HAK KEADILAN ASASI PEKERJA
DALAM KES TATATERTIB
Oleh
ABDUL
AZIZ HUSSIN, AMN
DPA;
LL.B (Hons); Dip. M. Mgmt.; M.Sc
(Prjt. Mgmt);
MMIM;
Peguambela & Peguamcara; MMAP
abdaziz@usm.my
Hakim Lord Hewart dalam kes mahkamah yang agak
terkenal R lwn Sussex Justices ex parte Mc Carthyl1 , menyebut:
“Adalah menjadi
keperluan asas bahawa keadilan bukan sahaja dilaksanakan, tetapi perlu juga
dipastikan yang ia dilaksanakan”.
Profesor De Smith dalam bukunya Constitutional and Administrative Law 2 menyebut:
“Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam
membuat keputusan yang saksama yang dikenakan oleh undang-undang terdapat orang
atau badan yang bertugas bertindak secara kehakiman ... isi kandungan keadilan
asasi boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian dan boleh berbeza-beza ... yang
penting ialah kepentingan pihak terlibat perlu diambilkira dan dicapai tanpa
berat sebelah dan selepas peluang yang secukupnva diberikan kepada pihak yang
berkenaan untuk membentangkan kesnya”.
Begitu juga dalam kes Associated Provincial Picture Houses lwn Wednesbury
Corporation,3 Mahkamah
Rayuan Inggeris menyebut pihak yang mengendalikan kes hendaklah tidak bersikap
buruk sangka, amanah, tidak memberi perhatian kepada perkara yang karut-marut,
atau kepada perkara yang tidak munasabah.
Tentang persoalan "munasabah", Hakim Lord Greene M.R. menyebut
bahawa:
“…seseorang yang diamanahkan dengan budi bicara
hendaklah memberikan tumpuan yang sepenuhnya dengan betul terhadap
undang-undang. Dia hendaklah memberikan perhatian kepada perkara yang dia terikat
untuk dipertimbangkan. Dia hendaklah
menyisihkan dirinya daripada mempertimbangkan perkara yang tidak berkait dengan apa yang akan dipertimbangkan
... Jika tidak ... dia akan
bertindak secara tidak munasabah”.
A.V. Dicey dalam bukunya An Introduction to the Study of the Law of The Constitution,4
memberikan pandangan yang berikut (dalam konteks penjawat awam, tetapi terpakai
juga kepada pekerja swasta):
“Penjawat
awam hendaklah melaksanakan tugas yang dirujukkan kepadanya tanpa berat sebelah
dan memberikan peluang kepada pihak-pihak untuk membentangkan kesnya dalam
bentuk yang mencukupi. Namun pentadbir
boleh mengikut kaedahnya dan acaranya yang tersendiri walaupun dia tidak selalu
mengikut cara mahkamah undang-undang”.
Mahkamah dalam kes Byrne lwn Kinematograph Renters
Society Ltd.5 memberikan
panduan untuk menentukan keadilan asasi itu tercapai. Pertama, seorang yang dituduh hendaklah mengetahui bentuk
tuduhan yang dibuat; kedua, dia hendaklah diberi peluang untuk
menyatakan kesnya; ketiga, tribunal hendaklah bertindak dengan niat baik
(iaitu tanpa buruk sangka).
Ketua Hakim Tucker
dalam kes Russel lwn Duke of Norfolk,6 menyebut:
“Keperluan
keadilan asasi bergantung kepada keadaan kes, bentuk siasatan, peraturan Badan
Penyiasat itu menjalankan kuasanya, perkara pokok yang dibincangkan dan yang
sebagainya”.
Hak keadilan asasi perlu mematuhi dua prinsip utama
iaitu:
(a) Prinsip
audi alleram partem, iaitu orang yang
berkenaan diberi peluang yang mencukupi untuk menyatakan kesnya semasa
perbicaraan.
(b) Prinsip
"tidak berat sebelah" atau nemo
debet judex sua causa/nemo judex in cause sua potest..
AUDI ALTERAM PARTEM
Dalam membincangkan prinsip pertama ini, ciri-ciri
yang berikut akan disentuh:
(a) Keperluan
notis pemberitahuan tentang kesalahan yang dihadapi oleh pekerja yang
berkenaan;
(b) Keperluan diberi peluang membuat
representasi jawapan atau berhujah atas kesnya dalam masa yang munasabah.
Peluang membuat representasi ini sama ada secara lisan atau tulisan;
(c) Hak
menyoal saksi dan hak diwakili oleh peguam;
(d) Hak
diberitahu keputusan dan hak dinyatakan alasan keputusan;
(c) Pertimbangan
kes terdahulu dan prinsip "pembebasan dahulu" (autrefois acquit), "sabitan dahulu" (autretois comvict), dan res judicata;
(f)
Hak merayu dan dengar
semula.
Contoh kes-kes mahkamah yang menimbulkan persoalan di
atas juga dikemukakan dibawah ini sebagai kes kajian.
