Bab 2 telah menghuraikan keperluan dalam merekabentuk sebuah pangkalan data. Peringkat pertama untuk sesuatu sistem maklumat atau pangkalan data ialah mengenalpasti keperluan pengguna dan keperluan maklumat. Bab ini akan mengenalpasti keperluan-keperluan data untuk menjalankan kajian demografi dan sosioekonomi di kawasan pemuliharaan bandar George Town secara terperinci.
Demografi adalah bidang kajian tentang kependudukan. Data penduduk seperti umur, jantina, pekerjaan, taraf pendidikan, isi rumah dan sebagainya adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri dan taburan penduduk dalam membuat keputusan perancangan seperti penyediaan kemudahan. Menurut Chapin (1965:182), kajian demografi yang biasa dijalankan adalah seperti (1) anggaran penduduk sedia ada, (2) unjuran penduduk, (3) analisis komposisi dan taburan penduduk. Kajian demografi (1) dan (2) telah banyak dijalankan dengan dengan model statistik seperti kaedah migrasi dan pertumbuhan semula jadi, kaedah komposit, kaedah kohort, dan sebagainya. Analisis demografi untuk kajian ini akan bertumpu kepada kajian (3) iaitu mengenalpasti ciri-ciri dan taburan penduduk. Kajian demografi akan menggunakan teknologi SPSS dan GIS untuk tujuan analisis dan memaparkan peta taburan penduduk di kawasan kecil, berdasarkan data yang dikumpul dalam pangkalan data yang telah direkabentuk.
Kawasan kajian yang dipilih untuk projek penyelidikan ini adalah kawasan warisan yang kaya dengan ciri-ciri budaya dan sejarah. Kriteria pemilihan kawasan kajian ialah :
Mempunyai perwakilan elemen-elemen bandar asas iaitu kediaman, perdagangan dan institusi sosial.
Merupakan kawasan tumpuan utama usaha-usaha pemuliharaan.
Terdapat kerja-kerja pemuliharaan yang telah dijalankan.
Di kawasan bandar lama George Town, kawasan pemuliharaan yang dikenalpasti dibahagi kepada enam zon seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Kawasan kajian yang dipilih diperkecilkan kepada satu unit analisis sahaja memandangkan kesuntukan masa.
Rajah 3.1 Zon Pemuliharaan dan Kawasan Kajian
Kawasan kajian terletak di bandar lama George Town, disempadani Lebuh Acheh, Lebuh Pantai, Lebuh Armenian, dan Jalan Kampung Kolam. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menetapkan kawasan ini sebagai kawasan masjid dan rumah suku (mosques and clan houses enclave) Pulau Pinang dan terletak pada zon pemuliharaan kelima, salah satu daripada enam zon pemuliharaan pada bandar dalaman George Town. Kawasan ini mempunyai 274 buah bangunan, yang mana 251 buah dikenalpasti tertakluk kepada Akta Kawalan Sewa 1966. Kawasan kajian mempunyai campuran pelbagai aktiviti sosioekonomi dan budaya termasuk kediaman dan perdagangan. Pembahagian kegunaan dan jenis bangunan ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1 Kegunaan bangunan dan jenis bangunan
|
Jenis Bangunan/Kegunaan Bangunan |
Rumah Sesebuah |
Rumah
Kembar |
Rumah
Berderet |
Rumah
Kedai |
Kedai
Sesebuah |
Kedai
Berkembar |
Kedai
Berderet |
Jumlah
(%) |
|
Kediaman |
6 |
3 |
112 |
2 |
|
|
11 |
134 (53.4) |
|
Perniagaan/Perkhidmatan/Industri |
|
|
7 |
14 |
|
1 |
21 |
43 (17.1) |
|
Kediaman/Perniagaan/Perkhidmatan/ Industri |
|
|
26 |
30 |
1 |
1 |
13 |
71 (28.3) |
|
Lain-lain |
1 |
|
2 |
|
|
|
|
3 (1.2) |
|
Jumlah(%) |
7 (2.8) |
3 (1.2) |
147 (58.6) |
46 (18.8) |
1 (0.4) |
2 (0.8) |
45 (17.9) |
251 (100.0) |
Sumber: Laporan Kajian Menyeluruh Terhadap Bangunan di bawah Akta Kawalan Sewa 1966 Negeri Pulau Pinang (1993:17)
Projek penyelidikan ini bertumpu kepada kajian demografi di kawasan pemuliharaan. Data-data yang diperlukan dikategori dalam kepada beberapa aspek kajian termasuk fizikal, sosioekonomi, dan budaya.
Data fizikal adalah data berkenaan dengan bangunan kawasan kajian. Jenis data diperlukan termasuk jenis bangunan, keadaan bangunan, corak bangunan, bilangan tingkat, kegunaan bangunan dan sebagainya. Untuk memaparkan kawasan kajian dengan lebih terperinci, peta kadastral dan pelan bangunan dalam bentuk digital diperlukan.
Data sosioekonomi yang diperlukan termasuk data penduduk seperti bilangan isi rumah, bilangan ahli keluarga, bangsa, umur, jantina, pekerjaan, taraf perkahwinan, taraf pendidikan, pendapatan dan sebagainya.
Data budaya termasuk data warisan meliputi asal usul geografikal keluarga, dialek percakapan, pertalian sosial, sejarah keluarga dan data aktiviti harian, aktiviti sosial dan agama.
Aspek kajian dan data yang diperlukan ditunjukkan dalam Jadual 3.2.
Jadual 3.2 Ringkasan aspek kajian, pengumpulan data dan hasil kajian
|
Aspek
Kajian |
Jenis
Data Yang Diperlukan |
Sumber-sumber
Utama Data |
Penganalisaan |
‘Output’ |
|
Fizikal |
Lokasi,
jenis, fungsi |
Pemerhatian
tapak |
Menghubungkan
aspek fizikal ruangan dengan aspek sosioekonomi dan budaya |
Taburan
bangunan |
|
Sosioekonomi |
Etnik,
pekerjaan, pendapatan, taraf pendidikan, struktur umur, status huni |
Tinjauan Penduduk |
Analisis
deskriptif penduduk |
Taburan
penduduk mengikut ciri-ciri etnik dan budaya |
|
Budaya |
Agama,
bahasa percakapan, asal
usul keluarga |
Tinjauan Penduduk |
Hubungan
budaya dengan taburan penduduk |
|
|
Perniagaan |
Etnik
pemilik, jenis perniagaan, tempoh perniagaan dijalankan, jumlah pekerja. |
Tinjauan
Perniagaan |
Tidak
dianalisis |
|
Data atribut akan dikendalikan dengan perisian Microsoft Access 97 yang mampu membentuk sistem pengurusan pangkalan data hubungan (Relational Database Management System - RDBMS). Microsoft Access 97 dan SPSS 7.5 akan digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data ruangan akan dikendalikan dan ditunjukkan dengan perisian GIS iaitu ArcView 3.1.