Hit Counter
 
KESAN BANJIR

KESAN DAN KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut Marvin, 1969 kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi dan kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan dan isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan dan pengeluaran luar bandar. ( Higgins, Roger John 1982 )

Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung    ( direct damages ), kerosakan tidak langsung ( indirect damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Manakala Marvin pula mengatakan bahawa kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Bagi kerosakan ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan kerosakan tidak langsung.

Rajah 4.0  : Kategori - kategori kerosakan banjir
(Sumber : ESCAP, Manual and Guidelines for Comprehensive Flood Loss Prevention and   Management, United Nations Development Programme, January 1991.)

Laporan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun ( JICA ) dalam kajian penebatan banjir dan perparitan untuk negeri Pulau Pinang juga telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada dua jenis iaitu kerosakan ketara dan kerosakan tidak ketara.

Melalui kaji soal selidik penduduk kawasan kajian didapati penduduk di kawasan kajian mengalami banyak kerosakan harta benda, pencemaran air dan juga kerosakan jalan dan infrastruktur lain.

Isi Kandungan | Lokasi | Soal Selidik | Maklum Balas
1