·
Keperluan Diberitahu/Notis Pemberitahuan
Seseorang pekerja yang dikenakan tindakan tatatertib
hendaklah terlebih dahulu diberitahu jenis kesalahan yang dilakukannya yang
membolehkan dia, jika didapati salah, dikenakan tindakan tatatertib.
Hakim Lord Denning dalam kes Surrinder Singh Kanda lwn Kerajaan Malaysia7 menyebut:
“Jika hak untuk didengari hendak dijadikan hak
sebenar-benarnya yang amat bermakna, ia hendaklah juga dikaitkan dengan hak
orang yang dituduh untuk mengetahui kes yang dikenakan terhadapnya”.
Dengan perkataan lain, hak untuk diberitahu kesalahan
yang dilakukan menjadi salah satu ciri utama hak keadilan asasi.
Untuk menjadikan pemberitahuan itu berkesan, pekerja
yang berkenaan hendaklah diberitahu:
(i) Masa
dan tarikh kesalahan dilakukan;
(ii) Di
mana (tempat) kesalahan dilakukan.,
(iii) Jenis perbuatan yang dilakukan;
(iv) Terhadap
siapa, dengan siapa (jika ada) kesalahan dilakukan;
(v) Peruntukan
undang-undang/peraturan yang dilanggar oleh penjawat awam yang berkenaan.
Selain itu jika seorang pekerja dituduh dengan lebih
daripada satu tuduhan, atau telah diperoleh lebih daripada satu pengaduan, maka
jika tuduhan pertama sahaja dikenakan (diberitahu) kepada pekerja itu, tidaklah
memadai dan akan menyalahi prinsip keadilan asasi jika Badan Tatatertib menimbangkan
juga pertuduhan atau pengaduan lain yang berkenaan. Mengikut kes Lembaga
Pemegatig Amanah Maradana lwn Mahmud8 jika ada dua tuduhan atau pengaduan terhadap seseorang janganlah
memberitahu orang itu satu tuduhan sahaja.
Begitu juga dalam membuat keputusan kelak, Lembaga
Tatatertib cuma boleh menimbang tuduhan yang telah diberitahu kepada pekerja
itu sahaja. Adalah menyimpang daripada
prinsip keadilan asasi jika pekerja yang berkenaan didapati bersalah atas kesalahan
yang lain daripada yang dituduh (dan diberitahu) keatasnya (kes Lau Liut Meng lwn Jawatankuasa
Tatatertib). 9
Jika semasa siasatan didapati ada maklumat yang boleh
mendatangkan prasangka kepada kepentingan pekerja yang dituduh itu, maka
maklumat yang berkenaan perlulah diberitahu kepada pekerja itu. Dalam kes Surinder Singh Kanda lwn Kerajaan Persekuluan Tanah Melayu,10 Mahkamah Majlis Privy menyebut:
“Apabila maklumat diperolehi atau diketahui oleh pihak
berkuasa yang boleh mendatangkan prasangka kepada kepentingan sesuatu pihak,
maka intipati maklumat itu hendaklah diberitahu kepada pihak itu bagi
membolehkannya mengemukakan keterangan jawapan”.
·
Peluang Membuat Representasi
Setelah pekerja
itu diberitahu akan tuduhan yang dikenakan terhadapnya, maka pekerja yang
berkenaan hendaklah diberi peluang secukupnya (tempoh masa yang paling
munasabah) untuk membolehkannya memberi jawapan dan alasan bagi membela dirinya
daripada tuduhan yang berkenaan (atau dinamakan "peluang membuat
representasi").
Ketua Hakim Tucker
dalam kes Russel lwn Duke of Norfok, " menyatakan:
“Keperluan keadilan asasi mestilah bergantung kepada
persekitaran kes, bentuk siasatan yang dijalankan, peraturan dengan mana
tribunal itu bertindak, perkara pokok yang diuruskan dan yang sebagainya ...
salah satunya ialah dia diberi peluang untuk menyatakan kesnya”.
Dalam kes De
Verteuil lwn Knagg,12 mahkamah
menyebut:
“Dalam melaksanakan sesuatu siasatan, selain dalam keadaan khas, menjadi satu
tanggungjawab untuk membenarkan seseorang yang pengaduan dibuat terhadapnya
(iaitu orang yang dikenakan
tuduhan), memperoleh peluang yang adil untuk membuat sebarang kenyataan yang
berkaitan yang dia ingin kemukakan
dan peluang yang adil untuk membetulkan atau menentang sebarang kenyataan yang
dikemukakan yang menimbulkan prasangka terhadapnya”.
Dalam kes R lwn Thames Magistrates’ Court: Dalam Perkara
Polemes,13 mahkamah
sekali lagi menekankan perlunya individu yang terlibat diberikan "masa
yang munasabah" untuk menyediakan kesnya.
