B.Sc (HBP)
B. Architecture
MSc. Planning
MSc. Project Management
MSc. Building Technology
MSc. Landscape Architecture
MSc. Housing
M.Sc. & Ph.D by Research

Staff in Alphabetical List

Academic Staff

Planning

Architecture

Interior Design

Building Technology

Construction Management

Quantity Surveying

Support Staff

 

 

Punca :

 

4.4 Kepadatan Penduduk Setempat

4.4.1. Abstrak

Seperti yang diketahui masalah lalulintas boleh disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Bagaimanakah aspek kepadatan penduduk setempat mempengaruhi masalah kesesakan lalulintas di Jalan Jelutong? Sebanarnya manusia atau masyarakat mempunyai ciri-ciri sosio-ekonomi tertentu. Ciri-ciri ini mencerminkan kawasan penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem pengangkutan yang diperlukan. Dalam bab ini kepadatan penduduk setempat difokuskan dan dikaitkan dengan ciri-ciri atau aspek-aspek tertentu. Sebagaicontohnya, kepadatan penduduk yang tinggi juga mungkin bermakna pemilikan kenderaan persendirian yang tinggi dan kadar kepenggunaan jalan raya yang tinggi. 

Bagaimana kita hendak mengkaji aspek ini dalam menentukan sama ada ia adalah punca bagi masalah lalulintas tempatan tersebut itu atau tidak?

Untuk mendapatkan data primer, sampel kependudukan mungkin perlu diambilkan untuk menganggarkan jumlah kepadatan penduduk di situ serta untuk menentukan kekerapan dan tujuan penggunaan Jalan Jelutong para penduduk setempat.

Data sekunder daripada pihak-pihak berkenaan seperti bancian penduduk serta kajian lepas telah didapatkan untuk mendapatkan pengetahuan lebih mendalam dan untuk membantu dalam penelitian dalam kajian kami. 

 

4.4.2. Latar Belakang

    Ciri-ciri utama untuk negara membangun ialah tersabit dengan kadar pertumbuhan penduduk yang melebihi 4% setahun dan untuk bandaraya-bandaraya yang besar dengan kadar 7% setahun. Dalam kajian-kajian yang telah dijalankan pada masa lepas (iaitu melalui data-data sekunder yang telah dikumpulkan), Jalan Jelutong adalah digolongkan sebagai sebahagian daripada bandar Georgetown yang terletak di bahagian Timur Laut Pulau Pinang.  Dengan itu Jalan Jelutong juga menghadapi isu pertambahan penduduk yang agak pesat.

    Mengikut Bank Dunia, pengangkutan berupaya melahirkan pergerakan serta memberi kesempurnaan terhadap perjalanan, mengangkut manusia dan barangan dari tempat ke tempat dengan pantas dan selamat juga merupakan fungsi-fungsi pengangkutan yang dapat dikategorikan di dalam bentuk sama ada persendirian, awam atau barangan. Keadaan pengangkutan di bandar di negara membangun seperti di Malaysia ketika ini adalah memeranjatkan. Masalah kesesakan jalanraya terutamanya pada waktu pagi dan lewat petang (peak hours) adalah amat teruk dan mendapat perhatian di dalam perancangan pengangkutan.

    Dengan ini, dalam kajian ini dan bagi bahagian SEBAB, Kumpulan Empat sedang berusaha untuk membuat kajian untuk menjawapi salah satu soalan yang telah ditanyai oleh kumpulan kami sebagai metodologi untuk menjalankan projek ini. Aspek yang dikajikan bagi bahagian ini adalah sama ada faktor kepadatan penduduk setempat menjadi salah satu sebab berlakunya Kesesakan Lalulintas di Jalan Jelutong.

      Pada asasnya, skop pengumpulan maklumat adalah seperti berikut :-

Maklumat berkenaan populasi 

  1.  jumlah populasi, dan 

  2. aspek-aspek tertentu ciri-ciri sosio-ekonomi populasi tersebut

        Data-data ini akan menjadi input asas kepada analisis data untuk mendapatkan tafsiran tertentu.

