SARJANA SAINS PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

 

 

LATARBELAKANG

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, telah ditubuhkan dalam tahun 1972 dan pengambilan pertama kumpulan pelajar telah dijalankan pada Sidang Akademik 1973/74. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terlatih dalam pelaksanaan aspek-aspek yang bersangkut-paut dengan perumahan, bangunan dan perancangan di negara ini. Dengan itu dua peringkat rancangan akademik telah dibentuk.

(i) Rancangan Ijazah Pertama yang membawa kepada Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perumahan, Bangunan dan Perancangan

dan

(ii) Rancangan Ijazah Tinggi yang membawa kepada Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Perancangan.

TUJUAN DAN MATLAMAT RANCANGAN SARJANA SAINS PERANCANGAN

 

Rancangan Sarjana Sains Perancangan ini ialah satu rancangan yang dikendalikan secara penuhmasa melalui kerjakursus intensif serta menerusi penyelidikan. Jangkamasa kursus ini adalah dua tahun yang dibahagikan kepada empat semester.

 

Objektif utama Rancangan Sarjana Sains Perancangan ialah untuk melatih pelajar yang mampu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai `Jururancang-Jururancang Profesional yang serba boleh' di dalam pelbagai peringkat perancangan untuk memenuhi keperluan negara.

 

Kursus ini khasnya bertujuan untuk:

 

(i) Penyebaran pengetahuan berkenaan prosidur dan amalan dalam perancangan.

 

(ii) Pendedahan kepada teknik dan kaedah semasa dalam perancangan.

 

Rancangan Sarjana Sains Perancangan ini adalah kursus ikhtisas selepas ijazah yang mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Perancang Malaysia sebagai Kursus Professional.

KEMASUKAN

Buku Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peraturan-peraturan bagi Ijazah Tinggi yang terkandung di dalam Panduan Rancangan Ijazah Tinggi, Universiti Sains Malaysia.

KELAYAKAN KEMASUKAN

Calon-calon untuk rancangan Ijazah Sarjana Sains (Perancangan) diperlukan mempunyai:-

Sama ada l. Ijazah Kepujian yang baik di dalam Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) dari Universiti Sains Malaysia

Atau 2. Ijazah Kepujian yang baik dari Universiti Sains Malaysia atau dari Universiti-Universiti lain yang diterima oleh Senat Universiti Sains Malaysia dalam salah satu bidang yang berikut:

Seni Bina, Kejuruteraan, Geografi, Ekonomi, Sosiologi, Penilaian, Sains Kemasyarakatan, Pengurusan Pembangunan. Walau bagaimanapun siswazah dari bidang-bidang lain yang berkaitan boleh juga dipertimbangkan.

Atau 3. Kelulusan-kelulusan lain akademik atau ikhtisas dari dalam dan luar negeri yang boleh diterima oleh Senat Universiti Sains Malaysia.

Keutamaan kemasukan akan diberikan kepada calon-calon yang memenuhi salah satu kelayakan yang tersebut di atas dan mempunyai pengalaman pekerjaan di dalam bidang perancangan dan pembangunan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan mensyaratkan bahasa pengantar di dalam rancangan ini adalah Bahasa Malaysia. Sebelum dibenarkan mendaftar untuk Ijazah Tinggi di Universiti ini, calon-calon mestilah mempunyai kepujian di dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya. Walau bagaimanapun Senat (dalam kes-kes tertentu) boleh mengizinkan calon-calon yang tidak mempunyai kepujian di dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau setarafnya, dengan syarat kelulusan ini diperolehi semasa tempoh pengajiannya.

Calon-calon luar negeri diperlukan mempelajari Bahasa Malaysia dan mengambil peperiksaan yang telah ditentukan semasa tempoh pengajian di Universiti ini.

 

cARA MEMOHON

Semua permohonan-permohonan untuk mengikuti rancangan ini hendaklah dibuat melalui borang permohonan kemasukan yang boleh didapati dari:

 

Pendaftar

Universiti Sains Malaysia

Minden

ll800 Pulau Pinang

Malaysia

 

Tahun akademik biasanya bermula pada bulan Mei. Iklan tentang permohonan kemasukan ke dalam rancangan ini akan diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan pada awal bulan Mac.

