SINOPSIS KURSUS

 

(a) RAK 233 - Prinsip dan Teori Rekabentuk

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teori dan prinsip-prinsip asas rekabentuk. Kandungan kursus meliputi penggunaan objek-objek dua dan tiga dimensi yang melibatkan bentuk, cahaya, warna dan tekstur. Perbincangan mengenai ruang, isipadu, satah datar, satah dinding, satah bumbung dan corak pergerakan akan memberi gambaran asas mengenai subjek rekabentuk.

Rujukan

Adams, J.A., Billow, L.M. (1988). Descriptive Geometry and Geometric Modelling : A Basis for Design. Holt, Reinhart and Winston, New York.

Hannebaum, L (1990). Landscape Design : A Practical Approach. Reston Publishing Co. Inc., Virginia.

Marlowe, O.C. (1977). Outdoor Design : A Handbook for the Architect and Planner. Crosby Lockwood Staples, London.

Simmons, J.O. (1983). Landscape Architecture. Mc Graw Hill Book Co., New York.

 

(b) RLD 510 - Asas-Asas Ekologi

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar pengetahuan asas ekologi. Ia bertujuan untuk memberi gambaran bagaimana tumbuhan bergantung di antara satu dengan lain sama seperti benteng. Peranan penting yang dimainkan oleh alam tumbuhan kepada keseimbangan persekitaran manusia akan juga ditekankan.

Antara lain kandungan kursus akan menyentuh perkara-perkara berikut:

Oikos - pengenalan kepada ekologi. Persekitaran - penumpuan kepada persekitaran di wilayah utara; penyesuaian tumbuhan kepada persekitaran; Interaksi di antara tumbuhan; komuniti tumbuhan - sifat dan struktur; perubahan temporal dalam komuniti tumbuhan; konsep ekosistem - aliran tenaga dan kitaran biogeokimia; Pengenalan kepada alam tumbuhan Malaysia khusus kepada vegetasi bukit, kawasan pamah dan paya; Pengaruh manusia ke atas ekosistem.

Rujukan

Asian Pacific Council (1984) Ecological and Management of Problem Soils in Asia.

Odum, E. (1975) Ecology, Holt, Reinhart and Winston, N.Y.

 

(c) RLD 511 - Botani

Kursus ini bertujuan untuk mengenalkan kepada pelajar aspek-aspek botani sebagai faktor utama dalam mengenali alam tumbuhan supaya mereka fasih dalam mengenali cara-cara untuk mempastikan tumbuhan hidup dengan sempurna dan digunakan dalam konteks rekabentuk landskap yang paling sesuai. Sifat-sifat asas tumbuhan, keperluan tumbuhan untuk hidup dengan sihat seperti bahan kimia, jenis tanah dsb., mengenali kekurangan bahan kimia dari rupa warna dedaun dan sebagainya akan diperkenalkan secara asas. Ciri-ciri tumbuhan yang penting seperti tumbuhan yang beracun (getah atau buah), bentuk pokok, warna daun dan bunga akan diperkenalkan dalam konteks kegunaan rekabentuk landskap.Pendedahan yang diberikan oleh kursus ini akan mempastikan pelajar akan dapat memahami sifat-sifat semulajadi tumbuhan, mengetahui cara untuk mempastikan sifat ini wujud dalam konteks penanaman bukan semulajadi dan mempunyai keupayaan untuk menggunakan pengetahuan ini dalam menyelesaikan masalah dengan menghasilkan landskap yang indah dan di waktu yang sama berfungsi.Antara lain kursus ini akan meliputi aspek-aspek seperti morfologi luaran tumbuhan - struktur akar, dahan, daun dan bunga. Kitaran hidup, pengkelasan dan pengenalpastian; anatomi tumbuhan - bentuk dan fungsi; tumbuhan dan air, zat nutrien, fotosintesis, translokasi dsb.; alam tumbuhan, ekosistem, faktor biotik, faktor iklim; contoh pendekatan ekologi dalam memahami bagaimana sistem semulajadi berfungsi.

Rujukan

Asian Pacific Council (1984) Ecological and Management of Problem Soils in Asia.

Gilbert, O.L. (1989) The Ecology of Urban Habitats, Chapman and Hall, London.

