Nota Kuliah Pertama (Work-in-Progress)
Permulaan Perancangan Bandar
Undang-Undang Sebelum 1923
CAP 133
Sanitary Boards Enactment
Town Improvement Enactment 1917
Undang-Undang Perancangan Pertama 1923
Ideologi Kepentingan Awam
Cadangan Untuk Perancangan
Faedah Perancangan
Enakmen Perancangan Bandar 1923
Enakmen Perancangan Bandar 1927
Enakmen Lembaga Sanitari 1930
(Bahagian IX - Perancangan Bandar)Undang-Undang Perancangan Bandar Peringkat Kebangsaan
Draf Akta Perancangan Kebangsaan 1972
| 1786 - Kapten Francis Light sebaik sahaja mendarat di Penaga (kini George Town) Pulau Pinang telah mengarahkan supaya susunatur jalan disediakan. Penyusunan jalan adalah asas perancangan bandar pada masa itu. | |||||||||
1801 - Jawatankuasa Penilai (Committee of Assessors)
telah dilantik untuk George Town. Mereka mempunyai kuasa untuk :
Ia adalah suatu badan sukarela (tiada kuasa undang-undang) yang menjadi perintis kerajaan tempatan di Malaysia. | |||||||||
| 1808 & 1813 - kebakaran besar di Georgetown mengakibatkan celah lima puluh kaki setiap 200 kaki bangunan berderet disediakan. | |||||||||
1881 - kebakaran di Kuala Lumpur mengakibat KL
dibahagikan kepada 4 zon, mengasingkan perniagaan yang merbahaya dan mudah terbakar.
Zon-zon tersebut ialah :
|
Semua undang-undang pada masa itu menumpu kepada masalah kebersihan dan kesihatan. Tiga undang-undang utama pada masa itu yang ada kaitan dengan "perancangan" ialah :
| Sanitary Boards Enactment 1907 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) | |
| Municipal Ordinance 1913 CAP 133 (Negeri-Negeri Selat) | |
| Town Improvement Enactment 1917 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) |
| Skim Bangunan boleh disediakan oleh pihak berkuasa tempatan mengandungi jalan, lorong belakang dan ruan lapang | |||||
Tujuan skim bangunan ialah untuk memperolehi keadaan yang bersih dan kemudahan untuk
keselesaan hidup
|
| Memberi kuasa untuk menentu dan mengasingkan perniagaan dan pekerjaan yang bahaya, menjejaskan kesihatan penduduk |
(Enakmen Pembaikan Bandar)
Kuasa untuk menyediakan 6 jenis skim :
| |||||||||||||
Kriteria untuk menyediakan skim-skim :
| |||||||||||||
| Walau pun undang-undang ini mempunyai peruntukkan yang begitu kuat tetapi ia dikatakan tidak berkesan kerana ia hanya bertujuan untuk membaiki keadaan selepas masalah berlaku dan tidak boleh paksa pemilik tanah mematuhinya (ini dakwaan Reade yang tidak benar). Pada 1923, enakmen ini telah dimansuhkan apabila Enakmen Perancangan Bandar 1923 digubalkan. |
C.C. Reade, Jururancang Kerajaan Persekutuan Malaya yang pertama telah meninjau keadaan
di Malaya pada awal 1920an dan mendapati bahawa :
|
| Memandangkan kepada kepercayaan pihak pentadbir jajahan bahawa hak pemilik tanah tidak terbatas, maka Reade terpaksa memberi justifikasi untuk memperkenalkan aktiviti perancangan bandar yang sedikit sebanyak akan mencerobohi hak pemilik tanah. | |
| Maka, konsep ideologi kepentingan awam (walaupun istilah ini tidak digunakan pada masa itu) telah diperkenalkan. Konsep ini mengakui bahawa hak pemilikan harta benda persendirian akan di cerobohi oleh aktiviti perancangan bandar tetapi ia dipertahankan demi kepentingan seluruh masyarakat. Ia itu, kepentingan masyarakat hendak diutamakan daripada hak individu. | |
| Reade cadangkan bahawa undang-undang perancangan bandar hendak menafikan pampasan sekiranya tanah seorang individu mengalami kecacatan ("injuriously affected") akibat daripada perancangan bandar. |
Bacaan Tambahan :
"Ideologi Kepentingan Awam di dalam Undang-Undang Perancangan Bandar" (Public Interest Ideology in Town Planning Legislations). Kanun : Jurnal Undang-Undang Malaysia (Dewan Bahasa dan Pustaka). [MAC 1991]3 KANUN(1). p 1-11.