 

MAKLUMAT LANJUT

Butir-butir lanjut tentang rancangan ini boleh didapati dari:

Pengerusi

Rancangan Perancangan Bandar dan Wilayah

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Universiti Sains Malaysia

ll800 Pulau Pinang

 

Telefon : 04 - 6577888 Samb. 3177/3172

Email : dean_hbp@usm.my

Laman Web : http://www.hbp.usm.my/planning/

RANCANGAN AKADEMIK

 

Rancangan Sarjana Sains Perancangan ialah satu rancangan kerja kursus intensif penuh masa selama dua tahun (empat semester). Walau bagaimanapun, oleh kerana rancangan ini mengikuti sistem unit, untuk mendapatkan ijazah ianya bergantung kepada kebolehan latar belakang dan kemajuan seseorang penuntut itu sendiri.

Siiswazah-siswazah dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia yang telah mengikuti kursus-kursus yang sama atau yang berkaitan semasa rancangan Ijazah Sarjana Muda. Mereka boleh diberi pengecualian dari kursus-kursus tertentu dan dengan itu membolehkan tempoh masa pengajiannya dikurangkan. Tempoh minimum ialah sekurang-kurangnya dua semester.

Untuk sebarang permohonan pengecualian, seseorang penuntut terlebih dahulu hendaklah mengisi borang pengecualian unit yang boleh didapati dari pejabat am PBP, seterusnya akan merujuk borang tersebut kepada Pengerusi Rancangan. Jawatankuasa Pengajian Perancangan akan membuat perakuan mereka kepada Dekan.

 

KURIKULUM

Kurikulum ini menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman tentang:

(i) Teori dan teknik perancangan

(ii) Matapelajaran-matapelajaran utama perancangan; dan

(iii) Pentadbiran dan pengurusan perancangan

Kurikulum rancangan ini dibahagikan kepada 4 komponen berikut:-

(a) Kursus-kursus teori (Teras Wajib dan Elektif)

(b) Kerjakursus/Projek Perancangan dalam Studio

(c) Latihan Amali selama 10 minggu

(d) Penyelidikan atas daya usaha pelajar (Tesis Perancangan)

Tiap-tiap calon dikehendaki mengambil kursus-kursus yang ditentukan dan mesti lulus di dalam peperiksaan bagi matapelajaran-matapelajaran berikut:

 

Studio Perancangan dan Projek Unit Jam Pertemuan

RPS 307 Studio Perancangan 3 5 84

RPS 308 Studio Perancangan 4 5 84

RPS 503 Studio Perancangan 5 6 84

RPS 504 Studio Perancangan 6 6 84

 

Teori/Sejarah/Evolusi Unit Jam Pertemuan

 

RPK 231 Prinsip-Prinsip Perancangan 3 42

RPK 531 Teori & Falsafah Perancangan 3 42

RPK 532 Perancangan Pembangunan 3 42

 

Amalan/Pengurusan/Pentadbiran Unit Jam Pertemuan

 

RPK 558 Perundangan & Pentadbiran Perancangan 3 42

 

Teknik/Kaedah Unit Jam Pertemuan

 

RPK 233 Kaedah Analisis Perancangan 4 56

RPK 533 Kaedah dan Teknik Penyelidikan 3 42

RPG 537 Penggunaan Komputer untuk Perancangan 3 42

 

Wilayah/Bandar/Desa Unit Jam Pertemuan

 

RPK 534 Perancangan Pembangunan Bandar 3 42

RPK 535 Perancangan Wilayah dan Desa 3 42

 

Matapelajaran Pengkhususan (Wajib) Unit Jam Pertemuan

 

REG 261 Perkhidmatan Bangunan 3 42

RPK 343 Aspek Sosial Dalam Perancangan 3 42

RPK 351 Ekonomi Bandar & Wilayah 3 42

RPK 536 Perancangan Pengangkutan 3 42

 

Penyelidikan Unit Jam Pertemuan

 

RUL 573 Penyelidikan atas Dayausaha Pelajar 6 84

 

Kursus Elektif Unit Jam Pertemuan

 

RPK 321 Perancangan Landskap 3 42

RPK 222 Pemuliharaan 3 42

RPK 332 Rekabentuk Bandar 3 42

RPK 334 Perancangan Lalulintas 3 42

REG 366 Rekabentuk Jalan dan Lebuhraya 3 42

RPK 323 Perancangan dan Pembangunan Pelancongan 3 42

RMK 336 Penilaian 3 42

RAK 343 Kajian Perumahan 3 42

__________

 

Jumlah Minimum 85

__________

 

 

 

CARTA SUSUNAN KURIKULUM

SEMESTER (I) (III) SEMESTER (II) (IV)