Cutler, D.F, dan Richardson, I.D.K. (1989) (Edisi Kedua) Tree Roots and Buildings, London Study Construction Press.

 

(d) RLD 512 - Hidrologi dan Kawasan Tadahan

Kursus ini akan membincangkan fenomina biologikal dan fizikal berkaitan dengan kewujudan sumber air dari hutan dan kawasan tadahan, kekesanan dari pengurusan tumbuhan dalam ekosistem, kitaran hidrologi, pertalian antara hutan, ekosistem akuatik dan aspek ekologi secara keseluruhan, akan merupakan intipati kepada kursus. Kandungan kursus ini akan merangkumi perkara-perkara atau topik seperti, Air dan Kitaran Tenaga, Hutan dan Ekologi Globa, Morfologi Kawasan Tadahan dan Pengairan, Air Permukaan (Surface water), Hakisan dan Pemendapan, Biologi Saliran, Kualiti Air, dan lain-lain.

Rujukan

Hewlett, J.D. (1982) Principles of Forest Hydrology. The University of Georgia Press.

Kimmins, J.P. (1987) Forest Ecology. Macmillan & Company, N.Y.

Warubg, R.H. and W. H Schlesinger. (1985) Forest Ecosystems, Concepts and Management. Academic Press. N.Y.

 

            (e) RLD 503 - Pembinaan Landskap

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada prinsip dan teknik rekabentuk permukaan kejur menggunakan bahan-bahan binaan dalam landskap. Ia akan memperkenalkan konteks landskap khususnya peralihan bandar dan luar bandar, sifat dan unsur bahan binaan khususnya dari segi aspek teknikal dalam kerja tapak dan prosedur binaan. Bahan-bahan binaan seperti mortar, konkrit, batu bata, batu-batuan, kayu dan kegunaan mereka dalam landskap dari segi binaan seperti perlindungan, penghadang pemandangan, tembok, pagar, permukaan dari aspek keperluan fungsi, saliran, penyeliaan dsb., akan dikaji. Teori rekabentuk struktur termasuk faktor bebanan, momen, tekanan, stabiliti dll. akan diberi perhatian. Rekabentuk konkrit (skop, sifat struktur, saiz, acuan dan pembinaan), tembok penahan konkrit (rekabentuk dan pembinaan), kayu khususnya dalam pembinaan jambatan dan ‘deck’ (rekabentuk, sifat, struktur saiz, pembinaan dll.). Latihan rekabentuk menggunakan bahan-bahan ini akan terdiri dari latihan merekabentuk permukaan kejur, tembok penahan, tempat duduk, tangga luaran, lorong pejalan kaki, ‘ramp’, elemen penghias, serta tembok dan pelbagai jenis pengadang lain. Semua latihan ini akan menekan kepada penggunaan bahan, keperluan fungsi, pembinaan dan saliran termasuk kos.

Rujukan

Illston, J.M. (1994) (edisi kedua) Construction Materials: Their Nature and Behaviour, E & FN Spon, London.

Fortlage, C.A dan Phillips, E.T. (1992) Landscape Construction, Vol. 1, Gower, London.

                   Derek Lovejoy Partnership (1986) (Edisi Ketiga) Spon’s Landscape  Handbook, London.

Korff, J.O.A. (1983) The Design of Freestanding Walls, Brick Development Association.

Spon’s Landcape and External Works, (1989), London

 

(f) RLD 504 - Hortikultur Landskap

Untuk memberi peluang kepada para pelajar mengenali, mempelajari dan menghargai bahan-bahan tanaman hiasan tropika. Penekanan kepada spesis tumbuhan yang dibiak dan natif kepada kawasan tropika. Penekanan kepada rekabentuk landskap menggunakan tanaman tropika, pengawalan suhu dan visual dan kualiti alam sekitar. Pendidikan melalui kuliah, kutipan spesis pengajian lapangan iaitu di Taman Botanikal. Aspek-aspek pengurusan tapak semaian akan juga diberi penekanan. Pelajar seterusnya dikehendaki menyediakan pelan pembangunan landskap dengan memberi penekanan kepada penggunaan tanaman hiasan untuk projek-projek residential hinggalah ke peringkat yang lebih komplek seperti kawasan kampus, industri, padang golf dll. Penekanan khusus kepada tanaman hiasan tropika untuk dalaman dan luaran. Pelajar akan di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di Malaysia dan negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia sebagai perbandingan kepada penggunaan tumbuhan tropika di negara-negara Asean. Di peringkat ini pelajar semestinya mahir dalam persembahan melalui grafik dan oral. Kandungan kursus akan meliputi aspek-aspek ; Asas dalam kulturakebunan ; Kepakaran dan praktis dalam kulturakebunan ; Kulturakebunan untuk kawasan, Kediaman, Pejabat, Kampus, Industri, Taman Perkebunan, Taman dan Rekreasi. Pelajar akan didedahkan dengan proses-proses yang berkaitan dengan isu kandungan di atas dan menilai kesesuaian dari segi kos, penyelenggaraan dan kehendak klien.

