About This Project

Online Planning

Issues & Ideas

Participation

Analysis & Reports

The Concept Plan

USM Live Map

Download

USM Extension Concept Plan

Technical Committee

Resources

Photo Gallery 

UPDATES

 

 

Isu (Issues)

Selepas lebih daripada 30 tahun, Kampus Induk USM Pulau Pinang pada masa sekarang telah mengalami pembangunan fizikal yang pesat dan banyak mengubah wajah kampus berbanding dengan keadaan pada asalnya. Perubahan ini seterusnya membawa Kampus Induk USM untuk terus menghadapi pelbagai isu yang berkaitan dengan perancangan fizikal. 

Kesesakan

Dengan pertambahan fungsi dan peranan USM, kampus telah menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dalam pembangunan negara. Bilangan kemasukan penuntut juga semakin bertambah bagi setiap tahun serta semakin banyak pusat pengajian dan penyelidikan ditubuhkan mengikut keperluan pembangunan. Pembangunan fizikal dalam kampus ini juga turut dijalankan supaya mampu untuk menampung kadar dan tren pembangunan ini. Akan tetapi, pembangunan yang semakin pesat ini telah menyebabkan masalah kesesakan berlaku di dalam kampus. Kekurangan ruang dalam kampus semakin disedari sama ada dari segi kekurangan ruang untuk pembinaan bangunan, dewan, bilik, kemudahan dan sebagainya.

Fenomena ini telah memulakan persoalan mengenai tahap keupayaan Kampus Induk USM bagi menampung pembangunan ini. Berapa bilangan penuntut yang mampu ditampung oleh Kampus Induk USM ? Berapa luas ruang yang kita perlukan untuk menampung bilangan penuntut tersebut ? Berapa luas kawasan yang masih boleh dibangunkan di dalam Kampus Induk USM ini ?

(untuk kajian yang lanjut, sila rujuk Laporan Kajian bagi “Space Need”) 

Sistem Lalulintas

Kesesakan bukan saja dikesali dari segi ruang, ia juga turut timbul dalam sistem lalulintas di Kampus Induk USM. Bilangan kenderaan bermotor teutamanya telah bertambah mengikut pertambahan bilangan ‘penduduk’ USM. Dengan rekabentuk jalan yang bukan untuk menampung pergerakan yang tinggi di dalam kampus seperti lebuhraya, tindakan telah diambil bagi menghadkan bilangan kenderaan bermotor di dalam kampus Induk USM. Langkah seperti ini telah diambil mulai tahun 1999 di mana kebanyakan penuntut tidak dibenarkan memiliki kenderaan bermotor di dalam kampus dan sistem bus komuter mula diperkenalkan untuk mengantikannya.

Tindakan ini walaupun didapati telah mengurangkan kesesakan lalulintas, tetapi didapati masih tidak menyeluruh bagi menyelesaikan masalah sistem lalulintas di USM di mana kita masih perlu untuk mengatasinya.

(Untuk kajian yang lanjut, sila rujuk Laporan Kajian bagi “Traffic”) 

(Bagi kajian yang berkaitan, anda juga boleh rujuk Laporan Kajian bagi “Pedestrian”, “Orang Kurang Upaya (OKU)” dan ”Lighting”)   

Persekitaran Semulajadi

Pembangunan pesat dalam Kampus Induk USM yang meningkatkan pembangunan fizikal ini juga didapati telah memberi ancaman terhadap persekitaran semulajadi di dalam kampus. Kawasan semulajadi telah dibuka dan pokok-pokok telah ditebang untuk pembangunan tersebut. Ini merupakan sesuatu yang mendukacitakan di mana Kampus Induk USM merupakan sebuah kampus yang mempunyai warisan semulajadi ini dan diwartakan sebagai Santuari Burung di mana terdapat kira-kira 80 spesis burung mendiami di dalam kampus, telah semakin diancam oleh pembangunan. 

Pokok-pokok besar dan seni taman (landskap) yang semulajadi ini didapati semakin berkurangan di mana kesemua ini mempunyai pelbagai fungsi, sama ada dari segi ekologi semulajadi, pemandangan yang kecantikan, memberi keselesaan, peneduhan dan sebagainya, yang harus diperliharakan.

(Untuk kajian yang lanjut, sila rujuk Laporan Kajian bagi “Landscape”) 

Imej dan Identiti

Dengan pembangunan fizikal Kampus Induk USM ini, pembukaan tanah dan pembinaan bangunan baru juga telah banyak dijalankan dan mengubah wajahnya. Wajah keseluruhan yang berubah ini juga turut menimbulkan masalah di mana adalah sukar untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan sehingga imej dan identiti yang ingin ditonjolkan dalam pembangunan kampus ini menjadi semakin kabur. Imej dan indentiti ini bukan hanya merangkumi aspek persekitaran semulajadi, tetapi juga merangkumi aspek senibina bangunan, aktiviti serta cara hidup kampus dan sebagaiya.

Perkara ini adalah penting di mana imej akan menjadikan sebagai identiti kita, kebanggaan kita dan memberi keselesaan dan keamanan kepada kita. 

(Untuk kajian yang lanjut, sila rujuk Laporan Kajian bagi “Visual Design”)

Pembangunan Infrastruktur

Selain masalah di atas, pembangunan infrastruktur di Kampus Induk USM juga merupakan salah satu isu di mana ia amat berkaitan dengan penyediaan kemudahan yang sempurna bagi kampus. Oleh kerana kurangnya penyelarasan yang menyeluruh dalam pembangunan USM, penyediaan kemudahan insfastruktur, terutamanya pada bangunan-bangunan baru di Kampus Induk USM,  telah timbul masalah kelengkapan kemudahan infrastruktur.

Isu dan masalah ini juga telah dipertengahan dalam Perbincangan I - Perancangan Kampus USM di mana dalam penyediaan sistem rangkaian (Network), Pusat Komputer tidak diberitahu tentang penbinaan bangunan baru sehingga perancangan tambahan points bagi Network untuk bangunan tersebut menghadapi masalah. Selain itu, juga berlakunya masalah tidak ada laluan kabel rangkaian dalam bangunan serta masa dan kos pemasangan kabel bagi sistem tersebut yang tinggi.

(Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Perbicangan I - Perancangan Kampus USM mengenai topik "How ICT Will or Should Impact ON The Physical Plan on USM)  

Dalam perbincangan tersebut juga dipertengahkan bahawa perlunya dasar, kawalan dan penyelarasan yang baik dalam pembangunan infrastruktur, terutamanya bagi kemudahan teknologi informasi dan komunikasi.  

(Untuk kajian yang lanjut, sila rujuk Laporan Kajian bagi “Infrastructure”)  

Dengan isu dan masalah yang berlaku di atas dalam pembangunan Kampus Induk USM, maka dalam Projek Perancangan Kampus USM ini, aspek-aspek fizikal telah dikaji bagi mengenalpasti masalah tersebut supaya perancangan yang menyeluruh dapat dibuat bagi memandu semua pembangunan di dalam Kampus Induk USM pada masa hadapan serta mencari langkah penyelesaian masalah-masalah ini untuk jangkamasa panjang.

(Sila rujuk Laporan Kajian bagi maklumat lain mengenai kajian ini)

 

Kesesakan

Sistem Lalulintas

Persekitaran Semulajadi

Imej dan Identiti

Pembangunan Infrastruktur

Tree Trimming at Desa Cahaya

 
 Last Updated: Friday, January 03, 2003 02:53 PM