Rujukan dibuat daripada buku "Pengangkutan dan Struktur Bandar oleh Ibrahim Wahab

 

 

4.4.3. Pemerhatian ke atas Data-data Sekunder yang Didapati

*Semua maklumat diperolehi daripada Jabatan Perangkaan

4.4.3.1.    Sumber :  BUKU "UNJURAN PENDUDUK PULAU PINANG 1991 -2000"

4.4.3.1.1    Bilangan Penduduk di Malaysia dan di Pulau Pinang

Bilangan Penduduk di Malaysia ('000) pada Tahun 1997  21,665.5 orang (Jumlah)
Jumlah Penduduk di Pulau Pinang pada Tahun 1997  1,222.1 orang
Pemerhatian
  1. Daripada maklumat di atas, didapati jumlah penduduk di Pulau Pinang adalah 5.6% daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 1997.
  2. Data ini memberi gambaran keseluruhan taburan penduduk Pulau Pinang di Malaysia.

    

4.4.3.1.2 Unjuran Penduduk Pada Masa Hadapan

4.4.3.1.2.1.     Data unjuran penduduk adalah berasaskan data bancian penduduk 1991. Unjuran penduduk adalah menggunakan andaian komponen-komponen kelahiran, mortaliti dan migrasi dari luar negara bagi setiap 5 tahun akan datang.

4.4.3.1.2.2.     Jadual menunjukkan Unjuran Penduduk Pulau Pinang ('000)

Tahun Pulau Pinang Timur Laut
1995 1,197.8 433.5
1996 1,209.9 438.6
1997 1,222.1 443.8
1998 1,234.4 443.6
1999 1,246.8 448.9
2000 1,259.4 453.9

 

4.4.3.1.2.3    Carta bar yang dihasilkan berdasarkan jadual 4.4.3.1.2.1.

*NOTA: Skala yang ditunjukkan dalam carta bar di atas adalah tidak tepat atas skrin.

Pemerhatian:
  1. Menurut carta bar unjuran penduduk yang dihasilkan, adalah diperhatikan jumlah penduduk di Timur Laut semakin bertambah setiap tahun. 

 

4.4.3.2. Sumber :   BANCIAN PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 1980 - LAPORAN AM BANCIAN PENDUDUK MALAYSIA 1991

4.4.3.2.1     Penduduk  Pulau Pinang di Malaysia

4.4.3.2.1.1     Jadual menunjukkan Bilangan Penduduk Sekilometer Persegi

 

Tahun 1980 1991
Malaysia 42,000 56,000
Pulau Pinang 926 1083
Pemerhatian:
  1. Jumlah penduduk di Malaysia bertambah sebanyak 33.33% antara tahun 1980 dengan tahun 1991.
  2. Jumlah penduduk di Pulau Pinang bertambah sebanyak 16.95% antara tahun 1980 dengan tahun 1991. 

 

4.4.3.2.1.2  Jadual menunjukkan Jumlah Penduduk Pulau Pinang

Tahun 1980 1991
Jumlah Penduduk ('000) 954.6 1,116.8

 

4.4.3.2.1.3   Carta bar yang dihasilkan berdasarkan jadual 4.4.3.2.1.2

            

*NOTA: Skala yang ditunjukkan dalam carta bar di atas adalah tidak tepat atas skrin.

Pemerhatian:
  1. Jumlah penduduk Pulau Pinang meningkat sebanyak 16.99% antara tahun 1980 hingga tahun 1991.
  2. Data ini adalah hampir sama dengan data di bahagian 4.4.3.2.1.1 walaupun data-data masing-masing diperolehi daripada sumber yang berlainan.

 

4.4.3.2.1. 4. Jadual menunjukkan Jumlah Penduduk di kawasan Bandar Georgetown

Tahun 1980 1991
Jumlah Penduduk 248,241 219,603

 

4.4.3.2.1.5   Carta bar yang dihasilkan berdasarkan jadual 4.4.3.2.1.4

*NOTA: Skala yang ditunjukkan dalam carta bar di atas adalah tidak tepat atas skrin.

Pemerhatian:
  1. Adalah diperhatikan jumlah penduduk di bandar Georgetown berkurang sebanyak 28,638 orang antara tahun 1980 dengan tahun 1991 iaitu sebanyak 11.53%.

 

4.4.3.2.1.6    Jadual menunjukkan  Jumlah Keluasan Kawasan

 

Kawasan Keluasan (km persegi)
Pulau Pinang  1,030
Timur Laut  119
Pemerhatian:
  1. Keluasan kawasan Timur Laut adalah 11.55% daripada jumlah keluasan seluruh kawasan Pulau Pinang. 