Penentuan sesuatu kes yang mengenal "masa yang
munasabah" adalah mengikut kes masing-masing. Suatu kes yang rumit yang memerlukan pekerja tersebut mencari dan
mengumpul keterangannya dalam membuat representasi tentulah memerlukan masa
yang lebih lama daripada kes yang agak mudah dan tidak memerlukan maklumat yang
mendalam. Contohnya pekerja yang
dituduh menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan kepentingan syarikat akan
memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyediakan representasi membela diri
jika dibandingkan dengan pekerja yang dituduh bergaduh semasa bekerja. Jadi konsep “masa yang munasabah"
berbeza antara satu kes dengan yang lain.
Dengan demikian berkemungkinan akan wujud kesukaran dalam membuat ukuran
"masa yang munasabah".
Kebanyakan peraturan-peraturan syarikat telah menetapkan masa "tidak
kurang daripada 14 hari daripada tarikh surat tunjuk sebab diterima daripada
majikan (pihak berkuasa tatatertib)".
Jadi masa minimum bagi "masa yang munasabah" ialah 14 hari. Oleh itu adalah baik jika dalam kes yang
rumit, pihak berkuasa tatatertib menetapkan masa yang lebih lama, misalnya 21
hari atau satu bulan.
Persoalan yang berikut ialah berkenaan dengan
pendengaran hujah, sama ada ia boleh diterima secara lisan atau secara bertulis
sahaja. Ini ialah kerana dalam kes R lwn Amphlett (Hakim), 14 kes Kavanagh lwn. Ketua Konstabel Devon
dan Carnwell, " dan kes Peguam
Negara lwn. Ryan, " ada disebutkan bahawa
tiada peraturan tetap yang mengatakan bahawa mendengar hujah mestilah dengan
cara lisan. Penulis berpendapat, demi
menjamin keadilan, terpulanglah kepada pekerja yang berkenaan sama ada hendak
membuat representasi secara bertulis atau secara lisan (misalnya melalui
perakam suara, dan lain-lain). Ini
disebabkan ada setengah-tengah orang tidak pandai menulis tetapi boleh berhujah
secara lisan untuk menyampaikan maksudnya.
Cuma, kalau boleh, representasi tersebut dibuat secara bertulis. Dalam kes In re Moore,17 mahkamah
ada mesyuarat ada menyebut bahawa dalam perbicaraan oleh tribunal (seperti oleh
pihak berkuasa tatatertib), peraturan tetap penerimaan keterangan seperti di
mahkamah tidak semestinya diikuti.
Tribunal tidak terikat untuk menerima keterangan seperti di
mahkamah. la boleh menerima keterangan
lain seperti pengetahuan peribadi dan luahan, asalkan ia ada nilal yang boleh
disahkan.
Dalam kes Nqjar
Singh lwn. Kerajaan Malaysia," Hakim Majlis
Privy, Viscount Dilhorne, menyebut (dalam kes penjawat awam, tetapi terpakai
juga kepada pekerja swasta):
“Yang penting ialah penjawat awam itu diberi peluang
sepenuhnya untuk menyatakan kesnya sebelum dia dibuang kerja”.
·
Hak Menyoal Saksi Dan Hak Diwakili Oleh Peguam
Persoalan di sini ialah apakah pekerja berkenaan
berhak menyoal saksi, dan bolehkah dia diwakili oleh peguam?
Dalam setengah-tengah kes tindakan tatatertib, pihak
berkuasa tatatertib akan melantik satu Jawatankuasa Siasatan untuk menjalankan
siasatan, apabila pihak berkuasa tatatertib memerlukan penjelasan lanjut
tentang kes itu. Dalam kes sebegini,
pekerja yang berkenaan akan dikehendaki hadir di hadapan jawatankuasa
tersebut. Semasa
"perbicaraan" timbul persoalan apakah menjadi satu kemestian bahawa
pekerja yang berkenaan berhak menyoal saksi.
Dalam kes V C. Jacob lwn. Peguam Negara
Singapura,18 mahkamah telah mengikat dirinya dengan keputusan
mahkamah dalam kes 'Byrne lwn. Kinematograph Renters Society Ltd.,20' dan kes De Verteuil lwn. Knaggs,21 dan
menyatakan bahawa hak menyoal saksi yang dibawa terhadap seseorang tidak
diperlukan oleh keadilan asasi. Bagi
tujuan keadilan asasi, yang ditekankan dan yang diperlukan ialah prinsip adil
dan tidak berat sebelah. Oleh itu
Jawatankuasa Siasatan bukanlah menafikan hak untuk didengari cuma atas alasan
ia tidak membenarkan pekerja itu diwakili (jika ia telah berlaku adil).
Persoalan selanjutnya ialah apakah pekerja yang
terlibat boleh diwakili oleh peguam semasa dia dipanggil untuk membela diri
oleh Jawatankuasa Siasatan. Mahkamah
dalam kes Pett lwn Greyhound Racing
Association (No. 2),22 menyatakan bahawa dalam hal yang melibatkan reputasi
(nama baik) atau kehidupan masa depan seseorang atau perkara yang berat, maka
dia boleh diwakili oleh peguam. Walau bagaimanapun, mahkamah dalam kes V. C.
