1.0   PENGENALAN

        1.1   Latar Belakang

      Air merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan seharian manusia. Akan tetapi, keadaan air yang menenggelami kawasan yang luas akan menimbulkan pelbagai masalah.  Keadaan ini ditakrif sebagai banjir.

      Setelah berakhirnya fenomena La Nina yang melanda negara kita pada akhir tahun lepas, kini muncul pula musim tengkujuh di daerah utara yang menyebabkan banjir besar. Mengikut kajian Jabatan Kaji Cuaca, hujan lebat di beberapa negeri sekarang berikutan perubahan angin monsun timur laut. Perubahan angin ini menyebabkan kadar hujan mencatatkan peningkatan sehingga 40 peratus melebihi paras biasa. Fenomena hujan dengan angin kencang merupakan ciri utama musim perantaraan monsun dan dianggap biasa. Mengikut ramalan, angin monsun timur laut dijangka bermula antara 10 hingga 15 November ini dan dijangka berakhir pada pertengahan Mac tahun depan.

      Banjir yang melanda di Georgetown Pulau Pinang merupakan isu yang hangat diperkatakan. Hampir setiap tahun Pulau Pinang dilanda banjir terutamanya menjelang musim tengkujuh. Banjir akan mengakibatkan kehilangan harta benda, nyawa dan juga menjejaskan kelancaran lalulintas. Mengikut perspektif perancang pula, banjir boleh menjejaskan aktiviti - aktiviti yang perlu dijalankan. Segala perancangan terpengaruh yang terpaksa dihentikan atau ditangguh. Hal ini juga mencerminkan keperluan untuk mencari penyelesaian yang sesuai atau memperbaiki sistem perancangan yang digunakan.

       Banjir merupakan suatu bencana alam yang sukar untuk dicegah tetapi adalah tidak mustahil untuk kita mengawalnya. Untuk mencari jawapan yang sebenar dan tepat terhadap persoalan ini, kumpulan kami akan menjalankan penyelidikan terhadap isu ini. Kesedaran dan kepentingan peranan pelbagai pihak adalah wajar dititikberatkan untuk mencapai keselesaan dah kesejahteraan hidup manusia umumnya.

        Kawasan-kawasan seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi, Lorong Kulit, Dobi Ghaut, Jalan Perak, Kg. Makam dan Jalan Petani dikategori sebagai kawasan mudah banjir.  Lokasi kawasan kajian kumpulan kami ialah kawasan Jalan P.Ramlee (rujuk...).

 

        1.2   Matlamat

Mengenalpasti permasalahan banjir di sekitar kawasan Jalan P. Ramlee, Georgetown dan seterusnya menganalisa keberkesanan langkah-langkah mengatasi yang diambil oleh pihak-pihak yang terlibat.

 

        1.3   Objektif  

1.3.1   Mengenalpasti kawasan-kawasan banjir di Georgetown

1.3.2   Mengenalpasti punca-punca dan kesan-kesan masalah banjir

1.3.3   Mengkaji pandangan daripada pelbagai pihak yang berkenaan

1.3.4   Menilai keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat

1.3.5   Memberi pandangan beserta cadangan-cadangan membina

 

       1.4   Justifikasi

1.4.1   Memberi perhatian terhadap masalah banjir

1.4.2   Memahami secara mendalam sistem perancangan yang sedia ada

1.4.3   Memahami peranan pihak yang terlibat

 

    1.5   Penyataan Masalah

    Urbanisasi merupakan satu proses yang tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan sesebuah negara. Ia juga merupakan pemangkin kepada pembangunan dan proses - proses positif yang membawa kepada perubahan masyarakat ke arah arus pemodenan iaitu menjadikan negara perindustrian. Akan tetapi jika pembangunan tidak dirancang dan dikawal, ianya boleh membawa impak negatif kepada alam sekitar dan masyarakat amnya. Antara kesan negatifnya ialah masalah setinggan, kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar dan juga peningkatan risiko bahaya banjir.

    Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah pulau yang menghadapi tekanan pembangunan yang pesat dan juga tidak terkecuali menghadapi masalah banjir. Banjir besar yang berlaku pada tahun 1991 dan 1995 yang lalu, membuatkan kerajaan negeri dan rakyatnya risau dan terancam. Yang lebih membimbangkan adalah apabila merujuk rekod banjir yang berlaku di antara tahun 1963 hingga 1983 yang mana jelas menunjukkan banjir sering melanda negeri ini setiap tahun ( JICA 1991 ).

    Oleh itu, kami sebagai pelajar perancangan prihatin terhadap isu ini dan memilih permasalahan banjir untuk menganalisis dan mengkaji aspek - aspek yang berkaitan seperti punca kejadian banjir, kesan dan kerosakan banjir dan  keberkesanan tindakan kerajaan. Melalui kajian ini kami berharap dapat mengkaji dengan lebih jelas lagi tentang proses perancangan dan memberi cadangan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengawalan banjir di Pulau Pinang khasnya di Georgetown.

