Hit Counter
 
PENGENALAN

Metodologi Kajian
Kumpulan pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah penyelidikan.  Kajian penyelidikan telah dijalankan melalui lawatan tapak, membuat pemerhatian masalah, kajian literatur dan kajian soal selidik. 


Kaedah penyelidikan
Secara amnya, kajian penyelidikan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu, peringkat awalan, peringkat pengumpulan data dan peringkat menganalisis data dan membuat cadangan.  Lihat carta aliran kaedah penyelidikan.

i. Peringkat awalan
Pertama, kumpulan pengkaji memilih tajuk penyelidikan serta mengetahui tentang latar belakang kawasan kajian yang terpilih. Setelah tajuk penyelidikan telah ditetapkan, perbincangan untuk mengenalpasti matlamat, objektif dan justifikasi kajian ini dijalankan.  Selain itu, isu- isu yang berkaitan dengan masalah banjir juga dikenalpastikan dan mencari maklumat mengenai isu tersebut.

ii. Peringkat pengumpulan data
Dalam peringkat ini, mulanya menjalankan aktiviti pencarian data atau maklumat yang berkenaan supaya mengukuhkan lagi pendirian kumpulan pengkaji serta mengenalpasti masalah-masalah sebenar yang berlaku.  Data-data yang dapat dikumpulkan boleh dibahagikan kepada dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder.  Data primer termasuklah pencarian data daripada pemerhatian, temuduga dengan pengawai-pengawai yang telibat, statistik dan sebagainya. Manakala data sekunder adalah pencarian data daripada laporan dan 'thesis' yang sedia ada, buku-buku mengenai masalah banjir dan sebagainya.  Peringkat ini berakhir dengan penyususnan data-data yang diperoleh dan membuat penyediaan untuk pembentangan kajian penyelidikan kepada pensyarah dari aspek pengenalan dan data-data yang diperoleh.

iii. Peringkat menganalisis data dan membuat cadangan
Menganalisis data-data yang diperolehi kepada bentuk yang mudah difahami seperti carta bar, 'pie' dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing supaya dapat memahami masalah yang berkenaan secara terperinci.  Selepas menganalisis data, masalah telah dikenalpasti.  Kritikan dan cadangan boleh dibuat dan seterusnya membentangkannya kepada pensyarah.  Selepas persembahan, penilaian semula data-data dan cadangan serta kritikan diberi supaya dapat membaiki kesilapan dan kelemahan serta mengukuhkan lagi pendirian kumpulan pengkaji.  Peringkat ini berakhir selepas persembahan akhir kepada pensyarah tentang seluruh projek penyelidikan serta menyiapkan laporan melalui laman web secara kumpulan.


Organisasi laporan
Setelah menjalankan kajian penyelidikan, sebuah laporan penyelidikan telah disediakan dan laporan ini telah dibahagikan kepada tujuh bab iaitu:-

i. Bab Pertama
Bab pertama ini akan menerangkan secara am tentang latar belakang masalah banjir, matlamat kajian, objektif kajian, justifikasi kajian dan metodologi kajian.  Pendek kata, bab ini khas untuk memberi satu gambaran kepada pembaca.

ii. Bab Kedua
Hasil data-data yang dapat dikumpul adalah tertulis dalam bab ini.  Secara amnya, bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder.  Penerangan tentang keperluan data-data dan kaedah mendapatkan data juga dicatatkan.

iii. Bab Ketiga
Dalam bab ini, punca-punca yang menyebabkan banjir telah diterangkan secara terperinci.  Setiap punca permasalahan banjir telah dihuraikan dengan menggunakan data yang telah dianalisis.

iv. Bab Keempat
Bab keempat ini menulis tentang kesan-kesan banjir samada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

v. Bab Kelima
Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang tindakan yang telah dijalankan dan menilai keberkesanan tindakan kerajaan dalam pengawalan banjir.  Selain itu, pengkaji juga mengkritik pihak kerajaan dan masyarakat awam yang merumitkan masalah banjir.

vi. Bab Keenam
Kumpulan pengkaji membuat beberapa cadangan dalam mengawal masalah banjir di tapak kajian.  Di samping itu, cadangan kerajaan juga dikemukakan dalam bab ini.

vii. Bab Ketujuh
Akhirnya, bab ketujuh adalah rumusan keseluruhan kajian penyelidikan.  Secara umumnya, bab ini akan merumuskan setiap bab serta membuat kesimpulan.

Isi Kandungan | Lokasi | Soal Selidik | Maklum Balas
1