap itu sebagai suatu serahhak kontrak; ia bukan serahhak”.

 

Perkara-perkara yang serupa mengenai kedudukan, perbezaan dan liabiliti serahhak dan subkontrak (berbentuk pelaksanaan beralih) termasuk pembayaran seperti di atas turut dibincangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Perkayuan OKS No. 2 Sdn.  Bhd. lwn Kelantan State Economic Development Corporation (1995)[41]  (yang antaranya merujuk keputusan kes State of Uttar Pradesh lwn.  Salig Ram Sharma (1960)[42] .

 

Perkara perhubungan ini hendaklah difahami kerana, seperti dikatakan oleh Walker, A (1984)[43], alur komunikasi boleh menjadi celaru dan boleh melangkau kontraktor utama dan ini membahayakan pengurusann kontrak.  Contohnya, pelaksanaan beralih perlu dibezakan dengan serahhak kerana menurut Horgan, M. O. ‘C. dan Roulton, F. R. (1989)[44], serahhak adalah pemindahan sesuatu faedah, dalam mana sesuatu pihak dalam kontrak berhak kepadanya, kepada pihak lain (iaitu pihak ketiga kepada kontrak).

 

Jika pelaksanaan kerja boleh beralih, tentunya kaedah pembayaran dari klien boleh dialihkan iaitu dari membayarnya kepada kontraktor, klien terus membayar kepada pihak yang sebenarnya melaksanakan kerja atau perkhidmatan atau bekalan bahan itu.

 

Satu perkara lagi yang pasti, yang perlu dibincangkan ialah bahawa di dalam konsep pelaksanaan beralih, pihak-pihak asal dalam kontrak masih wujud (bersama-sama hak dan liabiliti di bawah kontrak) dan dengan itu jika kontrak ditamatkan maka subkontraktor, pembekal dan kontrak buruh itu juga turut tamat.  Mahadevan, A. (1988)[45] menyebut bahawa pengambil kerja subkontraktor itu secara automatik ditamatkan apabila kerja kontrak ditamatkan dan sub-kontraktor tiada hak untuk menuntut (misalnya bayaran) terhadap Kerajaan atas sebarang kerja yang dilaksanakan atau barang-barang (bahan-bahan) yang dibekalkan.  Ini diperuntukan juga dalam Fasal 27(b) Syarat-syarat Kontrak JKR 203 untuk kontrak-kontrak kerja Kerajaan iaitu:

 

"Maka hendaklah menjadi satu syarat dalam apa-apa sub-sewa yang mungkin berlaku bahawa pengambilan kerja subkontraktor di bawah subkontrak hendaklah tamat apabila sahaja tamatnya pengambilan kerja kontraktor di bawah kontrak ini, dan tiada apa jua pun tuntutan boleh dibuat oleh kontraktor dan/atau subkontraktor terhadap kerajaan bagi apa-apa kerja yang dibuat dan/atau bahan atau barang yang dibekalkan.

 

Dengan perbincangan di atas, dari perspektif pemecahan pembayaran klien projek terus kepada subkontraktor kontraktor, pembekal kepada kontraktor dan buruh kontraktor, perkara-perkara yang mesti dipertimbangkan ialah:

 

i.                    Sikap dan pandangan serta tafsiran pihak-pihak dalam kontrak terhadap kewujudan pihak-pihak berkenaan;

 

ii.                  Sikap, pandangan dan kesediaan pihak-pihak menyelesai pembayaran  demi menjamin kelancaran projek.

 

iii.                Bentuk pengambiltanggungan oleh kontraktor.

 

iv.                 Ketiadaan wujud liabiliti dan dilema baru mengenai pemecahan pembayaran itu.

 

v.                   Kedudukan subkontraktor dan pembekal kontraktor yang semakin penting dan menjadi semakin diminati dan diberi lebih tumpuan oleh kontraktor dalam pelaksanaan kerja.

 

vi.        Tahap penyelesaian yang masing-masing pihak harapkan dengan mengambilkira perkara-perkara i hingga iv di atas; dan

 

vii.          Metodologi terbalk yang boleh diwujudkan dengan mengambilkira semua perkara-perkara, situasi-situasi dan tujuan di atas.