STUDIO-STUDIO PERANCANGAN

KURSUS-KURSUS WAJIB

Teori/Teknik

 

Perancangan Pembangunan Kaedah Analisis Perancangan

Teori dan Falsafah Perancangan Perancangan Wilayah dan Desa

Teori dan Amalan Perancangan Penggunaan Komputer untuk

Kaedah dan Teknik Penyelidikan Perancangan

Perancangan Pembangunan Bandar

Prinsip-Prinsip Perancangan

PENTADBIRAN/PENGURUSAN

Perundangan dan Pentadbiran

Perancangan

Matapelajaran Khusus

 

Perkhidmatan Bangunan Perancangan Pengangkutan

Ekonomi Bandar & Wilayah Aspek Sosial di dalam Perancangan

KURSUS-KURSUS PILIHAN/PENGKHUSUSAN

 

Perancangan Lalulintas Perancangan & Pembangunan Pelancongan

Penilaian Pemeliharaan

Kajian Perumahan Kajian Perumahan

Perancangan Landskap Rekabentuk Bandar

Rekabentuk Jalan & Lebuhraya

PENYELIDIKAN ATAS DAYAUSAHA PELAJAR*

 

*Berdasarkan bidang-bidang yang dicadangkan

 

 

RINGKASAN KURSUS-KURSUS

 

BENGKEL PERANCANGAN DAN PROJEK

 

RPS 307/308 - Studio Perancangan 3 & 4

 

Projek-projek di dalam bengkel perancangan ini menumpukan kepada asas penyediaan pelan-pelan fizikal, susunatur dan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan, seperti yang telah ditentukan di bawah Akta Perancang Bandar Desa, 1976. Projek-projek yang dijalankan secara individu dan usaha-usaha berkumpulan itu akan cuba mempraktikkan dan membangunkan semula ide-ide perancangan asas, teori-teori, kualitatif dan teknik-teknik lain yang telah dipelajari oleh pelajar-pelajar di dalam kursus-kursus lain.

 

RPS 503/504 - Studio Perancangan 5 & 6

 

Projek Bengkel Perancangan akan memberi penekanan kepada kaedah dan metodologi, analisis dan juga kepada perincian-perincian di dalam komponen-komponen perancangan. Projek akan berasaskan kepada kajian sebenar yang dijalankan untuk agensi perancangan kerajaan dan berdasarkan kepada syarat rujukan ("terms of reference") yang sebenarnya. Projek akan berasaskan melibatkan suatu usaha kumpulan berpadu di samping agihan tugasan secara individu untuk setiap penuntut. Bengkel ini akan melibatkan latihan secara keseluruhan, dari perumusan masalah, pengutipan data, analisis dan ramalan hingga ke cadangan strategi dan pengaturcaraan rancangan perlaksanaan projek. Proses perancangan dan persembahan keputusan akan mematuhi garispanduan amali perancangan ikhtisas di Malaysia.

 

 

TEORI/SEJARAH/EVOLUSI

 

RPK 231 - Prinsip-Prinsip Perancangan

 

Antara objektif kursus ini adalah:

 

Untuk memahami teori dan prinsip perancangan bandar dan wilayah

Untuk memahami sejarah, evolusi perkembangan bandar

Untuk memahami rangka perancangan dan perundangan perbandaran

Untuk memahami proses perancangan & kawalan perancangan

 

Konsep dan pendekatan perancangan yang meluas seperti Perancangan Mampan, Perancangan Pengangkutan, Perancangan Sejagat dan juga Perancangan Timur dan Barat turut dibincangkan dalam kuliah ini. Selain itu, proses perundangan dan proses pembangunan dan kawalan pembangunan juga disentuh. Selain itu, proses penyediaan komponen-komponen penting perancangan bandar seperti Penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan turut sama menjadi sebahagian penting kuliah ini. Buku Teks: Badaruddin M, Rahmat Azam M, et. Al (2001) Prinsip-Prinsip Perancangan (Edisi Awal), Prentice Hall. Kuala Lumpur.

 

RPK 531 - Teori dan Falsafah Perancangan

 

Kursus ini bertujuan mengenalkan falsafah perancangan perancangan dalam konteks pengolahan perancangan dan merupakan sambungan kepada kursus 231 Prinsip-Prinsip Perancangan.  Kursus ini memberi satu kajian perbandingan sistem-sistem perancangan di negara-negara maju dengan negara-negara membangun.  Juga, tumpuan khas ditempatkan kepada evolusi terori-teori perancangan tempatan.

