Minit Mesyuarat 2

Up

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-2

Pengerusi    : Law Chian Kheng

Tarikh         : 1 November

Tempat       : Studio Perancangan 200

Waktu         : 3.00 - 4.40 Petang

Kehadiran   : Asmawi, Faizal, Law,  Suraiyati, Teoh dan Yeong. ( semua ahli hadir )

 

Agenda : 1) Pencarian Data dan Maklumat

                 2) Rekabentuk web page

Perjumpaan kali ke-2 ini, kumpulan kami telah membincangkan tentang cara untuk mendapatkan data dan maklumat dan rekabentuk web page serta pembahagian tugas ahli kumpulan. Pencarian data dan maklumat melalui dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder.

TAJUK/ AKTIVITI TINDAKAN
Sumber Primer

i ) Pemerhatian ( Observation )

Site visit ke kawasan yang dikenalpasti terlibat

Memerhatikan kawasan sekeliling yang terlibat (sering dilanda banjir ) dan menangkap gambar. Semua ahli terlibat dan akan bertolak jam 10 pagi pada 3 Nov 1999.

Lokasi yang dilawati ialah Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu yang sering dilanda banjir.

ii ) Temubual / Temuramah

Jabatan kerajaan dan badan sukarelawan yang terlibat yang akan ditemubual adalah ;

Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kaji Cuaca, Jabatan Air dan Saliran, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya, Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Bertindak Banjir, Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Negeri, Jabatan Pertahan Awam, Badan Sukarelawan seperti St. John Ambulans dan Sahabat Alam Malaysia dab Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tugas akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk menemubual pegawai- pegawai yang berkaitan di samping mendapatkan pelan, peta, data, jadual dan maklumat yang berkaitan.

Suraiyati dan Rubiah ditugaskan mendapatkan peta Georgetown di MPP.

iii ) Bancian

Membuat sample ke atas kawasan yang akan dibanci dan juga berbincang menyediakan borang soal selidik.

Membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengagihkan borang soal selidik kepada penduduk setempat yang terlibat berdasarkan sample.
Sumber Sekunder

Sumber sekunder ini dapat diperolehi daripada laporan, artikel, buku - buku, journal, tesis, keratan akhbar dan internet.

Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab membaca dan mendapatkan bahan bacaan untuk rujukan semua ahli kumpulan berkongsi untuk proses yang seterusnya iaitu penganalisaan maklumat dan data yang diperolehi.

Perkara yang kedua yang dibincangkan adalah mengenai rekabentuk web page iaitu tentang linking yang perlu ditambah seperti linking ke Jabatan Kerajaan yang berkenaan, sentiasa berterusan (selalu update ), rekabentuk yang menarik untuk home kumpulan 3, semua ahli perlu contribute dan memudahkan surfer ( user friendly ).

y. a.t.i.e

19 February 2004