Reade telah cadangkan supaya:
|
Di antara faedah-faedah yang dikemukakan oleh Reade untuk menyakinkan pihak pentadbiran
jajahan untuk menerima cadangan beliau ialah :
|
| Fokus kepada susunatur untuk memperolehi keselamatan umum, keadaan bersih, kesihatan & kemudahan | |||||||||||||||
Diperuntukkan kuasa untuk (di antara lain) :
| |||||||||||||||
| Enakmen ini adalah pasif. Ia tidak boleh menyusun semula tanah pemilikan persendirian. Bandingkannya dengan Enakmen Pembiakan Bandar 1917 yang memberi kuasa untuk melaksanakan skim kemajuan bandar secara mengambil balik tanah dengan paksa, atau dengan membenarkan pemilik sendiri laksanakan skim itu. |
Cadangan untuk aktiviti perancangan bandar tidak diterima oleh dua pihak yang mempunyai
kepentingan masing-masing. Pemilik-pemilik tanah terus mendesak supaya enakmen 1923
dimansuhkan kerana mencerobohi hak harta benda mereka manakala pihak berkuasa tempatan
menuntut bahawa kuasa perancangan bandar adalah warisan mereka. Akhirnya, Enakmen
1923 telah dikaji balik dan dipinda pada tahun 1927. Enakmen 1927 telah batalkan
banyak kuasa dalam Enakmen 1923 dan mengurangkan peruntukkan lain. Ciri-ciri utama
Enakment 1927 ialah :
|
| Pada tahun 1929, rang undang-undang telah dikemukakan untuk menyerapkan Enakmen 1927 ke dalam undang-undang kerajaan tempatan, ia itu sebagai Bahagian IX - Perancangan Bandar dalam Enakmen Lembaga Sanitari (digazetkan pada tahun 1930). Selepas Perang Dunia Kedua, Lembaga Sanitari telah ditukar nama kepada Lembaga Bandaran selaras dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kerana fungsi kerajaan tempatan telah menjadi lebih luas. | |
| Bahagian IX (Perancangan Bandar), Enakmen Lembaga Bandaran BAB 137 adalah undang-undang perancangan bandar di Semananjung Malaysia sehingga penggubalan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Bahagian ini telah diperluaskan penggunaannya di negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang dan Melaka secara berperingkat-peringkat. | |
| Bahagian IX BAB 137 hanya memberi kuasa untuk merancang, tiada kuasa untuk memaksa pematuhan, iaitu tiada kuasa kawalan perancangan. |
Usaha untuk menggubalkan undang-undang seragam untuk seluruh Semenanjung Malaysia telah mula sejak akhir tahnun 1960an tetapi hanya berjaya pada tahun 1976.
Objektif undang-undang ini dinyatakan sebagai :
| |||||||||||||||||||
4 jenis Pihak Berkuasa Perancangan dicadangkan :
| |||||||||||||||||||
3 jenis Pelan
| |||||||||||||||||||
Kawalan Perancangan
| |||||||||||||||||||
Pampasan
|
Akhirnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 telah berjaya digubalkan tetapi kebanyakan cadangan-cadangan awal telah dibatalkan. Kini, walaupun sudah lebih 20 tahun Akta 1976 diluluskan tetapi Bahagian IX BAB 137 masih mempunyai pengaruh yang kuat.
Bacaan Tambahan :
Lee Lik Meng, Abdul Mutalip Abdullah and Alip Rahim, 1990. Town Planning in Malaysia - History and Legislation. Urban Development Studies Fund, USM.Lee Lik Meng, History of 1st Planning Law in Malaysia
![]()
Copyright © Lee Lik Meng. All rights reserved.
Revised: Monday, 10 November 2003 12:37 PM.