 

RPK 532 - Perancangan Pembangunan

 

Meninjau teori-teori dan falsafah pembangunan dan kaitannya dengan perancangan.

 

Teori-teori seperti teori neo-klasikal dualisme (modern/tradisional, formal dan bukan formal), pergantungan, sistem dunia moden, teori-teori perubahan sosial dan lain-lain akan dibincangkan dan dihuraikan.

 

Debat yang berlaku di Barat dan di negara-negara membangun akan (juga negara NIC) dikupas dan dihuraikan. Contoh-contoh perancangan pembangunan di desa dan bandar akan digunakan sebagai kajian kes. Perbincangan akan dilakukan di peringkat Dunia, Negara, Wilayah dan Tempatan.

 

AMALAN & PENGURUSAN/PENTADBIRAN

 

RPK 558 - Perundangan dan Pentadbiran Perancangan

 

Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama meliputi prosidur-prosidur perancangan dan amalannya bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar terhadap bagaimana amalan perancangan disepadukan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan bagaimana perkhidmat an perancangan disalurkan.

 

Bahagian kedua kursus ini meliputi perundangan yang berkaitan dengan perancangan bandar dan wilayah. Ia juga akan mengkaji peranan lembaga rayuan, peraturan yang berhubung dengan perancangan dan kawalan pemajuan, serta penguatkuasaan perancangan.

 

Bahagian ketiga pula menghuraikan tentang pengurusan berhubung dengan perancangan bandar dan wilayah. Peranan dan tanggungjawab jururancang profesional dalam sektor kerajaan dan swasta serta fungsi Pertubuhan Perancang Malaysia akan juga dikaji.

 

 

TEKNIK & KAEDAH

 

RPK 233 - Kaedah Analisis Perancangan

 

Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penggunaan teknik dan model kuantitatif dan kualitatif untuk membuat analisis, unjuran dan penilaian dalam perancangan fizikal dan sosio-ekonomi bandar dan wilayah. Teknik dan model kuantitatif termasuk kaedah persampelan dan kajian soal selidik, unjuran penduduk dan pekerjaan, model guna tanah, model peruncitan dan membeli belah, model perumahan, model pengangkutan dan lalulintas. Teknik kualitatif meliputi analisis rekabentuk bandar dan lanskap. Kaedah penilaian pelan termasuk analisis kos faedah, planning balance sheet, matriks pencapaian matlamat, penilaian impak alam sekitar dan komuniti.

 

 

 

RPK 533 - Kaedah dan Teknik Penyelidikan

 

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar proses dan unsur-unsur penyelidikan saintifik: Kaedah pengutipan dan analisis data serta penyediaan laporan penyelidikan. Proses Penyelidikan: Ciri-ciri penyelidikan saintifik dan langkah-langkah dalam penyelidikan.

 

Unsur-unsur penyelidikan: peranan konsep, hipotesis dan teori. Peringkat pengukuran: nominal, ordinal, sela dan nisbah. Pengutipan Data: Sumber data; primer dan sekunder. Penyelidikan perpustakaan. Kaedah kutipan data: banci, tinjauan dan laputan. Persampelan: bentuk dan prosedur. Kerja luar: perancangan, temubual dan masalah.

 

Analisis Data: Teknik statistik deskriptif. Teknik statistik inferens: parametrik dan bukan parametrik. Penggunaan komputer; SAS, SPSSX dan lain-lain.

 

Penyediaan Laporan: Tujuan, bentuk dan kumpulan sasar.

 

 

RPG 537 - Penggunaan Komputer untuk Perancangan

 

100% Kerja Kursus

 

The objective of this course is to provide both theoretical knowledge and practical skills to future town planners to inculcate a culture of using information and telecommunications technology (ICT) in the day-to-day duties or functions of the professional town planner.

Hence, this will be conducted through a combination of lectures on key issues in the use of ICT to realise online planning in the immediate and distant future as well as hands on experience for development of applications systems or use of information for planning studies (including data capture, analysis and reporting).

Lectures will be conducted to introduce the issues and software tools for five areas of IT, namely : (a) database management systems, (b) GIS, (c) CAD, (d) spreadsheet modeling, and (e) Online Planning.

