SISTEM DAN PENTADBIRAN JALAN

Pengangkutan jalan dan lebuhraya merupakan sistem perhubungan utama yang merangsangkan pertumbuhan industri dan sosioekonomi dikebanyakan negara termasuk Malaysia.

 

wpe2.jpg (52938 bytes)

Rajah 1.1 : Sistem jalan dalam sebuah pembangunan bandar baru

Garispanduan dan Rekabentuk

Rekabentuk dan pembinaan jalan perlulah mematuhi aspek teknikal, alamsekitar dan kemanusiaan. Aspek teknikal selalunya merujuk kepada teori yang sama sahaja walau dimana sekalipun jalan itu akan dibina. Manakala aspek alam sekitar dan kemanusiaan mungkin memerlukan pengubahsuaian dari sau tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian prosidur rekabentuk dan kriteria rekabentuk mungkin berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.

Di Malaysia, panduan dan garis panduan rekabentuk / kriteria rekabentuk untuk lebuhraya dan jalan-jalan utama telah disediakan dan perlu dipatuhi. Kebanyakan garis panduan/ kriteria ini disediakan oleh JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Manakala kebanyakan jalan-jalan untuk kampung dan luar bandar serta tamat ditentukan kriteria oleh pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Daerah.

 

Jalanraya dan Pembangunan Hartanah

wpe10199.gif (122099 bytes)

Rajah 1.2: Sistem Jalan dalam sebuah kawasan perumahan kos tinggi

Dalam pembangunan hartanah , pembinaan dan kos pembinaan projek-projek jalan akan ditanggung oleh pemaju yang berkenaan dan projek-projek ini perlu direkabentuk dan dibina berdasarkan kriteria yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa. Setelah ‘handover’ jalan-jalan ini akan diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan manakala jalan-jalan utama selalunya disediakan dan diselenggara oleh kerajaan negeri atau kerajaan perseketuan.Walaubagaimanapun dalam kebanyakan kes dimana tiada jalan utama dikawasan pembangunan yang dicadangkan, pihak pemaju dikehendaki membina jalan tersebut dan diserah kepada kerajaan.

Setengah-setengah pembangunan/pemaju memilih untuk mempunyai jalan -jalan "private"- dimana kos penyelenggaran dan pembaikan akan ditanggung oleh tuan punya hartanah - contoh: pembangunan eklusif berbentuk "country homes" dan kawasan kediaman didalam kawasan kelab-kelab rekreasi dan sukan. Suatu badan dalam bentuk badan pengurusan harta akan ditubuh yang dianggotai oleh semua pemilik dalam kawasan pembangunan berkenaan. Ianya seakan sistem penyengaraan bangunan-bangunan kediaman flat dan apartment yang mempunyai sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap penyengaraan bangunan tersebut. Dalam kes bangunan flat atau apartment badan ini dipanggil "management corporation".

 

Jalan dan Kategori

Sistem jalanraya di kategorikan kepada beberapa kategori untuk tujuan pentadbiran, perancangan dan rekabentuk. Kategori ini selalunya didasarkan kepada jumlah isipadu trafik, laju , dan keperluan penyenggaraan.

b1-f1.bmp (643318 bytes)

Rajah 1.3: Asas dan Keperluan Pengelasan Jalanraya

Secara umumnya klasifikasi/ kategori asas sistem jalanraya dan lebuhraya boleh dibahagikan kepada empat klasifikasi utama .

  1. Lebuhraya yang menyebabkan perjalanan kenderaan dalam isipadu besar secara efisien antara bandar-bandar besar dan negeri . Jalan-jalan ini mempunyai ekses yang terhad dan berlapis dengan ‘interchanges’
  2. Laluan utama -Jalan utama menghubungkan kawasan bandaran melalui pergerakkan trafik keluar masuk tertakluk kepada jalan masuk dan keluar yang terhad serta penggunaan pembahagi jalan bagi mengawal pergerakan.
  3. Jalan pengumpul menyediakan ekses kesesuatu kawasan pembangunan dan menghubungkan jalan-jalan utama. Papan tanda trafik disediakan bagi mengawal lalulintas.
  4. Jalan susur merupakan jalan untuk kesetiap unit properties dan menghubungkan jalan pengumpul. Laju selalunya dikawal dalam kawasan kediaman.

 

Di negara ini kategori-kategori jalan boleh disenaraikan seperti berikut:

  1. Lebuhraya (tol/ tiada tol)
  2. Laluan Persekutuan
  3. Jalan Raya Negeri
  4. Jalan Bandaran/Taman
  5. Jalan Kampung/mini tar

 

 Jalan Bandaran /Taman

Selalunya jalan dalam kategori ini adalah dibawah Pihak Berkuasa Tempatan iatu majlis-majlis perbandaran, dewan bandaraya dan majlis-majlis daerah.

 

JALAN BANDAR / TAMAN.

 

 

UTAMA

PERKHIDMATAN

SUSUR

L. BELAKANG

PERUMAHAN

66’

40’

40’

20’

PERDAGANGAN

KOMERSIL

66’

40’

40’

20’

INDUSTRI

100’

66’

50’

30’

PERUMAHAN

KOS RENDAH

66’

30’

20’

15’

 

 

UKURAN POTONGAN DI SUDUT.

LEBAR JALAN

UKURAN POTONGAN

CATATAN

  1. Jalan 132’
  2. Jalan 100’
  3. Jalan 66’
  4. Jalan 50’
  5. Jalan 40’

40’-50’

40’

20’

20’

15’-20’

Ukuran -ukuran ini adalah sebagai panduan sahaja .Ianya terletak kepada persetujuan jabatan-jabatan teknikal dan pihak berkuasa yang terlibat.