PETIKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG BANDAR & BANGUNAN  PADA 16HB. OGOS, 1993

GARIS PANDUAN MENGENAI TEMPAT LETAK KERETA

a)                  Tempat letak kereta di dalam kawasan yang dikhaskan oleh pemaju yang mempunyai kemudahan awam seperti pasar, tapak penjaja, gerai dan lain-lain lagi hendaklah diserahkan kepada MPSP dengan namaan RM1.00.

b)                  Tempat letak kereta di dalam kawasan yang dikhaskan oleh pemaju yang mempunyai perancangan untuk kompleks perniagaan seperti contoh ‘looking good’ hendaklah diserahkan kepada pemaju untuk penyelenggaraan sendiri.

c)                  Tempat letak kereta di dalam kawasan hotel atau rumah tumpangan yang disediakan di dalam kawasan khas hendaklah diserahkan kepada pemaju untuk penyelenggaraan sendiri.

d)                  Tanah untuk semua jalan di dalam pembangunan adalah diserahkan kepada Kerajaan Negeri secara ‘automatic’ sebagai rezab jalan.  Undang-undang Kecil telah menyebutkan bahawa ‘off street parking’ tempat letak kereta di atas jalan-jalan adalah tidak dibenarkan.  Namun begitu MPSP membenarkan pemaju penyediakan tempat letak kereta di jalan susur 40’-0” dan 50’-0” bagi menambahkan bilangan tempat letak kereta yang tidak mencukupi.  Tempat letak kereta tersebut hanyalah dibenarkan disebelah jalan sahaja mengikut ‘traffic flow’.

e)                  Tempat letak kereta di dalam bangunan seperti ‘basement car park’ atau tempat letak kereta bertingkat adalah diserahkan kepada pemaju untuk penyelenggaraan sendiri.

f)                    Tempat letak kereta di lorong belakang dan di dalam kawasan ‘air well’ tidak dibenarkan sama sekali.

g)                  Tempat letak kereta di jalan utama juga tidak dibenarkan.