 

4.4.3.3.Sumber : JPJ MALAYSIA

4.4.3.3.1  Kenderaan Berdaftar

4.4.3.3.1.1     Jadual menunjukkan Bilangan Kenderaan Bermotor yang Berdaftar (Tahun 1997)

Kawasan Jumlah Kenderaan (buah)
Malaysia 8,550,409
Pulau Pinang 925,662

 

4.4.3.3.1.2  Carta bar yang dihasilkan berdasarkan jadual 4.4.3.3.1.1

*NOTA: Skala yang ditunjukkan dalam carta bar di atas adalah tidak tepat atas skrin.

Pemerhatian:
  1. Bilangan kenderaan berdaftar  di Pulau Pinang adalah 10.83% daripada jumlah besar kenderaan bermotor yang berdaftar di seluruh Malaysia.

 

4.4.3.4.     Sumber : LAPORAN PENYEMAKAN RANCANGAN STRUKTUR (PENGUBAHAN) MPPP, BAB 3

4.4.3.4.1 Penduduk di Georgetown 

Pada tahun 1991, lebih kurang 80.0 % penduduk Daerah Timur laut menetap di Georgetown (212,405 orang) dan Paya Terubong (108,726 orang).
Pada tahun 1980, 27.5 % daripada jumlah penduduk di Pulau Pinang iaitu seramai 1.6 juta penduduk, menetap di Georgetown. Dari segi bilangan penduduk, Bandar Georgetown merupakan petempatan yang terbesar di kawasan MPPP. Georgetown mempunyai 77.3% daripada jumlah penduduk di petempatan utama, walau bagaimana pun, jumlah ini menurun kepada 55.6% pada tahun 1991.
Pemerhatian:
  1. Didapati 66.0% daripada jumlah penduduk Daerah Timur Laut sebanyak 321131 orang adalah menetap di Georgetown, iaitu melebihi 50% jumlah penduduk dari daerah Timur Laut.
  2. Diperhatikan bahawa jumlah penduduk di bandar Georgetown menurun sebanyak 21.7% antara tahun 1980 dengan tahun 1991.

 

4.4.3.5     Sumber: Penang Urban Transport Study, Penang State Government, Nov 1997.

4.4.3.5.1    Perumahan : Pada tahun 1995, jumlah stok perumahan dalam Pulau Pinang adalah 132,457 unit. Ini dibandingkan dengan jumlah unit yang hanya sebanyak 73,411 unit pada tahun 1980. Peningkatan dalam stok perumahan antara tahun 1980 dengan tahun 1995 adalah ditunjukkan dalam jadual di bawah.

4.4.3.5.2     Jadual menuujukkan Peningkatan dalam Stok Perumahan (1980-1995) MPPP

Daerah Bilangan Unit Rumah Peningkatan Tahunan (%)
1980 1991 1995 1980-1991 1991-1995
Timur Laut 58,755 76,731 99,530 2.8 4.6
Barat Daya 14,656 26,562 32,927 5.5 4.4
Jumlah 73,411 106,193 132,457 3.4 4.6

4.4.3.5.3     Rancangan Struktur (pengubahan) MPPP telah mengenalpastikan terdapat sesuatu keperluannya untuk pertambahan unit berkadaran dengan anggaran keperluan/permintaan pada masa hadapan. Ini ditunjukkan dalam jadual di bawah.

4.4.3.5.4      Jadual menunjukkan Pertambahan Permintaan untuk Unit Perumahan, MPPP.

Tempoh Masa MPPP
1991-1995 14,133
1996-2000 17,548
2001-2005 10,287
2006-2010 20,969
Jumlah 62,937
Pemerhatian:
  1. Daripada data di atas, stok perumahan di kawasan Timur Laut ada menunjukkan peningkatan setiap.
  2. Juga diperhatikan bahawa terdapatnya pertambahan permintaan bagi unit perumahan pada masa depan walaupun terdapat penurunan permintaan pada tempoh 2001 tahun hingga tahun 2005.  

 

4.4.3.6 Sumber: i)Laporan Banci Perumahan Malaysia, 1980 & 1991

                               ii) MPPP, Kerajaan Negeri, PDC, PERDA & UDA 1995

4.4.3.6.1     Perumahan:  Suatu keperluan asas penduduk. Stok perumahan di telah bertambah dari jumlah unit 73,411 pada tahun 1980 kepada jumlah unit sebanyak 106,193 pada tahun 1991. Dalam lain kata, telah berlakunya pertambahan unit sebanyak 32,782 unit antara tahun 1980 dengan tahun 1991 atau 2,980 unit per tahun. (Sebanyak 75% perumahan ini adalah di Daerah Timur Laut).

