Hit Counter
 
PUNCA-PUNCA BANJIR

Pembuangan Sampah Sarap oleh Masyarakat

       Punca yang boleh dikaitkan selain daripada keempat-empat punca yang sedia ada, dinyatakan ada satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakkan sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ini bukan merupakan punca utama tetapi setelah dikaji kami mendapati ianya turut sama menyumbang kepada masalah banjir di kawasan kajian kami. Bahkan ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian tidak kira daripada pihak JPS, MPPP dan juga orang ramai.

         Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Semasa kami membuat pemerhatian dan juga bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu dan gambar-gambar yang menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut juga ada di tunjukkan dalam persembahan akhir yang lalu. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air.

         Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan /hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan:

Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan

Tahun

Kg /penduduk/hari

Jumlah / penduduk

Pembuangan sampah (kg / hari)

Pembuangan sampah (tan / tahun)

1995

0.73

550,353

401,757

146,641

2000

0.88

595,270

523,837

191,200

2005

1.03

645,004

664,354

242,489

2010

1.18

701,195

827,410

302,004

       Kadar terkini pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan adalah sebanyak 0.73 kg / penduduk /hari. Bagi tren pertambahan kadar pelupusan sisa pepejal dianggarkan sebanyak 0.031 kg / penduduk / hari /tahun. 

        Adalah tidak mustahil kadar pembuangan sampah sarap di kawasan  tersebut telah menyumbang kadar yang besar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain di sekitarnya. Apa yang boleh disimpulkan disini bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini dengan secara tidak langsung.

 
Gambar-gambar yang menunjukkan ketidakprihatinan masyarakat

Isi Kandungan | Lokasi | Soal Selidik | Maklum Balas
1