Jacob (lihat sebelum ini) yang merujuk dua kes Mahkamah Majlis
Privy, ia itu kes Bryne dan kes De Ventueil (lihat di atas), tidak
bersetuju dengan pendapat mahkamah dalam kes Pett itu, dan seterusnya menyatakan bahawa keengganan jawatankuasa
membenarkan penjawat itu diwakili oleh peguam bukanlah menafikan hak keadilan
asasi. Hakim Lord Denning M.R dalam kes
Maynard lwn. Osmond,23 ada menyebut bahawa seseorang yang dituduh dengan
kesalahan berat berhak diwakili oleh peguam.
Alasan yang diberi tentang mengapa adanya polisi
menghadkan seseorang diwakill oleh peguam ialah:
(i) Menurut mahkamah dalam kes Frazer lwn. Mudge,23 kes-kes yang diwakili oleh peguam biasanya lewat
diselesaikan;
(ii) Perbicaraan
(yang merupakan proses pentadbiran dan bukan perbicaraan di mahkamah) akan
menjadi begitu rasmi (formal).
·
Hak Diberitahu Keputusan Dan Hak Memberi Alasan
Keputusan
Jika pihak berkuasa tatatertib mendapati pekerja itu
bersalah dan dikenakan tindakan tatatertib, dia hendaklah diberitahu kerana:
(i) Tindakan tatatertib
itu akan berkait dengan perkhidmatannya; dan
(ii) Untuk membolehkan pekerja itu menggunakan haknya membuat rayuan.
Jadi, pada pendapat penulis, jika pihak berkuasa
tatatertib memutuskan pekerja itu tidak bersalah dan dia dibebaskan, maka pihak
berkuasa tatatertib tidak dimestikan memberitahu keputusan itu kerana:
(i) Keputusan tersebut tidak menjelaskan
perkhidmatanya, dan
(11) Pekerja yang berkenaan sudah pasti tidak akan
membuat rayuan atas pembebasannya itu.
Persoalan selanjutnya ialah
apakah pekerja yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan tatatertib itu
berhak mengetahui alasan mengapa dia didapati bersalah dan alasan mengapa
hukuman yang berkenaan dikenakan?
Dalam kes yang melibatkan urusan pentadbiran (misalnya
urusan tatatertib), mahkamah-mahkamah sependapat bahawa alasan tidak perlu
diberikan. Dalam kes Breen lwn. Amalgamated
Engineering Union," mahkamah menyebut bahawa Jawatankuasa Tatatertib
Kesatuan Sekerja tidak perlu memberi alasan mengapa jawatankuasa enggan
mengesahkan pemilihan B.
Begitu juga dalam kes R lwn Lembaga Perjudian Great Britain ex parte Benaim dan Khaido,26 mahkamah menyatakan bahawa alasan tidak semestinya
diberikan kerana tugas ini, jika diberikan, akan "melemaskan" kuasa
budi bicara dan menambahkan beban pentadbiran.
Nampaknya dalam apa kes sekalipun, yang melibatkan
keputusan tindakan pentadbiran, alasan keputusan tidak perlu diberi. Ringkasnya, di Malaysia tidak wujud hak
diberi alasan.
. Sebagai kajian perbandingan, mengikut kes Siemens Engineering and Manufacturing
Company lwn Union of India," di
India, hak diberi alasan merupakan hak wajip yang menjadi sebahagian daripada
hak asasi. Di England pula, obligasi
members alasan ini dikenakan di bawah Akta Tribunal dan Penyiasatan 1958.
·
Hak Tidak Dikukum Dua Kali Atas Kesalahan Yang Sama
Dalam kes jenayah, seseorang yang telah dibebaskan
daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan sesuatu kesalahan tidak boleh
dibicarakan semula kerana kesalahan itu juga, kecuali jika pembebasan atau
sabitan itu telah dibatalkan dan telah diperintahkan diadakan perbicaraan
semula oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang telah
membebaskan atau yang mensabitkan orang itu.
Perkara ini diperuntukan dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya ialah:
(i) Bolehkah seseorang pekerja yang telah disabitkan di bawah
undang-undang jenayah, dihukum di bawah Peraturan Tatatertib? atau
(ii) Bolehkah seseorang pekerja yang telah dibebaskan oleh mahkamah
atas sesuatu pertuduhan jenayah, dihukum di bawah Peraturan Tatatertib?
Kedua-dua persoalan di atas dihuraikan oleh mahkamah
dalam kes Mohamed Yusof Samadi lwn Peguam Negara Singapura.28 Fakta kesnya seperti yang berikut:
Y seorang guru.