Rujukan

Denison, E.L. (1989) Prinsiples of Horticulture, Mc Arillan Co.

Mohd. Shariff, M.K. (1988) Hortikultur Hiasan dan Landskap, DBP.

Diekelmann, J. Schuster. R. (1982) Natural Landscaping, Designing with Native Plant Communities. Von Hoffmann, Inc.

 

(g) RLD 505 - Teori dan Falsafah Rekabentuk Landskap

Memperkenalkan pelajar kepada teori rekabentuk landskap dari perspektif sejarah perkembangan landskap. Penelitan dari hasil kerja dan personaliti dari zaman pra-sejarah kepada abad ke 20 dengan penekanan kepada budaya barat dan timur. Pelajar didedahkan kepada peristilahan rekabentuk seni bina landskap dan bahan-bahan rujukan sejarah. Tekanan kepada pengertian rekabentuk dari segi proses organisasi, memenuhi keperluan utiliti, estetik dan rekreasi, sebagai aktiviti khusus dan am. Pelajar dikehendaki menyediakan 'project paper' untuk dibincangkan di dalam bentuk kolokium. Kandungan kursus akan meliputi antaranya perkara berikut:

1. Prinsip-prinsip Rekabentuk Landskap (Aspek penggunaan bahan lembut dan bahan kejur dalam pelbagai konteks - domestik, wilayah, bandar atau luar bandar)

2. Sejarah dan Evolusi Rekabentuk Taman (Islam, Amerika Syarikat, Eropah dan Asia)

Sejarah dan Evolusi Rekabentuk Taman - Senitaman termasyur di dunia perlu diberi penekanan yang menyeluruh dalam memahami teori dan falsafah dalam rekabentuk landskap secara keseluruhannya. Evolusi senitaman pada asasnya merupakan manifestasi manusia dan alam tabie. Faktor-faktor sejarah, kebudayaan, kesenian dan iklim sesuatu tempat dan bangsa akhirnya melahirkan suatu evolusi senitaman yang tersendiri. Senitaman Islam sebagai contohnya dilahirkan hasil dari gabungan faktor-faktor di atas dan keagamaan. Air merupakan elemen landskap yang penting dalam Senitaman Islam. Air juga merupakan suatu medium penyucian dalam agama Islam.

Rujukan

Newton, Norman T. (1971) Design of The land. Harvard University Press.

Thaeker, C. (1979) The History of Gardens. London.

Eckbo, G. (1950) Landscape for Living. N.Y.

 

(h) RLD 506 - Aspek Perundangan dan Amalan Profesional

Tidak ada perundangan yang khususnya menjurus kepada landskap. Namun begitu ada beberapa alat-alat perundangan yang mempunyai pengaruh ke atas corak landskap yang dibenarkan. Pelajar-pelajar didedahkan kepada alat-alat perundangan yang berkenaan ini.Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada kewajipan Perekabentuk Landskap sebagai seorang profesional. Hubungkaitnya Perekabentuk Landskap dengan ahli-ahli profesional yang lain juga dijelaskan.Selain daripada perihal perundangan, pelajar-pelajar juga diajar mengenai proses pembangunan, mula dari penyediaan lukisan kasar sehinggalah siapnya pembinaan. Bersangkutan dengan ini, perkara-perkara yang akan ditekankan termasuk penyediaan laporan cadangan pembangunan landskap, anggaran kos pembangunan landskap, penyediaan kontrak dan spesifikasi dan sistem pemerolehan.Antara kandungan kursus akan meliputi aspek-aspek:

1. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1995.

