MAHKAMAH-MAHKAMAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KONSEP PELAKSANAAN KEADILAN

 

ABDUL AZIZ HUSSIN AMN

DPA; LL.B ( Hons ); Dip. M. Mgmt.; M.Sc. ( Prjt. Mgmt. );

MMIM; Advocate & Solicitor; MMAP.

abdaziz@usm.my

 

 

 

A. MAHKAMAH- MAHKAMAH

 

(a)        Mahkamah Rendah

 

Akta Mahkamah Rendah 1948

 

Hakim Mahkamah Sesyen

 

- Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar (seksyen 59 AMR).

- Kelayakan: Anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.

 

Majistret

 

(a) Majistret Kelas Pertama ex officio

 

-         Orang-orang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat AMR. Ini termasuklah:

 

Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penolong-Penolongnya.

Ketua Pendaftar, Timbalannya, Penolong Kanan Pendaftar,

Penolong Pendaftar dan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan

Persekutuan.

Pegawai-Pegawai Daerah dan Penolongnya.

dll.

 

(Seksyen 77 AMR)

 

(b) Majistret Kelas Pertama

 

-         orang-orang dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik, oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Hakim Besar (bagi Wilayah Persekutuan), dan oleh Pihak Berkuasa Negeri, atas syor Hakim Besar (bagi Negeri-Negeri).

 

(Seksyen 78 dan 78A AMR)

 

 

(c) Majistret Kelas Kedua

 

-         Bagi Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai.

 

- Bagi Negeri-Negeri, Pihak Berkuasa Negeri boleh lantik mana-mana orang yang layak dan sesuai

 

(Seksyen 79 AMR)

 

 

 

(b) Mahkamah Tinggi

 

A.              KEANGGOTAAN

 

Mahkamah Persekutuan

 

-               Perkara 122 Perlembagaan

Ketua Hakim Negara

Presiden Mahkamah Rayuan

Dua Hakim Besar (Hakim Besar Malaya, dan

Hakim Besar Sabah &

Sarawak)

Tujuh Hakim lain

Beberapa Hakim (dari Mahkamah Rayuan)

 

Mahkamah Rayuan

 

-               Perkara 122A Perlembagaan

Presiden Mahkamah Rayuan

Sepuluh Hakim (kecuali diperintahkan selainnya oleh

Yang di-Pertuan Agong)

 

 

Mahkamah Tinggi

 

-               Perkara 122AA Perlembagaan

 

 

Semenanjung

Sabah & Sarawak

 

 

Seorang Hakim Besar

Seorang Hakim Besar

Empat Puluh Tujuh Hakim

Sepuluh Hakim

 

 

(kecuali selainnya diperintahkan oleh

Yang di-Pertuan Agong

 

 

 

B.              PERLANTIKAN

 

-               Perkara 122B Perlembagaan

 

Perdana Menteri (selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja) nasihatkan Yang di-Pertuan Agong, dan Yang di-Pertuan Agong lantik.

 

Ketua Hakim Negara

Presiden Mahkamah Rayuan

Hakim-Hakim lain

 

Bagi hakim-hakim selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri perlu minta fikiran Ketua Hakim Negara.

 

Bagi lantikan Hakim Besar, Perdana Menteri juga perlu dapat pandangan kedua-dua Hakim Besar (dan bagi Sabah atau Sarawak, pandangan Ketua Menteri juga perlu diminta).

 

Bagi perlantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara

 

Bagi perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan.

 

 

C.              KELAYAKAN HAKIM

 

-                Perkara 123 Perlembagaan

 

Warganegara Malaysia

Pengalaman kerja sepuluh tahun sebagai peguam atau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan/Negeri.

 

 

D.              TEMPOH MEMEGANG JAWATAN

 

-                Perkara 125 Perlembagaan

 

Sehingga umur 65 tahun (atau disambung oleh Yang di-Pertuan Agong)

 

Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong (atas rayuan Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri) atas perlanggaran Kod Etika, tidak upaya (lemah tubuh/fikiran/lain-lain sebab).

 

Pemecatan hakim oleh Yang di-Pertuan Agong ialah melalui syor Tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

 

 

 

 

B. PELAKSANAAN KEADILAN

 

 

 

Rujukan:

 

        Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (AMK)

 

(Bagi Mahkamah-Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Persekutuan)

 

        Akta Mahkamah Rendah 1948 (AMR)

 

(Bagi Mahkamah-Mahkamah Sesyen

Mahkamah-Mahkamah Majistret

Mahkamah-Mahkamah Penghulu)

        Perlembagaan Persekutuan

 

        Akta Mahkamah Juvana

 

       Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955

 

 

Keahlian Untuk Perbicaraan

Bidang Kuasa

(Sidang)

(a) Sivil

(b) Jenayah

MAHKAMAH TINGGI

Hakim seorang

(Seksyen 18 AMK)

Bidangkuasa operasi di dalam sesebuah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan)

 

(Seksyen 23 & 24 AMK)

    Semua hal sivil termasuk:

- undang-undang keluarga

- perkapalan

- kebangkrapan dan syarikat

- penjagaan kanak-kanak dan

hartanya

- penjagaan orang tak sempurna

akal dsb. dan hartanya

- probet dan pentadbiran pusaka

- hal-hal tanah

 

    Bidangkuasa rayuan sivil (s.27 & 28 AMK)

 

(Seksyen 22 AMK)

    Semua kesalahan yang di- lakukan:

(i) dalam Negeri (Wilayah itu)