Y telah didakwa di Mahkamah Majlstret atas lima tuduhan di bawah Seksyen
354, Kanun Keseksaan (iaitu menggunakan kekerasan (iaitu menggunakan kekerasan
jenayah ke atas empat orang murid perempuan yang menjatuhkan maruah
murid-muridnya itu). Di akhir
perbicaraan di Mahkamah Majistret itu, Y telah dilepaskan dan dibebaskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kemudian telah
mengenakan lima tuduhan terhadap Y di bawah Peraturan 4, Peraturan Perkhidmatan
Awam (Tindakan Tatatertib) 1970, dengan tujuan buang kerja. Lima tuduhan itu adalah tentang
penyalahgunaan kedudukannya sebagai guru dengan melakukan perbuatan menjatuhkan
maruah lima orang murid perempuan yang berkenaan. Y telah membantah dan memohon
pengisytiharan mahkamah bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menjadikan
kuasanya di bawah Peraturan II dengan mengenakan tindakan tatatertib Y adalah
tidak munasabah dan/atau melampaui atau menyalahgunakan kuasa dan/atau tidak
selaras dan/atau melanggar prinsip keadilan asasi dan melanggar Perkara 7(2)
Perlembagaan. Juga oleh sebab Y telah
dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret, maka menjadi satu halangan
(estoppel) atau res judicata dan
tidak selaras bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengenakan tuduhan yang sama
dan pernyataan fakta atau menimbulkan sebahagian besar isu yang sama seperti
dalam kes yang telah menyebabkan Y dibebaskan.
Perkara
7(2) Perlembagaan memperuntukkan:
“Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu
kesalahan atau disabitkan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula
kerana kesalahan itu juga kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah
dibatalkan dan perbicaraan semula diperintah oleh mahkamah yang lebih tinggi
daripada mahkamah yang telah membebaskannya atau yang mensabitkannya itu”.
Keputusan mahkamah:
Perkara 7(2) Perlembagaan, adalah benteng bagi
permohonan pembebasan terdahulu" (autrefois
acquit). Frasa "sabitan
terdahulu" dan "pembebasan terdahulu" adalah frasa dalam
undang-undang jenayah.
Mahkamah kemudian
merujuk kes R lwn Elrington.29 Dalam kes ini hakim Besar Cockburn menyebut:
“Kita perlu mengingatkan akan prinsip yang telah lama
terpakai dalam undang-undang jenayah iaitu suatu pertuduhan yang bersiri
hendaklah tidak diambilkira dan, sama ada orang yang dituduh itu dibebaskan
atau dihukum di bawah suatu kesalahan kecil, dia tidak boleh dituduh sekali
lagi atas fakta dalam bentuk yang lebih berat”.
Begitu juga dalam kes R
lwn Miles30 mahkamah menyebut prinsip bahawa seseorang tidak boleh
diletakkan dalam hukuman undang-undang lebih daripada sekali atas pertuduhan
yang sama.
Perkataan
"kesalahan" dalam Perkara 7(2) Periembagaan tidak ditakrifkan dalam
Perlembagaan dan dalam Akta Pentafsiran, 1967. Perkataan "kesalahan"
dalam Kanun Keseksaan memberi makna sesuatu perbuatan yang boleh dihukum di
bawah kanun atau undang lain.31 Perkataan itu juga ditakrifkan dalam Kanun Acara
Jenayah sebagai sebarang perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum di bawah
mana-mana undang-undang (Seksyen 2 Kanun Acara Jenayah).
Perkataan
"dibicarakan" dalam Perkara 7(2) Perlembagaan, memberi makna
dibicarakan di hadapan hakim mengikut undang-undang negara. Menurut Hakim Chua,32 "Pada
pandangan saya, "kesalahan" dalam Perkara 7(2) Perlembagaan bermakna
sebarang perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum di bawah
undang-undang. Pertuduhan terhadap di
hadapan Jawatankuasa Siasatan adalah salah laku dengan menjatuhkan maruah
beberapa murid sebagai asas pertuduhan.
Salah laku professional bukan dengan sendirinya kesalahan di bawah
undang-undang. Tidak ada prinsip
undang-undang yang mencegah seseorang yang dibebaskan atau disabitkan atas
sesuatu fakta yang menjadi suatu kesalahan tertakluk kepada fakta yang sama
dalam tindakan tatatertib yang diambil oleh tribunal dalaman." Oleh
sebab itu, Peraturan II Peraturan Perkhidmatan Awam (Tindakan Tatatertib) 1970,
tidaklah ultra vines (melampaui batas
kuasa dan menjadi tidak sah) dengan Perkara 7(2) Perlembagaan. Mahkamah dalam kes ini telah merujuk kes R
lwn Thomas33 dan menyatakan bahawa yang dilarang oleh undang-undang
ialah menghukum dua kali atas kesalahan yang sama. Mahkamah seterusnya menyatakan bahawa Jawatankuasa Tatatertib
tidak terikat dengan peruntukan Akta Keterangan dan undang-undang lain yang
mengenai keterangan tetapi ia boleh mendapat penerangan atas sebarang perkara
yang ia rasa sesuai.