2. Undang-Undang Kecil dan Peraturan Tempatan.

3. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam

4. Undang-Undang Kontrak Landskap

5. Tugas dan tatakelakuan Perekabentuk Landskap

6. Liabiliti dan tanggungan Perekabentuk Landskap sebagai profesional.

Rujukan

Clamp, Hugh (1988) Landscape Professional Practice, Gower Technical Press, Aldershot, Hants

Clamp, Hugh (1986) Spon’s Landscape Contract Mannual: A Guide to Good Practice and Procedures in the Management of Landscape Contracts, Spon, London.

Teo Keong Soed (1995) Land Law in Malaysia: Cases and Commentary, Butterworths, Singapore.

 

(i) RLD 507 - GIS dan Teknologi Maklumat untuk Rekabentuk Landskap

Penekanan kepada prinsip-prinsip asas teknologi maklumat dan GIS yang meliputi teknik dan kaedah pengumpulan data, penyimpanan dan pemodelan dan pemaparan maklumat-maklumat. Applikasi perisian-perisian GIS dan teknologi maklumat yang lain seperti ArcInfo, ArcView, Erdas Imagine, MapInfo, AutoCAD, LandCADD, Microstation, Primavera, perisian-perisian multimedia, visualisasi serta sebagainya juga akan diajar di dalam kursus ini.Antara kandungan asas kursus ini meliputi:

Pengenalan kepada teknologi maklumat dan GIS.
Applikasi-applikasi GIS, CAP, multimedia, visualisasi dan sebagainya di dalam seni bina landskap.
Projek-projek seni bina landskap dengan menggunakan perisian-perisian, GIS dan teknologi maklumat yang lain.
Pemahaman kepada aspek-aspek "virtual reality" di dalam seni bina landskap.
Kaedah analisis secara kompuer - Analisis Penilaian Impak Pandangan, GIS, pengurusan projek dan sebagainya.
Penyediaan laporan-laporan dan persembahan projek-projek seni bina landskap secara teknologi maklumat.

Rujukan

Heit, M. Shortreid A. (1991) GIS Applications in Natural Resources, GIS World, Inc.

Davis, Lawrence S., K. Norman Johnson. (1987) Forest Management. Mc Graw Hill, Inc. NY.

           

            (j) RLD 508 - Penilaian Impak Alam Persekitaran

Kursus ini mendedahkan nilai-nilai alam sekitar dalam pembangunan secara amnya. Tumpuan diberi kepada kaedah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tetapi perbandingan dan kaitan akan dibuat kepada kaedah-kaedah konvensional lain Analisis Kos-Faedah, Kajian Kemungkinan Ekonomi dan sebagainya. Rujukan akan dibuat kepada jenis-jenis penilaian impak persekitaran (EIA) di Malaysia dan perbandingan dengan negara-negara maju. Di samping itu pelajar juga akan diperkenalkan kepada Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagai sebahagian dari komponen penilaian terhadap program pembangunan yang ingin dijalankan. Kandungan akan meliputi:

1. Teori dan Falsafah Alam Sekitar.

2. Pembangunan Sosio-ekonomi dan Alam Sekitar.

3. Teknik-Teknik Penilaian Impak Alam Sekitar.

4. Pentadbiran dan Pengurusan Alam Sekitar.

5. Pengalaman EIA - Pengenalan Negara Perindustrian dan Negara-Negara Membangun.

Rujukan

Donald, M.M. (1986) Evaluation In Environmental Planning, MIT.

Richard C.S. et. all. (1986) Foundations for Visual Project Analysis. John Willey & Sons.

Wathern, P. (ed). (1988) Environmentl Impact Assessment - Theory and Practice, Unwin Hyman, London.

           

            (k) RLD 509 - Pengurusan Sumber Landskap

Kursus ini memperkenalkan pengurusan sumber landskap, konsep, isu, peluang, proses dan aplikasi dalam konteks landskap bandar dan luar bandar serta hutan tropika. Penekanan kepada pembangunan pengurusan hutan di Malaysia dan membuat perbandingan dengan negara maju seperti US. Memperkenalkan nilai, keutamaan, etika dan perundangan yang dapat mempengaruhi aspek di atas. Polisi pengurusan landskap di Malaysia.Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada pemasalahan pada kawasan-kawasan yang sedang terancam seperti kawasan persisiran pantai, kawasan hutan bakau. Ia akan mencakupi pendedahan kepada teori dan praktis dalam pengurusan sumber-sumber landskap. Beberapa undang-undang/akta yang berkaitan dengan pengurusan sumber seperti Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) Kanun Tanah Negara, Akta Perlombongan dan lain-lain akan juga dibincangkan.Lawatan ke FRIM di Kepong dan Botanikal Garden, Pulau Pinang akan diadakan. Kementerian Perhutanan Malaysia adalah sumber penting dalam mempelajari aspek di atas.

