Hit Counter
 
Punca-punca  banjir

Kesan Pembangunan

      Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru.  Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.

Berkurangannya kawasan telap air

Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit.  Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran.  Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya.

Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya.  Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran.  Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh.  Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar.  Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.

Pemendapan kelodak dalam sungai

Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan.  Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan.  Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.  Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah!  Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan.  Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku.  Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

Isi Kandungan | Lokasi | Soal Selidik | Maklum Balas
1