Hit Counter
 
PENGENALAN

Latar Belakang

Air merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan seharian manusia.  Akan tetapi, keadaan air yang menenggelami kawasan yang luas akan menimbulkan pelbagai masalah.  Keadaan ini ditakrif sebagai banjir.

Setelah berakhirnya fenomena La Nina yang melanda negara kita pada akhir tahun lepas, kini muncul pula musim tengkujuh di daerah utara yang menyebabkan banjir besar.  Mengikut kajian Jabatan Kaji Cuaca, hujan lebat di beberapa negeri sekarang berikutan perubahan angin monsun timur laut.  Perubahan angin ini menyebabkan kadar hujan mencatatkan peningkatan sehingga 40 peratus melebihi paras biasa.  Fenomena hujan dengan angin kencang merupakan ciri utama musim perantaraan monsun dan dianggap biasa.  Mengikut ramalan, angin monsun timur laut dijangka bermula antara 10 hingga 15 November ini dan dijangka berakhir pada pertengahan Mac tahun depan.

Banjir yang melanda di Georgetown Pulau Pinang merupakan isu yang hangat diperkatakan.  Hampir setiap tahun Pulau Pinang dilanda banjir terutamanya menjelang musim tengkujuh.  Banjir akan mengakibatkan kehilangan harta benda, nyawa dan juga menjejaskan kelancaran lalulintas.  Mengikut perspektif perancang pula, banjir boleh menjejaskan aktiviti - aktiviti yang perlu dijalankan.  Segala perancangan terpengaruh yang terpaksa dihentikan atau ditangguh.  Hal ini juga mencerminkan keperluan untuk mencari penyelesaian yang sesuai atau memperbaiki sistem perancangan yang digunakan.

Banjir merupakan suatu bencana alam yang sukar untuk dicegah tetapi adalah tidak mustahil untuk kita mengawalnya. Untuk mencari jawapan yang sebenar dan tepat terhadap persoalan ini, kumpulan kami akan menjalankan penyelidikan terhadap isu ini.  Kesedaran dan kepentingan peranan pelbagai pihak adalah wajar dititikberatkan untuk mencapai keselesaan dah kesejahteraan hidup manusia umumnya.

Kawasan-kawasan seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi, Lorong Kulit, Dobi Ghaut, Jalan Perak, Kg. Makam dan Jalan Petani dikategori sebagai kawasan mudah banjir. Lokasi kawasan kajian kumpulan pengkaji ialah kawasan sekitar Jalan P.  Ramlee (rujuk Pelan Lokasi).

Isi Kandungan | Lokasi | Soal Selidik | Maklum Balas
1