Rujukan

Canter, M.R. (1993) Resource Management for Construction: An Integrated Approach. Macmillan, London.

Chesley, A. (1975) Specification for Architecture, Engineering and Construction, McGraw-Hill.

Dietrich, N.L. (1989) Cost Date for Landscape Construction, Kerr Associates.

Walker, A. (1989) Project Management in Construction. BSP Professional Books, Oxford.

 

(l) RUD 500 - Studio Grafik Rekabentuk Landskap

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penggunaan pelbagai media yang digunakan di dalam persembahan grafik. Di antara kandungan kursus termasuklah penyediaan lukisan-lukisan teknik, lukisan perspektif, teknik mewarna dan membuat model bersekil sesuatu kawasan luaran.

Rujukan

Abd. Razak, A.R. (1991). Kaedah Lukisan Seni Bina. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Bammes, G (1994). The Artist’s Guide to Human Anatomy. Trans-edition Books. Andromede Oxford Ltd., Oxfordshire.

Ching, F. (1975). Architectural Graphic. Van Nostrand Reinhold, New York.

Lin, M. (1985). Architectural Rendering Techniques. Van Nostrand Reinhold, New York.

Montague, J. (1993). Basic Perspective Drawing. Van Nostrand Reinhold, New York.

Smith, S. (1994). The Complete Drawing Course. Collin & Brown Ltd., London.

 

            (m) RUD 501 - Studio Landskap 1

Studio ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan menggunakan bahan-bahan utama landskap dalam menyelesaikan masalah luar. Elemen-elemen tumbuhan seperti kategori dan jenis pokok, kegunaan dan ciri-ciri tumbuhan akan diperkenalkan sebagai alat dalam merekabentuk landskap. Pendekatan yang sama akan dibuat untuk bahan-bahan utama yang digunakan di dalam landskap. Latihan penyelesaian masalah tapak akan diperkenalkan untuk mendedahkan pelajar kepada masalah rekabentuk sebenar di mana elemen-elemen rekabentuk tadi digunakan secara praktikal. Studio ini akan dijalankan dalam bentuk projek-projek kecil (1 hari - 1 minggu) di peringkat awal dan akan berakhir dengan projek besar (7 minggu) di mana unsur-unsur yang diperkenalkan dalam projek-projek kecil tadi dicantum. Contoh-contoh projek ialah rekabentuk yang mengambil bentuk dan fungsi landskap bandar seperti ‘private garden’, taman rekreasi dsb. yang melibatkan rekabentuk elemen landskap seperti arbour, tempat duduk dll., dengan menggunakan bahan binaan kejur dan lembut (tumbuhan). Tumpuan projek-projek ini ialah kepada penghasilan rekabentuk yang harmoni dengan menggunakan pelbagai jenis bahan binaan dan tumbuhan. Di peringkat ini penyelesaian masalah adalah dibuat tanpa mengambil kira faktor-faktor makro yang melibatkan isu sosio-ekonomi tetapi khusus kepada menggalakkan kreativiti dan kemahiran grafik. Studio ini juga akan dijadikan wadah bagi pelajar untuk mempertajamkan kemahiran mereka dalam menggunakan pelbagai peralatan, teknik dan media grafik termasuk lukisan-lukisan teknik dan perspektif, teknik mewarna dan pembuatan model 3-D. Selain dari aspek Grafik, pelajar juga akan didedahkan kepada aspek-aspek kejuruteraan. Pengetahuan yang diperolehi dalam kursus pembinaan landskap (RLD 503) dan kursus Asas Ukur Tanah akan digunapakai dalam mempertajamkan kemahiran pelajar kepada kerja-kerja pemeringkatan, cut dan fill dan lain-lain.

