PROBA MACKINTOSH

Alat ini dikategorikan sebagai meter tusuk ringan. Ia hampir sama dengan Proba JKR kecuali bentuk kon. Kon Mackintosh mempunyai sudut 30 deg. Manakalan kon JKR pula 60 deg. Kaedah penggunaan adalah sama.

Proba ini mempunyai pengetuk yang akan dijatuhkan untuk menekan kon kedalam tanah yang akan diuji. Jumlah ketukan setiap satu kaki atau 300mm akan direkodkan. Kedalaman maksima ujian ini terhad kepada 60 kaki.

Hasil ujian ditafsirkan dalam bentuk kekuatan galas tanah. Nilai ini boleh digunakan dalam kajian asas bangunan dan juga kajian-kajian lain berkenaan kekuatan tanah. Proba ini juga kerap digunakan bagi melengkapkan data tentang kekuatan lapisan tanah antara lubang-lubang gerek. Biasanya ujian ini dijalankan pada jarak antara 30-50 kaki.

Tafsiran kekuatan galas dibuat menggunakan formula yang telah ditentukan atau menggunakan graf yang disediakan.