Dua komputer jenis Pentium MMX 200 MHz digunakan untuk mengendalikan Laman Web PBP. Satu daripada komputer itu (dengan 32 MB RAM) telah dijadikan sebagai HBP Primary Domain Controller (PDC) untuk mengawal sekuriti rangkaian tempatan PBP. Ia juga berfungsi sebagai Web Server kedua di PBP khusus untuk kegunaan pelajar menghantar tugasan secara elektronik. Satu lagi komputer dengan 64 MB RAM digunakan sebagai HBP Web Server yang rasmi ( http://www.hbp.usm.my/ ). Kedua-dua komputer ini beroperasi dengan Windows NT Server 4.0 dan Internet Information Server 3.
Disamping itu, Active Server Pages (ASP) dan Frontpage Server Extension juga telah dipasang di Web Server berkenaan.
Kedua-dua komputer ini sebenarnya bukan jenis server. Maka sekiranya trafik ke Laman Web tinggi, pelawat akan menghadapi masalah masa yang panjang untuk membaca sesuatu laman web.
Tiga komputer yang lama (jenis 386; 8 MB RAM; 170 MB HHD) telah disambungkan kepada suatu HUB murah untuk memberi akses ke Internet khas untuk pelajar-pelajar PBP. Pelajar yang tiada Internet Akaun dari Jaring atau TMNet boleh mengguna komputer-komputer ini untuk menghantar tugasan atau membaca nota kuliah serta berkomunikasi dengan pensyarah melalui email. Untuk projek atau tugasan yang melibatkan kegunaan Frontpage 98, pelajar-pelajar juga dibenarkan mengguna komputer jenis MMX 200 MHz untuk tujuan penyediaan laporan elektronik serta penerbitan terus ke Web Server.
Sebuah server baru dan satu "high-end" HUB (24 port, 100/10 BaseT) sedang di dalam proses pembelian oleh Pusat Pengajian PBP. Walau bagaimanapun, satu server sahaja tidak mencukupi kerana kami perlu merancang untuk sesuatu sistem "back-up" supaya bisnes pengajaran dan pembelajaran tidak tidak tergendala apabila server rosak atau tidak beroperasi untuk sementara waktu.
Dicadangkan lebih banyak komputer dengan hubungan Internet disediakan di Makmal IT PBP untuk mengurangkan masa menunggu oleh pelajar yang ingin mengguna kemudahan Internet. Komputer jenis Wearnes 486 yang akan dipulangkan oleh pensyarah-pensyarah apabila mereka mendapat komputer baru (Packard Bell) boleh dilengkapi untuk tujuan ini (serta kegunaan CAD, GIS dan lain).
"Concentrator" di HBP HUB baru-baru ini telah rosak dan walaupun telah dibaiki ia masih mengganggu akses ke Web Server. USM kini sedang merancang untuk mempertingkatkan rangkaian tempatan USMNet. Diharapkan usaha ini dapat dipercepatkan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui rangkaian tempatan USMNet boleh jalan dengan licin.
![]()
10 November 2003 12:33:45