Rujukan

MacDougall, E.B. (1983) MicroComputers for Landscape Architecture, Elsevier, New York.

Laseau , P (1986) (Edisi Kedua) Graphic Problem Solving for Architects and Designers, Van Nostrand, NY.

Crowe, N. dan Laseau, P. (1984) Visual Notes for Architects and Designers, Van Norstrand, N.Y.

Wahl, M.I. (1987) Design and Presentations for Architects and Designers, Van Norstrand, N.Y.

 

            (n) RUD 502 - Studio Landskap 2

Studio ini merupakan lanjutan kepada Studio Landskap 1. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara penyelesaian masalah yang lebih kompleks di mana kebolehan yang diperolehi dari Studio Landskap 1 digunakan untuk merancang dan merekabentuk landskap dalam konteks masalah landskap sebenar yang merangkumi faktor-faktor sosio-politik, ekonomi dan persekitaran. 3 projek utama akan diadakan; masing-masing menekankan kepada masalah landskap luar bandar, rekabentuk bandar dan yang terakhir merupakan masalah yang dipilih oleh pelajar sendiri dengan persetujuan pensyarah. Semua projek-projek ini akan menekankan kepada pembinaan landskap dan rekabentuk tanaman. Projek akhir akan dibahagi kepada 4 peringkat - pemilihan topik dan kerja awal, perincian sumber maklumat dsb, kajian dan analisis, rekabentuk. Peringkat 1 dan 2 dijalankan dalam masa cuti antara semester 1 dan 2. Projek-projek yang diberi akan mengambil bentuk rekabentuk padang golf, taman rekreasi wilayah, landskap pusat bandar, pembangunan landskap kawasan terbiar atau landskap institusi awam seperti pusat pengajian tinggi, kawasan pelancungan, lapangan terbang atau hospital. Tiap-tiap projek ini akan menekankan kepada keupayaan pelajar untuk menggunakan kemahiran yang telah diperolehi untuk menyelesaikan masalah dalam konstren sebenar seperti dasar pembangunan kerajaan dan kos hingga ke tahap penyelenggaraan.

             Rujukan

MacDougall, E.B. (1983) MicroComputers for Landscape Architecture, Elsevier, New York.

Laseau , P (1986) (Edisi Kedua) Graphic Problem Solving for Architects and Designers, Van Nostrand, NY.

Crowe, N. dan Laseau, P. (1984) Visual Notes for Architects and Designers, Van Norstrand, N.Y.

Wahl, M.I. (1987) Design and Presentations for Architects and Designers, Van Norstrand, N.Y.

 

(o) RLL 572 - Projek Penyelidikan

Kajian ilmiah memerlukan pelajar memilih samada kajian berbentuk projek landskap atau projek penyelidikan landskap. Kedua-dua kategori penyelidikan ini memerlukan kajian yang mendalam dan menyeluruh dalam topik-topik tertentu yang berkaitan dengan bidang (modul minat) pelajar. Setiap pelajar dikehendaki menyerahkan tajuk ‘projek landskap’ atau ‘projek penyelidikan landskap’ dan kertas cadangan kepada satu jawatankuasa atau Course Co-ordinator kursus untuk disahkan. Contoh-contoh bidang penyelidikan yang boleh diambil oleh para pelajar adalah seperti, Penilaian Impak Visual, Pengurusan dan Perancangan Ekologi Landskap, Modelling Alam Sekitar dan GIS, Kajian Tanaman Tropika,dan lain-lain.

Rujukan

Graziano, A. (1988), Research Methods: A Process of Enquiry, Harper and Row, New York.

Babbie, E.R. (1986), The Practice of Social Research, Wadsworth, Belmont, Calif.

Kerwin, J.B. (1992), Methods of Business Research, Harper Collins, New York.

Rodwin, L. (ed). (1987), Shelter, Settlement & Development, Allen & Unwin, Boston.

Blair, T. (1985), Strengthening Urban Management, Plenum New York.

Hardoy, J.E. D. Satterthwaite, (1981), Shelter: Need and Response, Housing, Land and Settlement Policies in Seventeen Third World Nations, Chichester - Wiley.

Mabogunje, A.L. et. al (1978), Shelter Provision in Developing Countries : The Influence of Standards and Criteria, Chichester - Wiley.