 

 

Secara gambarajah, perbincangan dan penumpuan penekanan bagi maksud kertas ini adalah seperti Rajah 1 berikut:.

 

 

 

  Rajah 1  :   Hubungan Klien, Kontraktor dan Subkontraktor

KLIEN

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Adaptasi dengan penyesuaian dari kertas kerja Husnah Ab.  Latif (1988).

("Contract Management -- Construction And Supervision")

 

Petunjuk:

@               Subkontraktor termasuklah pembekal dan kontrak untuk buruh

                      Perhubungan kontraktual di sisi perjanjian kontrak asal

 

                  Perhubungan pengurusan/kontraktual dalaman kontrak pelaksanaan beralih

 

                  Perhubungan pengurusan pemecahan bayaran

 

Bagi tujuan perbincangan ini, selain daripada  yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat beberapa peruntukan-peruntukan standard di dalam perjanjian kontrak dan undang-undang bertulis yang perlu diambilkira dan dibincang di sini yang relevan juga bagi perbincangan ini.  Peruntukan-peruntukan itu ialah:

 

i           Beberapa fasal (klausa) dalam format perjanjian yang digunapakai di dalam kontrak kerja dan

 

ii.         Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan Akta Pekerjaan 1955.

 

Syarat-syarat perjanjian seragam yang digunapakai oleh Kerajaan ialah Format JKR 203 (yang pada pandangan penulis adalah didasarkan kepada Format FIDIC).  Syarat-syarat perjanjian yang berhubung khusus dengan pekerja (terutama yang relevan dengan bayaran) ialah Fasal 16, 17, 20, 21 dan 22.  Fasal 16 adalah mengenai pengambilan kerja pekerja; Fasal 17 mengenai kehendak-kehendak pematuhan kepada undang-undang bertulis tertentu; Fasal 21 mengenai pembayaran gaji; dan Fasal 22 mengenai pemecatan pekerja.

 

Peruntukan di dalam Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 yang berkait dengan pekerja ialah mengenai pendaftaran akreditasi pekerja-pekerja binaan mahir.  Peruntukan yang relevan ialah seksyen-seksyen 32, 33 dan 34 iaitu pekerja-pekerja mahir perlu mendaftar dan perlu ada akreditasi dan perakuan dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (yang disebut juga CIDB).  Jenis pekerja binaan mahir ada diperuntukkan di Jadual Ketiga Akta.  Namun begitu tiada peruntukan undang-undang di dalam Akta tersebut mengenai liabiliti bayaran upahan kepada pekerja-pekerja tersebut dan perkara-perkara berkaitan dengan pemecahan bayaran.

 

Peruntukan di bawah Akta Pekerjaan 1955 yang relevan ialah seksyen 33, iaitu mengenai liabiliti prinsipal (yakni klien projek) dan kontraktor serta subkontraktor bagi upahan buruh.

 

Dengan demikian, di bawah peruntukan seksyen 33 Akta Pekerjaan 1955, jika sesuatu prinsipal telah mengambil inisiatif membayar upahan kepada pekerja-pekerja kontraktor maka prinsipal dibenarkan oleh seksyen 33(2) Akta untuk mengutip balik bayaran itu dari kontraktor terbabit (misalnya memotong dari bayaran kemajuan prinsipal kepada kontraktor atau sub-kontraktor itu, atau mengambil tindakan mahkamah bagi mengutip balik pembayaran tersebut).  Juga, prinsipal sedemikian mempunyai obligasi terus undang-undang di bawah seksyen 33(1) Akta Pekerjaan 1955 terhadap kegagalan kontraktor membayar upahan pekerjanya.  Hal ini telah diputuskan di dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan lwn. Mat Akhir bin Bakar dan beberapa orang lagi (1991)[46], di mana di dalam kes ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah dikenakan liabiliti membayar upahan 94 orang pekerja sebuah kontraktor FELDA (yakni yang menjalankan kerja-kerja kontrak untuk FELDA) yang tidak membayar upahan mereka di bawah kuatkuasa seksyen 33(1) Akta Pekerjaan 1955.

