ABSTRAK

Statistik banci penduduk merupakan sumber data yang penting untuk perancangan. Sering kali pengumpulan data penduduk pada peringkat geografi tertentu telah menidakkan penggunaan data penduduk pada peringkat geografi yang lebih kecil. Kajian perancangan pada peringkat mikro seperti di kawasan pemuliharaan bandar George Town memerlukan set data yang tidak dapat diperolehi dalam banci penduduk. Oleh itu, sistem maklumat geografi (GIS) memainkan peranan penting dalam mengendalikan data penduduk untuk membolehkan pengumpulan data pada apa-apa peringkat geografi.

GIS merupakan alat yang semakin penting dalam perancangan. Walau bagaimanapun, penggunaan GIS dalam kajian penduduk adalah minima. Keberkesanan penggunaan sebuah GIS bergantung kepada rekabentuk pangkalan data yang baik dalam mengendalikan data atribut bukan ruangan dan data ruangan. 

Rekabentuk pangkalan data yang baik dapat dihasilkan melalui pengenalpastian keperluan pengguna. Melalui pemahaman kepada kajian demografi dan sosioekonomi, satu pangkalan data yang berkeupayaan untuk menginput, menyimpan, mengurus, memapar data serta meningkatkan keupayaan analisis demografi telah direkabentuk.

Secara amnya, penyelidikan ini menunjukkan rekabentuk pangkalan data untuk mengendalikan data penduduk di kawasan pemuliharaan bandar lama George Town untuk membolehkan analisis ruangan dan bukan ruangan.

 

ABSTRACT

 

Database Design for Demographic Study in George Town

Statistics of population census has been an important data source for planning. Very often the aggregation of population data at a certain geographic level deny the usage of population data at a smaller geographic level. Planning study at a micro level as in conservation zone in inner city of George Town needs a set of data which is not available in the census. Hence geographic information systems (GIS) plays an important role in handling population data which allows aggregation data at any geographic level.

GIS is an important tool for planning. Meanwhile the usage of GIS in population study is minimum. The usefulness of a GIS depends on a well design database in handling non-spatial attributes data and spatial data.

A good database design can be produce through a comprehensive understanding of user’s needs. By understanding the concept of demography and sosial economy, a database which allows data input, storage, operate, display and enhance the ability to undertake demographic analysis was designed. 

Generally, this research produced a database design which allow the handling of population data in heritage area of inner George Town for spatial and non-spatial analysis.