About This Project

Online Planning

Issues & Ideas

Participation

Analysis & Reports

The Concept Plan

USM Live Map

Download

USM Extension Concept Plan

Technical Committee

Resources

Photo Gallery 

UPDATES

 

 

 The Concept Plan  Pelan Konsep

 

The Concept Plan Main Page


 

 

 

Analisis Tapak di Universiti Sains Malaysia

1.0 Lokasi | 2.0 Keluasan Tapak | 3.0 Kriteria Dalam Analisis Tapak | 4.0 Analisis Tapak | 4.1 Kontur

4.2 Kawasan Tadahan & Saliran Utama | 4.3 Lanskap & Kawasan Hijau | 4.4 Gunatanah Semasa

4.5 Aksesibiliti | 4.6 Ruang Dalam USM | 4.7 Nilai Warisan Bangunan | 4.8 Vista & Pandangan

4.9 Infrastruktur & Utiliti

4.0

Analisis Tapak

 

4.3 Lanskap dan Kawasan Hijau

 

Inventori pokok perlu dijalankan bagi menentukan pokok-pokok di Kampus Induk USM, terutamanya mengenai perletakan pokok, jenis pokok, ciri-ciri pokok, keadaan pokok, bagi menentukan kesesuaian pokok-pokok tersebut serta tindakan yang perlu dikenakan terhadap pokok-pokok tersebut. Sebanyak 2615 batang pokok di dalam USM pada tahun 1970an. Jenis pokok adalah seperti berikut:-

Pelan Lokasi Khazanah Flora & Fauna di Kampus Induk USM

                                                    * Pokok Sedia Ada (1970an)

Khazanah semulajadi iaitu flora dan fauna juga dikenalpasti supaya kawasan tersebut dipuliharakan bagi menjaga kehijauan dan habitat fauna di dalam Kampus Induk USM. Kawasan yang dibulatkan merupakan kawasan utama yang perlu diperlihara dan dilindungi. Menurut kajian awal, terdapat 3 kawasan utama yang perlu diperlihara adalah kawasan di persekitaran Pusat Pengajian Farmasi, bahagian barat padang mini golf dan kawasan lembah durian (Durian Valley).

  4.4 Gunatanah Semasa
 

Berdasarkan guna bangunan, Kampus Induk USM juga dizonkan dengan beberapa guna tanah yang berlainan. Antara guna tanah tersebut ialah akademik, pentadbiran, kemudahan, rekreasi, keagamaan, kawasan pemeliharaan dan perumahan.

Pelan Guna Tanah Semasa di Kampus Induk USM

Guna Tanah Keluasan (hektar) Peratus (%)
Akademik 36.5 25.7
Pentadbiran 4.04 2.8
Aktiviti Perumahan 37.16 26.2
Kemudahan 1.53 1.1
Rekreasi 26.87 18.9
Kawasan Pemeliharaan 31.14 21.9
Keagamaan 4.74 3.3
  4.5 Aksesibiliti

 

Terdapat 4 pintu masuk utama dari Barat (Pintu Bukit Gambir), Timur (Pintu Batu Uban & Pintu Gelugor) dan Selatan (Pintu Sg. Dua) yang merupakan aksesibiliti utama ke dalam Kampus Induk USM.

Pelan Sistem Jalan Raya & Tempat Letak Kereta 
di Kampus Induk USM

Penganalisan yang lanjutan akan dijalankan termasuk sistem laluan dan hierarki jalan bagi laluan trafik dikenalpasti bagi menentukan sirkulasi di dalam kampus. Laluan perkhidmatan bas dan perhentian bas juga ditentukan bagi menentukan kawasan tadahan perkhidmatan tersebut. Laluan perjalan kaki juga dikenalpasti bagi menentukan keadaan penyambungan dan keselamatan laluan tersebut.

 

< Previous | Concept | Next >