CADANGAN PEMBINAAN HOTEL DI LEBUH ACHEH-LEBUH ARMENIAN

KETERANGAN DATA

LAMAN UTAMA  I  PENGENALAN  I  KETERANGAN DATA  I  HASIL KAJIAN I RUMUSAN I RUJUKAN

 

LATAR BELAKANG KAWASAN

Kawasan cadangan terletak di Daerah Timur-Laut Pulau Pinang. Kawasan ini berada dalam lingkungan kawasan bandar raya dalaman George Town dan disempadani Lebuh Acheh, Lebuh Carnavon, Lebuh Kampung Kolam dan Jalan masjid Kapitan Keling.

Berdasarkan fakta sejarah, bandar raya George Town merupakan antara bandar terawal yang menerima pengaruh dan pendedahan penjajahan Inggeris. hal ini mengakibatkan terdapat banyak bangunan sebelum perang di bandar ini. Dalam bandar George Town sahaja, terdapat 4336 buah bangunan sebelum perang, yang mana ini merupakan 86% daripada jumlah bangunan sebelum perang di Pulau Pinang. Bangunan-bangunan ini mempunyai rupa fasad yang unik dan menarik serta menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. walau bagaimanapun, banyak bangunan lama ini menerima ancaman kepupusan akibat tekanan pembangunan yang pantas.

Antara gaya senibina yang dapat dilihat di kawasan Lebuh Acheh-Lebuh Armenian ialah gaya Awal Rumah Kedai, gaya Peralihan Rumah Kedai, gaya Kolonial, gaya Anglo India dan sebagainya. Bangunan-bangunan ini digunakan untuk perbagai tujuan seperti untuk kediaman, komersil, bangunan keagamaan, kegunaan pertubuhan sosial, bangunan perniagaan,  pejabat agensi kerajaan, institusi pendidikan dan sebagainya. Malah terdapat bangunan yang dijadikan hotel kerana keunikan senibina dan tarikan yang ada padanya.

Keunikannya lebih terserlah dengan ciri-ciri kesejahteraan dan kebudayaan yang dicerminkan melalui gabungan tiga etnik utama di sini iaitu kaum melayu, india dan cina yang menjadi penghuni kawasan ini. Kawasan ini juga mempunyai kombinasi pelbagai keunikan unsur sejarah dan budaya ketiga-tiga etnik ini yang menjadi aset penting dalam mempertingkatkan imej setempat dan menyerap masuk industri pelancongan ke kawasan kajian.

DATA TERKUMPUL

Antara data yang dikumpul bagi tujuan mendapatkan bangunan yang sesuai untuk dijadikan hotel ini ialah guna bangunan, jenis fasad bangunan, keadaan fasad bangunan, pintu masuk ke kawasan Lebuh Acheh-Lebuh Armenian, elemen tumpuan, dan laluan di kawasan kajian. Data yang dikumpul melalui pemerhatian, bancian dan pembacaan ini diharap dapat membawa kepada penemuan bangunan yang bersesuaian.

 

GUNA BANGUNAN

 Jumlah bangunan yang terdapat di kawasan kajian ialah 276 unit. Terdapat pelbagai kegunaan bangunan di kawasan ini. Antaranya ialah untuk tujuan kediaman, kediaman dan komersil, persatuan/agama, komersil dan gudang (rujuk rajah dibawah). Terdapat 60 unit bangunan yang tiada penghuni atau kosong. Terdapat juga 63 unit bangunan yang tiada data, ini mungkin disebabkan oleh keengganan pemiliknya memberikan kerjasamana. Mengenalpasti bangunan yang diduduki dan bangunan kosong adalah untuk meningkatkan lagi potensi kegunaan bangunan secara menyeluruh di kawasan kajian.

Guna Bangunan Di Kawasan Kajian

Guna Bangunan Bilangan (unit) %
Persatuan/Agama 7 2.5
Kediaman & Komersil 38 13.8
Kediaman 67 24.3
Komersil 25 9.1
Gudang 16 5.8
Kosong 60 21.7
Tiada Data 63 22.8
Jumlah 276 100

Paparan di bawah menunjukkan kedudukan bangunan dengan guna bangunan sediada seperti dalam jadual di atas. Penumpuan bangunan rumah kedai yang paling banyak terdapat di sekitar lebuh Acheh, manakala kediaman pula tertumpu di sekitar Lebuh Acheh (32 unit) dan Lebuh Armenian (38 unit). Kegiatan perniagaan lebih tinggi di sekitar Lebuh Acheh (23 unit), Lebuh armenian (21 unit) dan Jalan Masjid Kapitan Keling (7 unit).

 

Berdasarkan kepada kegunaan bangunan dan juga penumpuan etnik dalam, kawasan Lebuh Acheh-Lebuh Armenian telah dibahagikan kepada beberapa zon. Antaranya zon yang telah dibuat berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah:-

i.    Kediaman & Komersil

ii.   Komersil di Lebuh Armenian

iii.  Pembangunan Baru

iv.  Komersil & Terbiar

v.   Komersil Lebuh Acheh

vi.  Komersil Jalan Pantai

Paparan di bawah menunjukkan zon-zon yang telah dibahagikan seperti di atas.