Students will be required to write one term paper and undertake 3 separate projects. The term paper covering issues related to implementation and adoption of ICT for planning will be presented to the class in the form of seminars. Each project will involve anyone of the following categories of software, namely, database management system, GIS, CAD, multimedia presentation, 3D animation, spreadsheet modeling, interactive website or any other software suitable for planning applications. Students may choose from any of the appropriate software depending on field of specialisation or interest. The skills to be acquired should include application development as well as usage for analysis or modeling and documentation related to town planning. Students already familiar with certain software or technology should carry out projects which will enhance their knowledge and skills. For instance, webpage decision and wordprocessing are already basic skills expected of all students but they can still develop projects which may enhance accessibility to information through the web, easier searching, interactivity or animation within reports.

 

 

WILAYAH, BANDAR & DESA

 

RPK 534 - Perancangan Pembangunan Bandar

 

Kursus ini akan menumpukan perhatian kepada isu-isu asas prinsip-prinsip dan dasar-dasar utama dalam merancang pembangunan bandar. Peranan sektor awam dan sektor swasta dalam proses pembangunan bandar dan perhubungan di antara mereka; beberapa jenis alat yang boleh digunakan untuk mengawal dan memperangsangkan pembangunan (contoh: pelan zon, dasar pencukaian dan bayaran pembangunan insentif ekonomi, pengambilan-balik tanah dsb.). Perancangan pembangunan bandar secara keseluruhan melalui pelan pembangunan pelan struktur dan pelan-pelan tempatan. Perancangan kegiatan-kegiatan fungsi-fungsi dan kawasan-kawasan utama di dalam bandar pembangunan dan pembangunan semula pusat bandar, untuk berbagai golongan pendapatan perancangan kawasan perindustrian dan perhubungannya dengan tempat kediaman pekerja: perancangan kegiatan belibelah penghiburan, riadah dsb. Perhubungan dan saling-tindak antara kegiatan-kegiatan dan kawasan yang berlainan dan peranan sistem rangkaian pengangkutan untuk menyelaraskan mereka. Strategi perkembangan bandar secara keseluruhan pemusatan, penaburan, pembangunan bandar setelit dsb.

 

RPK 535 - Perancangan Wilayah dan Desa

 

Evolusi konsep-konsep pembangunan wilayah dan pola-pola penempatan desa. Kemajuan teori dan sejarah perancangan wilayah. Masalah-masalah masakini dalam perancangan wilayah dan desa. Asas ekonomi bagi penempatan wilayah dan ciri komuniti desa. Teori-teori hiraki penempatan. Eksploitasi sumber-sumber desa berhubung dengan pasaran dan kemudahan pengangkutan. Konsep perhubungan antara wilayah bagi perseimbangan pembangunan nasional.

Tinjauan dasar dan strategi pembangunan wilayah dan negara. Kajian kemungkinan wilayah serta penilaian dan penyelarasan pelan wilayah serta dasar-dasar bagi mengawal pengurusan dan pembangunan desa.

 

Peranan penguasa-penguasa wilayah dan tempatan. Rangka kerja untuk perlaksanaan agensi, program dan kewangan. Koordinasi dasar-dasar dan pentadbiran di pelbagai peringkat jabatan-jabatan kerajaan dan agensi awam.

 

 

MATAPELAJARAN PENGKHUSUSAN (WAJIB)

 

REG 261 - Perkhidmatan Bangunan

 

Meliputi aspek-aspek utama seperti berikut:

 

Rekaan Pendawaian ElektrkPendawaian elektrik dan rekaan pembahagian untuk rumah-rumah, bangunan; bangunan perniagaan dan perindustrian. Infrastruktur tenaga untuk bangunan-bangunan tersebut termasuk sistem pembahagian E.H.T. dan L.T. Pendawaian TNB dan undang-undang pembahagian.

 

Pendingin HawaPendingin hawa untuk kegunaan rumah-rumah dan perindustrian termasuk tingkap, loji pusat, zon dan sistem air sejuk.

 

LifLif dan eskalator untuk bangunan-bangunan tinggi. Amalan praktis jentera untuk lif barang-barang dan penumpang-penumpang. Pencegahan kebakaran untuk lif dan escalator.

 

PencahayaanRekaan bagi bangunan-bangunan rumah dan industri. Syor-syor daripada pertubuhan kejuruteraan pencahayaan mengenai pemasaran cahaya. Pelbagai jenis pencahayaan dan sifat-sifatnya.

 

Pencegah KebakaranKecemasan kebakaran dan sistem mencegah kebakaran bagi semua kelas.