 

(Mengikut seksyen 2 Akta Pekerjaan 1955, "subkontraktor" bermaksud mana-mana orang yang berkontrak dengan sesuatu kontraktor untuk melaksanakan kerja semuanya atau mana-mana bahagian).

 

Fasal-fasal di bawah perjanjian mengenai subkontraktor kerja dan bekalan, terutama yang relevan dengan pembayaran adalah fasal-fasal 27, 47(c) dan 51(a) (iii) (v), (c) (iii): Fasal 27 mengenal sub-sewa dan menyerahhak, Fasal 47(c) mengenal jumlah yang hendak diperakukan dalam Perakuan Interim dan Fasal 51 (a) mengenai penamatan dan kuasa membayar kepada subkontraktor serta pembekal berkaitan.

 

Pada peringkat akhir projek, terdapat pula bayaran kemajuan kerja terakhir dan muktamad.  Di dalam Syarat-syarat Kontrak, Fasal 48 adalah mengenai perakuan muktamad.

 

Intipati Fasal 48 Syarat-Syarat Kontrak relevan dengan kertas ini ialah:

 

(i)         Kontraktor dikehendaki mengemukakan butir-butir penuh mengenai semua tuntutan yang dibuatnya dahulu dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan, termasuk:

 

            -        akuan subkontraktor dinamakan; dan

            -        akuan-akuan pembekal dinamakan

 

(ii)               Klien (kerajaan) membenarkan semua pembayaran atau perbelanjaan di pihak Kerajaan;

 

(iii)       Perakuan Muktamad hendaklah menyatakan apa-apa baki muktamad yang kena kerajaan bayar kepada kontraktor, dan

 

(iv)       Kontraktor mengemukakan akuan berkanun, atau perakuan Jabatan Buruh bahawa bayaran kepada pekerja-pekerja termasuh buruh subkontraktor buruh sahaja telah dibuat oleh kontraktor, dan lain-lain caruman berkanun (KWSP dan PERKESO).

 

Nampaknya pengemukaan Akuan Berkanun oleh kontraktor bukanlah satu kemestian (syarat wajib) kerana ia boleh diganti dengan surat perakuan Jabatan Buruh.  Satu lagi, didapati isi akuan berkanun ini cuma pengesahan pembayaran upah kepada buruh.  Bagaimana pula dengan pengesahan kontraktor bahawa semua subkontraktor bagi kontraktor itu telah dibayar bahagian masing-masing?  Tidak ada peruntukan di dalam Fasal 48 yang menghendaki sedemikian, dan dalam format akuan berkanun pun tidak ada pernyataan sedemikian.

 

Fasal 48 dan format akuan berkanun itu juga tidak menyebut mengenai indemniti kontraktor kepada kerajaan atas apa-apa kemungkinannya membayar atau tidak memaklum (sepenuh atau memaklum sebahagian) mengenai pembayaran kepada subkontraktor kontraktor dan pembekal kontraktor, atau atas apa-apa pemecahan pembayaran yang kerajaan buat terus kepada subkontraktor kontraktor atau pembekal kontraktor atau buruhnya.

 

 

ISU-ISU PEMECAHAN PELAKSANAAN DARI PERSPEKTIF PELAKSANAAN BERALIH: ANJAKAN PARADIGMA PELAKSANAAN KONTRAK

 

Daripada kajian literatur yang dibuat, didapati pada asalnya kontrak hanyalah melibatkan dua pihak sahaja, iaitu klien dan kontraktor.  Ini bukan sahaja melibatkan pelaksanaan tetapi juga melibatkan bayaran.

 

Namun demikian dunia pengurusan projek yang semakin komplek dan kerja menjadi lebih tertumpu kepada pengkhususan dan kepakaran yang pelbagai.  Ini menjadikan kerja-kerja kontrak juga perlu dipecah-pecahkan menurut pengkhususan dan kepakaran, iaitu mengikut segmen-segmen kerja, bahagian-bahagian kerja, jenis-jenis kerja dan lain-lain berdasarkan pengkhususan dan kepakaran pihak yang melaksanakannya.