 

JENIS FASAD BANGUNAN

Bangunan yang terdapat di Lebuh Acheh-Lebuh Armenian terdiri daripada beberapa jenis gaya seni bina seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Early Transitional adalah gaya seni bina bangunan yang paling banyak ditemui di kawasan kajian iaitu sebanyak 162 unit daripada 276 unit bangunan di sini. Gaya seni bina kedua terbanyak ialah Early Straits Electic sebanyak 35 unit bangunan.

 

Bilangan Bangunan Mengikut  Gaya Seni Bina

Jenis Gaya Seni Bina Bilangan
Early Shophouse 18
Early Transitional 162
Anglo-Indian 3
Ching Dynasty 3
Early Strait Electic 35
Late Straits Electic 15
Art Deco 17
Early Modern 4
Modern 7
Tiada Data 12
Jumlah 276

 

KEADAAN FASAD BANGUNAN

Bangunan-bangunan yang terdapat di Lebuh Acheh-Lebuh Armenian dibina pada tahun yang berbeza dan sesetengahnya telah dibaikpulihkan manakala sesetengah lagi tidak. Keadaan fasad bangunan-bangunan tersebut adalah tidak sama, ada yang baik dan ada yang buruk. Ini mungkin disebabkan oleh faktor semulajadi dan faktor manusia. Keadaan fasad bangunan dikelaskan kepada empat keadaan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

Bilangan Bangunan Mengikut Keadaan Fasad

Keadaan Fasad Bangunan

Bilangan
Sangat Baik 73
baik 114
Sederhana 73
Buruk 4

 

PINTU MASUK

Terdapat empat pintu masuk ke kawasan kajian yang dapat dikenal pasti. Pintu masuk tersebut adalah dari Lebuh Carnovan, Lebuh Masjid Kapitan Keling dan dua dari Lebuh pantai di persimpangan Lebuh Acheh dan lebuh Armenian. Pintu masuk dari Lebuh Masjid Kapitan Keling merupakan pintu masuk terdekat dari kawasan warisan seperti kawasan "Little India" dan Kota Cornwallis. Laluan ini mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik kerana terdapat beberapa bangunan warisan dan mercu tanda di kawasan ini. Pintu masuk Lebuh Pantai-Lebuh Armenian kurang digunakan oleh pengguna jalanraya kerana keadaannya yang sempit.

Pintu masuk seperti yang ditunjukkan dalam paparan di bawah menjadi kawasan tumpuan kerana fungsinya. Secara tidak langsung pintu membawa orang ramai dan pengunjung terutamanya pelancong ke kawasan ini. Ini menjadikan lokasi berhampiran dengan pintu masuk lebih berpotensi.

 

ELEMEN TUMPUAN

Antara tempat yang menjadi tumpuan di kawasan ini ialah kawasan lapang, tempat ibadah dan bangunan warisan.  Tempat-tempat ini menjadi tumpuan penduduk dan juga pelancong yang berkunjung ke sini. Antara tempat beribadat yang menjadi tumpuan pengguna ialah Masjid Melayu Acheh (Jamek) dan Yap kongsi yang bersebelahan dengan Yap Temple. Antara bangunan warisan yangmenjadi tumpuan pelancong ialah Kediaman Syed Al-Atas, Yap Temple, Khoo Kongsi dan pintu masuk Cheah Kongsi.

Paparan di bawah menunjukkan kawasan tumpuan penduduk dan pengunjung. Kawasan-kawasan ini dan kawasan sekitarnya berpotensi untuk dimajukan. Cadangan untuk mewujudkan hotel sesuai sekiranya ditempatkan berhampiran dengan kawasan tumpuan. Selain daripada memudahkan pengunjung, lokasi yang berhampiran dengan kawasan tumpuan akan memudahkan promosi untuk memajukan perniagaan.

 

LALUAN

Jalan-jalan di Lebuh Acheh-Lebuh Armenian menjadi laluan kepada kenderaan dan juga pejalan kaki yang melalui kawasan ini. Laluan ini dikelaskan kepada dua  iaiatu laluan utama dan laluan sekunder berdasarkan penggunaannya. Antara jalan yang menjadi laluan utama ialah Jalan Kampung Kolam - Lebuh Carnovan, Lebuh Acheh dan Lebuh Pantai. Jalan-jalan yang menjadi laluan sekunder Lebuh Armenian dan Lebuh Carnovan. Penggunaan jalan-jalan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi potensi bangunan yang akan dipilih sebagai hotel nanti. Paparan di bawah menunjukkan laluan utama  dan laluan sekunder yang digunakan oleh pengguna dan pengunjung di kawasan ini.

 Gambarajah-gambarajah ini akan membantu ke arah membuat keputusan. Lapisan-lapisan paparan ini akan menunjukkan lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan hotel.

 

LAMAN UTAMA  I  PENGENALAN  I  KETERANGAN DATA  I  HASIL KAJIAN I RUMUSAN I RUJUKAN