Jawatankuasa Tatatertib bukan
mahkamah keadilan tetapi merupakan tribunal dalaman yang dipertanggungjawabkan
dengan tugas menylasat perkara yang melibatkan kelakuan pekerja dan menyerahkan
laporannya kepada Lembaga Tatatertib.
Dalam menjalankan tanggungjawabnya dan kuasanya, Lembaga Tatatertib
tidak "menghukum" tetapi cuma menguatkuasakan tatakelakuan
professional dan kesopanan yang tinggi (ke atas pekerja). Dengan itu Lembaga Tatatertib tidak
bertindak tidak selaras, tidak betul, tidak munasabah atau melanggar keadilan
asasi.
Untuk menyokong isu res judicata, hendaklah ditunj'ukkan
bahawa isu yang sama telah wujud sebelumnya, yang dikemukakan antara pihak-pihak yang sama yang mendakwa hak yang sama. Dalam kes ini, pengenalan (identiti) pihak-pihak dan isu
bukanlah sama Jawatankuasa Tatatertib menyiasat untuk menentukan sama
ada Y telah salah laku dan menjadikannya tidak sesuai menjadi guru. Oleh sebab itu isu di hadapan Jawatankuasa
Tatatertib tidak sama dengan isu dalam perbicaraan jenayah yang dikenakan
terhadap Y.
·
Hak Merayu
Mengikut Mozley
and Whiteley's Law Dictionary),34 "rayuan" ditakrifkan sebagai pengaduan seseorang kepada pihak mahkamah yang lebih
tinggi kerana sesuatu ketidakadilan yang berlaku dalam mahkamah di bawahnya.
"Rayuan" pekerja dalam kes tatatertib,
boleh ditakrifkan sebagai pengaduan pekerja yang berkenaan kerana ketidakadilan
yang dilakukan oleh pihak berkuasa tatatertib, dan pengaduan itu dibuat kepada
pihak berkuasa yang telah memutuskan kes pekerja yang berkenaan. Ringkasnya pekerja yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pihak berkuasa tatatertib terhadapnya, akan membuat rayuan.
Apakah pekerja yang berkenaan berhak merayu?
Mahkamah dalam kes Doresamy lwn. Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam,33 menyatakan
bahawa penjawat awam berhak merayu. Isu
yang ditimbulkan ialah di bawah Peraturan Tatatertib, bolehkah seseorang yang
terlibat dalam tindakan tatatertib membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan
Tatatertib secara bertulis? Dalam kes
ini, rayuan telah dibuat oleh D melalui peguamnya dan bukan olehnya sendiri.
Lembaga Rayuan Tatatertib telah menolak rayuan tersebut dengan alasan rayuan
itu bukan dibuat oleh penjawat awam (D) itu sendirl. Mahkamah telah mengenepikan penolakan oleh Lembaga Rayuan
Tatatertib itu dan menyatakan bahawa penjawat awam yang berkenaan, iaitu D,
berhak merayu. Pada pandangan penulis,
pekerja di sektor swasta juga berhak merayu.
Jelas bahawa pekerja yang tidak berpuas hati terhadap
keputusan tindakan tatatertib ke atasnya boleh merayu. Rayuan boleh dibuat, antara lain, dengan
alasan yang berikut:
(i) bahawa
hukuman yang telah dikenakan adalah berat dan tidak sewajarnya dengan kesalahan
yang dilakukannya;
(ii) bahawa pihak berkuasa tatatertib telah tidak menimbangkan
beberapa fakta atau bukti keterangan sebelum menjatuhkan hukuman;
(iii)
bahawa acara yang diikuti
(seperti tempoh masa, peluang membuat representasi, penyerahan dokumen dan
notis pemanggil saksi, adalah salah;
(iv) bahawa wujudnya berat sebelah (bias) semasa perbicaraan
tatatertib;
(v) bahawa
keputusan yang dibuat adalah salah.
Contoh yang berikut diharap dapat memberikan pemahaman
tentang maksud "alasan rayuan”.
(i) pekerja
A yang didapati bersalah bertengkar semasa kerja dengan pekerja setarafnya,
telah dihukum buang kerja. A merayu atas hukuman ini.
(ii) Pekerja B telah mengemukakan beberapa dokumen perubatan
sebagai sokongan tentang kejadian tidak hadir bertugas. Pihak berkuasa tatatertib tidak menimbang
dokumen sokongan tersebut. B merayu
atas alasan tersebut.
(iii) Pekerja C tidak diberitahu akan pertuduhan yang dikenakan
terhadapnya. Yang C tahu ialah C telah
dikenakan tindakan tahan gaji. C
membuat rayuan atas alasan ini.
(iv) Salah seorang ahli berpengaruh pihak berkuasa tatatertib yang
mengendalikan kes tatatertib terhadap pekerja D adalah bekas bapa mentua D yang
amat membenci D. D merayu atas isu kebarangkalian
wujudnya berat sebelah oleh pihak berkuasa tatatertib.