 

 

 

Secara gambarajah, ianya bolehlah dinyatakan seperti Rajah 2 berikut:

 

Rajah 2 : Pemecahan dan Pengkhususan Kerja

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Ini menjadikan perlunya memecahkan dan mengagihkan kerja kepada pihak-pihak lain untuk dilaksanakan. Kaedah ini dibenarkan oleh undang-undang kontrak di bawah undang-undang lazim (common law) dan di bawah Akta Kontrak 1950.

 

Namun begitu dalam memecah dan mengagihkan kerja timbul pula anomali dan isu undang-undang iaitu mengenai kerja yang perlu dilaksanakan sendiri oleh kontraktor (yakni yang tidak boleh diserah kepada pihak-pihak lain) dan yang boleh dilaksanakan (diserahkan pelaksanaannya) kepada pihak-pihak lain. 

 

Undang-undang di Malaysia mengenai hal ini telahpun dengan jelas memutuskan hal ini.  Secara gambarajah, bolehlah ianya digambarkan seperti Rajah 3 berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 3: Pengagihan Pelaksanaan Kerja

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Yang menjadi tumpuan kajian ini ialah kontrak kerja yang boleh diagih pelaksanaannya.

 

Bagi pelaksanaan kerja yang boleh diagihkan itu pula, ia mengandungi dua bentuk, iaitu dalam bentuk serahhak pelaksanaan (assignment of performance) dan pelaksanaan beralih (vicarious performance).  Namun dalam kedua-dua keadaan, liabiliti pelaksanaan kontrak utama (main contract) masih di bahu kontraktor utama (Hughes, G. A. & Barber, J. N.,1992[47] dan kes Young & Marten lwn.  McManus Child (1969)[48]  .

 

 

Bagi serahhak pelaksanaan, mengikut undang-undang yang terpakai di Malaysia, ianya mesti ada kebenaran (consent) pihak yang satu lagi (yakni klien dalam kes kerja-kerja kontrak).  Dan bagi pelaksanaan beralih, tiada kebenaran sedemikian diperlukan, dan pelaksanaan kontrak masih lagi dianggap seolah-olah dibuat oleh kontraktor (pelaksana asal) (Robinson, N. M. & Lavers, A. P. 1988[49]).

 

Secara gambarajah, ia berbentuk seperti Rajah 4 berikut:

 

Rajah 4 : Bentuk Pelaksanaan Boleh Agih

Pelaksanaan Boleh Diagih

 
 


Pelaksanaan Boleh Diagih

 

 


 

 

         Serahhak Pelaksanaan                                                Pelaksanaan Beralih

 

 

Dengan itu, pada prinsip umumnya, pelaksanaan beralih sahaja yang dibolehkan.

 

Dalam kontrak kerja, perkara-perkara di atas turut terpakai.  Ini termasuklah kontrak-kontrak kerja dengan kerajaan masa kini, di mana konsep pelaksanaan beralih telah diiktiraf.

 

Selain daripada itu terdapat juga pihak lain yan. terlibat di dalam kontrak pelaksanaan beralih ini selain kerja itu sendiri, iaitu pembekal dan buruh.  Dari perspektif ini, pihak-pihak tersebut dikenali sebagal subkontraktor bagi kerja, subkontraktor pembekal bagi kontraktor dan buruh (terutama yang berkonsep "kong").

 

Secara gambarajah, ianya seperti Rajah 5 berikut:

 

Rajah 5 : Pecahan-Pecahan Pelaksanaan Beralih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pada masa ini telah terdapat fasal-fasal tertentu di dalam dokumen perjanjian kontrak (di antara kontraktor dan kerajaan) yang menyentuh perkara-perkara berkaitan pelaksanaan beralih.

 

Penumpuan kajian ini adalah kepada perkara-perkara berikut:

 

 

i.                    Kontrak-kontrak kerja (jalan dan bangunan) sahaja; dan

ii.                  yang pelaksanaannya berbentuk pelaksanaan beralih; dan

iii.                dalam bidang subkontrak (kerja, bekalan dan buruh); dan

iv.                 subkontrak-subkontrak itu adalah bagi subkontrak-subkontrak bagi kontraktor itu sendiri.