 

Bekalan AirSistem terus dan tidak terus. Bekalan air untuk bangunan tinggi: kaedah tanpa pam dan berpam (pengawalan paras air dan pengawalan tekanan). Konsep dan fungsi silinder pneumatik. Sistem bekalan air sejuk dan air panas. Rekabentuk saiz paip. Injap dan bahan paip.

 

SanitasiSistem satu paip pengudaraan penuh, sistem dua paip dan sistem satu lorong. Konsep lorong dan lurah kecil terperangkap. Pengiraaan cerun dan saiz dengan Formula Chezy. Rekabentuk paip sanitasi.

 

RPK 343 - Aspek Sosial Dalam Perancangan

 

Kursus seminar graduan ini membayangkan isu-isu sosial berkaitan dengan pembangunan amnya dan perumahan, bangunan dan perancangan khususnya. Perbincangan am akan tertumpu terhadap konsep-konsep seperti: sosiologi, perubahan sosial dan perancangan sosial; pembangunan sosial dan fizikal, perhubungan di antara kedua-duanya isu-isu sosial dan soalan-soalan berkaitan dengan perumahan dan perancangan komuniti; aspek sosial dalam struktur bandar; pengukuran kos sosial dan faedah; penunjuk-penunjuk sosial sumbangannya dari segi perubahan sosial dan kegunaannya dalam perumahan dan perancangan. Penuntut-penuntut kursus ini perlu memilih beberapa topik dalam konteks Malaysia untuk kertas seminar, persembahan dan perbincangan di dalam kelas.

 

RPK 351 - Ekonomi Bandar dan Wilayah

 

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar proses ekonomi yang membentuk pola guna tanah di peringkat bandar dan wilayah.

 

Konsep Ekonomi Asas: Penawaran, permintaan dan pengeluaran. Analisis Lokasi: Ekonomi perkelompokan, teori lokasi dan teori petempatan pusat. Analisis Pertumbuhan Wilayah. Teori asas eskport dan pengganda wilayah dan kutub pertumbuhan.

 

Analisis Rangka Wilayah: Analisis syif-syer dan analisis input-output. Ketidakseimbangan Wilayah: Urbanisasi dan pembangunan bandar. Ketidakseimbang wilayah.

 

Pola Guna Tanah Dan Pembangunan Bandar: Pasaran harta tanah, perumahan dan pengangguran serta kemiskinan di bandar.

 

RPK 536 - Perancangan Pengangkutan

 

Proses perancangan pengangkutan, pendekatan, tujuan/objektif, inventori, ramalan kegunaan tanah dan pergerakan dan lain-lain. Organisasi dan perkembangan undang-undang pengangkutan di Malaysia. Operasi dan kawalan sistem pengangkutan kesan dan akibat alam sekitar dan polisi-polisi bersabit dengan lalulintas.

 

Kajian asalan dan tempat tuju, skim pengurusan lalulintas, kawalan lalulintas, tempat meletak kerete, skim penahanan dan sistem mengasingkan antara penjalan kaki dengan pengangkutan persendirian, konsep berjalan kaki. Pengangkutan awam: Sumbangannya, tempatnya dalam perancangan bandar, sistem pengangkutan awaam moden, pengangkutan awam dan struktur bandar.

 

PENYELIDIKAN

 

RUL 573 - Projek Penyelidikan Atas Dayausaha Pelajar (Thesis Perancangan)

 

Kursus ini dijalankan di atas dayausaha pelajar itu sendiri. Kursus ini juga dianggap sebagai penyelidikan tesis perancangan. Ia memberi peluang kepada pelajar bekerja dengan lebih rapat lagi dengan sebarang pensyarah yang mempunyai minat yang sama. Tiap-tiap pelajar dan penasihatnya akan bersetuju kepada (1) topik penyelidikan yang berkenaan (2) bahan-bahan rujukan yang berkaitan dan berkenaan dengan topik tadi (3) satu tesis akhir berasaskan daripada kerja-kerja pelajar berkaitan dengan topik kajian tadi. Tiap-tiap kerja pelajar akan dinilai secara individu oleh satu jawatankuasa penilaian yang terdiri dari pensyarah-pensyarah pada akhir kursus ini dijalankan.

