LAW's homepage

Group3

Kaedah Menilai Sesuatu Laporan Penyelidikan

Untuk menilai sesuatu laporan penyelidikan, semasa kita membaca laporan tersebut kami mesti menimbulkan soalan terhadap laporan tersebut.  Ini bermakna kita perlu sentiasa berfikir tentang kebenaran isi laporan penyelidikan tersebut, seterusnya barulah menentukan samada hasil laporan tersebut boleh dipercayai ataupun tidak.  Secara amnya, terdapat dua jenis penyelidikan iaitu penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif.

Untuk menilai sebuah laporan penyelidikan kuantitatif, soalan yang perlu dipertanya semasa membaca lporan jenis ini adalah seperti berikut:-

Apakah kajian penyelidikan yang telah dibuat?
Apakah jenis penyelidikan ini?
Apakah tujuan utama menjalankan penyelidikan ini?
Apakah isu yang telah dibangkit?
Adakah penyelidikan yang dijalankan itu memberi idea baru dalam menyelesaikan masalah yang dibangkitkan ataupun mengulangi cara penyelesaian yang lama dan diketahui oleh orang ramai?
Siapakah yang menjalankan kajian penyelidikan ini dan pengalaman pengkaji tersebut?
Apakah jenis data yang dikumpulkan dan digunakan untuk membuat analisis data?
Apakah kaedah dalam menganalisis data?
Apakah keputusan yang dibuat selepas analisis data?
Apakah kesimpulan kajian penyelidikan yang diberi oleh penulis?
Adakah laporan ini menyatakan sebarang andaian dan langkah berjaga- jaga dalam menerangkan keputusan kajian penyelidikan ini?
Apakah perkara yang menarik ataupun unik yang dapat dipelajari melalui pembacaan laporan ini?

 

Untuk menilai sebuah laporan penyelidikan kaulitatif, soalan yang perlu dipertanya semasa membaca laporan jenis ini adalah seperti berikut:-

Apakah kajian penyelidikan yang telah dibuat?
Siapakah yang menjalankan penyelidikan (mengambilkira personaliti pengkaji tersebut)?
Apakah jenis penyelidikan kualitatif yang dijalankan? Apakah fokus penyelidikan ini?  Adakah pandangan berasal daripada pandangan kritikal, komunis, kapitalis dan sebagainya?
Apakah tujuan menjalankan kajian penyelidikan ini? (untuk tujuan semasa, peribadi ataupun secara teori sahaja?)
Di manakah kajian penyelidikan ini dijalankan? Siapakah yang memberi sumbangan dalam penyelidikan tersebut?
Apakah elemen yang ada dalam laporan ini? (carta aliran, carta bar dan sebagainya)
Bagaimanakah data yang perlu dapat dikumpulkan?  (pemerhatian, temuramah, kajian lapangan dan sebagainya)
Apakah peranan penulis dalam menjalankan kajian penyelidikan?
Apakah proses- proses yang digunakan dalam menjalankan analisis data?
Apakah hasil daripada kajian penyelidikan?  Adakah ia dapat menyelesaikan masalah yang dikaji?
Adakah kajian penyelidikan ini mengemukakan cara penyelesaian baru ataupun sama seperti cadangan yang lama?

 

Sebenarnya, soalan yang disenaraikan di atas ini adalah diambil daripada sebuah buku penyelidikan.  Pada pandangan saya, secara amnya tidak banyak berbeza dengan kedua- dua jenis soalan yang disediakan.  Namun demikian, jika melihat secara terperinci memang ada perbezaan kerana kedua- dua jenis penyelidikan memang mempunyai kegunaan masing- masing.  Oleh yang demikian, perbezaannya hanya dapat dikesan apabila membaca jenis laporan sedemikian.

 

Sumber: Lawrence F. Locke, Stephen J. Silverman and Waneen W. Spirduso, Reading and Understanding Research, Sage Publications, 1998. 

home

prepared by ckLaw, 15 Nov 1999