Back to Main Page

KAJIAN  PENGGUNAAN SISTEM  PENGHAWA   DINGIN  TERHADAP 

BANGUNAN PEJABAT  LAMA  DI GEORGETOWN   &  ALOR  SETAR

Oleh

Dr. A. Ghafar Ahmad

Dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia di bawah Geran Penyelidikan Jangka Pendek (Februari 1996)

aircon1.jpg (22949 bytes)

Abstrak kajian:

Penggunaan sistem penghawa dingin di bangunan-bangunan pejabat lama, terutamanya yang dibina di dalam era penjajahan British (1795 hingga 1957) sudah menjadi suatu kelaziman; lebih-lebih lagi bagi negara Malaysia yang beriklim panas dan lembab. Penggunaan sistem penghawa dingin boleh dilihat secara kasar yang mana unit-unitnya dipasang atau diletakkan di ruang tingkap, di dalam dinding, di luar bangunan mahupun di atas lantai. Di samping menyejukkan pengguna di dalam bangunan, sistem penghawa dingin mempunyai beberapa kebaikan dan keburukan.

Matlamat utama kajian ini adalah mengkaji kesan penggunaan sistem penghawa dingin ke atas beberapa bangunan pejabat lama, terutamanya kepada bahan bangunan, rekabentuk, nilai estetika dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya seperti pemuliharaan bangunan dan penyenggaraan. Kajian ini juga menentukan faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam kerja-kerja pemasangan sistem penghawa dingin di bangunan pejabat lama. Kajian ini meliputi dua buah kawasan iaitu Georgetown, Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah. Ia tertumpu kepada bangunan-bangunan pejabat lama yang menggunakan sistem penghawa dingin.

Hasil penemuan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan sistem penghawa dingin yang digunakan di bangunan pejabat lama adalah jenis sistem lama yang menggunakan unsur air dan udara sebagai pengalir haba. Ini boleh meninbulkan pelbagai masalah seperti pembuangan air dari unit, tumbuhan lumut dan kecacatan bahan bangunan.

Terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang sistem penghawa dingin di bangunana lama iaitu:

pemasangan sistem penghawa dingin tersebut tidak memusnh atau merosakkan bahan bangunan lain.
nilai estetika bangunan dikekalkan pada tahap yang optimum.
lokasi unit penghawa dingin terlindung dari penglihatan umum.
merekod keadaan bangunan sebelum dan selepas pemasangan sisstem penghawa dingin.
menyediakan senarai pemeriksaan atau checklist bagi merekod sebarang masalah yang terjadi akibat penggunaaan sistem penghawa dingin.
kos pemasangan dan penyenggaraan yang tinggi.