 

MATAPELAJARAN ELEKTIF

 

RPK 321 - Landskap

 

Kursus ini berkisar di keliling manusia dan alam sekitarnya dengan tumpuan khusus kepada rekabentuk alam sekitar luaran. Ia dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan perhubungan manusia alam sekitar serta masalah berkaitan. Ia kemudiannya memberi penerangan sejarah tentang cubaan manusia untuk mengubah alam sekitar - terutamanya landskap - untuk disesuaikan dengan keperluan estetika dan fungsi (fizikal dan rohaniah). Dua bahagian berikutnya menumpukan perhatian kepada pendekatan dan teknik dalam perancangan dan rekabentuk lanskap. Dalam perancangan lanskap (peringkat Wilayah) masalah pengkelasan, taksiran dan penilaian lanskap dikenalkan. Pendekatan dalam perancangan landskap dari pendekatan ekologi Ian McHarg hingga pendekatan perangkaan yang terbaru dan sofistikated. Contoh-contoh perancangan lanskap gunaan diterangkan dengan fokus ke arah pemuliharaan dan rekreasi. Dalam rekabentuk lanskap, teori-teori dan prinsip-prinsip rekabentuk disepadukan sekali dengan parameter alam sekitar dan sosial. Pemilihan bahan-bahan lanskap, prinsip rekabentuk penanaman dan perancangan tapak juga disentuh.

 

RPK 222 - Pemuliharaan

 

Kursus ini memperkenalkan konsep, isu dan suasana yang berkaitan dengan alam sekitar kepada pelajar. Pendedahan ini dikaitkan dengan usaha-usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan dan permasalahan serta potensi-potensi yang berkaitan.

 

Kursus ini dibahagikan kepada empat bahagian:

 

  1. Falsafah dan sejarah pemuliharaan.

  2. Perbincangan tentang sumber terpilih iaitu tanah, air, flora dan fauna.

  3. Perbincangan tentang hubungan riadah dan pelancongan dengan pemuliharaan dan persekitaran bebas kereta.

  4. Perbincangan tentang pemuliharaan di dalam dua zon ekologi iaitu zon pantai dan zon bandar.

 

Liputan skop kursus dan pembahagian topik-topik ini di harapkan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk memahami alam sekitar dan konsep pemuliharaan.

 

 

RPk 332 - Rekabentuk Bandar

 

Kursus ini merujuk kepada rekabentuk sekumpulan bangunan-bangunan dan termasuk juga pengurusan polisi-polisi pembangunan untuk fizikal alam sekitar bandar. Terdapat separuh daripada aspek-aspek di dalam kajian Rekabentuk Bandar ini bertindih dengan sebahagian daripada aspek-aspek Seni Bina, tetapi ia lebih menumpukan kepada masalah-masalah tiga dimensi pada sekil peringkat tempat iaitu kedudukannya adalah di antara seni bina dan perancangan bandar.

 

Kursus ini akan mendedahkan unsur-unsur rekabentuk bandar; rekabentuk bandar dan perihal perancangan fizikal; sumbangan sejarah terhadap rekabentuk bandar; rekabentuk banar dalam konteks bandar-bandar baru dan perlaksanaan rekabentuk bandar.

 

RPk 334 - Perancangan Lalulintas

 

Kuliah ini, antara lain membincangkan:

 

konsep perjalanan termasuk perjalanan berteraskan kediaman, bukan berteraskan kediaman, perjalanan terus dan lencong.

Tujuan perjalanan.

Isu-isu lalulintas.

Kajian dan bancian lalulintas.

Jenis dan tujuan bancian lalulintas.

Bancian kegunaan tanah.

Bancian letak kereta.

Bancian isipadu lalulintas dan bancian pejalan kaki.

Bancian pengangkutan awam, bancian kemalangan jalanraya.

Hierarki jalan dan persimpangan.

 

Ia turut membincangkan strategi penyelesaian masalah lalulintas termasuk sistem pengurusan lalulintas iaitu lintasan, tanda arah, kawalan berkomputer, lampu isyarat, letak kereta, laluan bas, sistem pejalan kaki dan lain-lain, selain dari undang-undang lalulintas dan kegunaan tanah.

 

 

REG 336 - Rekabentuk Jalan dan Lebuhraya

 

Sejarah perkembangan teknik-teknik pembinaan lebuhraya. Jenis-jenis lalulintas, aliran dan kapasiti. Rekabentuk geometri lebuhraya dengan merujuk kepada piawaian-piawaian JKR dan LLM. Rekabentuk persimpangan berisyarat dan tanpa-isyarat termasuk lampu isyarat, bulatan dan lain-lain. Lorong pecutan dan awapecutan. Pencahayaan jalan, tanda-tanda lalulintas dan tanda-tanda jalan. Bahan-bahan lebuhraya - bitumen, konkrit dan tanah. Sifat-sifat dan ujikaji tanah yang berkaitan dengan rekabentuk lebuhraya. Kaedah-kaedah rekabentuk turapan-turapan fleksibel dan tegar. Pembinaan lebuhraya.

