PENGURUSAN RISIKO DALAM PROJEK
DAN HUBUNGANNYA DENGAN
ABDUL
AZIZ HUSSIN
AMN
DPA;
LL.B ( Hons );Dip.M.Mgmt.;M.Sc.( Prjt. Mgmt.);
AMIM;
Advocate & Solicitor; MMAP.
Dalam
membangunkan projek, akan wujud risiko - cuma besar atau kecil, jelas atau
samarnya yang berbeza dari satu projek dengan projek yang lain.
“Risiko”
bermakna suatu kemungkinan atau kebarangkalian tidak mencapai hasil yang
diharapkan, atau suatu tahap dimana berlaku hasilnya tidak serupa seperti hasil
yang dimahukan (diinginkan).
- Greave,
M.J, “Understanding and Managing Risk in Real Estate Investments”, Surveyor and Valuer (SISV) Vol. 1 No.
2/83, m.s. 21
“Risiko”
juga merupakan kemungkinan kerugian: suatu situasi dalam mana hasilnya tak
dapat ditentukan tetapi nilai dan kemungkinan dan kebarangkalian terjadi adalah
dapat diketahui.”
- Robinson
N.M & Lavers A.P, 1988, Construction
Law in Singapore and Malaysia,
London: Butterworth & Co., di m.s. 67.
Diantara
risiko-risiko di dalam pembangunan projek ialah:
- Risiko
pengurusan (tidak profesional, efektif dll)
- Risiko
kerosakan projek (kebakaran, banjir, petir, dll)
- Risiko
kepada orang (kemalangan pekerja, pihak ketiga dll)
-
Risiko kepada proses pembinaan (kerja tidak
siap, ditinggalkan , kecacatan, lewat dll)
Risiko didalam pembangunan projek
biasanya dikongsi bersama diantara pihak-pihak. Betulkah begitu didalam kontrak
yang menggunakan Borang Seragam?
Bagaimana
pula keupayaan dan kemampuan pihak terbabit menanggung atau mengatasi risiko?
Hubungan
dan pengagehan risiko berkaitan insuran adalah seperti berikut:
a) Jika
diantara klien dengan kontraktor, berkaitan pelaksanaan kontrak, ada dinyatakan
didalam Borang Seragam Kontrak misalnya Fasal 37 Borang JKR 203/203A.
b) Jika
berkaitan menanggungrugi klien mengenai kecederaan pekerja kontrak, rujuk Fasal
32(a), 33(a) dan 34 Borang JKR 203/203A atau Fasal 18(1) dan 19(1) Borang PAM.
c) Jika
berkaitan kerosakan harta projek, rujuk fasal 36(a) Borang JKR 203/203A atau
Fasal 20 Borang PAM.
Penginsuranan
“Insuran”
bermaksud suatu pengendalian bagi sesuatu risiko khusus yang dinyatakan dengan
suatu bayaran primium yang dipersetujui (?).
Insuran adalah suatu kontrak bagi memindahkan suatu risiko kewangan yang tertentu (dinyatakan) dari pihak yang pada asalnya adalah tertakluk, kepada suatu pihak lain (yakni Syarikat Insuran) dengan dikenakan sejumlah fee (yang biasanya disebut “primium”)
-
Robinson,
N.M & Lavers A.P,
op.c.t., 1988, m.s. 79
-
Mengikut
seksyen 140 Akta Insuran 1996, pengambilan insuran hanya melalui
syarikat-syarikat Insuran yang didaftarkan dibawah Akta Insuran 1996 (dan
diwartakan dibawah seksyen 34 Akta tersebut).
Mengikut
peruntukan seksyen 141 Akta Insuran 1996, seseorang hanya akan dianggap
dilindungi apa-apa risiko seperti yang dinyatakan (bagi sebarang urusan insuran am) apabila dia telah membayar
primium bagi Insuran berkenaan.