(v) Pihak berkuasa tatatertib telah mengambil keputusan
menurunkan pangkat pekerja E kerana E telah mengutus surat cinta kepada
Setiausaha Sulit Ketua Jabatan di tempat E bekerja. E merayu atas alasan pihak berkuasa tatatertib telah salah
membuat keputusan itu.
Kepada Siapa Merayu?
Majikan hendaklah menubuhkan badan khas bagi mengengar
rayuan kes tatatertib. Badan ini
dikenall sebagai Jawatankuasa/Lembaga Rayuan Tindakan Tatatertib.36
Ke mana Selepas Itu?
Terdapat keadaan keputusan Lembaga Rayuan Tindakan
Tatatertib masih tidak memuaskan hati pekerja yang dikenakan tindakan
tatatertib itu, tanpa mengira apa jenis keputusan dan rasa tidak puas hati
itu. Ada pekerja yang berpendapat
Lembaga Rayuan Tindakan Tatatertib tidak dapat memuaskan haknya atau menjawab
persoalan yang dikemukannya. Pekerja
ini kadangkala tidak mahu merayu kepada Lembaga Rayuan tersebut. Mereka lebih suka merujuk kes sedemikian ke
mahkamah perusahaan. Apa yang penting
pekerja itu perlu melalui saluran rayuan di Lembaga Rayuan Tindakan sebelum
kesnya dibawa ke mahkamah.
PRINSIP KEDUA-
PRINSIP TIDAK BERAT SEBELAH (BIAS)
Dalam bahasa Latin, ia dikenali juga sebagal nemo judex in causa sua polest atau nemo debet judex in propria sua causa yang
bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes yang dikendalikannya
(iaitu yang diadilinya). Oleh itu dia
tidak boleh mengadili kes tersebut.
Sesuatu keputusan yang dibuat hendaklah bebas daripada
berat sebelah dan prasangka. Berat
sebelah dan prasangka mungkin terjadi kerana dua sebab iaitu:
(i) kerana pihak-pihak ada kepentingan, atau
(ii) pembuat keputusan (iaitu pihak yang mengadili kes) mewakili
institusi yang mengingini objektif tertentu ada perhubungan/pertalian tertentu,
dan yang seumpamanya.
Berat sebelah kerana pihak-pihak ada
kepentingan
Mengikut penulis undang-undang, Geoff Cahil, dalam
bukunya, Promotion and Diciplinary
Appeals in Government Service" sesuatu pihak dianggap akan berat
sebelah jika pihak yang berkenaan ada kepentingan, sama ada kepentingan
kewangan atau bukan kewangan.
Dalam kes Leeson lwn General Council of Medical Association and Registration,38 mahkamah menyebut bahawa jika wujud kepentingan
kewangan maka tidak perlu lagi menimbangkan persoalan apakah "syak yang
munasabah" atau "ada kemungkinan sebenar" akan wujud berat
sebelah.
Hakim Blackburn, dalam kes R lwn Hamond,39 memberikan
peraturan yang tegas tentang berat sebelah kerana kepentingan kewangan.
Mengikut Hakim Blackburn, wujud kepentingan kewangan, walaupun sedikit, sudah
memadai untuk mengatakan yang dia berat sebelah. Walau bagaimanapun peraturan tegas ini ada kekecualiannya. Antaranya
seperti yang berikut:
(i) Jika kepentingan kewangan itu bukanlah
secara peribadi kepada pihak yang membuat keputusan (yang mengadili kes), maka
ini tidak mengapa, iaitu tidak dianggap berat sebelah.
Dalam kes R lwn
Rand,40 hakim yang mengendalikan kes adalah pemegang amanah
bagi sebuah hospital dan Persatuan Persaudaraan. Kedua-dua ini ada tabung yang dilaburkan ke dalam perbadanan yang
kesnya dikendalikan oleh hakim yang berkenaan.
Ini tidak mengapa, dan hakim itu tidak dianggap akan berat sebelah
kerana kepentingan kewangan itu bukanlah peribadi kepada pembuat keputusan (
iaitu hakim yang berkenaan).
(ii) Jika
kepentingan kewangan itu terlalu jauh,
dia masih boleh dianggap tidak berat sebelah.
Misalnya penjawat awam A yang dikenakan tindakan tatatertib adalah
pemegang saham 1% daripada jumlah saham Syarikat XYZ. Salah seorang ahli pihak berkuasa tatatertib yang mengendalikan
kes A adalah pemegang saham 2% daripada jumlah saham. Syarikat TUV, yang melabur
sejumlah 5% daripada saham Syarikat XYZ.
Kepentingan ini dianggap sudah jauh. Jadi, jauh atau dekatnya
kepentingan kewangan seseorang bergantung kepada fakta kes dan sudah pasti
berbeza antara satu kes dengan kes yang lain.