 

 

ISU-ISU PEMECAHAN PEMBAYARAN DARI PERSPEKTIF PELAKSANAAN BERALIH

 

Satu ciri terpenting lanjutan kepada pelaksanaan beralih dalam kontrak kerja ialah mengenai pemecahan pembayaran kepada plhak-pihak pelaksana bagi pelaksanaan beralih itu sendiri.  Isu ini menjadi penting kerana rata-rata akibat dari pengalaman pahit subkontraktor-subkontraktor berkenaan berkaitan pembayaran (yakni masalah pembayaran oleh kontraktor kepada mereka - tidak dibayar, cuma dibayar sebahagian, lewat dibayar dan seumpamanya).

 

Akibat pengalaman tersebut maka mereka telah meminta agar bayaran terus dibuat oleh klien (kerajaan atau badan berkanun) kepada mereka sendiri.  Dari kajian literatur didapati cara ini memang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai di Malaysia.  Malah ia kini telah menjadi kaedah alternatif pembayaran pelaksanaan kontrak kerja yang semakin penting dan semakin popular pada masa kini.

 

Pada masa yang sama, bagi memenuhi kehendak-kehendak di atas, kerajaan telahpun membenarkan pemecahan pembayaran seperti itu dan telah dimasukkan beberapa fasal di dalam syarat-syarat perjanjian kontrak kerja - dan ini termasuklah menetapkan tanggungjawab pembayaran.

 

Dari segi pengurusan kontrak pula, format-format Borang tertentu telah diperkenalkan. Ia dikenali sebagai Borang Surat Ikatan Serahhak Bayaran.  Namun begitu borang Surat Ikatan Serahhak Bayaran ini sendiri menimbulkan kekeliruan dan boleh mewujudkan anomali undang-undang.  Ini kerana dari analisis literatur yang telah dibuat, sepatutnya ia bukannya serahhak bayaran tetapi pemecahan bayaran bagi pelaksanaan beralih.

 

Satu lagi perkara penting ialah mengenai konflik kepentingan di pihak Kerajaan kerana Kerajaan tidak mahu dikenakan apa-apa liabiliti di sisi undang-undang apabila ia melaksanakan proses pemecahan pembayaran di bawah pelaksanaan beralih itu.  Jadi nampaknya ini menjadi suatu pra-syarat utama di pihak Kerajaan sebelum proses pemecahan pembayaran itu boleh diteruskan di dalam sesuatu kontrak kerja.

 

Namun begitu, dengan mengambilkira asas dan tujuan utama yang menjadi teras pelaksanaan kerja itu untuk kerja itu siap seperti dikehendaki (yakni dengan mengambilkira tempoh, kos dan faedah darinya), maka kedua-dua pihak iaitu klien dan kontraktor mempunyai tujuan yang serupa.  Dengan itu Kerajaan bertindak seperti pihak pemudahcara berkepentingan (interested facilator), dan perlu mencari jalan menyelesaikan isu-isu pembayaran dengan mengambilkira pra-syarat di atas.

 

Dengan demikian nampaknya penekanan yang lebih ialah kepada penyelarasan prosidur pemecahan pembayaran, dengan matlamat-matlamatnya di pihak Kerajaan ialah:

 

i.          pelaksanaan projek berjalan lancar dan siap di dalam tempoh yang ditetapkan dan kos yang dianggarkan;

 

ii.         memudahkan dan melicinkan pelaksanaan projek.

 

iii.        memudahkan dan melicinkan proses pembayaran dan pemecahan pembayaran, dan

 

iv.        kerajaan tidak dikenakan liabiliti undang-undang semasa proses mencapai matlamat di atas.

 

Perkara iv. di atas menjadi penting bagi maksud untuk dilaksanakan semasa kontrak kerja itu sedang berjalan dan bayaran kemajuan kerja sedang dibuat berperingkat-peringkat mengikut kemajuan kerja.  Dengan demikian fokus utama perbincangan di dalam kertas ini, bagi maksud ini, ialah pada tahap atau peringkat tersebut, dan juga termasuk bayaran akhir.