 

 

       1.6   Metodologi Kajian

     Dalam menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah penyelidikan.  Kajian penyelidikan telah dijalankan melalui lawatan tapak, membuat pemerhatian masalah, kajian literatur dan kajian soal selidik.  

        1.6.1   Kaedah penyelidikan

         Secara amnya, kajian penyelidikan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu, peringkat awalan, peringkat pengumpulan data dan peringkat menganalisis data dan membuat cadangan.  Lihat carta aliran kaedah penyelidikan.

        i.   Peringkat awalan

            Pertama, kumpulan kami memilih tajuk penyelidikan serta mengetahui tentang latar belakang kawasan kajian yang terpilih.  Setelah tajuk penyelidikan telah ditetapkan, seterusnya kumpulan kami berbincang tentang mengenalpasti matlamat, objektif dan justifikasi kajian ini.  Selain itu, isu- isu yang berkaitan dengan masalah banjir juga dikenalpastikan dan mencari maklumat mengenai isu tersebut.

        ii.   Peringkat pengumpulan data

             Dalam peringkat ini, mulanya menjalankan aktiviti pencarian data atau maklumat yang berkenaan supaya mengukuhkan lagi pendirian kumpulan kami serta mengenalpasti masalah- masalah sebenar yang berlaku.  Data- data yang dapat dikumpulkan boleh dibahagikan kepada dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder.  Data primer termasuklah pencarian data daripada pemerhatian, temuduga dengan pengawai- pengawai yang telibat, statistik  dan sebagainya.  Manakala data sekunder adalah pencarian data daripada adalah melalui laporan dan thesis yang sedia ada, buku- buku yang mengenai masalah banjir dan sebagainya. Peringkat ini berakhir dengan penyususnan data- data yang diperolehi dan membuat  penyediaan untuk pembentangan kajian penyelidikan kepada pensyarah dari aspek pengenalan dan data- data yang diperolehi.

        iii.   Peringkat menganalisis data dan membuat cadangan

              Menganalisis data- data yang diperolehi kepada bentuk yang mudah difahami seperti carta bar, pie dan sebagainya mengikut keperluan masing- masing supaya dapat memahami masalah yang berkenaan secara terperinci.  Selepas menganalisis data, masalah telah dikenalpasti maka kritikan dan cadangan boleh dibuat dan seterusnya membentang kepada pensyarah.  Selepas persembahan kepada pensyarah, menilai semula data- data dan cadangan serta kritikan supaya dapat membaiki sebarang kesilapan dan kelemahan serta mengukuhkan lagi pendirian kumpulan kami. Peringkat ini berakhir selepas persembahan akhir kepada pensyarah tentang seluruh projek penyelidikan serta menyiapkan laparon melalui laman web secara kumpulan.

       

          1.6.2   Organisasi laporan

           Setelah menjalankan kajian penyelidikan, sebuah laporan penyelidikan telah disediakan dan laporan ini telah dibahagikan kepada tujuh bab iaitu:-

                   i.   Bab Pertama

Bab pertama ini akan menerangkan secara am tentang latar belakang masalah banjir, matlamat kajian, objektif kajian, justifikasi kajian dan metodologi kajian.  Pendek kata, bab ini khas untuk memberi satu gambaran kepada pembaca.

                  ii.   Bab Kedua

Hasil data- data yang dapat dikumpul adalah tertulis dalam bab ini.  Secara amnya, bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder.  Penerangan tentang keperluan data- data dan kaedah mendapatkan data juga dicatatkan.

                 iii.   Bab Ketiga

Di dalam bab ini, punca- punca yang menyebabkan berlakunya banjir telah diterangkan secara terperinci.  Setiap punca permasalahan banjir telah dihuraikan dengan menggunakan data yang telah dianalisis.

                 iv.   Bab Keempat

Bab keempat ini menulis tentang kesan- kesan banjir yang berlaku.  Tambahan pula, kesan banjir juga diterangkan dari segi samada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

                 v.   Bab Kelima

Di dalam bab ini, kami akan menerangkan tentang tindakan yang telah dijalankan seterusnya menilai keberkesanan tindakan kerajaan dalam mengawal banjir.  Selain penilaian terhadap tindakan kerajaan, kami juga mengkritik pihak kerajaan dan masyarakat awam yang merumitkan masalah banjir.

                 vi.   Bab Keenam

Kumpulan kami juga membuat beberapa cadangan dalam mengawal masalah banjir di tapak kajian.  Di samping itu, cadangan kerajaan juga ditulis dalam bab ini.

                vii.   Bab Ketujuh

Akhirnya, bab ketujuh adalah rumusan kepada keseluruhan kajian penyelidikan.  Secara umumnya, bab ini akan merumuskan setiap bab- bab yang lalu serta membuat kesimpulan.

Seterusnya...