4.4.3.6.2      Jadual menunjukkan pertambahan unit perumahan dalam tempoh tertentu.

Daerah Tambahan Unit Rumah Peningkatan Tahunan (%)
1980-1991 1991-1995 1980-1991 1991-1995
Timur Laut 20,876 19,899 2.8 4.6

*Sila rujuk bahagaian 4.4.3.5.2. 

Pemerhatian:
  1. Data menunjukkan berlakunya pertambahan jumlah unit perumahan dalam tempoh tahun 1980 hingga tahun 1995.

 

4.4.4. Analisis Data-data Sekunder yang Didapati

4.4.4.1     Rumusan Pemerhatian

4.4.4.1.1    Jumlah penduduk di Pulau Pinang adalah sebanyak 5.6% daripada penduduk Malaysia pada tahun 1997.

4.4.4.1.2    Dua sumber maklumat sekunder menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Pulau Pinang telah bertambah lebih kurang 17% dalam tempoh masa dari tahun 1980 hingga tahun 1991.

4.4.4.1.3    Unjuran penduduk menunjukkan bahawa jumlah penduduk di kawasan Timur Laut bertambah secara beransur-ansur setiap tahun pada masa hadapan.

4.4.4.1.4    Kawasan Timur Laut mengambil keluasan sebanyak 11.5% daripada jumlah keluasan seluruh Pulau Pinang.

4.4.4.1.5    Jumlah penduduk di bandar Georgetown didapati berkurangan sebanyak 11.53% dalam tempoh masa dari tahun 1980 hingga tahun 1991.

4.4.4.1.6    66.0% daripada jumlah penduduk Daerah Timur Laut iaitu melebihi 50% daripadanya menetap di Georgetown pada tahun 1991.

4.4.4.1.7    Jumlah penduduk petempatan utama yang terdapat di Georgetown didapati menurun sebanyak 21.7% dalam tempoh masa dari tahun 1980 hingga tahun 1991.

4.4.4.1.8    Bilangan kenderaan berdaftar  di Pulau Pinang adalah 10.83% daripada jumlah besar kenderaan bermotor yang berdaftar di seluruh Malaysia.

4.4.4.1.9    Didapati terdapatnya pertambahan dalam stok perumahan dalam tempoh masa dari tahun 1980 hingga tahun 1995.

4.4.4.1.10    Terdapatnya pertambahan permintaan bagi unit perumahan pada masa depan walaupun terdapat penurunan permintaan pada tempoh 2001 tahun hingga tahun 2005.  

 

4.4.4.2    Hubungan-hubungan antara Data-data dan Kepentingannya

 

4.4.4.2.1    Ciri-ciri sosio-ekonomi tertentu penduduk setempat di kawasan kajian boleh mempengaruhi jenis sistem pengangkutan yang diperlukan. 

4.4.4.2.2     Ketinggian hakmilik kenderaan persendirian yang membawa erti tinggi kadar pengeluaran perjalanan, juga melibatkan pengurangan penggunaan pengangkutan awam seterusnya. Namun begitu penggunaan pengangkutan awam di bandar-bandar terutamanya kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, akan membuatkan perjalanan terhadap pengangkutan awam terus meningkat. Yakni kadar pengeluaran perjalanan untuk kawasan tersebut akan juga turut meningkat walaupun hakmilik kenderaan persendirian rendah.

4.4.4.2.3    Kepadatan yang rendah di kawasan perumahan biasanya merendahkan penggunaan pengangkutan awam. Ini mungkin kerana kawasan perumahan berkepadatan rendah didiami oleh mereka yang berpendapatan tinggi atau sederhana yang mencerminkan hakmilik kenderaan persendirian. 

 

4.4.5     Kesimpulan     

4.4.5.1    Adakah peningkatan kepadatan penduduk setempat akan memburukkan lagi masalah kesesakan di Jalan Jelutong?

4.4.5.1.1    Beberapa andaian perlu dibuat setelah menganalisakan data-data di atas untuk membuat kesimpulan yang sewajarnya.

4.4.5.1.2    

 

 

 

 

 

 

 

 

Back to Top

Punca :

Copyright Wan Burhanuddin, Webteam HBP, USM, 2000. Updated 19 Feb 2004