 

 

Kesimpulan aspek-aspek teoritikal dalam hal ini bolehlah dirumuskan dalam bentuk Rajah 6 berikut:

 

Rajah 6 : Rumusan Isu Pemecahan Pembayaran

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Catatan:

 

Bayaran 1*           Ada permohonan dan pengesahan pihak-pihak

                           Persetujuan kerajaan + indemniti kontraktor

                           Keperluan format-format borang,

 

Bayaran 2*           Ada akuan berkanun pengesahan + indeminti

 

 



[1] Marsh, P.D.V. 1988. Constracting for Engineering Construction Project. Edisi Ketiga. Essex: Gower Publishing Co. Ltd. m.s.42

[2] Major, W.T. 1978. The Law of Contract. Edisi Kelima. Playmouth: McDonald & Evans Ltd. m.s.171

[3] {1915] A.C. 847

[4] [1962] A.C. 446

[5] Op. cit. Nota kaki 2. m.s. 35

[6] Guest, A.G. (ed.). Anson’s Law of Contract. 1975. Edisi Keduapuluh empat. Oxford: Oxford University Press. M.s. 422

[7] Ibid. Nota kaki 2.m.s. 179

[8] [1831] 2 B.& Ad. 303

[9] Cadmon, D. & Austin-Crowe, L. 1983. Property Development. Edisi Kedua. New York: F.N. Spon Ltd. m.s. 132

[10] Ibid.

[11] Ibid. m.s. 133

[12] Op. cit. Nota kaki 6. m.s. 397

[13] Bunni, N.G. 1991. The FIDIC Form of Contract. Edisi Keempat. Oxford: BSP Professional Books.

[14] Ibid.

[15] Mohamad Gading. 1988. Money Talk Under the Contract. Kertas kursus pentadbiran kontrak 25-28 Mei 1988. Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya & Jabatan Peguam Negara.

[16] Op. cit. Nota kaki 1. m.s. 43

[17] [1969] 1 A.C. 847

[18] Op.cit. Nota kaki 6. m.s. 43

[19] Ibid.

[20] Op.cit. Nota kaki 1. m.s. 201

[21] Ibid.

[22] Gray, C. & Flanagan, R. 1989. The Changing Role of Specialists and Trade Contractors. London: CIOB (Artikel Week, R. “The Management of Subcontractors”)

[23] Ibid.

[24] Oberlender, G.D. 1993. Project Management for Engineering and Construction. New York: McGraw-Hill Inc. m.s. 161-162

[25] Op. cit. Nota kaki 1. m.s. 201

[26] Ibid.

[27] Ibid. m.s. 202

[28] Ibid.

[29] Mahadevan, A. 1988. Subcontracting and Administration of Prime Costs (P.C.) and Provisional Sum Items. Kertas Kursus Pentadbiran Kontrak 25-28 Mei 1988. Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya & Jabatan Peguam Negara.

[30] Ibid. m.s. 12

[31] Ibid.

[32] Op. cit. Nota kaki 2. m.s. 179-180

[33] Op. cit. Nota kaki 6. m.s.422

[34] [1880] 5 Q.B.D. 149

[35] Op. cit. Nota kaki 6. m.s. 422

[36] Ibid.

[37] Ibid.

[38] Sinnadurai, V. 1979. The Law of Contract in Malaysia and Singapore- Cases and Commentaries. Kuala Lumpur: Oxford University Press. m.s. 520-578.

[39] [1982] 2 M.L.J. 19

[40] [1945] 1 All E.R. 247

[41] [1995] 1 M.L.J. 1

[42] [1960] A.I.R. 543

[43] Walker, A. 1984. Project Management in Construction. London : Gower Publishing Limited. m.s. 197

[44] Horgan, M.O’C, & Roulston, F.R. 1989. The Foundation of Engineering Contract. London: E. & F.N. Spon Limited. m. s. 125

[45] Op. cit. Nota kaki 47. m.s. 13

[46] [1991] 1 M.L.J. 60

[47] Hughes, G.A. & Barber, J.N. 1992. Building and Engineering Claims in Perspective. Edisi Ketiga. Essex: Longman Scientific and Technical. m.s. 34

[48] [1969] 1 A.C. 454

[49] Robinson, N.M. & Lavers, A.P. 1988. Construction Law in Singapore and Malaysia. Singapura: Butterworths & Co. (Asia) Pte. Ltd. m.s. 112-114