SENI BINA MASJID DI PULAU PINANG
oleh
Dr. A. Ghafar Ahmad
Kajian dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia
di bawah Geran Penyelidikan IRPA Jangka Pendek (November 1999)
Abstrak:
Secara amnya kajian ini memaparkan tentang prinsip-prinsip seni bina masjid di Pulau Pinang. Ia melibatkan sebanyak 186 buah masjid di pulau Pinang dan Seberang Perai. Kajian ini juga adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai masjid-masjid di Pulau Pinang dan seberang perai. Maklumat ini diperolehi melalui pelbagai sumber termasuk pengamatan visual, video, fotografi, pengumpulan maklumat, bahan bertulis dan temubual dengan pihak-pihak yang berkaitan.
Hasil kajian mendapati terdapat 3 jenis rekabentuk seni bina masjid di Pulau Pinang iaitu:
seni bina vernakular yang dipengaruhi oleh aspek tradisional dan wilayah (regional) | |
seni bina kolonial yang mencerminkan ciri-ciri klasikal barat dan Indian Moghul | |
seni bina moden yang dipengaruhi oleh struktur moden dan ciri-ciri Islam. |
Rekabentuk ini mencerminkan kepelbagaian latarbelakang masyarakat dan pengaruh kebudayaan yang diwarisi oleh pendatang dan pedagang Islam ke Pulau pinang.
Kesemua masjid dalam kajian ini menjalankan sekurang-kurangnya 5 jenis aktiviti termasuk aktiviti Ramadhan, kuliah agama, kelas fardhu 'Ain, majlis keagamaan dan sembahyang Jumaat.
Dari aspek kewangan, kesemua masjid dalam kajian ini mendapat sekurang-kurang 3 sumber kewangan seperti kutipan sembahyang Jumaat, derma orang ramai dan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pianng.
Dari segi kerja pemuliharaan, kajian mendapati sebanyak 138 buah masjid pernah menjalankan kerja-kerja pemuliharaan seperti membaiki kerosakan struktur, mengecat dan mengubahsuai bangunan. Kajian juga mencadangkan agar masjid yang mempunyai nilai sejarah dan seni bina yang tinggi dipelihara dengan baik oleh semua pihak termasuk masyarakat islam setempat.

Masjid Negeri Pulau Pinang
(rekabentuk seni bina moden yang dipengaruhi oleh struktur moden)