Modul Bengkel

 Pendaftaran Bengkel

Mengenai Bengkel

Tentatif Program

Tourism Research Circle

 

Rounded Rectangle:   MENGENAI BENGKEL

PENDAHULUAN

Malaysia mempunyai pelbagai produk pelancongan yang menarik yang terdiri daripada pelbagai sumber alam semulajadi, budaya, warisan sejarah dan sebagainya.  Kini, pembangunan pelancongan yang kian rancak di Malaysia telah mewujudkan persaingan antara satu destinasi pelancongan dengan destinasi yang lain.  Justeru, setiap destinasi pelancongan perlu mengetahui segala kekuatan dan kelemahan yang ada untuk memastikan kedudukan destinasi terus kukuh dalam pasaran pelancong.  Pembangunan produk dan destinasi pelancongan yang baik dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.  Selain itu, ia turut menjana ekonomi bukan sahaja kepada pihak kerajaan, malah penduduk setempat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.  

Oleh itu, produk pelancongan ini perlu dibangunkan secara komprehensif dan efektif sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu memperkenalkan Malaysia dengan lebih meluas lagi di mata dunia. Justeru, perancangan, pembangunan dan pengurusan sesuatu produk pelancongan memerlukan penelitian dari pelbagai aspek bermula daripada formulasi dasar, strategi, program pembangunan pelancongan yang merangkumi pemasaran, penganjuran aktiviti, penyelenggaraan dan sebagainya.

Sehubungan itu, Tourism Research Circle (TRC), Universiti Sains Malaysia berinisiatif untuk menganjurkan satu bengkel pengurusan pelancongan kepada para pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak dalam proses perancangan, pembangunan dan pengurusan (3P) destinasi/produk pelancongan.  Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan khusus kepada pegawai kerajaan khususnya pegawai perancang dan pengurus pelancongan tentang aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum, semasa dan selepas proses 3P dijalankan. Peserta bengkel juga akan diberi diberi tunjuk ajar dan penerangan tentang teknik dan kaedah yang diperlukan untuk menangani sebarang projek pelancongan. Oleh itu, sebagai penganjur, Tourism Research Circle, Universiti Sains Malaysia, berbesar hati mengemukakan kertas kerja cadangan bengkel pelancongan tersebut untuk mendapatkan sokongan penganjuran daripada pihak tuan/puan.  Kertas kerja ini merangkumi objektif bengkel, organisasi penganjuran, latar belakang penganjuran, tentatif majlis dan cadangan kewangan.

OBJEKTIF BENGKEL

Objektif penganjuran bengkel ini adalah seperti berikut:

1.  Untuk mendedahkan peserta bengkel kepada teknik atau kaedah untuk menjalankan

      sebarang projek pelancongan

2.  Untuk meningkatkan kefahaman terhadap konsep-konsep perancangan, pembangunan

     dan pengurusan produk pelancongan denga lebih berkesan

3.  Untuk mengembangkan daya kreativiti, pengetahuan, dan kemahiran peserta untuk

     merancang, membangun dan menguruskan sesuatu produk pelancongan.

Sila lengkapkan borang pendaftaran  dan hantar (selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh bengkel) kepada:

Cik Masitah Muhibudin

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan,

Universiti Sains Malaysia,

11800 Pulau Pinang

Emel: bengkel2009@gmail.com

No.Faks: 04-657 6523

 

INFO PENGINAPAN

- HOTEL VISTANA  (10 minit dari USM)

No. Tel. : +604-646 8000

- HOTEL B-SUITE  (10 minit dari USM)

No. Tel.: +604-646 7777

- HOTEL EQUATORIAL (10 minit dari USM)

No. Tel.: +604-643 8111

- RUMAH TETAMU USM (Jarak dekat)

No. Tel.: +604-653 2030

 

 
 
ANJURAN:

 

Tourism Research Circle (TRC)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

   

 

PERTANYAAN:

ORGANISASI PENGANJURAN BENGKEL

 

Penasihat:

Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Ramli

Dekan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

 

Penyelaras:

Prof Madya Badaruddin Mohamed

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

 

Pembantu Penyelaras:

Dr. Ahmad Puad Mat Som

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

 

Sekretariat:

Cik Masitah Muhibudin

Puan Shida Irwana Omar

Puan Siti Nurdiyana Mohd Farid

Tourism Research Circle, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

 

Pembantu Teknikal:

Encik Feyrus Samat

Encik Mohd Adnan Omar

Encik Mohamad Fikrillah Mohamad Ridwan

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

Penyelaras Bengkel

Prof. Madya Dr. Badaruddin Mohamed

No.Tel.  : 04-653 2826

No. Faks: 04-6564067

E-mel    : trci@usm.my

 

Sekretariat Utama

Cik Masitah Muhibudin

No. Tel. : 016-540 0970 

No. Faks: 04-657 6523

E-mel    : bengkel2009@gmail.com

 

 Bookmark and Share

 

This website www.hbp.usm.my/tourism/bpdp09 is best surfed using Internet Explorer Version 6.0 and above. The appropriate display resolutions to display web sites are 800 x 600 pixels. 

Copyright 2009 TRC All rights reserved. Visit www.hbp.usm.my/tourism for more details.