Berat sebelah kerana ada perhubungan
atau pertalian
Beberapa kaitan kepentingan tertentu dalam bentuk
kepentingan persendirian juga menyebabkan pembuat keputusan hilang kelayakan
untuk mengadili sesuatu kes (misalnya kes tatatertib) jika kepentingan itu
boleh "menimbulkan syak yang munasabah" atau "ada kemungkinan
sebenar" akan wujudnya berat sebelah.
Dalam kes R lwn Sussex Justices; Ex parte Mc Carthy,41 mahkamah menyatakan "ada syak yang
munasabah" akan berat sebelah sudah memadai untuk menjadikan orang yang
berkenaan tidak layak mengadili sesuatu kes.
Dalam menentukan sama ada perhubungan atau pertalian
kepentingan itu boleh "menimbulkan syak yang munasabah" atau
"ada kemungkinan sebenar" akan wujud berat sebelah, bergantung kepada
fakta setiap kes. Dengan perkataan
lain, hubung kait antara perkara yang dibincangkan dengan pembuat keputusan
(misalnya ahli lembaga tatatertib) bagi menentukan sama ada akap wujud berat
sebelah atau tidak, adalah berbeza antara satu kes dengan kes yang lain.
Contohnya:
(i) Jika ahli pembuat keputusan (pihak berkuasa tatatertib) dan
pekerja yang dibicarakan atas tuduhan tatatertib itu mempunyai kaitan atau
hubungan kekeluargaan yang agak hampir (misalnya anak dengan ayah, sepupu dan
yang seumpamanya), maka ini boleh dianggap akan ada kemungkinan sebenar atau
ada syak yang munasabah bahawa ahli pihak berkuasa tatatertib itu akan berat
sebelah.
(ii)
Jika pihak-pihak (iaitu
pekerja yang dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib dan ahli pihak
berkuasa tatatertib) adalah ahli satu pertubuhan yang sama, maka di sini juga
ada kemungkinan sebenar atau akan ada syak yang munasabah bahawa wujud berat
sebelah di pihak pembuat keputusan.
Artikel
ini adalah adaptasi dengan penyesuaian daripada ABDUL AZIZ HUSSIN, 1994 “Undang-Undang Yang Mengenai Tatatertib
Penjawat Awam - Hak Tanggungiawab” KL: Dewan Bahasa & Pustaka, m.s. 28 - 56. [Edisi Kedua telah terbit
tahun 2002]
1. (1924)
1 KB 256 him. 259.
2. De
Smith, 1985, The Constitutional and
Administrative Law, Edisi 5, Harry Street dan Rodney Brazier (ed.)
Middlesex: Penguin Books Lid, him. 582.
3. (1945)
1 KB 223.
4. A.V.
Dicey, 1987. An Introduction to the study of the Law of the Constitution. Edisi Kesepuluh. London: Macmillan Education Ltd. hlm.
xxxiii.
5. (1958)
2 All. ER 579; (1958) 1 WLR 762.
6. (1949)
1 All ER 109.
7. (1962)
AC 322; (1962) 2 WLR 11 53; (1962) MLJ 169 hlm. 171
8. (1867)
1 AC 13.
9. (1968)
AC 391.
10. (1962) AC 297.
11. (1949) 1 Ail E.R. 109 him. 11 8
12. (1918) 1 WLR 137 1.
13. (1974) 1 WLR 1371.
14. (1972) 2 K. B. 233.
15. (1974) Q. B. 624.
16. (1980) A. C. 48.
17. (1965) 1 Q. B. 456.
18. (1876) 1 MLJ 203 hlm. 205.
19. (1970) 2 MLJ 133.
20. (1958) 2 All E.R. 579; (1958) 1 W.L.R. 762.
21. (1918) A.C. 179.
22. (1969) 2 All E.R. 221.
23. (1977) Q. B. 240.
24. (1975) 1 WLR. 1132.
25. (1971) 2 Q.B. 175,
26. (1970) 2 Q.B. 417
27. (1976)
AI R 1785 (S.C.)
28. (1975) 1 MLJ 1.
29. 121 E.R. 870
30. (1980) 24 qbd 423.
31. Seksyen 40 Kanun Keseksaan.
32. Kes Mohamad Yusof Samadi lwn Peguam Negara Singapura op. cit. him,
3.
33. (1950) l KB 26.
34. John B. Saunders (ed), 1977.
Mozley and Whiteley's Law
Dictionary. Edisi Kesembilan. London: Butterworth Company Limited.
35. (1971) 2 MLJ 127.
36. Komposisi Lembaga Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib
hendaklah berlainan (dan lebih tinggi dari Lembaga Tatatertib).
37. Geoff Cahil, 1986, Promotion
and Diciplinary Appeals in Government Service.
North Ryde, New South Wales: The Law Book Company Limited, hlm. 24.
38. (1898) 43 Ch. Di 366.
39. (1863) L.T. (N.S.) 423 hlm. 424.
40. (1866) L.R. I; (1866) Q.B. 230.
41. (1924) 1 K.B. 256 hlm. 259.