Construction Research Unit

PENAWARAN KURSUS JANGKA PENDEK

CRU juga berkebolehan menawarkan kursus-kursus khas dalam bidang binaan yang boleh disesuaikan dengan kehendak klien. Disamping itu CRU juga berkebolehan menawarkan kursus berkala jangka  pendek dalam bidang binaan sebagai sumbangan kepada masyarakat umum.

CRU yang telah dianggotai oleh ahli akademik yang berkebolehan bersedia untuk menganjurkan kursus-kursus khas di pelbagai tahap, seperti ‘Kursus Pengurusan Projek Binaan’, 'Kursus Pengurusan Binaan', ‘Kursus Asas Kontraktor’, ‘Kursus Pengurusan Kewangan’, 'Kursus berkaitan dengan Perundangan BInaan' dan pelbagai kursus yang berkaitan dengan industri binaan  kepada pihak-pihak yang berminat.

Secara tidak langsung; penganjuran kursus-kursus tersebut juga merupakan  salah satu sumbangan ikhlas warga CRU ke arah meningkatkan pengetahuan asas, minat, kebolehan teknikal,  tahap keyakinan dan profesionalime dikalangan golongan sasaran (terutamanya pihak kontraktor, bakal kontraktor, pekerja-pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam industri binaan)  yang seterusnya mampu membantu memartabatkan industri binaan tempatan.  

HOME