 

RPK323 – Perancangan dan Pembangunan Pelancongan

 

Kursus ini memberi pengenalan dan kefahaman asas tentang aspek-aspek penting perancangan dan pembangunan pelancongan, meliputi perkara-perkara berikut:

 

konsep-konsep asas, pendekatan, model, objektif dan metodologi perancangan pelancongan. Penekanan akan diberikan terhadap analisa sumber, pembangunan produk dan prinsip;

komponen-komponen penting dalam pembangunan pelancongan—dengan pendekatan tapak dan juga wilayah.

Tumpuan terhadap industri-industri sokongan seperti pengangkutan, perkhidmatan dan penginapan.

Pembangunan konsep pelancongan alternatif dan mampan—seperti ekopelancongan, pelancongan warisan, pelancongan alam, pelancongan kampung dan sebagainya;

Perbincangan terhadap tren terbaru aliran dan produk-produk pelancongan.

Kefahaman mengenai perkara-perkara ini akan disokong dengan contoh-contoh dan kajian-kajian kes yang diambil dari negara ini dan juga negara-negara luar.

 

RPK 343 - Kajian Perumahan

 

Kajian secara keseluruhan berkenaan masalah-masalah dan isu-isu perumahan di negara-negara membangun pada amnya, dan pada khususnya perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Kajian akan meliputi segala kesan sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan perumahan. Analisa stok dan pasaran perumahan, mengandungi penyiasatan kos perumahan dan perhubungannya dengan pendapatan keluarga. Kaedah-kaedah untuk menilaikan kualiti perumahan akan diberikan tumpuan. Pentadbiran dan pengelolaan perumahan: masalah dan isu juga akan dikaji. Dasar peruntukan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan sosial dalam rancangan perumahan awam akan ditekankan dalam kursus ini.

 

 

 

LATIHAN AMALI

 

Calon-calon juga dikehendaki menjalani latihan amali untuk tempoh sepuluh minggu semasa cuti panjang di agensi-agensi yang diluluskan oleh Pusat Pengajian.

 

Semasa latihan amali ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada skop-skop berikut:

 

1. Peraturan pejabat

 

Struktur pentadbiran dan pengurusan (negeri, bandar, wilayah) peranan dan tugas jabatan/pegawai-pegawai, sistem fail dan aliran maklumat, perhubungan.

 

2. Proses perancangan dan peraturan

 

Metodologi dalam melaksanakan projek perancangan. Kaedah/Cara penyediaan, penilaian dan penyampaian untuk pihak-pihak tertentu dalam satu-satu projek perancangan. Peranan perancangan dalam proses rancangan ini.

 

3. Analisis data dan pengajian khas

 

Mengurus, menilai, menganalisa dan menyampaikan maklumat, dalam menyediakan pelan, menilai pelan dan merencanakan pelan-pelan pilihan.

 

4. Kawalan Pembangunan

 

Aspek-aspek peraturan dan syarat untuk meluluskan penukaran perancangan. Peranan dan tugas tiap-tiap pihak dalam mengawal pembangunan perancangan. Kaedah penyediaan rancangan pembangunan oleh pelbagai pihak.

 

PENGIKTIRAFAN IKHTISAS

 

i. Ijazah Sarjana Sains Perancangan ini diiktirafkan sebagai kelulusan ikhtisas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

ii. Pertubuhan Perancangan Malaysia juga mengiktirafkan sebagai Ijazah Ikhtisas yang layak untuk mendapatkan keahlian tersebut.

 

BANTUAN KEWANGAN

 

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan tidak menyediakan kemudahan bantuan kewangan kepada calon-calon yang mengikuti rancangan ini.

 

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan peruntukan kewangan semasa mengikuti Rancangan Ijazah Tinggi, calon-calon bolehlah berhubung dengan Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia.

 

Calon-calon yang ingin mengikuti rancangan ini, boleh juga memohon bantuan kewangan sama ada daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Swasta atau Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela.

Kandungan Buku Panduan ini adalah tepat semasa dikeluarkan. Segala perubahan dibuat dari masa ke semasa dan pihak Universiti mempunyai kuasa menambah, membaiki atau menarik balik kursus-kursus yang ditawarkan di mana perlu. Segala perubahan tersebut akan dicetak di dalam keluaran akan datang.