(ii) di laut lepas bagi kesalahan atas kapal/ kapalterbang berdaftar di Malaysia

(iii) oleh seseorang warga- negara/pemastautin di mana-mana kapal/

kapalterbang

(iv) oleh lanun

(v) kesalahan-kesalahan terhadap Negara (Bab VI Kanun Kesiksaan)

 

    Menjatuhkan apa-apa hukuman dibenarkan undang-undang

 

    Bidangkuasa rayuan

jenayah (S.26 AMK)

 

MAHKAMAH RAYUAN

(Seksyen 38 AMK)

Tiga hakim (atau lebih dengan bilangan ganjil) dengan ada seorang menjadi Ketua (biasanya Presiden Mahkamah Rayuan)

 

(Seksyen 67 - 73 AMK)

    Semua rayuan kecuali:

- amaun/nilai perkara kurang

RM250,000 (kecuali

mahkamah benarkan)

- atas penghakiman dengan

persetujuan

- berkaitan penghakiman kos

- jika penghakiman/perintah

Mahkamah Tinggi itu dianggap

muktamad oleh mana-mana

undang-undang bertulis

(misalnya S.22(3) Akta

Timbangtara 1972)

 

 

 

(Seksyen 50 - 63 AMK)

    Semua rayuan jenayah dari

Keputusan Mahkamah

Tinggi mengenai:

- persoalan fakta

- persoalan undang-undang

 

 

Keahlian Untuk Perbicaraan

Bidang Kuasa

(Sidang)

(a) Sivil

(b) Jenayah

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 

 

 

 

     Semua bidang kuasa asal di bawah Perkara 128 Perlembagaan (& s.81 85 AMK), iaitu:

- memutuskan persoalan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sah atau tidak

- memutuskan pertikaian antara Negeri-negeri atau antara Negeri dengan Persekutuan

- mentafsir peruntukan Perlembagaan

 

     Bidang kuasa Nasihat mengenai peruntukan Perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Perkara 130 Perlembagaan)

 

     Semua rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan (seksyen 96-102 AMK untuk sivil, dan seksyen 86-95 AMK untuk jenayah)

 

MAHKAMAH SESYEN

Hakim Mahkamah Sesyen

Seorang

 

     Bidangkuasa tidak terhad semua tindakan/guaman kemalangan kenderaan, tuan-rumah dan penyewa, dan distres.

 

     Semua tindakan/guaman sivil yang amaun pertikaian tidak lebih RM250,000 (atau lebih jika kedua-dua pihak bersetuju secara bertulis)

(Seksyen 65 AMR)

kecuali dalam hal-hal berikut:

- berhubung harta tak alih

(kecuali untuk dapat balek &

hakmilik)

- dengan persetujuan

(Seksyen 70 & 71 AMR)

- pelaksanaan spesifik/

pembatalan kontrak

- injunksi

- pembatalan/pembetulan surat-

cara

- dekri penetapan

- pemberian/pembatalan pem-

berian perwakilan harta

pusaka/pentadbiran

 

 

   Semua kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum mati.

(Seksyen 63 AMR)

 

   Menghukum semua jenis hukuman kecuali hukuman mati.

 

Keahlian Untuk Perbicaraan

Bidang Kuasa

(Sidang)

(a) Sivil

(b) Jenayah

 

 

- persoalan kesahtarafan

- persoalan penjagaan kanak-

kanak (kecuali ada undang-

undang lain benarkan)

- pengesahan/pembubaran per-

kahwinan (kecuali ada

undang-undang lain benarkan)

 

 

MAHKAMAH MAJISTRET

Majistret Kelas Pertama

 

Seorang Majistret

 

     Apa-apa tindakan/guaman di mana amaun pertikaian/nilai hal itu tidak lebih RM25,000.

 

Rayuan dari Mahkamah Penghulu.

 

 

   Semua kesalahan yang tempoh penjara maksimum yang dinyatakan dalam undang-undang, tidak lebih 10 tahun penjara atau dengan denda.

 

   Kesalahan-kesalahan di

bawah seksyen 392 dan 457 Kanun Kesiksaan (rompakan dan pecah-

rumah malam).

 

   Mendengar rayuan

keputusan Mahkamah

Penghulu.

 

   Boleh menghukum tidak lebih:

- 5 tahun penjara

- denda RM10,000

- sebat 12 kali

(atau gabungan hukuman-hukuman itu)

- apa-apa hukuman yang

undang-undang lain

benarkan)

 

 

Keahlian Untuk Perbicaraan

Bidang Kuasa

(Sidang)

(a) Sivil

(b) Jenayah

Majistret Kelas Kedua

 

 

 

     Boleh mendengar kes-kes guaman/tindakan menuntut hutang tidak lebih RM3,000 (dengan atau tanpa bunga).

 

 

 

   Membicarakan kesalahan- kesalahan di mana tempoh penjara tidak lebih 12 bulan atau denda.

 

   Boleh menghukum tidak lebih:

- 6 bulan penjara

- denda tidak lebih RM1,000

- sebat 12 kali

(atau gabungan hukuman-hukuman itu)

 

MAHKAMAH PENGHULU (Semenanjung)

(untuk orang terlibat berbangsa Asia)

 

Seorang Majistret

 

     Boleh mendengar kes tuntutan hutang tidak lebih RM55,000 (dengan/tanpa bunga).

 

 

 

 

   Bagi kesalahan-kesalahan kecil dalam senarai kuasanya, dan denda sehingga RM25.