Back to Main Page

PEMULIHARAAN DI MALAYSIA

(Nota Kuliah)

Prof. Madya Dr. A Ghafar Ahmad

 

 

malacca.jpg (17262 bytes) Bangunan Studhays, Melaka

 

  1. Definisi:
  1. Pemuliharaan: penjagaan sesuatu daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan yang teliti.
  2. Pemuliharaan bangunan atau monumen: memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan.
  3. Pemuliharaan kawasan: suatu lokasi yang dikenalpasti mempunyai elemen-elemen termasuk bangunan, perabot jalan dan monumen bersejarah yang perlu dikekalkan.
  4. Bangunan: sebarang struktur pembangunan yang telah atau sedang diguna atau didiami.
  5. Monumen: sesuatu struktur atau objek yang tujuan asalnya tidak didiami.
  6. Warisan: sesuatu yang diwarisi secara turun temurun di antara generasi.
 

2.    Suatu bidang ‘multi-disciplinary’ melibatkan pelbagai profession dan ilmu.

3.     Terminologi pemuliharaan: pembaikan (restoration), penyenggaraan (maintenance), pembaharuan (renovation), penempatan semula (relocation), guna semula mudah suai (adaptive re-use), pengreplikan (replication), pemugaran (reservation) & pemuliharaan (conservation).

4.    Objektif pemuliharaan: mengekalkan jangkamasa hayat sesuatu bahan atau objek yang mempunyai nilai sejarah, seni bina dan budaya melalui aktiviti-aktiviti pemuliharaan.

5.    Kepentingan pemuliharaan:

  1. Prihatin kepada warisan seni bina dan monumen negara
  2. Kesan peristiwa bersejarah (pemuliharaan kawasan)
  3. Mendidik masyarakat menghargai dan menghormati benda lama dan bersejarah
  4. Dokumentasi bgi sejarah dan pembangunan negara
  5. Memaju industri pelancongan negara

6.    Prinsip utama pendekatan pemuliharaan:

  1. harmoni dengan struktur atau keadaan sekeliling sediada (blend harmoniously with the rest)
  2. berlainan dengan struktur atau keadaan sekeliling sediada (additions mean adding new layers to history)

7.    Kategori pemuliharaan bandar:

  1. pemuliharaan bangunan
  2. pemuliharaan kawasan
  3. pemuliharaan budaya tempatan

8.    Proses penyenaraian dan mewartakan bangunan dan monumen lama

9.    Undang-undang pemuliharaan di Malaysia:
  1. Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) (Dimansuhkan pada Disember 2005)
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  3. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  4. Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 (Akta 46)
  5. Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
  6. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1995 (Pindaan) (Akta A933)
  7. Enakmen Melaka No.6 1988 (Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988)
  8. Enakmen Johor No.7 1988
  9. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

10.    Garispanduan rekabentuk dan pemuliharaan bangunan dan kawasan (Georgetown, Kuala Lumpur, Taiping dan Singapura) & Preservation Notice.

11.    Penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan (persatuan warisan, penggubal dasar, pihak berkuasa tempatan, ahli profesional, para akademik dll.)

12.    Rujukan:

A.Ghafar Ahmad, (1997), British Colonial Architecture in Malaysia 1800-1930, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia
(1997), Pemuliharaan Bandar Warisan Untuk Pembangunan Pelancongan: Kajian Kes Melaka dan Kota Bharu, USM: IRPA Jangka Pendek
Hafizah Yakub, "Dilemma in Conservation", Buletin PBP, No.1, Jilid 6, 1993
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), (1987), Design Guidelines For Conservation Areas in the Inner City Are of Georgetown, Penang, Pulau Pinang: MPPP
Siti Norlizaiha bte Harun, (1995), Pemuliharaan dan Pembangunan Bandar Yang Berterusan: Kajian Kes: Kota Bharu, Kelantan, USM: Tesis Sarjana Sains Perancangan
Suddards, R.W., (1988), Listed Buildings: The Law and Practice of Historic Buildings, Ancient Monuments and Conservation Areas, London: Sweet & Maxwell.
Syed Zainol Abidin Idid, (1996), Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar, Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia
Tan Kia Heng, (1997), Kajian Akta perancangan Bandar & Desa 1995 (Pindaan) Terhadap Pemuliharan Bandar Di Georgetown, Pulau Pinang, USM: Tesis Sarjana Sains Perancangan
Lee Lik Meng, "Perundangan Pemeliharaan Di Malaysia: Pertimbangan Awal Untuk Menggubal Undang-undang Tambahan", Buletin PBP, Bil.1, Sesi 88/89
Urban Redevelopment Authority, Historic Districts in the Central Area, July 1988 (Nota: A Manual for Kampong Glam, Chinatown and Little India)
Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 (Akta 46)
Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1995 (Pindaan) (Akta A933)
Enakmen Melaka No.6 1988
Enakmen Johor No.7 1988
Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

m.s 2/2