Hit Counter
 
PUNCA-PUNCA BANJIR

Kekurangan Kawasan Lapang / Hijau

         Kekurangan kawasan lapang/hijau  merupakan salah satu punca-punca berlakunya banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu.  Melalui pemerhatian yang kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut.  Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan ke dalam tanah dalam kadar yang tinggi ( rujuk...1 ).  Tumbuhan-tumbuhan yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai.

         Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En. Yahya, iaitu seorang jurutera kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh pembangunan yang pesat. (rujuk...2 ).  Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil tempat kawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larian permukaan.  Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%.  Daripada rujukan juga ada mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi imbangan serta berperanan untuk melambatkan pengliran air larian permukaaan. 

Isi Kandungan | Lokasi | Soal Selidik | Maklum Balas
1