Rancangan Masa Depan Untuk Laman Web PBP

Kini sudah ramai pensyarah PBP yang telah menerima teknologi laman web untuk membantu tugas pengajaran mereka.  Kami berharap semua pensyarah PBP akan suatu hari nanti mengendalikan laman web sendiri.

Teknologi laman web menang mudah.  Sebab itulah World Wide Web (WWW) telah menjadi begitu popular dan telah maju dengan begitu cepat.  Namun, WWW juga telah menjadi lebih mantap.  Selain daripada teks dan grafik, teknologi laman web kini juga merangkumi bunyi dan animasi serta interaktiviti, ia itu seseorang pelawat boleh berinteraksi dengan laman web seperti membuat pertanyaan dan menjawab soalan.   Kesemua kemudahan ini sebenarnya telah diserapkan ke Laman Web HBP tetapi diharapkan ia akan diperluaskan kegunaannya oleh semua pensyarah supaya nota kuliah lebih menarik dan efektif.  Sebagai media untuk CAI/CBL (Computer Aided Instruction/ Computer Aided Learning) tidak boleh dinafikan teknologi Laman Web mempunyai banyak potensi dan kelebihan jika dibandingkan dengan media CD-ROM.

Sebagai sebuah institusi yang peka kepada hasrat Kerajaan dan rakyat supaya pekerja masa depan mahir dalam kegunaan IT untuk kerja sehari-harian, kami akan menyediakan akaun dan sub-web untuk setiap pelajar baru mulai Sessi Akademik 1999/2000.  Semua tugasan / projek mereka boleh diterbitkan di sub-web masing-masing.  Pensyarah seterusnya boleh meneliti tugasan itu dari bilik pejabat mereka atau dari mana jua mereka berada jika dapat akses ke Internet.

Lama kelamaan, hasil pensyarah dan pelajar akan menjadi mantap dan boleh disusun dan diterbitkan sebagai buku ilmiah berbentuk elektronik.

10 November 2003 12:33:46