BAB  LATAR BELAKANG & SEJARAH KHOO KONGSI 

Khoo Kongsi di Medan Cannon adalah salah sebuah rumah suku yang tercantik di Pulau Pinang.Pada tahun 1835,seramai 102 orang ahli suku Khoo dari Wilayah Hokkien di China telah berpakat untuk membina sebuah kongsi untuk ahli keluarga di Pulau Pinang.

Tapak yang ada sekarang diperolehi pada tahun 1850,mengandungi sebuah rumah yang dijadikan kuil sembahyang untuk Tua Sai Yeah,wali penaung keluarga Khoo.

Pada 1894,pembinaan kuil baru telah dimulakan.Ia adalah projet yang mahal dengan bumbungnya mengikuti gaya istana besar.Pembinaan mengambil masa 8 tahun tetapi telah musnah akibat kebakaran yang penuh misteri.Bangunan ini dikatakan terlalu suci untukseorang wali atau orang biasa.

Kuil itu kemudiannya dibina semula dengan sederhana seperti struktur yanr ada sekarang.Bahagian dalam kuil terdapat 3 dewan besar dan sebuah panggungdi hadapan dewan untuk pertunjukan opera.

   BACK